Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

March 27, 2012March 20, 2016

Nasi Impit dan Kuah Kacang

As’salam dan Salam Sejahtera …
 
Apa khabar semua hari nie? Moga-moga semua sihat walafiat dan dapat menjalankan segala urusan untuk hari ini dengan lancarnya. Amin ….
 
Baru-baru nie Nina ada buat nasi impit yang dimakan bersama kuah kacang. Dah lama tak makan …… Kalau nak tunggu time Raya lambat lagi ~~~~ 
So, Nina pun buat lah sikit untuk makan Nina sekeluarga. Puas Nina godek-godek kat Mr.Google untuk mencuba resepi Kuah Kacang, akhirnya Nina ambik keputusan untuk mencuba resepi kak DjDayang yang sebelum beliau pernah post kat fb nya. 
Alhamdulillah ….. menepati citarasa Nina sekeluarga. Sedapppp kak 😉
Kak DjDayang, Nina mohon copy paste resepi akak kat blog Nina dan sebagai rujukan Nina tuk masa depan yea … Tq kak 
 


Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Sarapan paling mudah sedap! Resipi Breakfast Egg Bread Muffin.
3 Buka Puasa kat The Joke Factory satu kelainan. Enjoy terhibur Live Stand-Up Comedy
4 Resipi Kuih Kaswi Sedap Lembut Sukatan Cawan. Gerenti jadi!
5 Wajib cuba! Resipi BROWNIES Kedut Paling Sedap confirm jadi
 

Kuah Kacang 
bahan-bahan

500 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar)
2 1/2 senduk cili giling  (Nina guna cili ready made ajer sama ngan kak DjDayang ‘Cap Puteri’)
Gula melaka
2 batang serai (diketuk)
minyak masak (lebihkan sedikit)
air secukupnya
bahan-bahan kisar:
2 batang serai
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci lengkuas
1 inci halia


Cara-cara :
  • Satukan kacang tanah bersama air secukupnya di dalam periuk dan jerangkan dengan menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau perlahan-lahan supaya ia tidak berketul-ketul. Jangan risau jika terlebih air dan nampak cair. Biarkan ia masak lebih lama (tetapi sentiasa dikacau). Kuah itu sendiri akan menjadi pekat (tetapi tidak kembang). Apabila sudah mendidih dan kelihatan pekat, tutupkan apinya sebentar.
  • Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar bersama serai hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling diikuti buah keras(jika suka). Tumis lagi hingga pecah minyak. Setelah masak, tutupkan api.
  • Kemudian bahan-bahan tumis tadi dimasukkan ke dalam periuk kuah kacang. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.
  • Nyalakan semula apinya dengan menggunakan api kecil. Kacau perlahan-lahan hingga nampak sebati dan mesra. Masak lama sedikit hingga keluar minyak. 
  • Setelah itu tutupkan api. Bolehlah dihidangkan panas-panas bersama satay, nasi impit, rendang dan sebagainya.

jika menggunakan cili giling Cap Puteri, tidak perlu letak air asam jawa dan garam yang banyak.
kuah kacang ini boleh bertahan 2-3 hari tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk tetapi sentiasa dipanaskan sedikit agar kuahnya maintain sedap.
boleh juga dimasukkan udang kering yang telah dikisar/ditumbuk halus semasa menumis bahan jika suka



Nasi Impit
Nina guna yang segera ajer ….. masak dalam 1/2jam-1jam kemudian toskan dan tunggu dalam 2jam sehingga sejuk baru dibelah 4.

Selamat mencuba ….

 
 
 
 

Related posts:

Sarapan paling mudah sedap! Resipi Breakfast Egg Bread Muffin.

Buka Puasa kat The Joke Factory satu kelainan. Enjoy terhibur Live Stand-Up Comedy

Resipi Kuih Kaswi Sedap Lembut Sukatan Cawan. Gerenti jadi!

Wajib cuba! Resipi BROWNIES Kedut Paling Sedap confirm jadi

Lifestyle Resepi Kuah Kacangkudap kudapanKuih Muih Warisan Kitamenu rayaNasiNasi Impitresepi mudah

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes