As’salamualaikum dan Salam Sejahtera …. Juadah Berbuka Puasa HomeMade Roti John mudah step by ste
“Ya Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah
Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan
Berikanlah Aku Zikir Berupa Zikir Mengingat-MU Secara
Berkesinambungan, Dengan Taufiq- MU,
Wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat.”
Salam Ramadhan yang ke -7 dan Salam Jumaat Ramadhan yang pertama. Hampir seminggu kita menunaikan ibadah puasa. Moga seminggu yang berlalu ini memberi kenikmatan dan keberkatan berpuasa buat kita semua. Juadah Berbuka Puasa Homemade Roti John mudah step by step
“Roti John … Roti John …. Nak daging ker ayam? Nak yang panjang ker yang pendek??”
“Sos lebih ehhh ~~”
Itulah yang biasa kedengaran bila kita ke bazar Ramadhan dan biasanya inilah menu yang hanya ada semasa bulan Ramadhan.
Popular sungguh menu Roti John nie. Siapa lah pencipta dan siapa pula John yang dimaksudkan tuuu ehhh ……????? Elthon John ker, John Travolta …. Hehhee . . .
Eermm …. entah laaa… yang pasti Nina juga antara penggemar Roti John nie. 🙂
Nina buatkan Roti John HomeMade untuk Nina sekeluarga. Kalau beli kat luar, kadang tuu tak terasa pun daging atau ayamnya. Macam tak der bezapun bila kita minta daging ataupun ayam. Sos pun sikit ajer …..
Bukan berniat nak memperkecilkan peniaga Roti John tau … cuma kadang tuu itulah hakikatnya. Nak yang bagus memang ada, Nina pernah makan dua tahun yang lepas cuma abang tuu dah tak nampak kelibatnya so sebaiknya buat ajer sendiri. Daripada nanti rasa kecewa tak dapat bagai yang di idamkan ….
Juadah Berbuka Puasa Homemade Roti John mudah step by step
Bahan pun mudah dan tak der lah seremeh mana pun cara penyediaannya…. Nina beli roti sausage Gardenia, RM2.40 – kecik ajer sizenya dan ada 6 kat dalam. Cukup lah sekali makan untuk family yang kecik macam Nina nie…. Sorang makan satu dan ada extra lagi satu. Saper lah yang empunya yang extra tuuu ehhh …..??
hehehe . . .
Jom tengok cara Nina menyediakan Roti John yang simple nie…..
Homemade Roti John Mudah versi Nina
2 keping daging burger – dinyah bekukan dan cincang halus
2 biji saiz sederhana bawang besar – potong dadu
2 ulas bawang putih – cincang halus
1 inch halia – ketuk dan cincang halus
1 sudu besar rempah kari
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
3 biji telur
3 sudu besar sos tiram
daun bawang – dipotong 1cm
Timun – hiris-hiris
Kobis – hiris-hiris
Tomato – hiris-hiris
1 pack roti sausage Gardenia (ada 6 kat dalam tuu)
Cili sos
Mayonnaise
Sos Lada Hitam – kalau nak letakCara penyediaan bahan utama
1- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga keperangan dan wangi
2- Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga naik bau
3- Kemudian masukkan sos tiram di ikuti daging burger, pecah-pecah daging menjadi ketulan-ketulan kecil. Gaul hingga sebati
4- Setelah itu, masukkan serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga kering.
5- Tutup api, ketepikan dan dibiarkan sejuk
Semasa menunggu bahan utama sejuk, bahan-bahan sampingan seperti timun, kobis dan tomato disediakan dengan dihiris nipis-nipis.
Kemudian, adunan burger tadi dimasukkan dalam mangkuk lalu pecahkan telur kedalam mangkuk adunan burger bersama daun bawang.
Roti sausage dibelah dua tapi tidak putus.
Cara penyediaan Roti John
1- Panaskan non-stick pan, lenserkan dengan sedikit majerin. Sendukkan adunan utama -burger yang telah dicampurkan telur tadi ke atas pan. Adunan tersebut agak-agak cukup untuk sebesar roti yang dibelah tadi. Bila kelihatan hampir masak, letakkan roti sausage menutupi bancuhan telur tadi. Tekan2 sedikit dan biar hingga masak.
2- Terbalikkan dan letak tepi. Teruskan step yang sama sehingga roti habis
3- Kemudian susun hirisan timun, kobis dan tomato, paipkan sos cili, sos lada hitam (sikit ajerr) dan mayonnaise sebelum dihidangkan… Juadah Berbuka Puasa Homemade Roti John mudah step by step
Gambar Step by Step
nie part telur dituangkan ke atas pan. Besar telur nie agak-agak boleh tutup roti tu nanti
“>Hah …!! Yang nie pula, telur tuu dah ditutupi oleh roti. Terlebih telur lak tuuu…. suka suka extra:)
Picture part susun atur timun, tomato, kobis bersama cili sos, black pepper & mayonnaise tak done nak ambik. Mengejarkan waktu untuk berbuka 🙂
Ppsstt >>> Buat yang bekerja dan rasa macam tak cukup masa, boleh lah sediakan bahan adunan utama – burger nya lebih awal then simpan dalam peti ais. Bila dah nak buat roti john baru lah dicampur telur dan daun bawang.
Selamat mencuba !! Juadah Berbuka Puasa Homemade Roti John mudah step by step
Kalau roti john kat kedai rm3 lebih dah kan.Buat sendiri leh buat banyak banyak dah kan :))
Salam perkenalan…Ermm nampak sedap roti john tu thanks ek kongsi resepi 😀
lama dah plan nak buat untuk iftar…tapi bab nak meroti bulan2 puasa ni yg kurang rajin…hmmmm… roti tu problem gak nk cari yg halal kat chiba…
Laskar Pelangi,
Betul3x …. kalau beli kat kedai ada ajer ketidakpuasan hati nanti. Buat sendri boleh makan puas-puas dan sesuka hati
hehhee . . . .
Delima Zamrud,
Salam Perkenalan dari Nina juga…
Resepi yang ada kat teratak Nina nie memang untuk dikongsi bersama
dan juga sebagai rujukan kemudian hari..
Nanti dah try buat roti John tuuu boleh lah share ur cerita kat Nina yea ;))
Selamat berpuasa
FnF,
Alahai siannyer dia kat sana ……
tak per kalau gitu, dah Cik "M" menguasai badan payah juga kannnn..
simpan rasa tuu, nanti cuti balik M'sia boleh ajer bikin walaupun
bukan bulan Ramadhan 🙂
Selamat berpuasa FnF
terbaiklahh kak..leh try nii
Mia Izzati …
Terima Kasih Mia, selamat mencuba !! 🙂
Salam. terima kasih krn memberi idea nak buat roti john ni. Gambar menarik. Hatiku pun tertarik.
Wa'alaikumussalam Juadah..
Kasih diterima … eh eh! sama-sama..
Selamat mencuba dan Selamat berpuasa 🙂
Salam kenalan… nk minta izin amik resepi..terima kasih kongsi di entri. Anak2 suka makan,Tapi sekarang yg panjang sket tu.nk beli dah RM4 dah..mahal sunggoh…
Salam Perkenalan juga buat Lynn Lynda,alhamdulillah, anak2 suka….. berkat air tangan bonda :)a'ahh… sekarang nie apa pun semua pun mahalsabar ajer laaa….
Singgah kat blog u utk intai resepi roti john 😉
terima kasih mama zharfan sudi singgah intai blog nina….
usah jemu singgah selalu yea 🙂
salam perkenalan.. terima kasih atas prkongsian resepi ni.. insyallah sy akan mencuba dan akan share resepi ni dlm blog juga 🙂
Menarik juga menu roti john homemade untuk berbuka.Biasa tu memang beli je..tak pernah try buat sendiri..
Terliuq plak tengok, padahal aii bukan minat sgt roti john. Tapi rasa nak cuba buat plak…