Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

April 2, 2013January 11, 2016

Donut lagi …. dan lagi dan lagi.~~

A’salamualaikum dan Salam Sejahtera

Semalam pagi-pagi lagi Eilyana dah minta buatkan donut untuknya. Sambil mengenangkan kemalasan yang melanda macam malas ajer nak mengguli. Kan best kalau ada bread maker! hehehe . . .
Namun akhirnya…. Nina buatkan juga. Untuk yang tersayang lah katakan….

Donut merupakan kuih kegemaran anak-anak Nina. Sejak cuti sekolah baru-baru nie, boleh dikatakan selang hari Nina dok mengguli donut lagi dan lagi ….. Dan akhirnya, setelah di adjust dari resepi yang sedia ada, Nina dapat sukatan yang sesuai ngan selera family Nina.  Kali nie, tak perlu tunggu dan tunggu doh naik baru nak tekap, goreng dan sebagainya. Cuma masa mula-mula satukan bahan A ajer kena tunggu hingga yis berbuih dan kemudian boleh meneruskan proses seterusnya tanpa menunggu….. amat menjimatkan masa & senang kan..??
Bukan apa, time kita tekap hingga habis doh tersebut, yang mula-mula kita tekap pun dah kembang naik cantik dan sedia digoreng. ..
Sebaiknya proses nak buat donut time tengahhari/ cuaca panas.  Dengan iklim Malaysia yang panas amat sesuai dan mempercepatkan proses pengembangan doh secara semulajadi.

Lepas ajer goreng dan ditoskan…. Jeng jeng jenggg >>>> dah lesap beberapa biji!
Eilyana suka makan time donut nie panas-panas! 

Kali nie, Nina tak salut ngan gula icing tapi Nina deco ngan icing cream. Lebih menarik!
Untuk resepi icing cream boleh jenguk kat SINI. Ini merupakan resepi yang selalu Nina gunakan untuk mendeco kek.

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 I'm officially 4 series! Alhamdulillah
3 Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL
4 Cupcakes Bunga Teratai ...
5 Alahai sedapnya! Sagu Gula Melaka | Resipi dan tips buat cantik terbentuk.



DONUT LEMBUT & GEBU 
Resepi : Nina Mirza

Bahan A
1 paket mauripan (11g)
2 sudu besar mentega
1 1/2 sudu besar shortening
2 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar gula halus
200ml air suam

500g tepung gandum
1 biji telur + 1 biji kuning telur – dipukul rata
3/4 sudu teh garam halus
2 biji kentang sederhana saiz – direbus dan dilenyekkan


ini antara gambaran yg sempat Nina snap


Cara penyediannya
1-   Dalam bekas besar, satukan bahan A kalau sebentar dan dibiarkan dalam 10minit hingga yis berbuih

2-   Apabila yis dah berbuih, ayakkan separuh tepung gandum dalam bekas tersebut bersama telur dan garam. Kacau rata sebati semuanya menggunakan sudu. 
3-  Dah rata semuanya, kacau lagi menggunakan sudu satu arah sahaja.
4-  Kemudian masukkan baki tepung gandum tersebut dan uli hingga adunan tak melekat kat tangan dan tepi-tepi bekas. Kalau lembik tambahkan sedikit tepung.
5-  Kemudian dah boleh buat bulat-bulat atau canai adunan tersebut dan tekap menggunakan doughnut cutter. (Time ni, perlu menggunakan agak banyak tepung gandum agar adunan tak lekat kat tangan, roll dan penerap.) 
6-  Selesai tekap-tekap donut, doh yang mula-mula tekap tadi dah boleh digoreng. B
7-  Goreng dengan api yang perlahan ke sederhana hingga bertukar warna keemasan. Balik-balik sentiasa supaya cantik serata warnanya. Toskan
8-  Kemudian, bolehlah disalut dengan gula icing atau gula halus. Jangan gula batu sudah lah yea….
9-  Sedia dihidangkan

ppsstt >>> adunan nie dapat banyak sangat (lebih 35 biji ++) kalau guna terap yang comel tuu
so bolehlah pass kat jiran 🙂

Selamat mencuba!




Related posts:

I'm officially 4 series! Alhamdulillah

Duduk rumah! Beli online jer Baju Sekolah THOMX SCHOOL

Cupcakes Bunga Teratai ...

Alahai sedapnya! Sagu Gula Melaka | Resipi dan tips buat cantik terbentuk.

Lifestyle kudap kudapanKuih Muih Warisan Kita

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (0)

  1. adda syuhada says:
    April 2, 2013 at 11:31 am

    siyes sedapp..

    Reply
  2. JaSSNaNi says:
    April 2, 2013 at 12:32 pm

    sedapnya topping dia…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes