Banoffee Pie Cake for EilYana birthday

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Happy Birthday to you Eilyana Mirza binti Azlan yang ke-5
Syukur Alhamdulillah…. (dah lepas lupa nak publish) kekurangan DHA Nina nie….
29/9/09 Lahirnya anugerah ke3 buat family Nina. Baby girl seberat 2.6kg dilahirkan normal pagi dalam jam 830am
Malam sebelumnya hati tak berapa tenang tapi tak tahu kenapa. Nina biarkan ajer.. .. Maybe pasal esoknya Isnin kena keje kot. Biasalah mood Monday Blues~
Sekitar jam 630am perut mula memulas-mulas. Sakit perut kot aka makan banyak! Lepas bye bye Eillya naik van gi sekolah, Nina nak bersiap-siap utk pegi keje. Masa nie keje lagi kat damansara. Sakit perut makin menjadi-jadi…

Eh eh… tetiba teringat, nie sakit nak bersalin kot. Memang tengah tunggu hari. Nina pun teringat sakit nak bersalinkan Eilman dulu pun gini juga. Sakit perut dok ulang alik bilik air – membuang segala yang ada dalam perut.
Hati dah mula berkata-kata…. “rasa macam nak bersalin jap lagi nie”
“Abg, tak jadi laaa gi keje hari nie, lepas hantar Eilman kat taska kita gi hospital lah ehh”

Dalam jam 8am Nina sampai kat hospital dan check in detail semua bagai. Ikut prosuder macam biasa, tukar baju, relax dok atas katil, pasang wayar check jantung baby. Time nie sakit contraction dah kerap. Sedang bual sama doctor tetiba air ketuban pecah. Apalagi, doctor suh angkat kaki nak tengok bukaan. Sekali tengok “Nurse, tolak patient labour room. Dah nampak kepala!”
“Puan, nafas ikut hidung hembus ikut mulut yea. Jangan push lagi. Kita bawak puan pegi labour room dulu”
Nina pun ikut laa segala arahan yang diberikan dan berdoa moga semuanya dipermudahkan oleh DIA.
“Puan, husband ada ikut sekali ker? Apa nama dia”
“Ada.. ada .. dia kat luar”
Moga-moga this time MyGang sempat masuk temankan Nina. Harap sesangat MyGang sempat masuk temankan Nina cuz time Eilman dulu tak sempat (Mygang turun gi ambik bag, baju. Pastu tau-tau ajer dah bersalin) Masa Eillya pula Nina c-zer sebab baby breech.

Sekitar jam 830am
Syukur Alhamdulillah Eilyana Mirza selamat dilahirkan. Dan…. MyGang still tak sempat temankan Nina berjuang melahirkan anugerah kami. Apakan daya, MyGang sampai ajer dah selesai push, baby dah nak dibawa ke bilik lain utk pemeriksaan selanjutnya. Kejap jer dapat jumpa MyGang sebab nurse nak jahit apa yg patut so kena tunggu luar… huhuuu . . .

Eilyana Mirza nama diberi. Seorang yang comel, manis, manja, penyayang, cerewet, teliti yang amat ala-ala perfectionist.
Ada sekali tu, selipar dia terbasah kena air, mintak tissue lap selipar sampai kering baru nak pakai semula. Hadoi…. Kadang tu geram dia buatnya. Orang nak cepat jadi lambat nunggu dia! Dan…. Sengal nak tunggu dia habis makan. Bercinta dibuatnya.

Namun, Eilyana pandai berdikari, rajin tolong dan disebabkan ‘perfectionist’nya maka mostly barang kelengkapan sekolah akak dan abangnya dia akan sediakan dan pastikan berkeadaan baik. Tukang check aka tukang report pun dia. Hahaa…!!

Sempena birthday Yana, Nina fikir-fikir nak buat cake apa…
Nina pun dah lama nak cuba buat Banoffee Pie tapi Yana suka sangat Choc Moist Cake. Hhrrmm…. so Nina gabungkan keduanya. Derhaka kat resepi nie agak-agak menjadi ke tak cake tu nanti?! Dup dap dup dappp…


Tadaa….. Ini dia Banoffee Pie Cake!


Sengaja tak tulis nama Yana kat cake tuu…. Yana dah tadika, dah kenal huruf nama sendiri.
Kantoi nanti! Kakak Eillya dah sibuk verangan nak buat surprise untuk Yana. katanya nak tutup  mata Yana, nak gelap rumah lah bagai…. macam-macam plan dia. Mama Abah ikutkan ajer…

Masa Nina deco, Yana ada teman Nina. Dia tanya ini cake untuk siapa. Saja jawab untuk orang lain ada order. So dia pun senyap jerr…. 🙁
Maklumlah, mama nya selalu buat cake untuk  tempahan kengkawan. So dia tak syak apa-apa pun. Tapi …..Kesian tengok, nampak sedih jer  dia… Aduyai sayang…, mama main-main jer

Masa Nina tampal gambar Frozen kat atas cake nie, Yana request >>>
“nanti kalau mama ada ada masa, buatkan cake untuk Yana yea…  Yana nak gambar macam nie…. “
huhuuu . . . mama touching~

Dan akhirnya, malam tu segala yang di plan berjalan lancar. tersenyum simpul cover line 
Yana tengok cake yang ditenung-tenung tiap kali buka fridge rupanya cake dia! 
Yeah yeahhh….. 

Ini lah Eilyana aka Birthday Girl

Ini lak…. Yana with baby Eilhan 



Oopss….!! Lupa pula…. Nak resepi ehh? ada…..
Cumanya resepi Nina akan update bila Nina free nanti ehh
In Sya Allah, ada kesempatan Nina add sekali gambar step by step Banoffee Pie Cake

take care
Daaa….



Related Post
Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat Read more

Chicken Pox

Chicken Pox -  demam cacar  / demam campak Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam Read more

Shaken Baby Syndrom (SBS)

Kisah yang ingin dikongsi buat semua ....Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki Read more

Paku Di Hati …

PAKU DI HATI...Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Read more

No Comments

Post A Comment