• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli Online lagi mudah jimat selamat

January 8, 2021 by Nina Mirza 18 Comments

Beli Kasut Sekolah Online! Kasut Sekolah PALLAS bagus

Covid sana, covid sini, memang bikin stress! Dan tidak dinafikan semua orang pun alami rasa yang sama.

Tahun 2021 dah bermula.  Lagi laaa stress bila memikirkan bab persekolah anak-anak.
Bukan apa, last year berapa bulan jer depa pi sekolah. Selebihnya depa dok belajar online jerk at rumah. No Choice!

Akan tapi, persediaan kelengkapan sekolah tetap perlu disediakan. Anak-anak bakal mulakan persekolahan pada 20th Januari nanti. Tahun ni semuanya Nina beli online!

Beli kasut sekolah Online!

Ya pilihan yang tepat. Nina beli kasut sekolah online. Pastinya semua orang pun akan ikut saranan kerajaan bab jaga SOP.  Elakkan tempat yang sesak terutama kanak-kanak. Dan lagi tahun ni merupakan tahun pertama Eicha mula ke sekolah tadika. Nina titikberatkan bab keselesaan dan berkualiti untuk anak-anak.  Orang kata alah membeli menang memakai. Biar berbaloi . . .

PALLAS Kasut Sekolah Terbaik Beli Online

Bijak belanja beli yang berkualiti

Nina agak cerewet terutama bab membeli. Maklumlah kita ni surirumah jer maka bajet yang diperuntukan Nina guna sebijak dan sebaiknya.
Kita ni rakyat mahrean aje, kena laaa berpada-pada berbelanja dengan bijak terutama zaman la ni kita kena beli yang betul-betul penting. Maka bajet yang ada wajib beli produk yang bagus. Nina tekankan yang berkualiti dan tahan lasak  sepanjang tahun. Dan semestinya keselesaan faktor paling utama Nina pastikan untuk kasut sekolah anak-anak sebab depa pakai kasut sekolah ni seharian. Harus laaa selesa dan tidak sakitkan kaki. Setuju kann?

Kasut Sekolah PALLAS bagus pilihan Nina untuk anak-anak

Kasut sekolah pilihan Nina tentu nya dari Pallas untuk anak-anak Nina. Sejak Nina sekolah rendah lagi dah pakai jenama ni. Nina yakin dengan kualiti nya yang amat berbaloi dengan harga.

Kasut Sekolah PALLAS bukan saja berkualiti malah rekaannya yang pelbagai menepati citarasa anak-anak Nina. Yang sekolah 4 orang, macam-macam kerenah ada. Memasing ada pilihan design yang mereka minati. Nak tali laaa, nak zip-on laaa, nak ringan nanti nak lari laju laaa Eilhan laa tu , nak yang cepat kering laaa, nak nampak elegent ala princess laaa.. Hadoi..!! Tabah jer laaa..

Ok, meh nak share kasut sekolah PALLAS anak-anak Nina yang cerewet cam mama dia..!! HAhaa

Eilhan punya – PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP 205-0196BK

Yang ini design Pallas Jazz Single Velcro Strap 205-0196BK Eilhan yang punya!
Design ni lebih ringan better for growing feet, lebih selesa. Comfort gitu kata omputeh. Selain tu design ini punya ventilation system – pengudaraan yang baik. Alas tapak biru tuu boleh dikeluarkan  senang nak dicuci dan permukaan kasut dengan material mesh cepat kering

Design ni Rebounce Insole memberi lantunan yang lebih baik, lebih selesa. (Better rebounce) dan adanya Arch Support maka ia melegakan ketegangan pada otot kaki. Idok lerrr Eilhan cepat penat nanti ..??

Design velcro strap gini ni sangat memudahkan Eilhan. Jimat masa bersiap ke sekolah nanti. Kadang kat sekolah memerlukan dia membuka kasut untuk aktiviti di surau, perpustakkan atau bilik komputer. . Boleh lah dia berdikari dan cepat siap!

Kasut paling ringan antara semua – X-Light (Lightweight) gitu! Yang lain-lain pun ringan, tapi yang ini lagi ringan! Kasut yang ringan, tahan lasak, ada foam lining untuk extra comfort perlindungan amat Nina titikberatkan.

Untuk Eilyana – PALLAS JAZZ SINGLE VELCRO STRAP 204-031BK

Beli Kasut Sekolah Online PALLAS Terbaik Bagus tahan lasak

Kasut sekolah ni pilihan Eilyana yang kecik comey lottey jer orangnya. Masih kekal dengan citarasa design yang sama macam tahun lepas. Dia yang pilih, katanya design kasut sekolah ada span pelapik foam yang lebih tebal lembut dalamnya cukup membuat Eilyana selesa memakainya. Lapisan Canvas lining yang memberi lebih keselesaan dan lebih perlindungan. Rasa lebih selamat!

Eilyana kata dia suka design zap-on strap gini senang, mudah nak pakai dan lagi jimat masa dia nak bersiap terutama bila adanya aktiviti di sekolah yang memerlukan dia untuk buka pakai kasut nanti. Design ni pun amat simple dan feminine untuk dia.

