Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

AL HANNAN Pemborong Pembekal KURMA MURAH
January 30, 2021March 23, 2023

AL HANNAN Pemborong Pembekal KURMA MURAH OEM Founder Produk Sendiri

AL HANNAN Pemborong Pembekal KURMA MURAH

Isi Kandungan hide
1 AL HANNAN Kurma Premium
1.1 AL HANNAN Pemborong Pembekal Buah Kurma Murah
1.2 Related posts:

Nak mulakan bisnes Kurma? Korang tercari-cari kat mana pemborong buah kurma murah. Pembekal kurma murah. Beli Harga Borong dan Murah. Rasa nak jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Wahh . . . Menarik kann. Jom sambung baca

Kurma bagus untuk ibu mengandung Air Nabeez

“Sa’ad radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
 مَنِ اصْطَبَحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةٍ لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سَمٌّ وَلاَ سِحْرٌ
Sesiapa yang memakan TUJUH biji kurma ‘Ajwah, dia  akan terkawal daripada kejutan syaitan, racun atau sihir yang memudharatkannya pada hari itu.
[Sahih al-Bukhari, Kitab at-Thibb, Bab Syurb al-Sum…, hadis no: 5779].

Betapa hebat nya Buah KURMA ni kannn?

Kat rumah Nina ni so far belum pernah putus stok kurma. Nina rajin amalkan makan setiap hari. Dan kurma favorite Nina adalah Mariyami dan Ajwa. Selain makan gitu, Nina buat Air Nebes. Kalau kurma jenis lain Nina akan blend buat Kurma Milkshake. Memang sedap nikmati sejuk-sejuk terutama tatkala berbuka puasa. Ya ampunnn… nyaman sekali!   

Apa itu Air Nabeez Apa khasiat nya

Ni laaa Air Nabeez. Rendam kurma dalam segelas air semalaman, pastu besoknya minum.
Baca : Apa itu Air Nabeez? Apa khasiat KURMA ?

Khasiat Kelebihan amalkan makan KURMA

KURMA AJWA
– Kurma Ajwa merupakan antara jenis kurma yang terbaik di Madinah.
– Kurma ini disifatkan berwarna lebih gelap, saiznya lebih kecil.
– Isinya pula lebih tebal dan tidak terlalu manis berbanding kurma lain.
– Memiliki kandungan serat, mineral, dan vitamin yang tinggi
– Mengandungi flavonoid glycosides yang membekalkan antioksidan kepada tubuh. Ia membantu melindungi tubuh kita daripada jangkitan, meningkatkan kesihatan jantung, serta bersifat anti-kanser.
– Melancarkan penghadaman.

KURMA SAFAWI
– Kurma Safawi adalah kurma yang terbaik selepas Kurma Ajwa.
– Bersaiz besar dan berbentuk bujur
– Kurma ini bersifat kering diluar tetapi lembut di dalam ;
– Kemanisan buah Kurma Safawi tiada tandingan
– Kurma Safawi  dapat membantu perkembangan otak kanak-kanak kerana mengandung vitamin B6 yang tinggi.
– Membantu tingkatkan kesihatan kehamilan dan melancarkan proses bersalin.
– Kandungan magnesiumnya yang sangat tinggi juga  mengurangkan risiko penyakit radang sendi, kardiovaskular, alzheimer, dan juga penyakit lain yang berkaitan dengan tubuh badan .

Pemborong kurma murah

Mulakan bisnes dengan Kurma Premium AL HANNAN?
Beli Harga Borong dan Murah, Jual Jenama Sendiri

Okey citer bab Kurma ni, seronok Nina nak share ngan korang pada yang bersungguh  nak jana pendapatan di kala pandemic ni. Kita usaha, InsyaAllah pasti ada ganjarannya…


Nina dah tahu kat mana korang boleh dapatkan Kurma harga  borong dan murah!
Nak buat niaga, tentu kita tercari-cari harga yang murah dari pasaran kannn?
Yelah nak untung iyer tak?

AL HANNAN Kurma Premium 

Pemborong Pembekal Kurma Murah KURMA Premium AL HANNAN harga borong murah berkualiti tinggi

Baru-baru ni Nina rasai sendiri Kurma Premium dari AL HANNAN. Dah nama pun kurma premium opkos laaa sedap dia lain macam. Lembut, juicy gitu.  Ada beberapa pilihan Kurma jenama Al Hannan , antaranya kurma Ajwa , Safawi , Mariami, Medjoul dan Tangkai.

Terus terang Nina sukakan packaging nya yang lawa! Zip lock yang mudah disimpan semula selepas dibuka. Pembungkusan yang berkualiti macam ni, memang sesuai untuk online bisnes.

Boleh di pos ke sana ke mari dengan yakin tanpa risau bab produk sebab ianya tak akan pecah, kemek atau bocor. Niaga online ni memang penting bab pembungkusan yang bagus serta berkualiti bagi memastikan kurma dalam keadaan baik.

Agen atau stokis Kurma Premium
AL HANNAN Pemborong Pengedar Pembekal Kurma Harga Murah

Nina tengok kat web dia ada dinyatakan kot sesapa yang berminat nak jadi agen atau stokis dia.
Untung lumayan beb!

AL HANNAN Pemborong Pembekal Buah Kurma Murah berkualiti tinggi

– Sebagai Ejen – MOQ 20 pouch/unit/carton ( keuntungan – 25% )
– Stokis – MOQ 100 pouch/ 5 carton ( keuntangan 30% )

Menarik kannn? 

Ahaaa…Tunggu! Ada lagi BEST Nina nak share . . .
Selain dari jadi agen atau stokes Kurm Premium AL HANNAN, ada peluang yang lebih menarik untuk korang!

Kurma Premium Jenama Sendiri (OEM)

Buat korang yang ada bajet dan punya impian dan cita-cita lebih besar, mengapa tidak korang jenama kan kurma korang sendiri? Ya jadi founder produk sendiri..!! Kurlassss kannnn?

AL HANNAN Pemborong Pembekal KURMA MURAH

Di AL HANNAN ada menyediakan peluang dan ruang untuk mereka yang berminat nak jenama kan produk kurma premium mereka sendiri.  Semuanya disediakan.

Kelebihan OEM bersama AL HANNAN
– Kilang pembungkusan mempunyai sijil HALAL dari JAKIM dan MeSTI.
– Barcode untuk setiap jenis kurma yang ditawarkan.
– Mempunyai maklumat Nutrisi untuk setiap kurma
– Kurma dipek dan zip lock pouch yang mampu mengekalkan kesegaran kurma
– Reka bentuk label yang menarik diberikan secara percuma.

Best ke best kannn?

Korang tak perlu risau mengenai stok kerana mereka dah berpengalaman luas dalam perniagaan ni. Al Hannan ni dah lama dengan bisnes dan boleh dikatakan terkenal dalam dunia buah kurma yang mewah dan semula jadi sebagai pemborong buah kurma, pembekal kurma Malaysia yang eksklusif, pembekal kurma Arab Saudi di Malaysia yang terkemuka dan pemborong buah kurma dengan kualiti terbaik yang mematuhi piawaian tertinggi spesifikasi tempatan dan antarabangsa.

Didaftarkan sebagai AL HANNAN GROUP TRADING Di Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera. Al Hannan Group Trading ini berpengalaman luas,  mereka bekerja dengan syarikat perdagangan di Yaman, Iran, Mesir, Tunisia, Arab Saudi, Palestin dan Malaysia.

KURMA Premium AL HANNAN harga borong murah berkualiti tinggi

Amacam?
Samada sebagai agen , stokis mahupun jadi founder jenama sendiri , peluang menjana pendapatan, berniaga tu ada. Disini lah peluang korang!  Pilihan di tangan korang , yang penting bertindak dan berusaha! Pasti ada ganjarannya…

AL HANNAN Pemborong Pembekal Buah Kurma Murah

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan :-
Facebook : Kurma Harga Borong Al Hannan HQ
Instagram : Kurma Premium Harga Borong
Web :  https://alhannanmarketing.com/pemboraong-kurma-malaysia/
Telefon : +6016 873 4032
Email : sales.alhannan@gmail.com

Sharing is caring.
Mungkin ramai yang memerlukan info ini, jommm sesama kita bantu sebarkan peluang dan ruang ni dan bantu lebih ramai yang terkesan akibat covid19 sekarang ni.

SHARE!

Related posts:

Sinopsis Drama UTUSAN CINTA BUAT ADAM TV3
Resepi dan Tips Buat Puding Kastard Jagung
Resipi Kuih Kaswi Sedap Lembut Sukatan Cawan. Gerenti jadi!
MEE JAWA ... Jawa pun Jawa lah, janji 'Rock' !!.. Hehhee....
Lifestyle Review Tips AgenAjwaAL HANNANBagaimana nak jadi founderBisnes OnlineHarga Borong MurahHarga Kurma 2021 MalaysiaJana PendapatanKebaikan KurmaKhasiat KURMAKilang OEMKurmaKURMA PremiumKurma TerbaikMariamimurahOnline DeliveryOnline Shoppingorder onlinePeluang PerniagaanPembekalpembekal Buah Kurma MurahPemborongPemborong Kurma MurahPengedarPengimportProduk HalalProduk Jenama SendiriSafawiShop OnlineStokis

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (27)

  1. Firzz Radzi says:
    January 30, 2021 at 12:22 pm

    Al hannan buka peluang untuk generate income dalam keadaan sekarang.. Alhamdulillah…

    Reply
  2. NORA NASRAN says:
    January 30, 2021 at 12:49 pm

    waaaa sedap. lagi pun kurma memang banyak khasitkan nina. terima kasih sharing. boleh save sesiap ni kalau nak beli nanti

    Reply
  3. Marina says:
    January 30, 2021 at 12:55 pm

    Kurma Ajwa VIP tu macan best. Bagusnye open untuk buat duit tepi

    Reply
  4. Eiza says:
    January 30, 2021 at 3:24 pm

    Kurma Al Hannan memang best. Puas hati dengan kualiti dan rasa.

    Reply
  5. Dorsett Pink says:
    January 31, 2021 at 12:54 pm

    Csntik tudung kak nina

    Reply
  6. Ai says:
    February 1, 2021 at 1:14 am

    Feel puasa dah sampai dah.

    Reply
  7. Ruby says:
    February 1, 2021 at 12:57 pm

    Akakkkkk dah start kelaur artikel kurma! Macam Ramadan semakin hampir. Arghh bestnya. Saya suka kurma Ajwa tu. Mesti ada stok kat rumah walau bukan bulan Ramadan. Seal pack mereka ni senang utk kita simpan kurma. Siyesss best.

    Reply
  8. Nadia johari says:
    February 1, 2021 at 1:10 pm

    Suka sangat kurma ni semua. Memamg premium dna kualiti bagus. Pembungkusan kemas.. Bagus ade buat agen stokis ni seua. Wah jenama sendiri pun bagus

    Reply
  9. sueizza says:
    February 1, 2021 at 2:14 pm

    di akui memang sedap

    Reply
  10. bae roslan says:
    February 1, 2021 at 6:47 pm

    boleh dipertimbangkan untuk borong ni. packaging dia simple je. suka yang macam ni dari dalam bekas plastik tu

    Reply
  11. Rawlins GLAM says:
    February 1, 2021 at 8:46 pm

    Ooo, Air Nabeez namanya. Haha. Rawlins pun amalkan tapi taktau namanya.
    Bagus gak kan ada peluang untuk berniaga dengan jenama sendiri kan.

    Reply
  12. Saidila Rahman says:
    February 1, 2021 at 10:29 pm

    ai tahu Nina memang penggemar KUrma , tahun ni Nina borong Mariami lagi yer dengan Al Hannan , ai suka kurma tapi yang Ajwa….memang non stop makan…tapi itulah harganya boleh tahan tapi tengok kat Al Hannan ni murah sikit …bolehlah nanti nak beli

    Reply
  13. ummi nani says:
    February 1, 2021 at 10:58 pm

    dah cuba semua, anak2 suka mariami dan safawi..safawi tu suka sbb ada nama pemain bola sepak..heheh overall mg best pun 🙂

    Reply
  14. Fafa says:
    February 2, 2021 at 12:38 am

    Kita pon memang suka kurma. Tapi normal la kalau kurma ajwa.. Mahal sikit tp berbaloi sbb kurma nya berkualiti dan dari luar negara. Harga jadi agent pon murah jugak tu.

    Reply
  15. Ummi says:
    February 2, 2021 at 3:58 am

    Wah, kurma premium. Mesti rasa dia setanding dgn harga, kan? Biasa kalau bukan bulan puasa, susah nak cari kurma.

    Reply
  16. Sis Lin says:
    February 2, 2021 at 7:23 am

    Macam sedap plak nengok kurma hannan ni, bulan lepas baru juga beli kurma, sebab dah start cut sugar., tiap hari makan 7 biji ni.. nanti nak cubalah kurma ni.. lagi banyak beli lagi murah ek.. bagus..

    Reply
  17. farhana jafri says:
    February 2, 2021 at 11:44 am

    banyak untung kalau jadi stokis Al Hannan ni. Nampak sedap kurma premium dia tu sebab memang suka yang jenis juicy. Sedap kalau buat jus atau susu kurma

    Reply
  18. Qaseh says:
    February 2, 2021 at 1:40 pm

    Dapnyaaa boleh cuba nanti

    Reply
  19. Nur Decamellia says:
    February 2, 2021 at 2:46 pm

    Ermmm tak lama lagi dah nak start puasa Ramadhan. Memang ramai lah buat bisnes jual kurma kan? Boleh try beli borong dgn al Hannan sbb packaging dia menarik so mesti ramai tertarik nak beli

    Reply
  20. huda says:
    February 2, 2021 at 3:31 pm

    sedap pula tengok air kurma tu. lama betul tak buat. ni ada stok kurma boleh la buat petang ni. sedap2 dan kualiti tip kurma premium al-hannan ni..berbaloi beli

    Reply
  21. Eswati Azni Jaafar says:
    February 2, 2021 at 6:29 pm

    kak azni suka kurma ajwa sahaja… yg lain tu tak berapa boleh telah

    Reply
  22. Grace Ng says:
    February 3, 2021 at 12:21 am

    i really enjoy the taste and health benefits of kurma. i find it super interesting and tempting that they are giving us a chance to be agents. i might just give it a try!

    Reply
  23. FD says:
    February 3, 2021 at 12:48 pm

    boleh buat brand sendiri eh. sesuai la nk jual dekat2 bulan puasa nanti

    Reply
  24. che shariff says:
    February 4, 2021 at 12:36 am

    nampak sedap, bila ada campuran kurma tu penting makan sunnah.. thanks atas perkongsian…

    ada masa free visit blog kita pula kak…

    Reply
  25. Sunshine Kelly says:
    February 8, 2021 at 9:25 am

    I pun suka makan kurma, kadang simpan a pack or two kat rumah bila lapar boleh makan.

    Reply
  26. Pingback: Apa itu Air Nabeez Apa khasiat nya
  27. gacha life says:
    July 19, 2023 at 6:55 pm

    You are in for a real treat with this! This is without a doubt the most incredible piece of writing I’ve ever read. Because of you, it is turning out to be a much better day.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes