Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

August 14, 2012January 11, 2016

Sagu Bronok Kukus Ala Johor

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera….

Sagu bronok?? Pernah dengar tak nama nie….??
Actually Nina pun first time dengar… Selalunya Nina dok panggil kuih sagu ajer, dan baru hari nie Nina tahu yang namanya unik – Sagu Bronok. 
Nina terperasan tentang nama sagu nie bila terlihat kat blog Zila beberapa minggu yang lalu. ..

Disebabkan pewarna merah tiada dalam simpanan, dan dalam hati nie dok meronta nak juga cuba buat sagu bronok nie, Nina pun belasah lah color lain yang ada kat rumah Nina……
So, terjadi lah sagu bronok yang dimodenkan ala-ala colour bendera Johor. 
Memandai ajer Nina nie kannnn …… Hehehe …..

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Drama HATIMU SEDINGIN SALJU FUll Sinopsis Episod Akhir Tonton Online
3 Cream Puff versi 2. Sedapnya.....!! Tips puff menjadi dengan cantik dan jayanya.......
4 Anak Rabun Silau? Cermin Mata Untuk Eilman
5 Enchanteur Paris . Ok.. Tak dapat pegi Paris pakai Enchanteur Paris pun jadi laaa...

Kuih sagu nie antara kuih yang selalu ada dijual kat bazar Ramadhan. dan amat mendukacitakan apabila Nina dapati kuih sagu yang kecik molek dijual pada harga 1=40sen ataupun ada sesetengah tempat 1=50sen. Sedangkan bahan asasnya amatlah mudah, ringkas dan tak der lah semahal mana punn…. 
Eermm …. takper laa, tak mau komen banyak,  lagi pula itu semua  rezeki masing-masing…
Buat yang rajin terlebih sikit tuuu, boleh cuba buat sendiri dirumah. Jom tengok resepinya….


Sagu Bronok Kukus Ala Johor

Resepi asal : mama kastam tioman
Diataptasi oleh : Nina Mirza


bahan – bahanya
1 cawan sagu biji – warna putih 

sedikit pewarna pink & biru
3 cawan air
3/4 cawan gula
sedikit esen rose

1/2 biji kelapa parut putih
sedikit garam

cara – caranya
1- Panaskan air + pewarna  sehingga mendidih.
2- Masukan sagu, kemudian kacau rata.
3- Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang .
4- Kukus selama 20 minit.
5- Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa yang telah di campaur dengan garam….siap.

Note: Semasa penyediannya, Nina bahagikan adunan kepada 2 untuk mendapatkan 2warna 😉
Sukatan adunan nie, cukup lah untuk keluarga yang kecil macam Nina nie….. 
Kalau nak buat kenduri ker, jamuan ker, kenalah ganda-gandakan sukatannya yea….


Selamat mencuba!!





Related posts:

Drama HATIMU SEDINGIN SALJU FUll Sinopsis Episod Akhir Tonton Online

Cream Puff versi 2. Sedapnya.....!! Tips puff menjadi dengan cantik dan jayanya.......

Anak Rabun Silau? Cermin Mata Untuk Eilman

Enchanteur Paris . Ok.. Tak dapat pegi Paris pakai Enchanteur Paris pun jadi laaa...

Lifestyle Dessertkudap kudapanKuih Muih Warisan Kita

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. FnF Simple Life says:
    August 14, 2012 at 12:42 pm

    Sedapnye… sayapun suka mkn kuih sagu. belum berkesempatan nak buat sebab takde biji sagu … hmmmm

    Reply
  2. Nina Mirza says:
    August 15, 2012 at 9:03 am

    FnF …

    ooo.. kuih kegemaran ehh? Kat sana tak der jual sagu ehh…
    Alalalaaaa.. ciannyer~~

    Reply
  3. izahdaut says:
    September 12, 2012 at 9:06 am

    err ala johor pulak ke? hehehe..tapi resepi mama ni memang sedap bila dikukus makin cantik sagunya kan.. lawoo komnasi warne tu. buak2 mesti teruja. slalunya buat kaler merah je. anak2 kata kuih pink. hehe

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    September 12, 2012 at 10:02 am

    Izah,

    sajer jerr kasi colourfull.. nak tarik minat anak2 lah katakann
    ehheee

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes