Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

August 8, 2014January 11, 2016

Salam Aidilfitri 2014

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera…

Apa khabar teman semua? Nina doakan semuanya dalam keadaan sihat walafiat.
Begitu juga untuk diri Nina sekeluarga. …

Eh ehh… Ada betul ker tajuk di atas? Dah dekat 2minggu Aidilfitri baru Nina nak ucap Salam Aidilfitri. Biar betul ni??
Sesungguhnya tajuk di atas tiada salahnya… bak kata pepatah, jangan marahkan nyamuk kelambu dibakarnya… (ada kaitan ke) belasah ajer laaa…. HAHAHA….

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Seronok! Puashati main Badminton di PUCHONG SPORTS CENTRE Best!
3 Ayam Goreng Kunyit Berempah
4 My Simple Apple Pie
5 Biar betul?! ZERO KOS MARKETING buat peniaga kecil yang ingin berjaya. Cepat daftar!


Dulu berlima sekarang dah ber-enam… Alhamdulillah Syukur di atas anugerah MU
Alahai…… Baby Eilhan tido >>>.

Di ruangan yang tak seberapa ini, ala-ala suam-suam kuku yang dah nak sejuk macam masuk peti ais suamnya…… lama benar tak update iyer tak?
Nina menghulurkan sepuluh jari (nampak ker)  memohon kemaafan dari anda semua yang mengenali diri ini dan juga buat yang tak berapa nak kenal diri Nina ini….

Especially buat silent reader Nina…. (awak laaaa tu yg tengah baca entry nie)
Maklum lah kita tak pernah bersua dan hanya dari alam maya ini yang menemukan kita.
Terima kasih yea sudi order biskut raya Nina… dari jauh lak tu. Tahun depan order lagi ehh…

Juga kemaafan dipinta dari 
kaum keluarga yg dekat maupun yg jauh – maaf tak dapat beraya di S’pore tahun nie,
sahabat handai – buat yang mengenali Nina selama ini, dan juga buat yg dah tak mau kenal Nina lagi (ada kannn….. tapi still selalu dok singgah teratak Nina)  
Terima kasih teman…. 
jiran tetangga (walaupun rumah Nina tak der tangga), 
rakan taulan samada dari blog, fb, instragram (id Nina ::: nina.mirza) sila lah follow^^^ hehee…

Nina mohon maaf andai ada bait-bait catatan Nina yang menghiris halus-halus hati, jantung,  hempudu  dan sanubari teman semua. Hirisan halus ala-ala nak buat bawang goreng gitu..
Sorry yea..

Mungkin juga ada salah dan silap Nina dalam perkongsian resepi selama ini, manalah tahu ada yang terkurang terlebih sukatan adunan, garam dan gula, rempah ratus… 
Saya insan biasa yang pastinya ada melakukan kesalahan.. 
Halalkan yea..

Kemaafan seikhlas hati dari anda semua buat insan yang bernama Nina Azerin Abd Mufti sekeluarga dipinta. Halalkan makan dan minum kami….
Maaf yea lama tak update buat yg senantiasa tertunggu entry dari Nina


ppsstt >>>> tahun nie tak der pantun, tak der puisi…. tak done nak karang, kesibukkan yang amat tahun ni.. Dari lepas pantang bersalin hari tuu hingga laa Ramadhan dan minggu pertama Aidilfitri dah bz ngan order open house sampai laa ni.

Tak lupa nak ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga buat kawan-kawan baru dan lama. Yang sudi support Nina order biskut dan cake selama ini. Walaupun tahun nie sememangnya tak menang tangan Nina dibuatnya tapi Nina seronok dan enjoy..
Terima kasih dan sayang  oouuchh….!!! juga buat MyGang yang sudi sama-sama menjayakan kesibukkan tahun nie.  Juga buat anak-anak tersayang. Muaahh….!
Syukur Alhamdulillah di atas rezeki Mu Ya Allah
Doakan Nina dimurahkan rezeki, sihat dan dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga..
Aamiin..


Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Ikhlas dari
Nina Mirza

Related posts:

Seronok! Puashati main Badminton di PUCHONG SPORTS CENTRE Best!

Ayam Goreng Kunyit Berempah

My Simple Apple Pie

Biar betul?! ZERO KOS MARKETING buat peniaga kecil yang ingin berjaya. Cepat daftar!

Lifestyle Santai-santaiUcapan Ikhlas dari Nina

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes