Resipi Kek Coklat Moist Paling Sedap

RESIPI Kek Coklat Lembab Moist versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa :)

Resipi Kek Coklat Moist merupakan antara resipi kek yang paling hot!  Rata-rata ramai yang akan mempelajari asas baking dengan kek coklat. Betulkan..?? Termasuk juga lah Nina … Ini lah resipi pertama yang Nina cuba. Teruja saat memula Nina memberanikan diri dengan dunia baking. Nervous cuak risau semua ada!  Risau tak jadi.  Dan Nina dah try pelbagai versi kek coklat.

 

Macam-macam resepi kek coklat Nina dah cuba. Dari yang kukus, moist, bakar dan tak lupa juga yang tak menjadi pun pernah! Normal lah jatuh bangun proses pembelajaran gitu.

 

Kalau kukus tuu pernah juga terjadi dimana keknya mendap, jatuh kat tengah, bantat dan tak masak pun pernah terjadi… Sedih! Huwaaaa . . .  (yang tak jadi, tak sedap, tak moist tuu, tak der lah Nina  share kat sini sebab yang baik itu datangnya dari DIA dan yang tak menjadi itu datangnya dari salah dan silap kita sendiri) kannn…??  Daku redha.

 

Namun, itu semua pengalaman yang paling berharga buat Nina. Learn from mistake 🙂
Dan …… practice make perfect! Ini yang Nina pegang dalam apa juga benda yang Nina buat.

 

Resipi Kek Coklat Moist paling sedap !

Kali nie Nina nak share Resipi Kek Coklat Lembab versi bakar yang sedap moist dan menepati selera. Dan mudah nak buat! Resultnya pula pasti tak akan mengecewakan.. Resepi ni Nina dapat dari blog yang hebat, siapa lagi kalau bukan Kak Azlita Masam Manis

Dalam banyak-banyak resepi kek coklat versi bakar, ini lah resepi yang paling Nina suka dan yang paling bestnya kengkawan yang dah order ngan Nina pun suka akan kesedapan kek coklat ni. Ramai dok repeat order dan lagi dan lagi 🙂

 

Resipi Kek Coklat Moist Paling Sedap

Resipi Kek Coklat Moist Lembab Versi Bakar gerenti jadi

Resipi ni terbahagi kepada 4 bahagian bahan. Mudah je sebenarnya. Korang sediakan mengikut A B C D .
Tips Kek jadi helok adalah Resipi sukatan gram sebab ianya lebih tepat dan kebiasaanya gerenti jadi! Trust me . .

 

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
 > > >  Satukan semua bahan, kemudian ayak dan ketepikan.


Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla


Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung


Bahan D
250 ml air panas

 

Okey, dah siap bahan moh kita mulakan projek membaking. Korang ikut je step by step ni tau sebab Nina pun ikut je cara Kak Azlita buat dan Alhamdulillah menjadi! Seronok giler . . .

 

Resipi Chocolate Moist Cake Topping Ganache sedap mudah

Cara buat Resepi Kek Coklat Lembab Moist

1-  Satukan semua bahan B, pukul hingga putih
2-  Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis, pukul hingga sebati. Selalunya Nina tak letak pun susu pekat manis.


3-  Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula. (Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer. Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama! Sebab  nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.) Paling selamat sila kaup balik.
4-  Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula, tambahkan air panas dan gaul rata


5-  Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak
6-  Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
7-  Kek dah sejuk sedia dihidangkan ataupun ready to deco… Mudah kann?

 

Butter Cake Paling Senang Cream Ising Deco Cake

 

Buat sendiri Kek Hari Jadi

 

Untuk chocolate ganache style Nina boleh lah rujuk kat  Chocolate Moist Cake / Kek Coklat Moist versi Bakar dan Resipi Ganache yang sedap mudah dan untuk icing cream yang mudah boleh rujuk  Butter Cake simple Mudah / Kek Butter dan Cream Icing Mudah sesuai buat deco kek harijadi pula

 

Kat sini Nina share kan antara gambar yang sempat Nina snap dan ada juga yang Nina tak dapat sharekan tanpa kebenaran tuan empunya kek.
Jutaan terima kasih sudi buat kengkawan yang sudi order ngan Nina…  🙂 

 

Contoh Resipi Icing Krim Mudah Sedap Deco Kek Birthday

 

Selamat mencuba! Ingat tau practice make perfect. Usaha tangga kejayaan. Bila kita terus mencuba, kita akan belajar sendiri teknik dan tips untuk mendapatkan kek yang menepati selera kita sekeluarga. Maklum lah sedap tu subjektif. Tapi ramai dah cuba resepi Kek coklat Kak Azlita ni dan yang berpuashati. Tq kak!

 

Related Post
Harta Pusaka Nenek
Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat Read more

Chicken Pox
Chicken Pox

Chicken Pox -  demam cacar  / demam campak Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam Read more

Shaken Baby Syndrom (SBS)
Shaken Baby Syndrom (SBS)

Kisah yang ingin dikongsi buat semua ....Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki Read more

Paku Di Hati …
Paku Di Hati …

PAKU DI HATI...Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Read more

Please follow and like us:
114 Comments
  • zu
    Posted at 23:14h, 29 April Reply

    salam kak..nk tye resepi kek ni untuk brape kg yer?

  • Nina Mirza
    Posted at 15:24h, 30 April Reply

    Wsalam Zu,
    actually maaf yea jika kurang tepat sbb tak teringat nak timbang betul2
    Kalau tak silap dalam 1.7kg

  • afiza amer
    Posted at 18:04h, 26 May Reply

    kak.. nk tnye.. resepi ni mmg xde guna mntega ey?_puanfiza

  • Nina Mirza
    Posted at 09:07h, 29 May Reply

    Afiza Amer,
    ya, resepi ini tak perlukan mentega. Dah digantikan dengan minyak jagung 🙂

    • Norazura Samam
      Posted at 22:41h, 28 November Reply

      Kalau cairkan butter utk ganti minyak jagung boleh ke sis?

  • Anonymous
    Posted at 12:53h, 04 June Reply

    masa membakar 2, api dalam oven 2 perlu atas dan bawah atau salah satu

  • Nina Mirza
    Posted at 14:53h, 04 June Reply

    Masa membakar, Nina guna api atas bawah dan letak di rak tengah
    TQ

  • nurul ain
    Posted at 13:57h, 12 June Reply

    Klu nk guna minyak msak instead of mnyak jagung boleh? dan klu xde ssu cair, guna susu full cream dutch lady tu bole?

  • Anonymous
    Posted at 20:55h, 12 June Reply

    bleh tk saya kurangkan gula

  • Nina Mirza
    Posted at 22:12h, 12 June Reply

    Nurul Ain,
    boleh ajer kalau nak digantikan minyak jagung i/o minyak masak
    dan susu cair ke susu UHT Duth Lady
    Selamat mencuba 🙂

  • Nina Mirza
    Posted at 22:14h, 12 June Reply

    boleh juga cuma pendapat Nina resepi ini dah sedang elok manisnya
    Bak kata orang tua-tua :: "Manis-manis buah gitu"
    kalau dikurangkan takut nanti tawar pula~
    hehee . . . .

  • Anonymous
    Posted at 19:27h, 22 June Reply

    saya dah buat..memang naik tp kek tu merekah la.. wats wrong erk.. api 160 jer..guna api bawah..

  • Nina Mirza
    Posted at 21:59h, 23 June Reply

    Terima kasih kerna sudi mencuba resepi ini.
    Antara sebab kek tu merekah maybe suhunya panas dan terlama masak. (Tak semua oven sama tahap kepanasannya.) Lepas nie boleh try turunkan sikit suhunya..
    – selain dari itu, Nina biasanya guna api atas bawah dan letak dirak tengah. (ini juga bergantung dengan oven masing-masing)
    Jangan putus asa dan cuba lagi yea….

  • adeenda sueman
    Posted at 18:12h, 26 June Reply

    Kek belah atas dah merekah tp yg bawah tak masak…

  • Nina Mirza
    Posted at 20:39h, 26 June Reply

    Adeenda,
    Setiap kita punya oven yg tak sama dan ianya bergantung pada oven itu sendiri.
    ermmm …. adunan tu diletakkan kat rak tengah, api atas bawah ker?
    Kalau ya, ini terjadi kemungkinan besar suhu api bawah tak sama dengan api atas.
    So next time u kena letakkan adunan kat rak bawah dan turunkan sikit suhunya.
    Lepas 1jam 1/2, cucuk lidi dan check samada dah masak atas belum. Kalau belum tambahkan masa dalam 5-10minit lagi. (sebab dah turunkan suhu dan masa masak agak lama supaya keknya tak merekah di atas)
    Dun give up… cuba lagi yea (Nina pun pernah mengalaminya time guna oven baru sbb tak faham lagi akan suhu oven tersebut)
    Practice makes perfect 🙂

  • Anonymous
    Posted at 11:03h, 01 July Reply

    dh cuba tp sy kukus..ermmm mmg sedap..x sabar tunggu sejuk dh potong..susu cair sy gantikan dgn susu dutch lady

  • Anonymous
    Posted at 17:20h, 08 July Reply

    Nk share bole tak

  • Nina Mirza
    Posted at 17:36h, 08 July Reply

    Tahniah …!! Nina pun tumpang happy mendengarnya~
    terima kasih cuba singgah blog Nina dan mencuba resepi kat sini 🙂

  • Nina Mirza
    Posted at 17:37h, 08 July Reply

    silakan …. 🙂

  • Arabella Hazella
    Posted at 21:29h, 16 July Reply

    Yg last skali tu lps cmpur tepung adunan tu baru masukkan air yer? Agak kurang faham..hehe

  • Nina Mirza
    Posted at 23:52h, 16 July Reply

    Arabella,
    yup…. lepas campur tepung last sekali baru masukkan air panas. Kacau rata then dah boleh masukkan dalam loyang – bakar
    Selamat mencuba!

  • sakinah dzazuli
    Posted at 13:51h, 31 July Reply

    Kalw letak dlm cup boleh dpt bp?

  • Nina Mirza
    Posted at 08:21h, 01 August Reply

    As'salam Sakinah,
    kalau dalam cup size S, boleh dapat banyak…. lebih 50biji

  • Haura' Atiqah
    Posted at 20:02h, 01 August Reply

    Salam kak nina.. Saye dh try buat kek ni.. First time baking 🙂 mmg seddaapp dan moist sgt.. Wlaupun die mrekah sikit dkt ats, tp saye cover dgn ganache jd ok… Time kasih share recipe ni 🙂

  • Nina Mirza
    Posted at 09:13h, 02 August Reply

    Wslm Haura Atiqah,
    Pertama sekali, terima kasih sudi singgah blog kak Nina dan mencuba resepi nie
    Tahniah …! 1st baking menjadi 🙂 Pandai pula tuu, tutup ngan ganache!
    Alhamdulillah Atiqah suka akan rasanya yg moist~~~ (mmg sangat moist kann..?) Kak Nina pun dok berulang-ulang buat resepi nie….

  • idahMOMOE
    Posted at 06:22h, 03 August Reply

    Salam kak, kalau tuang adunan dalam 3 loyang saiz 8inci boleh ke kak? Cukup tak bater? 🙂

  • Nina Mirza
    Posted at 23:47h, 04 August Reply

    IdahMOMOE,
    3 loyang 8inch tuu untuk sebuah kek ker? Maksudnya, sebuah kek layer 3?
    Kalau gitu boleh ajer…
    Kalau 3 kek yang berlainan nanti kek tuu sangat nipis (rendah)

  • Hidayah
    Posted at 09:38h, 06 August Reply

    salam kak…susu cair tu susu yg dalam tin susu sejat ke? or susu yg ducth lady tu?

  • Nina Mirza
    Posted at 10:03h, 06 August Reply

    Wslm Hidayah,

    mana-mana pun boleh …. kalau susu cair sejat rasanya akan lebih lemak manis berbanding susu UHT Ducth Lady tuu… cuma kalau susu kotak UHT Ducth lady lebih jimat 🙂

  • Anonymous
    Posted at 14:33h, 06 August Reply

    kna guna telur putih shj ke?

  • Nina Mirza
    Posted at 08:31h, 07 August Reply

    Telur semuanya = 3 biji telur size A

  • siti zaharah
    Posted at 18:41h, 17 August Reply

    This comment has been removed by the author.

  • siti zaharah
    Posted at 18:43h, 17 August Reply

    salam,
    kak nina utk cup cake y mini tu akk gne saiz ape?y ade topping cket utk gmbr 1st.

  • Nina Mirza
    Posted at 23:37h, 17 August Reply

    W'salam…
    cupcake mini tuuu size 'S'
    (kak Nina guna paper cup muffin size 7)

  • jejaka sepi
    Posted at 14:07h, 19 August Reply

    Terasa seronok kalu pandai buat ni….susah ke agaknyer nk mcuba….alahai….

  • Nina Mirza
    Posted at 15:11h, 19 August Reply

    Jejaka Sepi,
    memang seronok tak terkata apabila sesuatu yg dicuba menjadi dengan jayanya!
    Tak susah manapun…. ikut ajer step cara-caranya, In Sya Allah menjadi 🙂
    Selamat mencuba!

  • Anonymous
    Posted at 21:29h, 23 August Reply

    can i use self raising flour instead of all purpose flour and baking powder? and also can i substitute corn oil with melted butter?

  • Nina Mirza
    Posted at 23:49h, 23 August Reply

    Hi ….
    TQ very much for ur willingness to stop by my blog
    Yes, u can 🙂
    Happy baking!

  • Saggi Girl
    Posted at 14:26h, 05 September Reply

    A'kum… blh ganti x dgn minyak zaitun??

  • Nina Mirza
    Posted at 08:34h, 06 September Reply

    Wslm Saggi Girl,
    Nina kurang pasti tentang penggunaan minyak zaitun untuk bahan ganti
    sbb minyak zaitun nie kepekatan minyaknya lebih…. Maaf yea
    Tapi selain minyak jagung, minyak masak yg biasa digunakan kat dapur boleh juga….
    ataupun buttercup yg dicairkan pun ok

  • Saggi Girl
    Posted at 16:26h, 13 September Reply

    erm… a'kum lagi skali!!!! saya dh cuba guna minyak zaitun (tawakal je sbb xde minyak lain) n rasa dia mmg owesome sesangat, terima kasih bbyk…

  • Nina Mirza
    Posted at 23:58h, 13 September Reply

    Wa'alaikumussalam Saggi Girl,
    Tahniah! Alhamdulillah ur cake menjadi! Nina tumpang happy 🙂
    so lepas nie, Nina pun dah tahu guna minyak zaitun pun boleh…..
    Thanks a lot for sharing

  • Anonymous
    Posted at 19:52h, 17 September Reply

    salam kak nina nak tanya kalau resepi kek coklat kukus boleh ke dijadikan resepi kek bakar? xda la beza sgt resipi akak dgn sy cuma xguna gula kastor dgn air panas je..

  • Anonymous
    Posted at 13:11h, 22 September Reply

    Salam . Kak nina , kalau kaedah kaup balik guna spatula tu saya gune whisk untuk kacau adunan tu boleh tak ?

  • Shera Siti
    Posted at 01:21h, 06 October Reply

    Salam..serbuk koko ape digunakan? Sbb kalau buat kek…die xnmpak gelap lah

  • aiyaka urnare
    Posted at 18:30h, 14 October Reply

    salam ..utk toping ..kalau guna srbuk koko nak cantik pekat gelap cm guna coklat bar cm ne ea ?
    dh byk kli cba tp xpnh mnjdi ..

  • Nina Mirza
    Posted at 00:51h, 17 October Reply

    wslm…
    sebaiknya guna spatula/senduk kerna kalau guna whisk nanti cara gaulnya agak kasar
    takut nanti resultnya kek akan terlalu berongga (berderai)

  • Nina Mirza
    Posted at 00:55h, 17 October Reply

    wslm Shera Siti,
    Selalunya Nina gunakan serbuk koko yg dibeli kat kedai kek (bakery)
    ppssttt >>>>> murah sikit dari Van Houten . Hehehe . . .

  • Nina Mirza
    Posted at 01:00h, 17 October Reply

    Wslm Aiyaka Urnare,
    untuk topping Nina prefer guna coklat compound – brand Beryl's
    ada dijual kat bakery

  • ummu_mousab@ yahoo.com
    Posted at 09:43h, 19 October Reply

    Assalamualaikum , air panas tu guna air panas menddih ke? Sy pernh cuba resepi yg guna air panas tp kek jd bantat.

  • shafrina
    Posted at 17:50h, 26 November Reply

    Assalamualaikum Nina..
    Thanks 4 the osem recipe.. memang superb.. saya dah try smalam buat utk birthday anak.. Alhamdulillah sedap sangat..

    Tapi saya tukar pakai self raising flour, susu cair saya pakai fresh milk & minyak jagung saya gantikan dgn sunflower seed oil.. and tambah nescafe sket..

  • Intan
    Posted at 23:40h, 27 November Reply

    salam..sy da buat merekah la ats kek ni…kli ke 2 bt trunkn shu 140C ttp mrkah jgk…knpe ye?

  • Nina Mirza
    Posted at 18:14h, 02 December Reply

    Ummu_mousab,
    yea… kek ini menggunakan air panas (air panas Nina tak mendidih)
    So far dah banyak kali Nina menggunakan resepi ini dan Alhamdulillah tak pernah mengecewakan 🙂

  • Nina Mirza
    Posted at 18:31h, 02 December Reply

    Wa'alaikumussalam Shafrina,
    Alhamdulillah …. Nina tumpang happy ur cake menjadi 🙂
    Pasti anak u suka merasa air tangan mamanya….
    Dan semestinya lagi sedap dengan sedikit nescafe
    TAHNIAH

  • Nina Mirza
    Posted at 18:50h, 02 December Reply

    Wslm Intan,
    Firstly, terima kasih sudi singgah blog Nina dan mencuba resepi ini
    Setiap kita punya oven yang berbeza…
    – Samada Intan boleh cuba letakkan di rak paling bawah antara masa 20minit terakhir
    – Dan tips lain, loyang tersebut ditutup atasnya dengan foil

    Selamat mencuba

  • Anonymous
    Posted at 23:43h, 15 December Reply

    kirenye lau xnak gune minyak jagung leh gune butter cup je ek?

  • Mumsluvbaby
    Posted at 17:03h, 27 December Reply

    Terima kasih untuk resipi, Tengah mmbakar kek.Tak tahu lah result camna.Tapi bab masukkan air panas tu takut nak masukkan sampai 250ml takut cair sgt.sbb tiba2 nampak banjir.So just masukkan 100ml.harap menjadi lah..

  • Nam Sung Hyo
    Posted at 12:23h, 07 January Reply

    minta izin ambil resepi kek bakar

  • Anonymous
    Posted at 10:40h, 08 January Reply

    terima kasih resepi nya,,,

  • arezie
    Posted at 15:03h, 10 January Reply

    salam sy pn br memcuba resepi nie..tgh membakar..arap2 menjadi

  • azie
    Posted at 17:46h, 10 January Reply

    salam sdp sangat kek coklat moist nie..tp sy letak ganache lg sdp..

  • eina hasan
    Posted at 19:20h, 10 January Reply

    Mlm ni nk cuba hopefully jadi…

  • Anonymous
    Posted at 01:25h, 12 January Reply

    Salam…sy dh cube tp agk mngecewakan le nina..huhuhu…kek tu jd naik mcm cup cake n naik x sme rata…atsnye keras n pecah tp dlm nye msih lum msak..xtau mne silapnye..atau loyang tu trlalu kcik…

  • Haziziwani Safri
    Posted at 14:44h, 12 January Reply

    Tq nina atas resepi ny.sy bru siap m'bakar.knpe ea atas kek tu pecah2 ckit,suhu sy guna 150c bkar 45 mnit jer..

  • Anonymous
    Posted at 15:45h, 23 January Reply

    api atas bawah dan kipas tak atau tak payah kipas?

  • Ku liza
    Posted at 15:42h, 10 February Reply

    SALAM.
    kalau guna minyak sayur boleh tak??

    p/s: spa2 sedang mencari produk shaklee boleh dapatkan dengan saya. 🙂

  • Nina Mirza
    Posted at 09:58h, 11 February Reply

    Wa'alaikumussalam Ku Liza,
    Ya, boleh digantikan dengan minyak sayur 🙂

  • Yusra Amirah
    Posted at 18:17h, 12 February Reply

    sis kalau nk wat muffin pun boleh kan dan bakar…. cup untuk muffin saiz ape yew sis? letak penuh2 kew setengah jew dlm cup

  • Nina Mirza
    Posted at 10:07h, 13 February Reply

    Yusra,
    boleh ajer … try letak separuh dulu, kalau suka pada ketinggian tuu kekalkan
    atau letak 3/4 naik tinggi lagi….

  • Anonymous
    Posted at 00:03h, 19 February Reply

    Slm..sy buat kukus..klu kukus mmg tekstur kek die padat ke berbanding bakar..ke sy ade clap kat mne2.

  • Nina Mirza
    Posted at 10:22h, 19 February Reply

    Wslm,
    Nina kurang pasti kalau resepi ini dikukuskan. Ermm….
    Sebaiknya kalau nak try resepi kek coklat kukus boleh refer sini.
    Kalau kek coklat kukus, resepi nie mmg fav resepi Nina 🙂
    http://ninamirza.blogspot.com/2012/01/choc-moist-cake-munira-baharum-yang.html
    >>> so far, ramai yang dah mencubanya dan berpuashati
    Selamat mencuba

  • Anonymous
    Posted at 20:19h, 28 February Reply

    Dah buat…sedapnya..nyum2…siap letak topping cheese leleh..ramai yg suka

  • Anonymous
    Posted at 17:59h, 09 March Reply

    salam nina nk tanya kalau nk guna bekas cupcake/muffin perlu letak dlm acuan khas ke? atau blh je letak dlm dulang bakar?

  • Nina Mirza
    Posted at 17:08h, 11 March Reply

    W'salam,
    Kalau guna bekas cupcake/muffin yg keras tuu tak perlu alas apa2 just letak dalam tray then bakar
    tapi kalau guna paper cup yg nipis tuu, kenalah guna acuan alas contohnya acuan cheese fruit tart.

