Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

TEMPAT MENARIK CUTI SEKOLAH
September 23, 2018June 9, 2023

Anak-anak seronok terokai FARM IN THE CITY

Cuti sekolah yang lepas Nina berkesempatan  bawak anak-anak pi Farm In The City yang terletak  di Seri Kembangan, Serdang Selangor sempena Family Day KBBA9 tuk tahun ni.  Dekat jer ngan rumah. Tak perlu pegi jauh jauh, kat Selangor pun ada tempat menarik cuti sekolah ni. Gerenti anak-anak seronok terokai di Farm In The City ! Buat yang belum pernah datang sini, rekemen korang bawak anak-anak. Serius anak akan enjoy.

Isi Kandungan hide
1 Tempat menarik cuti sekolah
2 FARM IN THE CITY
2.1 Farm In The City ada 11 station dan habitat
2.2 Tempat Menarik Cuti Sekolah di Farm In The City
2.2.1 Turtle Giant
2.2.2 Pony Ride
2.2.3 Savannah
2.2.4 Alpaca pertama di Malaysia
2.2.5 Longkang Fish
2.2.6 Parrot Live Show
2.3 Harga tiket Farm In The City
2.4 Waktu operasi
2.5 Kat mana Farm In The City : Alamat
2.6 Farm In The City Tempat MENARIK Cuti Sekolah
2.7 Related posts:
3 4 JE CARA MAKEUP HARIAN CEPAT CANTIK GLOWING UNTUK BEGINNER
4 Idaman Villa Homestay Melaka | Terbaik, bersih, besar, menarik laaa...!!
5 Pppssttt... Khas untuk anak dara dan Mak dara!
6 Kengkonon Sarapan Urban Kontemporari : Roti Telur Sardine

Tempat menarik cuti sekolah

Ni kali ke-2 kami datang sini.  Masa memula datang tahun  2013, dah 5 tahun berlalu,  masa tu baby Eilysa  belum ada lagi. Eilhan pun kecik lagi dan sekarang Eilhan dah besar , dia kenal dah beberapa haiwan  yang ada kat sini.  Seronok sakan dia! Paling dia ingat Turtle Giant yang dah berusia lebih 100 tahun.

FARM IN THE CITY

Persekitaran ala kampung ni sekarang bertambah redup berbanding dulu.  Pokok-pokok dah besar rendang. Ada lebih 60 jenis pokok buah-buahan tropika dan pokok renek kat sini.   Nyaman sejuk jer dalam ni walaupun kat luar tengah panas terik lit-lit.

Keseronokkan kat sini paling best anak-anak dapat melihat, mendengar,
menyentuh, membelai,menyelidiki lebih mendalam ke dalam unsur-unsur kehidupan haiwan yang ada kat sini.

Baca : Pengalaman Cuti sekolah di FARM IN THE CITY 

Tengok tu. ..  Seronoknya tengok Eilysa berani nak belai,  sentuh,  merasai sendiri haiwan yang ada kat sini.  Jinak semuanya !

Farm In The City Tempat Best bawak anak cuti sekolah

Pelatih akan menemani dan beri beberapa taklimat buat anak-anak. Mereka belajar dan ketahui apa yang haiwan ni makan atau di mana mereka hidup, apa keistimewaan setiap haiwan yang ada kat sini. Bagus kann….?? Dalam seronok pun ada terselit pembelajaran untuk mereka.

Farm In The City ada 11 station dan habitat

Mood’s Lake
Turtle & Tortoise Farm
Bird Aviary
Reptile Cavern
Rabbit Farm
Pets Village
Jungle Walk
Vegetable & Fruit Farm
Savannah
Longkang Fishing
Kampong Mahmood

Tempat Menarik Cuti Sekolah di Farm In The City

Turtle Giant

Farm in the city

Spesis tertua dan terberat yang ada kat Farm In The City ni. Turtle Giant ni berusia 36 tahun dan berat 90kg lebih.

Pony Ride

Pony ride ni antara aktiviti yang mencabar keberanian anak-anak gak. Tak sangka rupanya Eilhan berani nak naik. Siap kata nak bawak balik Pony, nanti pi sekolah naik Pony jer… Eerrkk… 🙊😬😬

Oh ya, nak naik pony ride ni RM7 per ride. Dan harga ni tak termasuk dalam tiket. Harga pony tu lak memang Nina tak tau berapa… Hehe

Savannah

Farm In The City Tempat Best bawak anak cuti sekolah

Kat sini korang boleh jumpa haiwan-haiwan Savannah seperti kambing ( kat kampung pun ada hehe ), rusa, biri-biri dan yang tak pernah lihat dan jumpa seusia ni ialah Alpaca dan Dusky Wallaby si kangaroo kecil di dunia.

Alpaca pertama di Malaysia

Alpaca ni spesis unta yang berkulit aka berbulu tebal dan hanya terdapat di Amerika Selatan. Alpaca tinggal di pergunungan yang sejuk 22′ celsius. dari negara sejuk maka tempat tinggalnya kena ada air-cond berhampiran Alpaca ni.

Tengok video ni :

Longkang Fish

Farm In The City Tempat Best bawak anak cuti sekolah

Kat sini kena standby masa lama.. . . Anak-anak sakan akan lencun dok berusaha  tangkap ikan.  Dah dapat tangkap,  kena lepaskan semula.  Saja buat seronok jer. .  Eilhan kata laju ikan  ni lari mama.  Sup sana,  sup berdesup sini!  Gitu laaaa anak bandar,  semua benda berkaitan ala kampung depa seronok teruja..!!

Parrot Live Show

Antara aktiviti yang harus korang tunggu dan tengok! Ada 2 sesi iaitu jam 11.30 pagi dan 3.30 petang. Parrot nama dia Tom memang over acting. Pandai berlakon pura-pura sakit laaa… Enjoy!

Harga tiket Farm In The City

RM55 Dewasa
RM45 Kanak-kanak (11 tahun ke bawah)
RM45 Warga Emas (60 tahun ke atas)

MyCard diskaun
RM37 Dewasa
RM30 Kanak-kanak (11 tahun ke bawah)
RM30 Warga emas (60 tahun ke atas)
** kanak-kanak 90cm ke bawah Percuma **

Promosi Pakej Family
RM125 – 2 dewasa & 2 kanak-kanak

Waktu operasi

Isnin – Jumaat : 10 am – 6 pm
Sabtu, Ahad, Cuti sekolah dan Cuti Am : 9.30 am – 6 pm.
Tutup : Selasa kecuali cuti sekolah / cuti am

Parking sini senang. .. Percuma!  Cuma tips nya datang awal pagi dapatlah parking depan pintu masuk.  Lambat kalu. …  Standby laaa menapak. Tu jer. ..

Kat mana Farm In The City : Alamat

Jalan Prima Tropika Barat 1,
Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Tel: +603 8941 3099/2099
Map Waze : Farm in the city

Farm In The City Tempat MENARIK Cuti Sekolah

Last, review Nina – Farm In The City tempat yang harus di lawati terutama bersama anak-anak. Tak semestinya cuti  sekolah,  cuti hujung minggu pun boleh jer.

Best ooo…  Pegi lah dan rasai keseronokkannya yang tersendiri. Pasti menjadi kenangan terindah buat kita dan anak-anak. Di sini ada ilmu dan pendedahan bersama pengalaman berharga yang tak ternilai harganya buat mereka. Rugi tak pegi…

Korang boleh lah intai promosi atau update dari media social rasmi mereka https://www.facebook.com/FarmInTheCityMalaysia

Related posts:

4 JE CARA MAKEUP HARIAN CEPAT CANTIK GLOWING UNTUK BEGINNER

Idaman Villa Homestay Melaka | Terbaik, bersih, besar, menarik laaa...!!

Pppssttt... Khas untuk anak dara dan Mak dara!

Kengkonon Sarapan Urban Kontemporari : Roti Telur Sardine

Lifestyle Parenting Review Travel Cuti SekolahFarm in The CityHarga Farm In The CityInfo - Tempat Best Cuti-Cuti MalaysiaMini Zoo in the Citypetting zooSeri KembanganTempat Best Jalan-jalanTempat Cuti Budget BestTips parenting

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. Julia Mahir says:
    September 24, 2018 at 8:46 am

    Anak-anak kita pun suka pergi tengok animals. Masa pergi FITC ni dah berapa tahun lepas. Hari tu try pergi Mini Zoo kat KL Tower pulak. Rasanya dari management yg sama kot. Suka sangat dia peluk Alpaca tu. Hehe.

    Jom tengok video kat Mini Zoo tu jom https://www.youtube.com/watch?v=oHCAdDJkNfE

    Reply
  2. Mariana says:
    September 24, 2018 at 8:46 pm

    Paling best kat pony ride dan station savannah. Enjoy sangat budak2 di situ

    Reply
  3. Nadia Johari says:
    October 11, 2018 at 12:26 am

    memang best datang sini seba kebanyakan haiwan boleh pegang, diberi makan..tunggu adik besar pulak datang sini

    Reply
  4. whatshacken.com says:
    October 24, 2018 at 8:00 pm

    Dies ist der beste Ort, um WhatsApp Konto online zu spionieren, ohne einen einzigen Cent auszugeben.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes