Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis LELAKIMU YANG DULU TV3
September 19, 2019March 24, 2023

Sinopsis Drama LELAKIMU YANG DULU TV3

Dah habis happy ending drama Kau Yang Pertama . Ada ker yang terlepas nonton? Nah… Tonton online episod akhir Drama Kau Yang Pertama YouTube TV3 . Suka happy ending dia… !! Akhirnya Mama dah baik , dah boleh cakap dan dah ingat sapa yang tolak dia sampai jatuh tangga. Farhan pujuk Rose dan depa pun berbaik… dan ada lagi …. happy yang lain. Tengok laaa sendiri sambil tersenyum sendiri. HAhaa  poyo! Sinopsis LELAKIMU YANG DULU TV3

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis LELAKIMU YANG DULU TV3
2 Related posts:

Slot akasia TV3 diteruskan dengan drama lakonan hebat Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose. Fuhh… Abam jebat berlakon kena tengok ni. Lawak lawak comel bergandingan dengan Nelydia Senrose.

Sinopsis LELAKIMU YANG DULU TV3

Sinopsis LELAKIMU YANG DULU TV3

Mengisahkan tentang konflik perkahwinan antara Hazrul dan Daliya apabila mereka terpisah selepas Hazrul ditangkap di atas cubaan merogol. Selepas Hazrul ditangkap, Daliya bertemu Hazrul dan ingin mendapatkan penjelasan terus dari suaminya itu. Namun, Hazrul masih mendiamkan diri.

“Tolong beritahu Liya, bukan abang yang lakukan semua tu?” – Daliya

Daliya inginkan penjelasan. Akhirnya Daliya cuba menuntut cerai tetapi Hazrul enggan berbuat demikian. Daliya mengambil keputusan untuk membawa diri.

Beberapa bulan kemudian, Daliya masih buntu memikirkan masa depannya lebih-lebih lagi dia disahkan mengandung. Namun, kandungannya itu dirahsiakan daripada Hazrul.

Daliya ditemukan dengan Nazli, Zana, dan Ibu Maryam apabila Daliya pengsan selepas hampir dilanggar oleh kereta milik Nazli.

Sinopsis LELAKIMU YANG DULU TV3

Kehidupan Daliya berubah selepas tinggal di rumah Ibu Maryam sekeluarga. Dia bekerja sebagai tukang jahit di kilang langsir Ibu Maryam. Kehadiran Daliya disenangi, lebih-lebih lagi oleh Nazli apabila dia mula ada hati dengan Daliya.

Berlainan pula dengan Zana, dia tidak suka pada Daliya dan cemburu dengan layanan baik keluarganya terhadap Daliya.

Selepas dua tahun, Hazrul dan Daliya ditemukan semula. Anak yang dirahsiakan itu akhirnya diketahui oleh Hazrul.

“I nak jumpa anak I!” – Hazrul

“Lepas apa yang you buat, you masih nak mengaku yang Heidi tu anak you?” – Daliya

Daliya bukan lagi perempuan lemah seperti dulu. Dia tak mungkin akur pada kehendak Hazrul yang masih bergelar suaminya.

Hazrul berusaha untuk memiliki anak mereka, Isyraf untuk membalas dendam pada Daliya. Bagi Hazrul, Daliya adalah isteri yang tidak setia. Daliya meninggalkannya sewaktu dia kehilangan segalanya.

Adakah rasa dendam akan terus mengatasi rasa cinta Hazrul buat Daliya? Dapatkah Daliya menerima Hazrul kembali?

“I promise, apa yang kita buat ni adalah untuk Heidi. Only for him.” – Hazrul

“Tapi tak bermakna kita akan berkongsi bilik yang sama, kan?” – Daliya

“Come on, Daliya. You kembali sebagai isteri I, bukan housemate. So, we’re sharing this room.” – Hazrul

Setelah apa yang terjadi, apakah tiada sisa cinta di hati mereka? Benarkah segalanya dilakukan hanya kerana si anak? Betul ke Hazrul seorang perogol? Dan apakah motifnya? Hazrul ni banyak rahsia yang disimpan.

Nantikan drama adaptasi novel ‘Lelakimu Yang Dulu’ karya Farah Darianna di slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose. Ditayangkan bermula 19 September 2019, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.

Sinopsis LELAKIMU YANG DULU TV3

JUDUL : LELAKIMU YANG DULU

EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 19 September 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Farah Darianna
PENULIS SKRIP : Rozie Rahid & Amka Ahmad
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Mache All Star United Sdn Bhd
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Arryyan Petra, Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian, Ungku Hariz, Azizah Mahzan, Riz Amin, Syafnida Shuhaimi, Dato Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee, Omar Abdullah, Rosnah Johari, Hamidah Wahab

WATAK PELAKON

Sharnaaz Ahmad sebagai Hazrul
Nelydia Senrose sebagai Daliya
Redza Rosli sebagai Nazli
Nadia Brian sebagai Zana
Reen Rahim sebagai Faiqa
Ungku Hariz sebagai Idlan
Syafnida Shuhaimi sebagai Nina
Azizah Mahzan sebagai Maryam
Jalaludin Hassan sebagai Haji Fuad
Dian P.Ramlee sebagai Hajah Dian

LAGU TEMA / OST
Tajuk : Takdir Tercipta
Penyanyi : Hafiz Suip feat Adira Suhaimi
Youtube : http://youtu.be/BnRYjDLFCNg

Macam menarik kannnn drama ni? Lagu tema pun best seyh… Korang kena tengok dari awal, saat Hazrul dan Daliya mula bibit percintaan yang comel. Kot terlepas episod, korang boleh try usha kat http://www.tonton.com.my

Related posts:

DIA MENANTU RAHSIA Full Sinopsis TV3
Dah jumpa...!! Penawar asma yang mujarab
Kebaikan Khasiat Habbatus Sauda Untuk kesihatan. Pengalaman Antara Aku, Asthma dan Habbatus Sauda
Kuih Talam Gula Merah. Buruknya talam Nina... tapi sedap!
Lifestyle Review Akasia TV3DramaDrama sangatdrama TV3 7pmNelydia SenroseSharnaaz AhmadSinopsisSinopsis LELAKIMU YANG DULUTV3

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. Kuazue says:
    September 20, 2019 at 8:14 am

    macam best je drama nih

    Reply
  2. Pingback: Sinopsis Drama PESAN DARI HATI TV3 - Nina Mirza
  3. Pingback: Cinta Bersyarat? Sinopsis PESAN PADA HATI TV3
  4. Pingback: Sinopsis DIA YANG KU CINTA Slot Samarinda TV3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes