Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

KAMPUNG PEOPLE 2
September 19, 2020September 22, 2020

KAMPUNG PEOPLE 2 – Lebih kecoh, lawak sakan weyhhh…!!

Ahhaa…. Tamat sudah love story Drama Pink Smile lakonan Fattah Amin bersama Sweet Qismina. Dan kini yang di tunggu-tunggu telah kembali menggegarkan malam Slot Lestary TV3. Confirm akan trending dan menghuru harakan malam dengan lawak sakan dalam Drama KAMPUNG PEOPLE 2 !!

Isi Kandungan hide
1 Yes! KAMPUNG PEOPLE 2
1.1 Absolutely Correction! -Mona Kampung People
2 Sinopsis Drama KAMPUNG PEOPLE 2
2.1 Jekferrr dan Lailerrr is couple!
2.2 Novel Laut i Miss u ditayangkan dalam drama Kampung People 2
2.2.1 Watak baru lebih bikin kecoh!
2.3 Tonton Online KAMPUNG PEOPLE 2
3 Related posts:
4 Choc Moist Cake Munira Baharum Yang Gerenti Sedappp !! Wallaaaa~~~~
5 Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
6 Sinopsis Drama SITIK TOK TV3 Obsesi TIK TOK Full Episod Tonton ONline
7 Rumah sewa tengah bandar KL siap perabot, facility bagai hanya RM800?? Biar betul?!

Yes! KAMPUNG PEOPLE 2 

Meletop-letop, trending sakan drama KAMPUNG PEOPLE musim pertama  , semasa ditayangkan dan serius tak sangka drama santai berkonsepkan kekeluargaan yang sempoi, takde pelakon over control cun kacak sado, yang ada hanyalah realiti kehidupan orang kampung, ikatan silatulrahim antara jiran tetangga seluruh kampung yang masuk air! Ya semua giler-giler! Kita yang nonton pun sama kejung senak perut gelakkan depa. Jahat sangat!

Full Sinopsis Info Drama KAMPUNG PEOPLE 2

Absolutely Correction! -Mona Kampung People 

Ayat yang tak mungkin dilupakan. Trending beb.. Kecoh giler keluarga Razif, Mona dan anak-anaknya. Tak lupa seluruh penduduk Kampung Sinar Harapan pun sama masuk air! 

Dan kembali nya seluruh warga team KAMPUNG PEOPLE 2 sememangnya dinanti-nantikan! Nina sekeluarga pun happy enjoy nonton. Family time kata omputeh. Seronok sesama gelak, semasa ulang dialog lucu mereka, semasa berseloka dan sesama rasa nak hempuk TV! HAhaha . . . Anak-anak Nina memasing ada karektor watak favorite mereka. Ada yang suka Lailerrr, ada yang suka Yummy dan ada dok kata Razif tuuu abah laaa tu! Mona tuu mama! Amboi . . . memandai jer derang ni

Sinopsis Drama KAMPUNG PEOPLE 2

Memaparkan kehidupan keluarga Razif yang sudah kembali ke rutin hidup lama selepas Tuan Shuhaimi dipenjarakan dan Cengkih Manis dibubarkan. Mereka sekeluarga tinggal di bandar. Namun, kini Razif tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi bagi memastikan gaya hidup mereka sekeluarga terurus.  Razif mula merindui kehidupan di kampung yang serba serbi sederhana tapi cukup segalanya.

Jekferrr dan Lailerrr is couple!

Disebabkan rindu kepada Jaafar, Laila berjaya meyakinkan bapanya untuk pindah semula ke kampung. Tapi Razif bimbang Mona tidak bersetuju. Demi memujuk isterinya Mona, Razif berbohong pada Mona dan Yummy  mereka masih diancam oleh Kumpulan Cengkih Manis.

Demi menyelematkan diri dari buruan,  mereka sekeluarga perlu pindah ke kampung dengan kadar segera. Tanpa diduga, Mona menerima dengan terbuka rancangan Razif. 

Dalam perjalanan ke kampung, Mona dan Yummy mula terdetik curiga bila mereka berpindah ke kampung yang lama mereka bersembunyi – Kampung Sinar Harapan. 
Why Kampung Sinar Harapan?
Mana Ejen Shukri?
Yummy dok mintak mana buku manual, Yummy nak baca hafal?
Apa nama samaran kali ni? Tak kan nama sebenar?

Mona dan Yummy dapat menghidu penipuan dan rancangan Razif lalu mula mengatur rancangan mereka sendiri. Gawat laaa…!! HAhaaa . . .

Sebenarnya Kumpulan Cengkih Manis masih ada dan kali ni diketuai oleh Madame Mah – mak Tuan Shuhaimi sendiri.  Dan misi mereka  masih belum tamat memburu Razif. 

Apakah yang bakal terjadi setelah Kumpulan Cengkih Manis benar-benar memburu Razif sekeluarga?
Bagaimana Mona sekeluarga menerima kedatangan tiba-tiba ibu Mona yang perangainya lebih huru hara dari Mona? Feninnn laaa feninnn! HAhaaa . . . Confirm semua masuk air!

Novel Laut i Miss u
ditayangkan dalam drama Kampung People 2

Oh ya, ada kesinambungan novel Laut i Miss u tau! Kali ni ditayangkan dalam drama. Kiranya novel Laut i miss u di adaptasi ke drama dalam drama Kampung People 2. Dengar pun dah menarik kannn?

Watak baru lebih bikin kecoh!

Kali ni ada watak baru mak yang stylo lakonan Kismah Johar untuk watak Madame Mah – mak kepada Tuan Shuhaimi. Korang kena tonton stylo mak gengster ni. 

KAMPUNG PEOPLE 2

Pastu bikin havoc adanya watak Dona lakonan Adibah Noor sebagai mak kepada Mona. Bayangkan Mona tu dah selalu huru hara lagi poyo mengade, rupanya perangai dia ngikut dari mak dia laaa… Bagaimana laaa Adibah Noor memberi impak lebih havoc , lebih over dari perangai Mona gamaknya yaaa?

Nantikan drama rantaian popular, Kampung People musim ke-2 bakal disiarkan bermula 17 September ini di slot Lestary TV3. Mengekalkan pelakon asal dan penampilan baharu seperti Adibah Noor dan Fizz Fairuz. Drama Kampung People 2 disiarkan setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

Nah . . . Nina belanja korang sikittttt Di Balik Tabir / Behind The Scene Drama Kampung People 2 ni  . 

JUDUL : KAMPUNG PEOPLE 2
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 17 September 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin, Baizura Kahar, Syakirin Supardi
PENGARAH : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin
PRODUKSI : KL Motion Pictures
PELAKON : Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Kamarul Eqifshah, Riena Diana, Hun Haqeem, Adibah Noor, Fizz Fairuz, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan, Shah Kimin, Haziq Fadhullah, Nazeri Md Isa, Shahril Sarjen, Lizart Rashid, Kismah Johar, Nam Ron

WATAK PELAKON
Elly Mazlein sebagai Razif
Rashidi Ishak sebagai Mona
Riena Diana sebagai Laila
Kamarul Eqifshah sebagai Imran
Hun Haqeem sebagai Jaafar / Yummy
Haziq Fadhullah sebagai Karim
Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu
Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
Shah Kimin sebagai Ismail
Nazeri Md Isa sebagai Tok Imam
Shahril Sarjen sebagai Badrul Bisu
Lizart Rashid sebagai Ejen I
Adibah Noor sebagai Dona
Fizz Fairuz seabgai Ejen Shukri
Kismah Johar sebagai Madame Mah
Nam Ron sebagai Tuan Suhaimi

Amacam? Lagi best ke lawak depa dalam Kampung People 2 ni?
Apa pun, kita layannnnn jer laa, bukan mudah nak menghiburkan perasaan orang, confirm ada pelbagai bunyi dan komen dari netizen. 
Mana yang selalu dok kecam tuuu serba serbi tak puashati tuu, kome buat lerrr drama sendiri. HAhaaa.. Ada ke yang nak tonton?! Eeerrkkk . …  Wakakakakaaa!! gelak jahat

Kata Nina?
Tahniah KAMPUNG PEOPLE 2! Drama lawak sakan yang cukup menghiburkan malam santai Nina bersama family.  Dari Kampung People 1 sakan kejung perut dok gelak ketawa, kali ni lagi havoc! Berkonsepkan silatularahim kekeluargaan, kejiranan, di serikan dengan adengan lucu. Boleh dikatakan seluruh  pelakon dalam drama ini adalah hero dan heroin.  Semuanya all out. THE BEST!

Tonton Online KAMPUNG PEOPLE 2

Dah terlepas episod camner nak tengok? Dont worries…
Semuanya dihujung jari. Korang boleh jer search di iQIYI Tonton Online KAMPUNG PEOPLE   lagi senang , korang download apps iQIYI kat smartphone korang dan boleh tonton di mana-mana ataua bebila masa free korang. Mudah kann?

Tapi 
Tonton semasa tayangan lagi gempak havoc! Kannnn…??
Jom menghiburkan diri sesama!

 

Related posts:

Choc Moist Cake Munira Baharum Yang Gerenti Sedappp !! Wallaaaa~~~~

Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST

Sinopsis Drama SITIK TOK TV3 Obsesi TIK TOK Full Episod Tonton ONline

Rumah sewa tengah bandar KL siap perabot, facility bagai hanya RM800?? Biar betul?!

Drama Movie Lifestyle Review Drama Popular 2020Drama sangatElly MazleiniQIYIKAMPUNG PEOPLE 2Kismah JoharSinopsis Drama KAMPUNG PEOPLE 2tonton Online

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes