Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

October 11, 2011March 11, 2017

Kueh Seri Muka

As’salam buat semua ….
Apa khabar? Sihat sejahtera lah hendaknya disamping family tercinta dan buat yang bekerja, ceria hendaknya disamping tanggungjawab kerja yang tak pernah habis tuuu …..

Isi Kandungan hide
1 Resepi Seri Muka tanpa telur
2 Related posts:
Pada yang bekerja, manfaatkan masa rehat dengan rehat secukupnya. Kosongkan minda buat sementara supaya mula kerja selepas rehat nanti muka berseri-seri …… Freshkan minda !!
Jangan dok masam mencuka, tension memanjang ….. Hilang seri muka nanti, mulalah timbul jalur-jalur kedut kerepot dimuka . Kesian kat muka ….. hehehe . . .. 
 
Jom kita makan kueh Seri Muka agar muka kita berseri-seri sentiasa. Hehehee ….
(ada-ada ajerrr Nina nie hari nie ….)
Sebelum itu, Nina nak berterima kasih bebanyak kat kakCu diatas resipi yang sedap lagi ringkas nie dan juga tunjuk ajar KakCu.  
 
 
 

Resepi Seri Muka tanpa telur

sumber : KakCu aka. Kak Suzana Shahamidon
 
Bahan-bahan A
Beras Pulut  dalam 500g
Air / santan cair
sedikit garam
 
Bahan-bahan B –  diblend
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung kastard
1 cawan gula
1 cawan air pandan ( Nina guna perisa pandan 1sudu teh & pewarna hijau ajer)
2 cawan santan
 
Cara-cara
  • basuh beras pulut bersih, masukkan air / santan cair bersama sedikit garam
  • (paras air sama dengan paras beras pulut
  • kukus sehingga masak
  • setelah masak, tekan2kan pulut tersebut dalam acuan yang telah disapu minyak sedikit sehingga padat.
  • bahan-bahan B –  diblend rata.
  • kemudian ditapiskan
  • tuangkan diatas pulut yang telah ditekan padat tadi
  • kukus sehingga masak
  • tunggu sejuk baru dipotong. Pastikan potong dengan menggunakan pisau plastik yang telah disapu minyak sedikit. Baru cantik potongannya…

Selamat mencuba !!

 
 
 
 

Related posts:

Haishhh ... Betul ke Steamboat dan Seafood Lambak sedap kat Ampang BEST Sedap?!
KEMPEN RAMADHAN BERSAMA PALESTIN. "Semulia-mulia sedekah adalah dibulan Ramadhan" - Riwayat At-Tirmi...
Notis Gangguan Bekalan Air SYABAS 22 Jun - 28 Jun 2011
JOMMMM join #SheIsRemarkable #iamRemarkable dari BIO-OIL Malaysia
Lifestyle Resepi Kuih Muih TradisionalKuih Muih Warisan Kitamenu minum petangResepi Kuih Seri Muka tanpa telurresepi mudahSarapan

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes