Sebenarnya hujung minggu Nina jarang sekali tonton TV. Ada jer aktiviti yang nak dibuat. Tapi minggu lepas tertonton drama bersiri tiap petang Sabtu Ahad Drama MAMA PAPA EXPRESS
Drama santai menghiburkan ni lakonan Hero nya Azrel Ismail bergandingan Heroin nya dengan Julia Farhana. Ikutkan ke dua-dua ni selalu bawak pembantu hero heroin jer, tapi memang lakonan depa dua ni best laaa.. Selalu menghidupkan lagi drama yang depa lakonkan.
Azrel Ismail ni pada pandangan Nina masa memula tengok dia berlakon ada laaa iras-iras Remy Ishak tapi bila lelama tengok ok laaa dia ada karektor dia yang tersendiri. Memek muka dia sesuai drama romantik comedy gitu.
Julia Farhana ni ni selalu berlakon watak anak berada yang degil, nakal dan selalu buat orang menyampah! Sakit hati tengok tau. HAhaa.. Tapi girl, lakonan awak menjadi. Kita suka . . .Paling suka masa awak berlakon baru ni sebagai Misha dalam Drama Puteri Yang Di Tukar.
Korang yang takde aktiviti petang sabtu ahad moh ler layan drama santai lawak kejung perut dengan telatah depa berdua dalam Drama MAMA PAPA EXPRESS. Kot tak tahu hujung pangkal citer ni, meh Nina citerkan sinopsis nya tuk korang agar lebih faham jalan ceritanya.
Sinopsis Drama MAMA PAPA EXPRESS
Encik Amir dan Puan Fiona berkahwin selama beberapa tahun tetapi tidak dikurniakan anak. Mereka sudah beberapa kali membuat permohonan mengambil anak angkat tetapi masih tiada jawapan.
Suatu hari, Encik Emir melihat instagram jiran mereka yang penuh dengan gambar bersama anak dan isteri. Encik Emir terus menangis semahu-mahunya kerana sedih dengan nasibnya.
Emir dan Fiona berusaha untuk dapatkan anak sendiri. Dengan bantuan Hakim, pelbagai tip dan petua mereka ikut. Jiran mereka iaitu Megat dan Sarimah juga selalu membantu mereka sekeluarga. Pelbagai tips nenek moyang mereka cuba. Memang lawak laaa tengok telatah depa ni sanggup ikutkan apa jua petua asal cepat mengandung.
Kesanggupan kegigihan mereka memang salute habis laaa.. Dengan minum air jamu, air kunyit kelat, pahit gigih di telan, petua makan taugeh berhari-hari sampai muka dah macam taugeh! HAHaa.. Petua berembun tengah malam sampai depa demam, bercuti honeymoon sokmo, bersenam sampai krem dan macam-macam lagi laaa.. Pi tengok!
Bagaimana kesudahannya? Berjayakah mereka memperoleh zuriat sendiri ? Bagaimana dengan permohonan anak angkat, berjayakah permohonan mereka?
Sebagai mama papa express, pelbagai suka duka cabaran yang harus mereka tempuhi. Ada yang mengusik hati dengan telatah mereka. Maklum lah tetiba jadi mama papa kann..?
Drama Mama Papa Ekspres (TV3)
Drama bersiri Mama Papa Ekspres akan menemui penonton di slot Dahlia TV3 bermula 24 November ini.
Dibintangi oleh Azrel Ismail, Julia Farhana Marin, Aleesya Edwan dan Danish Hazriq.
Drama 20 episod arahan Emi Suffian terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd. Bersiaran setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 6.58 petang di TV3.
JUDUL : MAMA PAPA EKSPRESS
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 November 2019
WAKTU SIARAN : Sabtu & Ahad, 6:58 petang
SIARAN TV : Slot Dahlia TV3
PENULIS SKRIP : Marziah Manaf
PENGARAH : Emi Suffian
PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Azrel Ismail, Julia Farhana Marin, Aleesya Edwan, Danish Hazriq, Puteri Arora, Hamdan Senario, Sharifah Shahora, Anas Ridzuan, Amar Asyraf, Ain Sufia, Fazlina Ahmad Daud, Dottie, Muntazar Ghufran, Draman Muhamad
WATAK PELAKON
Azrel Ismail sebagai Emir
Julia Farhana Marin sebagai Fiona
Aleesya Edwan sebagai Leila
Danish Hazriq sebagai Azrai
Puteri Arora sebagai Irdina
Sharifah Shahora sebagai Sarimah
Hamdan Haji Ramli sebagai Megat
Amar Asyraf sebagai Hakim
Ain Sufia sebagai Misha
Nina rekeman korang tonton drama santai yang menghiburkan ni… Sesuai sangat tayangannya di hujung minggu. Kot terlepas episod, korang pi laaa tengok kat www.tonton.com.my eh… Nina dah tengok episod pertama, memang layan laa
Banyak lawak! Ker ku mudah terhibur? Eeerrkkk… HAhaa
kena layan youtube lah nampaknya nih..