As’salamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang tersayang….
Aduhai ……!! Dah lama Nina tak meng’update’kan entry. Maaf lah buat yang tertunggu-tunggu khabaran dari Nina. Sejak minggu yang lalu, jadual Nina teramat lah sibuk dengan bermacam-macam urusan. Semuanya perlu dibereskan sesegera yang mungkin. Kebetulan, minggu lalu juga Nina ada exam so terpaksa lah Nina lupakan sebentar teratak Nina nie…..
Jutaan Terima Kasih buat yang masih sudi singgah kat teratak Nina walaupun tiada sebarang hidangan panas dari Nina… Yelah kann, bila buka ada blog Nina nie, balik-balik dok tengok Puff sausage Puff ajer kannn…. Tayang lelama mau dah basi dibuatnyerr~~ Hehehe . . . .
Nina nie orang nya amat lah simple so mostly menu yang ada dalam teratak Nina nie pun semua yang ringkas dan cepat. Lagi pula, Nina juga masih banyak yang perlu dipelajari lagi bab selok belok masakan nie. So, kita belajar sesama ajer laaaa yea~~~
Hari nie Nina nak share antara cookies yang akan membuat seseorang itu hilang ingatan. Huh?? Lupa ingatan?? tak mau makan cookies Nina….. Heheee . . .
Bukan gitu maksudnya, tatkala menikmati biscotties nie pasti tak akan perasan semasa menguyah dan kunyah dan kunyah~~
Tetiba nanti, tau tau ajer balang dah kosong. Pastu pula, mula lah dok nak salahkan orang lain makan padahal dia yang makan sendiri pun ‘tak ingat’ !!
Itu yang dinamakan hilang ingatan kalau makan biscotties nie…. Hehee . . .
Buat yang biasa ke Dome, Starbucks atau yang seangkatan dengannya pasti dah biasa menikmati cookies nie bersama coffee kannn…. Seciput ( 4/5 keping) ajer dah dekat RM10. Mahal kannn?? Lepas nie, boleh buat sendiri kat rumah, dapat berbalang lagi ……..
Actually nak buat biscotties nie tak lah remeh mana pun, cuma bab memotong nipis-nipis adunan tuu yang remeh sikit. Bukan apa, untuk mendapatkan hasil yang terbaik, haruslah dihiris senipis yang mampu baru sedappp!! Krak kruk krak krukkkk~~~
Jom tengok resepinya…
Crunchy Almond Biscotties
Bahan A
8 biji putih telur (400ml)
260gm gula castor
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
Bahan B
240gm tepung gandum
60gm tepung beras
Bahan C
200gm badam biji
100gm walnut+gajus
Cara penyediannya
1. Oven dipanaskan pada suhu 150c
2. Pukul bahan A hingga kembang lagi gebu.
3. Masukkan bahan B gaul rata hingga sebati (kaedah kaup balik)
4. Kemudian masukkan bahan C, gaul rata kesemuanya
5. Tuangkan adunan dalam loyang empat segi 10″X10″X2″ yang telah di alaskan kertas dan digriskan dengan majerin. Ratakan adunan tersebut.
6. Adunan dibakar separuh masak selama 20-30minit. Kemudian dibiarkan sejuk selama lebih 6jam atau lebih lama pun ok…
7. Setelah adunan sejuk, barulah dipotong adunan tersebut kepada 3bahagian. Setiap bahagian dihiris nipis-nipis. (Nina potong guna cutter knife)
8. Susun adunan yang telah dihiris nipis-nipis dalam loyang untuk dibakar semula.
9. Bakar pada suhu 140c selama 15 minit.
10. Dah sejuk boleh disimpan dalam bekas kedap udara. .
ppsstt >>>> pesanan dari penaja : adunan nie cukup-cukup makan untuk keluarga kecik ajerr !!
sebabbbb….. lepas makan sure tak ingat dah makan banyak rupanyerr.. hehee . . .
Kalau berminat nak order untuk Raya, silalah email nina >>>. nina.azlan1@yahoo.com
Selamat mencuba !!
Nice blog :)mantap nih kue nya 🙂
salam kenal sobat 🙂
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih …
cantik kejadiannya biscotti tu.. nak cuba buat .. emang agak mahal jugak biscotti di pasaran..
series buat zila terliur kak..mesti rangup ni kan..dgn lemak badam nye..mang x ingat..
Bagus gila nina. share resepi and jual jugak. Semoga murah rezeki Nina
Xjadi pun. Lagi2 part putih telur dengan gula castor. Memang xde campur susu ke..?