Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

March 5, 2015March 15, 2023

RESEPI CHEESEKUT TIRAMISU kek paling mudah tanpa oven. Resipi viral wajib cuba!

Sapa suka makan cheese cake? Rasa lemak berkrim, lembut, dimakan sejuk-sejuk memang sedap! Hari ni Nina teruja nak share ngan korang Resepi Cheesekut Tiramisu kek paling mudah, paling senang cara buat nya. Sebabnya cheesekut ni antara kek paling viral femes last year rasanya dan Nina pulak baru tahun nie nak try. Ketinggalan ketapi betul seketul Nina ni. Baru ni dok belek-belek bahan dan cara penyediannya Resepi Cheesekut Tiramisu ni nampak eh eh! Senang je rupanya. Oooooo…. Ini Nina tahu! HAhaa..

Isi Kandungan hide
1 RESEPI CHEESEKUT TIRAMISU kek paling mudah tanpa oven. Resipi viral wajib cuba!
1.1 RESEPI CHEESEKUT TIRAMISU SEDAP MUDAH TANPA OVEN Style NINA MIRZA
1.2 Gambar cara buat cheesekut tiramisu
1.3 Related posts:

Actually Nina dah pernah buat dah sebelum nie. Masa beberapa tahun yang dulu, sebelum femesnya cheesekut dalam group masak-masak nama dia bukan Cheesekut tapi nama dia Kek Lapis Cheese Persona dan ianya ilhamkan oleh Ryo. Group masak otai sure kenal Ryo ni. Maknanya mereka mereka itu sudah tukar lah namanya jadi Cheesekut. Tak per lah, asal sedap, mudah cara buat nya Nina onz jer!

RESEPI CHEESEKUT TIRAMISU kek paling mudah tanpa oven.
Resipi viral wajib cuba!

Ni nak habaq, Cheesekut ni kategori dessert. Yelah kek tu kan manisan. Rekemen korang cuba sebab  memang lah sedap! Rugi oooo sapa tak try! Tapi masa nak buat ni Nina ngada-ngada derhakakan resepi. Biasalah blogger masak ni, kalau tak derhaka sikit resepi tuu memang tak sah. Suka adjust sana sini konon-konon pro! Padahal asukan sapa tak tahu laaa tuh…..

Nina buat versi Tiramisu. Memang memukau tatkala menikmatinya. Kalau orang lain sukakan original tapi bagi tekak Nina kalau cheese semata tekak Nina tak lalu. <muak sikit> erkk~
Maybe sebab Nina ni hantu coffee aka cofee lover so sengaja lah add coffee sikit kat dalam Resepi Cheesekut Tiramisu Nina.  alasan semata

Resepi Cheesekut sedap mudah tanpa oven

RESEPI CHEESEKUT TIRAMISU SEDAP MUDAH TANPA OVEN
Style NINA MIRZA

Bahan-bahan
1 bungkus atau lebih biskut lemak. Apa jenama pun tak kisah 
250gm cheese cream (Philadelpia/Tartura)
½ tin susu pekat manis
½ paket oreo hancur – beli kat bakery
Chocolate cream atau nutella secukupnya
Choc moist cake untuk base – kalau tak der just abaikan aje
Serbuk coklat untuk hiasan

Cara cara nak buat cheesekut 
1- Mula-mula sediakan cream cheese
Masukkan cream cheese dalam mixer bowl dan pukul hingga kembang. Kemudian masukkan sikit susu pekat manis dan pukul lagi hingga kembang dan sebati rata. Ketepikan. 
Ok sekarang dah siap cream cheese. 

2- Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik – nanti senang nak keluarkan.
3- Sediakan air nescafe suam. 

Gambar cara buat cheesekut tiramisu



Ok dah siap, Kita mulakan proses melapis *buat dengan tekun tau, susah nie!* saje bagi suspen. Hahhaa….

RESEPI CHEESEKUT TIRAMISU kek paling mudah  

4- Choc moist cake dipotong dan susun dalam bekas plastik tadi sebagai base. Kalau tak der, abaikan saje step ini.
5- Lepas tu, ambil sekeping biskut dan celup dalam air nescafe tadi terus kat atas choc moist cake tadi. ..(Celup 1 saat je taw)
6- Selepas dah susun, sapukan adunan cheese di atasnya dan ratakan
7- Kemudian taburkan rata-rata oreo hancur kat atas lapisan cheese tadi. Letak banyak-banyak lagi sedap!
8- Ulang proses melapis biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
9- Kali nie Nina sapukan lapisan dengan cream chocolate pula. Kalau tak der boleh digantikan dengan nutella pun ok. Dan kalau tak der nutella, abaikan aje. Ulang proses melapis hingga habis dan biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
10- Last sekali Nina taburkan rata serbuk coklat sebagai penutup. Nak senang dan cantik guna penapis. Ayak serbuk coklat kat atas tu…
11- Tekan-tekan sikit permukaan tu.. Simpan dalam peti sejuk selama 6 jam sebelum dipotong.

Simple aje kann…!!

Resipi Oreo Cheese Cake Paling Mudah Sedap Tanpa Bakar

Tapi buat yang tekak omputeh sukakan kek cheese, Nina rekemen korang cuba Resipi Oreo Cheese Cake Paling Mudah Sedap tanpa bakar tanpa oven jugak nih. Wajib cuba sebab dah cuba gerenti korang rasa tak puas nak lagi dan lagi..!! Resepi mudah ni sesuai buat korang yang baru cuba-cuba nak niaga dari rumah.

Buat korang yang suka kan resipi kek tanpa bakar, tanpa oven gini Nina suggest korang cuba Resipi Kek Batik Viral Lembut Gebu Sedap nih. Serius sedap betul. Rekemen korang cuba!
Resepi ni pun sama, resipi sukatan cawan yang mudah senang korang tak perlu penimbang bagai.

Ahaa.. Setuju kannn kebanyakkan resipi dari blog Nina semuanya mudah, senang buat.
Sebenarnya tak susah pun buat kek kann? Banyak je resipi mudah kek tanpa oven sukatan cawan yang korang newbies kobis pun boleh cuba buat. Yang penting nak cuba buat. Selamat mencuba!

Related posts:

Apam Mekar
30 Resipi Berbuka Puasa TANPA NASI Paling Mudah Senang Mee , Bihun, Kuey Teow, Pasta
Resipi Biskut Raya Oat Kismis ala-ala healthy cookies gitu. Buat yang jaga diet boleh laaa try!
Roti Telur Yang Simple Tapi Wallaaa .....
Resepi cakecara cara nak buat cheesekutcheesekut cheesecheesekut originalcheesekut tiramisuDessertgambar cheesekutkek batik cheesekutkek cheesekutkudap kudapanNon BakedOreo Cheese Cakeresepi cheesekutResepi sukatan cawanresipi kek tanpa ovenresipi viral

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes