Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

LAZZ SUSU KAMBING tips menu sahur elakkan gastrik
May 7, 2019May 20, 2022

Alhamdulillah.. Nasib baik ada Lazz Susu Kambing Ramadhan ni..

LAZZ SUSU KAMBING tips menu sahur elakkan gastrik

Isi Kandungan hide
1 Alamak… Lupa besok dah Puasa!
2 Lazz Susu Kambing Mom’s Choice
2.1 Cepatnya order sampai!
3 Sahur wajib ada Lazz Susu Kambing dan Kurma
3.1 LAZZ SUSU KAMBING tips menu sahur elakkan gastrik Nina menyerang
4 Kenapa Nina pilih Lazz Susu Kambing
4.1 Lazz Susu Kambing tidak hamis
4.2 Ada pelbagai rasa
4.3 Sesuai untuk semua peringat usia
4.4 Lazz Delivery amat mudah dan cepat!
4.4.1 Cara beli online Lazz Delivery COD
4.4.1.1 Tel atau WhatsApp ke 018 2777 290 Web : http://lazz.lazzdelivery.com FaceBook : LAZZ Susu Kambing Instagram : LazzSusuKambingHQ
5 Related posts:
6 BELI OLIGO SAMBIL MENDERMA | BERSAMA JAYAKAN KEMPEN SOLIDARITI OLIGO
7 Kempen Kembali Ke Sekolah Cerahi Kehidupan Bersama TOP
8 Sup Tulang Merah Singapore.. Memang Sedap Seyhhh~~
9 Baru tahu rupanya Himalaya Wellness ada Boutique kat Mid Valley!

Syukur Alhamdulillah dapat menyambut bulan mulia Ramadhan pada tahun ini lagi. Macam tahun-tahun sebelum, persiapan Nina ala-kadar jer.. Kami lebih pada kesederhanaan  dan ini yang sebaiknya kann..?

Tahun ni Nina agak sibuk, entah apa yang sibuk nya Nina pun tak de jawapan. HAhaa.. Boleh gitu?

Urusan hal ehwal rumah macam biasa sibuknya, weekend kadang tu Nina pi gak laaa menyibukkan diri pi event. Bukan apa, waktu ni jer laaa Nina dapat keluar jumpa kawan dan ni jer laaa pun kengkawan Nina. Kesian kannn, surirumah ni kawan tak ramai mana pun.. Huhuu..

Alamak… Lupa besok dah Puasa!

LAZZ SUSU KAMBING tips menu sahur elakkan gastrik

 

Dalam pada acah-acah sibuk tuu,  malam nak puasa tu baru Nina teringat nak restock order Lazz Susu  Kambing. Kesal sungguh sebab Nina hampir terlupa sebab siangnya dok sibuk pi event Jakel Shah Alam.

Kelam kelibut Nina buat tempahan. Dalam hati ni dah dup dapp dup dappp… moga dapat lah bersahur dengan Lazz Susu Kambing. Bukan apa, perut Nina ni sensitive. Mudah dapat gastric bila lewat makan.

Satu ketika dulu gastrik Nina teruk sampai ke tahap ada ulser dalam perut ni. Sakit usah cakap laa… Tengah sakit tu, seketul Nina yang kengkonon kecik comey lottee ni boleh berubah jadi dragon tau! Proses kesembuhan ulser tu pun makan masa lama gak nak baik. So Nina kena jaga pemakanan supaya tak berulang kembali. Ngeri bila ingat balik. Huhuuu . . .

Lazz Susu Kambing Mom’s Choice

Nina pilih set Mom’s Choice. Susu Kambing Asli, Susu Kambing Kurma  untuk Geng dan anak-anak dan LazzCafe untuk Nina. Mak sangat kannn…  Set untuk seisi keluarga.

Lagi pun set Mom’s Choice ni jimat ! RM120 jer…

Cepatnya order sampai!

LAZZ SUSU KAMBING tips menu sahur elakkan gastrik

 

Malam terawih baru Nina order dan sungguh tak sangka, serius terkezut sangat. Malam tu jugak agen Lazz Susu Kambing hantar order Nina sampai depan pintu rumah! Cepat, pantas dan amat memudahkan cara. Hastag #AkuSuka !! COD lak tuu …

Sahur wajib ada Lazz Susu Kambing dan Kurma

Alhamdulillah dapat laaa Nina sekeluarga  bersahur dengan Lazz Susu Kambing.Memandangkan tadi awal Nina citer yang Nina dok sibuk, tahun ni Nina tak sempat sediakan air kurma homemade. Stok kurma memang ada jerk at rumah, nak buat pes kurma tu asyik tertangguh

Nasib baik laaa Lazz  ada Susu Kambing Kurma, selesai masalah Nina. Secawan Lazz Susu Kambing Kurma dan 3 ulas buah kurma untuk sahur pertama Nina semalam.

LAZZ SUSU KAMBING tips menu sahur elakkan gastrik Nina menyerang

LAZZ SUSU KAMBING tips menu sahur elakkan gastrik

Dalam kepala ni dok risau gak kot nanti perut Nina akan mula nak buat drama awal puasa nanti. Nina ni nama jer mak orang, tapi perut macam budak kecik. Tak tahan lapar + kuat makan, asyik makan jer kejenya! Ada alien kot. HAhaa… Sila jangan gelakkan tau.. Serius bila lapar, perut akan mula buat perangai mengade-ngade pastu Nina lak akan jadi dragon. Wujud tau orang cam ni. Huhuu…

So far, tak de nya episode merengek ataupun meragam dari Nina mahupun anak-anak sepanjang tempoh berpuasa hari pertama semalam.  Syukur Alhamdulillah..

Kenapa Nina pilih Lazz Susu Kambing

Ini bukan pertama kali Nina minum Lazz Susu Kambing. Dah beberapa kali dah Nina re order. Selain ianya diiktiraf HALAL oleh Jakim, sedap, kurang manis, antara sebab lain Lazz Susu Kambing jadi pilihan Nina sekeluarga

Lazz Susu Kambing tidak hamis

Sejujurnya Lazz Susu Kambing memang terbaik! Tak de langsung bau hamis dan saat minum tak de rasa macam adanya kambing dok kat sebelah. HAHaa… Rasa sedap adalah … Tak cukup secawan.

Ada pelbagai rasa

Lazz Susu Kambing ni bukan aje rasa Asli, malah ada  rasa Kurma, Coklat dan paling Nina suka LazzCafe. Kombinasi susu kambing dan coffee. Sedap weyhh … Addicted coffee should try! Lagi best korang try gabungkan Lazz Susu Kambing Coklat dan LazzCafe. Hasilnya rasa Mocha yang mengasyikkan…

Sesuai untuk semua peringat usia

 

Seawal 2 tahun dah boleh minum Lazz Susu Kambing. Eicha pun dah berusia lebih 2 tahun, senang laaa sekeluarga boleh minum. Anak kecik boleh, remaja boleh, Mak Pak boleh, warga emas boleh … Jimat kann..? Khasiat nya melengkapkan nutrisi untuk kita semua peringkat umur.

Lazz Delivery amat mudah dan cepat!

Yang ini paling Nina suka. Sekarang ni beli belah online lagi mudah kan…? Tak perlu keluar rumah, bawak kete stress ngan anak-anak riuh rendah bak taska bergerak, pastu cari parking, kena bayar parking,  jalan-jalan, pastu nak beli lain terbeli yang lain dan akhirnya sampai rumah rupanya lupa beli yang tujuan utama pi keluar rumah beli belah. Korang pernah tak jadi macam ni? Huhuuu .. . .

Lazz Delivery amat mudah, pantas dan lagi best sebab ianya Cash On Delivery. Sejujurnya Nina amat berpuashati dengan perkhidmatan Delivery Lazz. Agen depa cepat contact kita melalui whatsapp dan pass confirm jer order tak payah tunggu berhari, hari yang sama dah dapat Lazz. Terbaik laa

LAZZ SUSU KAMBING DELIVERY

 

Cara beli online Lazz Delivery COD

Mudah! Nina share kat korang step 1 2 3 nya …

1) Klik link http://lazz.lazzdelivery.com/
2) Isi Nama, alamat, no telefon dan email serta perisa yang korang minat nak cuba
3) Tunggu team delivery  contact korang anda dalam masa 3 jam. Pastu tunggu abam hensem sado hantar depan pintu rumah korang.   Dah sampai, bayar cash. Settel…!! Mudah kann….

Ok, Amacam ..?? Korang pun nak kan susu kambing orgamilk yang berkualiti lagi  berkhasiat korang contact depa ehh …

Tel atau WhatsApp ke 018 2777 290
Web : http://lazz.lazzdelivery.com
FaceBook : LAZZ Susu Kambing
Instagram : LazzSusuKambingHQ

Korang yang ada gastrik ke, try laaa minum Lazz Susu Kambing waktu sahur macam Nina. Moga ianya membantu korang menjalani ibadah puasa tanpa sebarang masalah . InsyaAllah. . Tak cuba tak tahu kannn…

Salam Ramadhan..

Related posts:

BELI OLIGO SAMBIL MENDERMA | BERSAMA JAYAKAN KEMPEN SOLIDARITI OLIGO

Kempen Kembali Ke Sekolah Cerahi Kehidupan Bersama TOP

Sup Tulang Merah Singapore.. Memang Sedap Seyhhh~~

Baru tahu rupanya Himalaya Wellness ada Boutique kat Mid Valley!

Lifestyle Parenting Review GastrikKebaikkan susu KambingLAZZLAZZ DeliveryLAZZ Susu KambingRamadhan 2019Susu Kambingtips puasa

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (7)

  1. mas saari says:
    May 7, 2019 at 10:31 am

    Memang kenyang minum Lazz ni kalau puasa.

    Reply
  2. YB Shehan says:
    May 7, 2019 at 10:34 am

    asyik lupa je nk beli. adoi la… mydin sebelah umah ni ada je. hahahha

    Reply
  3. Huda says:
    May 7, 2019 at 10:39 am

    memang sedap dan bagus minum time sahur susu ni.. tapi belum beli lagi..hehe, nak contact lazz delivery teganu la jap lagi..

    Reply
  4. Haida says:
    May 7, 2019 at 10:42 am

    Haida pun pilih Lazz. Alhamdulillah start tahun lepas memang bulan puasa xcepat lapar.

    Reply
  5. Ai says:
    May 7, 2019 at 11:35 am

    Ai belum restock lazz yang kat rumah tu. Nanti nak delivery je.

    Reply
  6. Mama Kembar Tiga says:
    May 7, 2019 at 2:11 pm

    I pun beli yg Lazz Kurma tu. Pasni nak order Lazz Choco & Lazz Cafe plak.

    Reply
  7. Pingback: LAZZ Susu Kambing terbaik untuk seisi keluarga di bulan Ramadan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes