Sinopsis Drama KAMPUNG PEOPLE

Satu keluarga, seluruh kampung masuk air! Lawak giler Drama KAMPUNG PEOPLE! Tengok jangan tak tengok

Korang dah tengok ke belum drama trending yang huru hara lawak sakan Drama Kampung People!  Seluruh kampung masuk air korang…  Kejung perut dok gelak ngan telatah depa semua.

Drama yang cukup santai,  menghiburkan malam korang seisi keluarga.  Setiap watak ada personaliti mereka yang tersendiri.  Punya karektor yang rare!

Elly Mazlein dengan Rashidi Rashid ada habit pillow talk sebelun tido memang memberi aura positif walau hakikatnya depa tu plan nak bercerai memula.

Eh…  Baik korang baca Sinopsis Drama Kampung People ni kot ada yang baru TER tonton lepas trending meletop ni..  Drama ni banyak pengajaran tersurat tersirat kisah kehidupan kita seharian.  Ikatan kekeluargaan Razif sentiasa saling memerlukan antara yang perlu kita contohi.

Sinopsis Drama KAMPUNG PEOPLE TV3

Keluarga Razif  lakonan Rashidi Ishak dan Mona (Elly Mazlein) hidup penuh kemewahan. Kerjaya Razif sebagai akauntan dengan gaji yang lumayan,  serba serbi ada lengkap dalam rumahnya bersama beberapa orang pembantu rumah. Sinopsis Drama KAMPUNG PEOPLE

Walaupun kelihatan bahagia, Razif dan Mona dah lama tak sehaluan tapi mereka tetap hidup sebumbung. Satu hari Razif memberanikan diri meluahkan tentang status hubungan mereka dan gembiranya Razif rupanya Mona juga bersetuju untuk berpisah. Merancang untuk berpisah tapi lain pula yang jadinya…

Razif terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya, penjenayah Tuan Suhaimi di mahkamah. Razif menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis.

Sinopsis Drama KAMPUNG PEOPLE

Agent Shukri ( Fizz Fairuz ) dan polis meletakkan Razif dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi agar mereka tidak dibunuh sebelum kes pendakwaan.

Keluarga Razif terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Sesuatu yang tak terlangkau dek minda mereka. Terpaksa tinggalkan kehidupan serba mewah mereka dan kehidupan mereka berubah 200%!

Oh no..!! Nama Razif tukar jadi Abu seorang petani moden yang berjaya padahal Razif manalah tahu bercucuk tanam. Mona jadi Aminah seorang surirumah. Selama ni segala tugasan rumah pembantu rumah yang buat kini dia kena buat sendiri. Huhuu . . . . Kedua-dua anak mereka yang over manja tak pernah buat keje rumah terpaksa melakukan semuanya sendiri.

Pelbagai kejadian melucukan berlaku apabila keluarga Razif cuba menyesuaikan diri dengan keadaaan di kampung. Bagaimana kah Razif dan keluarga nya menjayakan watak identiti baru mereka? Terselamat kah mereka dari buruan Kumpulan Cengkih Manis?

Sinopsis Drama KAMPUNG PEOPLE

Nantikan drama komidi bersiri Kampung People di slot Lestary TV3. Dibintangi oleh Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah. Ditayangkan bermula 11 Disember, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : KAMPUNG PEOPLE
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 Disember 2019
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP :
PENGARAH : Wan Hasliza Wan Zainuddin
PRODUKSI : Kl Motion Picture
PELAKON : Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Namron, Fizz Fairuz, Hun Haqeem, Razak Ahmad, Shah Kimin, Haeriyanto Hassan, Shahkimin, Azwan Razali

WATAK PELAKON
Rashidi Ishak sebagai Razif / Razif
Elly Mazlein sebagai Mona / Aminah
Riena Diana sebagai Laila
Kamarul Eqifshah sebagai Adam
Shah Kimin sebagai Ismail

So kot korang terlepas tonton silaaa pi Tonton Online Kampung People Youtube TV3 Malaysia Official tau. Lawak habis beb! Hadoi…  Watak depa ni semua masuk air! Tengah suka tengok Laila dan Jekfer!  Sweet lawak yang mantap tak bosan langsung.

6 Comments

Post A Comment