Eilman  punya – PALLAS SCHOOL SHOE JAZZ LO CUT SHOE LACE 7328BK

PALLAS Kasut Sekolah Menengah Beli Online

Dah remaja anak bujang mama! Tahun ni Eilman pilih kasut sekolah design style bertali. Design ni katanya lebih stylo. Dah remaja ni citarasa dia lebih ringkas, kemas tapi bergaya. Katanya design ni pun sesuai untuk aktiviti outdoor bersama kawan-kawan. Simple but nice kann?

Rubber Insole – lantunan yang lebih baik, lebih selesa. Better rebound & more comfort! Korang tengok pada tapak getah nya yang bergaris-garis (rubber outsole) ini memberi cengkaman yang lebih baik – better grip.

Kusyen tumit dengan gerbang sokongan (insole with Arch Support  bertindak melegakan ketegangan pada otot kaki dan lebih selesa. Arch Support atas Rebounce Insole, ia melegakan ketegangan pada otot kaki, terutamanya untuk anak-anak jenis FLAT FOOT atau HIGH ARCH.

Tapak rubber outsole yang bergaris-garis ini better grip! Sememangnya akan memberi cengkaman yang lebih kuat, tidak licin, tidak mudah jatuh ataupun tergelincir dan tentunya memberi lebih pelindungan keselamatan. Bukan itu saja, design ni pakai bawak pergi jalan-jalan pun sesuai kannn…??

PALLAS SCHOOL SHOE JAZZ SINGLE VELCRO STRAP 202-0165BK

PALLAS Kasut Sekolah Budak Tadika Ringan Selesa Beli Online

Kasut Untuk Eicha!
Yeayyy…. Tahun pertama Eicha ke sekolah. Seronok excited dia tatkala dapat kasut sekolah.
nina pilih design yang ringkas, simple dan lebih ringan untuk Eicha.

Design ini bukan saja lebih ringan, malah lebih selesa, better comfort dan better for growing feet. Amat penting untuk Eicha yang pertama kali akan pakai kasut sekolah seharian .
Design velcro strap gini ni sangat memudahkan Eicha pakai kasut sendiri masa bersiap ke sekolah nanti. Jimat masa dia dan opkos mudahkan keje mama. HEheee..
.

Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS !
Beli Online mudah jimat selamat

Fuuhhh … Lega! Settel sudah kelengkapan kasut sekolah anak-anak Nina untuk tahun 2021.  Anak-anak pun senyum meleret dah dapat kasut masing-masing. Semuanya berpuashati dan menepati citarasa mereka. Sememangnya kasut sekolah Pallas yang menjadi pilihan Nina buat anak-anak. Yang terbaik semestinya dari Pallas. Jenama yang berkualiti lagi , berbaloi beli dan diyakini tahan lasak nya.

PALLAS Kasut Sekolah Bagus Beli Online

Yeahhh … Kami dah ready nak melangkah dengan yakin mengejar impian dan kejayaan tahun 2021!

Kat mana nak beli kasut sekolah Pallas

Sekarang ni semua nya Nina dok beli online! Ya, nak elakkan tempat sesak dan Nina lebih pentingkan keselamatan dan kesihatan sekeluarga. Lebih mudah, jimat masa dan tenaga juga!

Korang boleh beli online. Ya, kasut sekolah pun Nina beli online awakk …

www.wow2wee.com

Senang sangat! Di online lebih banyak pilihan, senang laaa korang membuat pilihan yang bijak seiring dengan kualiti dan citarasa. Online pun ada banyak offer dan shipping free!

Akan tapi, buat yang nak pegi beli kat pasaraya, Nina rekemen korang pi beli   kat AEON, Tesco, Mydin Supermarket. Sempena Kempen Back To School , ada banyak pilihan dan design menarik ada kat sana.

Eh! Korang dah beli ke belum kasut sekolah anak-anak? Selamat bershopping!

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Parenting, Personal, Review, Tips Tagged With: Back to school, design terkini, Harga Kasut Sekolah, Harga Promo Sale, Kasit Sekolah Menengah, Kasut Sekolah 2021, kasut sekolah cepat kering, Kasut sekolah hitam, kasut sekolah online, kasut sekolah ringan, Kasut Sekolah Tadika, kasut sekolah tahan lama, kasut sekolah tahan lasak, Pallas, Tahun 2021 wajib kasut sekolah hitam, Tips Beli Kasut Sekolah

  • Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
    Antara dendam dan cinta?Sinopsis Drama TERCIPTA SATU IKATAN Full Episod lakonan Aeril Zafrel, Hannah Delisha dan Izzue Islam
  • Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
    Resipi MUFFIN VANILLA kudapan paling sedap moist, mudah jer buat sendiri
  • Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
    Sebab sakit gigi punya pasal, order Ice Cream Malaysia online! Terbaik laaa
  • Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
    Kupasan realiti sebenar pandemik Covid19 dalam Drama HADIAH DARI TUHAN TV3
  • Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli  Online lagi mudah jimat selamat
    Kasut Sekolah yang bagus semestinya PALLAS! Beli Online lagi mudah jimat selamat
  • Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
    Wajib tahu! Tips cara beli EMAS Murah di KEHH pelaburan menguntungkan
  • Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL
    Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL
  • Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA TV3. Obsesi memusnahkan segalanya!
    Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA TV3. Obsesi memusnahkan segalanya!



Comments

  1. Lea Razali says

    January 8, 2021 at 2:33 pm

    Sama la kita sis, order online juga kasut anak-anak nih. Pallas juga brand nye..Saya rasa kasut Pallas memang jenis tahan dan selesa.

    Reply
  2. warda says

    January 8, 2021 at 2:50 pm

    Lebih senang order online lepas ni kan. Pallas pun brand yang memang dipercayai.

    Reply
  3. Fadima Mooneira says

    January 8, 2021 at 5:19 pm

    Black shoes are so stylish for school kids and also easy to manage. Tak payah basuh selalu. Thank you for sharing with me your review of Pallas shoes.

    Reply
  4. Tekkaus says

    January 8, 2021 at 7:37 pm

    Yes now it is easier for us to purchase anything online right? This Pallas brand is one of the most reliable shoes for decades now.

    Reply
  5. bae roslan says

    January 8, 2021 at 8:19 pm

    seronok budak2 sekarang kasit sekolah cantik2. boleh beli online dah tak perlu nak bersesak2

    Reply
  6. Edahyu says

    January 9, 2021 at 12:31 am

    Kasut Pallas ni memang dari zaman kita sekolah lagi dah ada. Memang berkualiti

    Reply
  7. Nadia johari says

    January 9, 2021 at 9:38 am

    Banyak keistimewaan kasut pallas ni.. Ank nad pun pakai ni.. Harga pun berpatutan.. Sennag beli online kan.. Kene tau size jela.. Selesai dh semua kelengkapan sekolah.. Wah excited echa nak skeolah

    Reply
  8. Jenny Tey says

    January 9, 2021 at 10:54 am

    Will share with my friend’s children. This will help them to save more money.

    Reply
  9. Ana Suhana says

    January 9, 2021 at 4:50 pm

    Syafi pun ana belikan dia kasut pallas. Senang sebab dah tau kualiti dia terbaik. Lagi2 utk budak2 yg sedang membesar dan lasak ni.

    Reply
  10. Cik Puan Ena says

    January 10, 2021 at 7:32 am

    Macam2 design ada. Senang anak nak pilih kasut. Yg penting selesa dengan x light

    Reply
  11. Ayu Rafikah says

    January 10, 2021 at 4:54 pm

    Bagus kasut btand Pallas ni. Ayu mmg sejak dulu belikan anak2 brand ni

    Reply
  12. Mizi says

    January 10, 2021 at 5:28 pm

    Yahoo nak pergi sekolah

    Reply
  13. grace ng says

    January 10, 2021 at 6:46 pm

    This looks like such a great product. Can’t wait to buy a few of these for my young little nephews nnt, i am sure they will love them!

    Reply
  14. Ummi Nadrah says

    January 10, 2021 at 6:57 pm

    Kasut Pallas Jazz ni memang kekal trendy dari dulu sampai sekarang. Jenama yang dipercayai.

    Reply
  15. Kitkat Nelfei says

    January 11, 2021 at 8:56 am

    Suka tengok the kids styling with their Pallas.. 🙂 nampak selesa dan so convenient kan skrg boleh beli online jer.. terbaik ahh.. boleh kurangkan interaction dan exposure kita kat mall, etc.

    Reply
  16. Airah says

    January 11, 2021 at 9:31 am

    Masa sekolah dulu pun memang beli jenama pallas ni. Dah lama juga la brand ni kan sebab kita pun dah tua lama dah tinggalkan sekolah hahaha

    Reply
  17. Sis Lin says

    January 12, 2021 at 11:04 am

    Sis dulu sekolah memang pakai pallas jazz juga jenis bertali.. tahan lasak tauuu.. anak-anak je pakai bata …

    Reply
  18. JIa Shin Lee says

    January 14, 2021 at 1:21 pm

    Will remember this brand cause my girl is going to primary one next year.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Harga pasaran Samsung Galaxy S21 5g dan Samsung S21 5g Ultra
    By : Ben Ashaari
  • RESIPI KEK PISANG
    By : Tiffin Biru
  • RMHC Malaysia Sumbang RM100,000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara
    By : Hafiz Rahim
  • Kelas Tuisyen Online Untuk Si Kembar Tiga
    By : Mama Kembar Tiga
  • MY VISION OF NORWEX CAREER – VISION BOARD 2021
    By : YB Shehan
  • BELI EMAS SETIAP TAHUN DENGAN PAKEJ MENABUNG BERSAMA KEDAI EMAS HAJJAH HALIJAH
    By : Saidila Lifestyle
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa