Facial Mask / Mask Muka
Buat yang menitikberatkan penjagaan muka tentu akan manjakan diri pakai mask sekurangnya seminggu sekali kannn…??
Oppocot. .!! Terkezut ke? Sorry ya. .. Ni mask ala tepung gomak! Hehee…
PERATURAN 20 MINIT
Korang pernah pakai mask dari jenis ‘sheet’? Alaaa…. Topeng kertas bernutrien tinggi macam tisu yang letak kat muka tu.
Dan jika korang pernah pakai, berapa lamakah korang biarkan ia di muka?
15 minit?
20 minit?
Atau 1 jam?
Sesungguhnya, ‘facial sheet mask’ seeloknya dipakai selama 20 minit sahaja. Paling maksimum pun, 30 minit.
Still consider, ok.
Kadang-kadang kita suka pakai mask sambil buat kerja rumah, jawab email/ whatsapp atau sambil-sambil baca buku. Kannnn.. ??
Namun tanpa sedar kita ralit sangat layan mask sampai 1 jam atau ada yang tertidur terus. Sapa lah tu
Bahaya pakai mask lebih masa 20 minit
Memakai sheet mask lebih lama tidak semestinya lebih baik.
Sebab apabila makin lama, mask akan makin mula kering, dan ia akan mula menghisap semula lembapan keluar dari kulit korang. Uh-hoo
Bahaya pakai mask lebih masa
Alamak…!! Iyer ke? Ingatkan pakai lebih masa akan dapat lebih khasiat dari mask yang kita tepek kat muka ni. Huhuu
😱😱 Kononnya pakai lama lagi bagus tuu salah sama sekali..!! Nehi nehi nehi.. Sila take note. Kot kalau korang risau terlebih masa, siapkan alarm. Bunyi nya set kuat-kuat kasi sedar betul-betul. Bunyi mengilai kerr…. Sure terbangun dari tido. 😂😂 Confirm korang sedar dah tamatnya tempoh masa korang jadi hantu kak Limah. Hehe
Jadi, 20 minit sudah cukup.
Jangan tertidur terus pakai sheet mask tu. Nanti bangun tidur kulit rasa kering. Patutnya sheet mask kita nak bagi kulit muka lebih moisturizer kannn.. . Terlebih masa pakai mask mendatangkan masalah kulit kering lak.. Huhuu
Sleeping mask
Kalau nak tidur pakai mask, pilih yang dari jenis ‘sleeping mask’. Selalu nya jenis macam cream . Pakai malam ni, esok pagi bangun baru basuh. Kot tak bangun besok pagi nya pun no problem. Sapa tu bangun matahari dah tinggi? ?😝😝
Ok, sekian perkongsian tips kecantikan dari Nina. Nanti ada masa Nina share favorite mask yang Nina guna lak ya…
Daaaa..
Terima kasih atas perkongsian
CCL pun suka pakai mask .
Greetings! Thanks a lot for sharing your review. I just wanted to add that not all sheet masks can be of high quality. Therefore, we must be careful when using them.
Sib baik sebelum ni mmg pakai 20 minit je..hehehe.. tq share info ni
sy guna Sleeping Mask dari Laneige. mmg puas hati. toing2 kulit.. hehehehe
patutlah kak nina ni awet muda…
Bagus kak nina sharing, juju pun baru tau ni…ye ju pakai mask lebih kurang 30 minit…lepas ni kena kurang 20 minit la…best pakai mask segar sgt wajah…patut kak nina wajah mcm muda dari usia…ni rahsia dia hehe
Ohh pernah dengar jugak tak boleh pakai lama2 tapi tak tahu berapa lama max. Tq for sharing 🙂
Nad kadang pakai sampai kering..ok lepas ni pakai 20 minit je..hehe
owh 20 minit je..baru tahu..thanks for this info nina
This is really amazing information about how to get animal jam codes within minute.