Tu ari Eicha demam + cirit-birit. Alahai… Siannya dia dok makan yak makan yak makan yak.. Sampai dia sendiri seramm nak makan. Susah hati mama.. Huhuu
Rasa macam simptom rotavirus sebab ianya berjangkit. Eicha kena cirit-birit demam pun selepas abang kakak dia kena.
Pas bawak jumpa doktor, seluruh ruang dalam rumah Nina mop lap dengan dettol. Jauhkan jarakkan depa satu sama lain walau serumah tapi tau tau aje laaa anak-anak ni, memang tak laaaa… Dok main sokmo. Gerammm mama!
Bila anak sakit Mak Pak opkos risau. Eh! Ada ke makpak yang tak risau. Bebal punya ayat Nina ni.. Huhuu… Bawak laaa pi klinik. Tak betah Nina kalau dibiarkan aje. Anak demam antara benda yang Nina fobia.
Baca : Anak demam sawan tarik! Apa perlu buat, apa punca, apa perlu tahu, cara rawatan, apa simptom
Alhamdulillah demam tak tinggi sangat under control, beransur baik dan cirit-birit pun dah slow. Lepas demam kebah dak Eicha ni suka nau makan pisang. Sehari lebih 6 ulas, eh! Pisang panggil apa eh? Biji ke, ulas, ke.. Sisir ? Tandan yang gedabak tu kann..?
Eh! Nak citer apa sebenarnya ni..? Belajar tatabahasa bahasa Malaysia ke ? HAhaaa…
Apa nak buat bila anak sembelit
Ok sambung.. Disebabkan dak Eicha makan pisang punya banyak, maka besoknya dia sembelit laaa plak! Hadoi … Ini budak aarrr… Stress mama! Tak bagi makan dia nangis. Dah laaa dia baru baik demam, mood makan tengah ada, maka bagi kan aje…
Masa Eicha nak yakyak dia punya teran tu sampai perah padam muka dia. banyak kali dia usahakan. Dan akhirnya bila tak berjaya, putus harapan maka dengar lah tangisan kekecewaan. Siannya laaa hai. Mama yang teman nengok pun nangis sama. Huhuuu….
Apa nak buat ni… Susah hati mama bila anak sembelit
Dok google kebanyakkannya cadangkan beri anak makan betik. Lambat lagi nak keluar pi jemput Eilhan sekolah. Giant pun belum bukak , masih awal pagi.
Pastu Nina teringat masa anak yang mana tah masa baby pernah sembelit, nurse kat KK ada suh sapu vaselin kat sekeliling vontot baby kasi licin katanya. Nasib baik laaa sumber DHA masih ada dalam badan Nina ni, walau pun urat banyak dah putus beranak 5 kali, tu yang teringat pesan nurse KK tu … Kot sat lagi tersepak batu, lost lagi memory ku ini. Sebab tu catat ceritera dalam blog. Ok done alasan. Hehee
Maka bermula episod tonyoh vaseline kat vontot Eicha. Allahu … Siannya sayang mama! Ada sikit dot kesan darah kat pampers dia. Ni tentu masa dia meneran kuat sangat tadi. Luruh hati ni.. Huhuuu…
Selesai sapu Vaseline kat sekeliling area vontot Eicha, masukkan sikit sampai dalam ruang yakyak. Nina suh dia minum plain water bebanyak. Siap pesan “Eicha minum plan water banyak nanti senang yak. Tak de laaa sakit. Minum lagi eh…” bercawan-cawan ku bagi dia minum. Penuh pampers. Berat!
Tak lama pastu, “Mama… Eicha dah yak. Jom cebok. Mama… Eicha dah yak, jommm cebok!”
Korang imagine dak Eicha ni ulang ayat yang sama duaploh kali sampai masuk bilik air. Stress tak? HAhaa… Dia memang fesen gini. bertabah laa…
Walau 40 kali pun mama seronok dengar sayang sebab Eicha berjaya yak dengan sukses tanpa sebarang masalah. Ini pun dah buat seluruh hari mama gumbira tak terhingga! Yeayyy… Alhamdulillah ..
Ini lah ceritera beshe-beshe seorang surirumah..
yang tak de apa makna tuk sesapa hanya untuk yang mengerti. Chewahhh ….
So kalau anak sembelit, boleh laaa korang try sapu vaseline eh… Kot korang pun sembelit pun boleh jer try! HEhee…
kannnnn brjaya hilangkan sembelit anak tu satu kejayaan bagi mak2 heheheh…Alhamdulillah humaira tak penah kena sembelit yang teruk….skit2 je tu pun sebab dia kurang minum air…
Kannnn… Satu kejayaan yang tak dapat dijual beli. Hehee…
Great information joy & hope and peace all is so nice advice for us.
Thanks for such a pleasant post. This post loaded with lots of useful information. Keep it up.