Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

July 25, 2012January 11, 2016

Kuih Kaswi Pandan Lemak

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera …



Doa Ramadhan: Hari Kelima
“Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang soleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya’ (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih.”

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Drama Trending : Sinopsis Drama LOVE ELSA Full Episod Akhir Tonton Online Lakonan Uyaina Arshad dan ...
3 Ppsstttt... Nina beraya kat Teratak Che Mat Gebu memang penuh misteri .... Camner orangnya..??
4 10 Best Hotels in Penang for A Relaxing and Comfortable
5 Durian Oh Durian ...... SERAWA DURIAN !!!

Kuih kaswi merupakan antara kuih tradisional yang diminati ramai. Kuihnya yang lembut lagi wangi selalu menggoda penggemar kuih tradisional. Asalnya kuih kaswi nie berwarna coklat (bukan rasa coklat ehh…. ) berasaskan gula melaka. Ianya punya rasa lemak manis gula melaka yang tersendiri apabila diadun bersama bahan-bahan lain termasuk santan. Memang mewah rasa kuih kaswi gula melaka nie. 


Tapi hari nie Nina nak share Kuih Kaswi Pandan Lemak. Kuih kaswi pandan lemak nie tak kurang hebat rasanya. Penggemar rasa pandan dan kuih yang colour hijau macam Nina pasti sukakan rasa dan wanginya. Sedap dan menggoda ~~  
“Hijau kan dan sayangi lah bumi kita” … 

Chewah~~ mentang-mentang lah kuih colour hijau, ke situ pulak. Hehehe . . .


Kalau ditanya antara kuih kaswi gula melaka dengan kaswi pandan lemak, masing-masing punya keistimewaan yang tersendiri. Tepuk dada (jangan kuat sangat lak ehh…) tanya lah selera 😉
hehehe . . . 



Ok laaa …. Jom tengok resepi kuih kaswi pandan lemak nie.. Sangat mudah, cepat dan ringkas penyediaanya. Biasa lah Nina …… semuanya nak yang ringkas 😉
Nina buat dalam bekas yang kecik-kecik tuu … dapat banyakkkk..   
Apalagi, Nina pun hantar lah kat rumah Mak Anjang Nina sikit dan hulur kat kat jiran sikit ….  

Kaswi Pandan Lemak

Resepi asal : MyResepi Kak Besah
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan  (Nina letak 1 3/4 cawan)
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh Air kapur sirih
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau.

Cara membuatnya :
1-  Mula-mula, panaskan pengukus sebelum menyediakan adunan kerana cara penyediaan adunanya tidak mengambil masa yang lama.
2-  Kesemuanya bahan adunan dicampur dan dikacau rata sehingga tidak bergentel.
3-  Kemudian adunan tersebut ditapis
4-  Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak
5-  Kukus selama 20 – 25 minit. Penutup pengukus dibalut kain agar air kukusan tidak terkena kaswi.
6-  Bila kaswi dah sejuk, boleh la dipotong dan digolekkan dlm kelapa parut yang telah dicampur dengan secubit garam. 


Note : Kelapa parut Nina kukuskan sebentar supaya lebih tahan lama dan lebih rasa lemaknya.

Senang dan cepat kan ….. Selamat mencuba !!






Related posts:

Drama Trending : Sinopsis Drama LOVE ELSA Full Episod Akhir Tonton Online Lakonan Uyaina Arshad dan ...

Ppsstttt... Nina beraya kat Teratak Che Mat Gebu memang penuh misteri .... Camner orangnya..??

10 Best Hotels in Penang for A Relaxing and Comfortable

Durian Oh Durian ...... SERAWA DURIAN !!!

Lifestyle Kuih Muih Warisan Kita

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Rohah says:
    July 25, 2012 at 2:02 pm

    selamat berpuasa Nina.Mesti lemak2 gitwww.Akak belum pernah buat yg bersantan mcm ni..

    Reply
  2. Nina Mirza says:
    July 27, 2012 at 1:36 am

    As'salam Kak Rohah …

    Selamat berpuasa juga utk akak. A'ahh kak …. lemak2 gitu 🙂
    Nanti free2 akak try laa.. Sedapp !!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes