• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Sinopsis BULAN DI KOTA LANGIT satukan Risteena dan Isa Khan

June 16, 2020 by Nina Mirza 2 Comments

Tetiba lalu kat timeline Instagram tentang pertunangan antara Nur Risteena dan Isa Khan. Sama cantik sama padan, wajah mereka iras kannn?!  Di ceritakan mereka ni jatuh cinta di set Drama Bulan Di Kota Langit. Percintaan dalam drama menjadi realiti. Menarik!

Sorry to say,  nama Isa Khan masih agak baru bagi Nina. Mungkin Nina yang jarang tonton lakonan dia sebelum ni namun lakonan Risteena antara pelakon muda yang punya bakat selepas di gilap. Lelama suka juga lakonan dia.

Awal lakonan Risteena yang Nina masih ingat masa dia berlakon bergandingan dengan Fattah Amin dalam Playboy Itu Suami Aku membawa watak Afina Aulia. Masa ni laaa kenali Risteena.

Sinopsis Drama Info BULAN DI KOTA LANGIT

Kali ni bergandingan dengan Isa Khan dalam Bulan Di Kota Langit di siaran Astro TV Okey. Teringin jugak nak tonton lakonan Risteena dengan cinta hati dia.. Tentu chemistry nya hebat kannnn sebab mereka jatuh cinta betul-betul. Jom baca dulu sinopsis drama ni…

Sinopsis Drama BULAN DI KOTA LANGIT

Bulan Di Kota Langit drama yang satukan Risteena dan Isa Khan ini mengisahkan keutuhan ikatan kekeluargaan dan percintaan dan percaturan antara hidup mati Aditya dan Munirah. Macam penuh tragis lak drama ni ehh? HEheee

Kisah Munirah lakonan Risteena bersama empat orang abangnya. Ibu mereka meninggal selepas melahirkan Munirah. Sebelum ibunya meninggal dunia, Amirul lakonan Fezrul Khan di amanahkan untuk menjaga adik beradiknya dan Amirul seorang yang tegas dengan mereka.

Tentu ada pelbagai kerenah bilamana 4 orang abang menjaga adik bongsu  perempuan tunggal mereka. Setiap abang ada jer cerewet nya. Munirah di jaga rapi oleh  abang-abangnya.

Munirah berjaya melanjutkaan pelajaran di kolej tempatan manakala abangnya masing-masing sudah mempunyai pelbagai kerjaya.

Abang yang pertama Amirul lakonan Fezrul Khan bekerja sebagai bomba, yang kedua Aqil lakonan Fazren Rafi bekerjaya sebagai peguam, yang ke tiga Afiq lakonan Fahmy Reza berkerjaya doktor dan yang ke empat Aathif lakonan Fariz Redzwan sebagai pelajar kolej.

Munirah perlu ke Indonesia untuk menyiapkan tugasan kajiannya dan selepas berbincang abang-abangnya meminta Aatif menemankan Munirah ke Indonesia namun sebaliknya terjadi.

Sinopsis Drama Info BULAN DI KOTA LANGIT

Satu hari Amirul dan adik-adiknya terkejut dengan kehilangan Munirah apabila Aqil terjumpa nota di dalam bilik Munirah. Mereka bergegas mencari Munirah di lapangan terbang namun sudah terlambat dan menyalahkan Aathif.

Aathif juga rasa bersalah kerana sememangnya ini adalah rancangan dia yang telah meyakinkan Munirah untuk pergi seorang diri ke Indonesia. Semakin merisaukan Aathif, Munirah tidak menghubungi Aathif selepas Munirah pergi.

Di Indonesia, Munirah mendapat kerja di sebuah restoran milik Pak Agus. Di situ dia berjumpa Uzair lakonan Qi Razali seorang pengembara dari Malaysia yang juga bekerja di restoran tersebut.

Di sini lah pertemuan Munirah dengan Aditya lakonan Isa Khan seorang yang melarikan diri daripada orang-orang sekelilingnya. Aditya mengidap penyakit tumor otak dan akan menjalani pembedahan tak lama lagi dan dia diberitahu peluang untuk sembuh tiada jaminan untuk nya walaupun setelah menjalani pembedahan.

Dalam mengenali Uzair dan Aditya hati Munirah telah jatuh cinta. Jeng jeng jenggg… Siapakah pilihan hati Munirah? Ker korang dah dapat agak orangnya..  Tapi bukankah jangka hayat Aditya dan peluang nya untuk hidup tidak panjang selepas pembedahan?

Sinopsis Drama Info BULAN DI KOTA LANGIT

Drama Bulan Di Kota Langit lakonan Risteena Munim dan Isa Khan ini  terbitan CMA Media Sdn Bhd, arahan Ollynn Khadri. Sedang ditayangkan bermula 13 Jun 2020, setiap hari puul 10 malam di TV Okey Astro 146.

JUDUL : BULAN DI KOTA LANGIT
EPISOD : 20
TARIKH TAYANGAN : 13 Jun 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 10.00 malam
SIARAN TV : TV Okey
PENULIS SKRIP : Faten Syamimie
PENGARAH : Ollynn Khadri
PRODUKSI : CMA Media Sdn Bhd
PELAKON : Nur Risteena Munim, Isa Khan, Qi Razali, Afierariana Agoes, Fezrul Khan, Fazren Rafi, Fahmi Reza, Neera Azizi, Syifa Melvin, Farez Ridzwan, Faris Fitri, Zalfa Zin, Shukri Tahir, Lisdawati, Izzy Reef, Reza Hasbi, Liza Abdullah,Roy Azman

WATAK PELAKON
Risteena Munim sebagai Munirah
Isa Khan sebagai Aditya Prasetya
Qi Razali sebagai Uzair
Afierariana Agoes sebagai Jelita
Fezrul Khan sebagai Amirul
Fazren Rafi sebagai Aqil
Fahmi Reza sebagai Afiq
Farez Ridzwan sebagai Aathif
Faris Fitri sebagai Faiz
Zalfa Zin sebagai Wahida
Syifa Melvin sebagai Emelyn
Neera Azizi sebagai Nuri
Shukri Tahir sebagai Uwais

OST : https://youtu.be/KR-UV9r5Mnc

Kalau korang terlepas episod, korang boleh laaa Tonton Drama Online Drama TV Okey Astro 146 atau lagi senang korang download aje Apps RTM Mobile di Play Store Google Play. Senang lagi memudahkan kannn?

Nanti share tau depa ni Risteena dan Isa Khan memang punya chemistry tak sebagai hero heroin drama?  Ker lagi best masa Risteena bawak watak Afina Aulia bergandingan dengan Fattah Amin?

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Review Tagged With: Bulan Di Kota Langit, Drama best, Drama Info, Isa Khan, myklik.rtm.gov.my, Risteena, RTM, TV Okey Astro 146

  • Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
    Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
  • MISS MATCH drama komedi  cari jodoh di WeTV Malaysia
    MISS MATCH drama komedi cari jodoh di WeTV Malaysia
  • Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
    Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
  • Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir  Syirik
    Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir Syirik
  • Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
    Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
  • Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
    Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
  • TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu  . . . .
    TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu . . . .
  • Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA
    Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA



Comments

  1. Radhia says

    June 20, 2020 at 9:00 am

    baca sinopsis ni..macam best

    Reply
  2. happy wheels says

    July 15, 2020 at 1:58 pm

    So beautiful and amazing blog post to read out

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Ezydurian, Beli Durian Online Tanpa Kulit Lebih Murah?
    By : Hafiz Rahim
  • Sudah daftar untuk vaksinkan diri korang ?
    By : Ben Ashaari
  • RESIPI GULAI SIAM AYAM, YATIEKITCHEN
    By : Tiffin Biru
  • Teringin Nak Bercuti ke Pulau Pinang!
    By : Mama Kembar Tiga
  • KHASIAT DAN MANFAAT TIMUN JERUK UNTUK KESIHATAN
    By : Saidila Lifestyle
  • BANTUAN KHAS ANIS DIBUKA UNTUK PERMOHONAN
    By : YB Shehan
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa