Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama CINTA BELUM TAMAT TEMPOH Astro
September 9, 2019September 11, 2019

Sinopsis Drama CINTA BELUM TAMAT TEMPOH Astro lakonan Nafiz Muaz dan Bella Astilla

Setelah berakhir nya  Drama trending romantik SWEET DREAM lakonan Mira Filzah dan Ben Amir yang tetiba meletop gara-gara rambut stylo Ben Amir. Ending yang menarik! Siap ada 2 versi gitu … Cayalah! Sinopsis Drama CINTA BELUM TAMAT TEMPOH

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis CINTA BELUM TAMAT TEMPOH
2 Sinopsis Drama CINTA BELUM TAMAT TEMPOH
3 Related posts:
4 Ending Drama Risik Pada Hati sinonim Mizz Nina dan Noh Bercerai?
5 Day 5 EGG MAYO SANDWICH Menu Mudah Bekal Sekolah Eilhan
6 Nenek bukan sebarang nenek! GRANDMAMA'S Pavilion Awesome!
7 Sinopsis SEINDAH TUJUH WARNA PELANGI -lakonan Aeril Zafrel dan Nabila Razali

Kali ni gandingan sicantik yang ayu – Bella Astilla bergandingan dengan Nafiz Muaz – jejaka yang sebelum ni hebat lakonan dia dalam Drama SEMUA SALAHKU  bersama Fasha Sandha. Baru-baru ni kat TV3 drama Hilang Yang Kembali. Best gak citer ni .. Suspen, misteri!

Terkini Drama CINTA BELUM TAMAT TEMPOH akan menghiasi malam korang selepas Drama Sweet Dream. Jom tengok sinopsis jalan cerita drama baru ni lak…

Sinopsis CINTA BELUM TAMAT TEMPOH

Sinopsis Drama CINTA BELUM TAMAT TEMPOH Astro

Setelah kematian ibu bapanya, Qaisara bekerja keras meneruskan kehidupan bersama adiknya, Qhalish sehingga dia berjaya membuka sebuah kafe.

Kini adiknya, Qhalish sudah dua tahun bertunang dengan Arisa dan merancang untuk berkahwin. Pihak keluarga Arisa juga dah mendesak  namun terpaksa menangguhkan hasratnya itu kerana mahu menjaga hati kakaknya yang belum berkahwin, ditakuti langkah bendul.

Qhalish mempelawa sahabat baiknya, Radin untuk menjadi abang iparnya. Selepas mendapat pelawaan Qhalish dan juga desakan daripada mamanya untuk berkahwin, Radin mengambil keputusan untuk mengenali Qaisara dengan usahanya sendiri.

Namun Radin harus bersaing dengan Megat Haikal (Fendy Bakry) ,seorang CEO dan pewaris syarikat yang merupakan cinta pertama /bekas kekasih Qaisara.

Perpisahan mereka terjadi apabila Megat Haikal meminta Qaisara memilih dirinya atau keluarga Qaisara. Qaisara memilih untuk bersama keluarganya . Megat Haikal ternyata sudah mempunyai kekasih iaitu Aween Lee (Sissy Imann).

Menjadikah rancangan Qhalish? Berjaya kah Radin melembutkan hati Qaisara jatuh cinta pada Radin?

Mengapa Qaisara susah membuka hatinya pada seorang lelaki? Pasti ada rahsia dan sejarah yang tersimpan…

Drama bersiri Cinta Belum Tamat Tempoh menghiasi slot MegaDrama di saluran Astro Ria. Dibintangi oleh Nafiz Muaz, Bella Astillah, Fendy Bakry, Hun Haqeem dan Dayang Areeda. Sebuah drama tulisan Rehal Nuharis, arahan Khan Mancung.

Sinopsis Drama CINTA BELUM TAMAT TEMPOH Astro

JUDUL : CINTA BELUM TAMAT TEMPOH
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam

SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Khan Mancung
PRODUKSI : MIG Production Sdn Bhd
PELAKON : Nafiz Muaz, Bella Astillah, Fendy Bakry, Hun Haqeem, Dayang Areeda, Haleeda Mazlin, Sissy Imann, Darwish Mikael, Zailin Aqeesha, Fikry Kiki,

WATAK PELAKON

Nafiz Muaz sebagai Radin
Bella Astillah sebagai Qaisara
Fendy Bakry sebagai Megat Haikal
Hun Haqeem sebagai Qalish
Dayang Areeda sebagai Arisa

Kot korang terlepas tonton drama ni, korang boleh laaa pi layan kat http://www.tonton.com.my

Sinopsis Drama CINTA BELUM TAMAT TEMPOH

Related posts:

Ending Drama Risik Pada Hati sinonim Mizz Nina dan Noh Bercerai?

Day 5 EGG MAYO SANDWICH Menu Mudah Bekal Sekolah Eilhan

Nenek bukan sebarang nenek! GRANDMAMA'S Pavilion Awesome!

Sinopsis SEINDAH TUJUH WARNA PELANGI -lakonan Aeril Zafrel dan Nabila Razali

Lifestyle Astroastro PrimaBella AstillahDramaNafiz MuazSinopsisSinopsis CINTA BELUM TAMAT TEMPOH

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes