Resepi Bubur Lambuk Mudah Sedap

Resepi untuk orang sakit… Bubur Lambuk Sedap

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera.. Hari ni nak share resepi orang sakit. Sapa sakit? Tak de sapa pun yang sakit. Sakit hati kot hehehe… Resepi Bubur Lambuk Sedap Mudah

Kenapa ehhh bila sakit aje orang sakit makan bubur nasi? Sinonim sungguh kann… Nape orang sakit tak disajikan Lamb Chop ke, Chicken Chop ke, Siakap Tiga Rasa ke, atau maggi.. Eh!

Bubur nasi adalah menu yang paling mudah dihadamkan. Kiranya perut tak akan bersusah payah kena kerja keras menjalankan proses pencernaan. Sebab tuu baby berusia 6 bulan pun diberi bubur nasi yang ditapis sebagai makanan permulaan.

Biasanya Bubur Lambuk dimasak masa Bulan Puasa kan… Sebenarnya bila-bila masa pun ok janji sedap dimakan. Nina lak suka masak bubur lambuk bila nak dekat Ramadhan. Resepi Bubur lambuk Pra-ramadhan  yang paling mudah yang selalu Nina ulang tayang masak. Simple dan sedap kata anak Nina.. Jadi laa . .  Yang penting makan dan habis. Berjuta 2.6billion dah seronok mama rasa…

Resepi Bubur Lambuk Sedap Mudah

kali ni bubur lambuk paling sikit bahan… Letak kacang dan ikan bilis jer

Bubur Lambuk sedap mudah style Nina

Bahan-bahan
Beras – dibersihkan dan ditoskan
Air
Udang kering – dicuci bersih dan ditoskan
Daging yang dicincang halus
Halia – letak lebih lagi uummph..!
sedikit rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga, bunga lawang, bunga cengkih)
Santan
Lada Hitam – ditumbuk halus
Garam secukup rasa

Sampingan
Daun ketumbar – Nina letak banyak! Favotite Nina nie…
Ikan Bilis – digoreng garing
Kacang Tanah – digoreng garing
Lobak Masin
Cili Potong

Cara penyediannya
1- Kesemua bahan disatukan dalam periuk kecuali santan, lada hitam dan garam . Masak hingga menjadi bubur. Kacau selalu.
2- Setelah masak menjadi bubur mengikut kepekatan yang di inginkan, masukkan santan dan kacau sebati hingga mendidih.
3- Kemudian masukkan lada hitam dan garam secukup rasa
4- Akhir sekali boleh dihidangkan bersama ikan bilis, kacang, lobak masin, cili potong dan daun ketumbar banyak-banyak!. Atau letak lah apa-apa mengikut citarasa masing-masing janji orang sakit nak makan.. hehee…

Resepi Bubur Lambuk Sedap Mudah

 

Related Post
Harta Pusaka Nenek
Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat Read more

Chicken Pox
Chicken Pox

Chicken Pox -  demam cacar  / demam campak Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam Read more

Shaken Baby Syndrom (SBS)
Shaken Baby Syndrom (SBS)

Kisah yang ingin dikongsi buat semua ....Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki Read more

Paku Di Hati …
Paku Di Hati …

PAKU DI HATI...Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Read more

Please follow and like us:
4 Comments
  • rozita
    Posted at 11:07h, 07 November Reply

    sedapnya bubur lambuk..

  • adda syuhada
    Posted at 13:28h, 07 November Reply

    sedapnyer….tunggu mood rajin la baru buat…..hehee

  • Anuar
    Posted at 16:56h, 07 November Reply

    Sedapnya dapat makan bubur lambuk… Lebih-lebih lagi time bulan Ramadhan..

  • Mama Kembar 3
    Posted at 18:29h, 07 November Reply

    Sedapnyaaa… yg sihat walafiat ni mau bedal 2, 3 mangkuk sekali hadap haha

Post A Comment

Follow by Email
Instagram