  • Hakim Haizan
    Posted at 02:43h, 17 April Reply

    Assalamualaikum, nyum…nyum ..memang sedap =)

  • Abam Mas
    Posted at 11:01h, 01 May Reply

    Memang sedap dan menjadi. TERBAIK!!!
    2 kali dah buat untuk birthday anak2 saudara.
    Tapi part kaup balik memang memenatkan. Boleh naik muscle lengan kalau hari2 buat.
    Apa2 pun, tenkiu share resepi yang awesome ni

  • Nina Mirza
    Posted at 09:26h, 02 May Reply

    Abam Mas,
    SAma-sama & terima kasih juga sudi mencuba.
    Uncle yg HEBAT sanggup me'muscle'kan tangan untuk Bday Cake anak-anak sedara 🙂
    Lepas nie bolehlah ambik order jiran tetangga, sanak sedara dan kengkawan pula…..
    take care

  • Shuhadah
    Posted at 03:13h, 20 June Reply

    Terima kasih, saya dah cuba resipi ni. Mungkin ada tersilap sukat kat mana agaknya, agak terover moist (bantat lah tu eh?). Tapi, sedap. 😀

  • Anonymous
    Posted at 12:16h, 01 August Reply

    agak2 kalau guna cawan, tepung 300gm tu brape cawan ek?

  • Nina Mirza
    Posted at 18:35h, 01 August Reply

    Tepung
    1/2 cup = 60gm
    1cup = 125gm

    Gula/Mentega
    1/2 cup = 125gm
    1cup = 250gm

    Cecair / Air
    1/2cup = 125ml
    1cup = 250ml

  • Yamazriq Musa
    Posted at 22:49h, 07 August Reply

    Klau nk buat cupcake 150 biji..bhn semua kali 10 kan?

  • Nina Mirza
    Posted at 23:59h, 07 August Reply

    As'salamualaikum Yamazriq,
    Banyaknya 10.adunan.., tak perlu
    Sebaiknyaa buat satu adunan dulu then tengok berapa cupcake u dapat dari adunan tersebut. Kemudian baru u gandakan mengikut jumlah yg diinginkan.
    Ianya bergantung pada size ur cupcake.
    Moga penjelasan nina membantu u…

  • Anonymous
    Posted at 16:06h, 10 October Reply

    salam…kalo x bubuh minyak jagung x pe kew?

  • Nina.Mirza Mirza
    Posted at 16:15h, 10 October Reply

    Wa'alaikumussalam….
    Boleh nanti minyak masak

  • Anonymous
    Posted at 16:57h, 13 October Reply

    Assalam..nk tnya 100 gram serbuk koko berapa cwn ek?

  • Nina.Mirza Mirza
    Posted at 17:43h, 13 October Reply

    Wa'alaikumussalam
    Info:-
    Tepung
    1/2 cup = 60gm
    1cup = 125gm

    Gula/Mentega
    1/2 cup = 125gm
    1cup = 250gm

    Cecair / Air
    1/2cup = 125ml
    1cup = 250ml

  • Anonymous
    Posted at 15:40h, 18 October Reply

    Salam nk tnye. Size cup ni mcm mana ye?

  • fieqa
    Posted at 23:56h, 01 November Reply

    Salam kak nina. Alhamdulillah first time buat jadiiii!! Buat kek ni ntok hari jadi mak.hehe smua sukaa! Tq kak nina n k azlita 🙂

  • wawa keong
    Posted at 17:59h, 24 November Reply

    salam kak.. macam mne nk buat krimnye ye..

  • Nina Mirza
    Posted at 20:36h, 24 November Reply

    Wawa,
    Kat atas ada click 'sini' utk cream ganache dan icing cream
    TQ

  • Nina Mirza
    Posted at 20:37h, 24 November Reply

    Wa'alaikumussalam Fieqa
    Alhamdulillah… Kak Nina tumpang happy! 😉

  • Atiqah Ahmad
    Posted at 09:56h, 26 November Reply

    salam kak. tumpang tanya, kalau guna loyang 8 inci, ketinggian adunan dalam loyang sampai takat mana? risau nanti kek naik tinggi sangat.

  • Atiqah Ahmad
    Posted at 09:58h, 26 November Reply

    lagi satu, kertas minyak dan baking paper tu sama ker?

  • Nina Mirza
    Posted at 12:42h, 26 November Reply

    Atiqah,
    loyang 8inch ok…. Kak.Nina selalu guna Loyang 9inch
    Kertas minyak tuu color coklat nipis ker? – boleh utk alas loyang
    dan baking paper yg putih kan? – mmg utk alas loyang

  • Atiqah Ahmad
    Posted at 11:51h, 27 November Reply

    thanks kak. saya beli baking paper yang putih. insyaALLAH harini nak cuba mem'baking' untuk kek besday anak. 🙂

  • Atiqah Ahmad
    Posted at 12:12h, 27 November Reply

    This comment has been removed by the author.

  • Atiqah Ahmad
    Posted at 12:12h, 27 November Reply

    lagi satu, if saya bake malam ni, boleh ke saya simpan dalam fridge, esok baru letak topping or letak je topping terus malam ni dan simpan dalam fridge? jamuan di taska anak petang pukul 4.

  • Nina Mirza
    Posted at 12:49h, 27 November Reply

    Atiqah,
    lepas cake masak, tunggu sejuk then siram ganache – deco
    lepas tuu bolehlah simpan dalam fridge
    tips: Kak Nina baking petang, malam deco then terus simpan dalam fridge utk collect.

  • Hafiz Rahim
    Posted at 09:13h, 26 February Reply

    Kak.. tolong buatkan untuk saya satu. hehehe

  • Husna
    Posted at 17:50h, 16 April Reply

    Salam..nk tanya..kalo yg dalam mini cupcake size s tu …masa utk bakar baper lama ye?..

    • Nina Mirza
      Posted at 11:30h, 14 September Reply

      Wa’alaikumussalam
      Mini cupcakes bakar dalam 20minit

  • zulfa
    Posted at 15:31h, 18 September Reply

    Kek cekelat memang sedap…

  • AFIFAH HUSNA
    Posted at 15:47h, 14 June Reply

    yang susu cair tu susu sejat ke atau susu yg dalam kotak?

    • Nina Mirza
      Posted at 16:17h, 14 June Reply

      Afifah,sebarang susu pun boleh
      Nina suka guna susu UHT full cream

  • hasliza
    Posted at 09:45h, 26 July Reply

    assalamualaikum, nina nak tanya kalau utk loyang 10″ perlu double adunan ke? atau guna sukatan ni pun dah ok..?

    • Nina Mirza
      Posted at 16:34h, 26 July Reply

      Wa’alaikumussalam Liza
      Loyang 10″ pun boleh
      Cuma nanti kek nya tak berapa tinggi

  • Aida Mastura
    Posted at 19:32h, 28 October Reply

    Kalau gula castor boleh ganti dgn gula biasa ke? Sama je ke timbangan? Satu lg. Boleh ke ganti gula dgn susu pekat? Sukatan susu pekat mcm mana ye.. Tq

  • Hanim sazali
    Posted at 14:24h, 02 May Reply

    Salam kak nk tnya, kalau loyang yg kita gunakan terkeluar sedikit dripd oven akn menjejeskna kek tk?

    • Nina Mirza
      Posted at 16:38h, 02 May Reply

      Wa’alaikumussalam, maksudnya oven tak tutup rapat eh? Kalau ya, memang akan jejaskan pembakaran kek tu nanti

  • Sheet Metal Laser Cutter
    Posted at 16:03h, 05 May Reply

    It’s a pity you don’t have a donate button! I’d most certainly donate to this outstanding blog! I guess for now i’ll settle for bookmarking and adding your RSS feed to my Google account. I look forward to brand new updates and will share this website with my Facebook group. Talk soon!

  • presse plieuse CNC
    Posted at 09:02h, 07 May Reply

    I am not sure where you are getting your info, but great topic. I needs to spend some time learning much more or understanding more. Thanks for great information I was looking for this information for my mission.

  • History Essay Writing Services
    Posted at 13:30h, 29 June Reply

    It is important for history coursework writing service students to seek History Essay Writing Services from a reputable history research paper service provider for their custom history paper writing help services.

Post A Comment

Follow by Email
Instagram