Topik hari ni Nina nak share tentang cara kira BMI dengan betul samada online ataupun manual. Nina juga kongsikan formula kira BMI, kalkulator BMI online, mengapa kita perlu tahu kepentingan BMI yang betul dan juga TIPS , cara untuk korang dapatkan berat badan ideal. Tak lupa apa keburukan jika keputusan berat badan korang melebihi paras bahaya! Ahaa menarik bukan?
Jom terus baca tentang cara kira BMI
Okies, mula-mula sekali kita perlu tahu dulu apakah maksud BMI
Yelah, dok dengar orang sebut BMI BMI je kann? Apa sebenarnya maksud BMI iyer tak?
Maksud BMI

BMI merupakan singkatan bagi “Body Mass Index” dalam bahasa Inggeris, dan dalam bahasa Melayu, ia dikenali sebagai “Indeks Jisim Badan.” Indeks Jisim Badan (BMI) adalah suatu ukuran yang digunakan untuk menilai hubungan antara berat badan seseorang dengan ketinggian mereka. Ia membantu memberikan panduan tentang sama ada berat badan seseorang berada dalam julat yang sihat atau tidak. Kiranya secara dasar nya lebih mudah faham atau bahasa kasar nya , BMI ini lah penentu paras gemuk ke kurus kita ni sebenarnya! Eerkkk . . .
Ok sebelum kita ketahui cara kira BMI yang betul, mula-mula sekali kita perlu tahu cara betul menggunakan penimbang berat badan. Yalah, bukan terus naik atas penimbang, ada beberapa perkara yang korang kena tahu sebelum naik atas penimbang.
Pertama baca Bismillah dulu! Betul kann?
Kemudian samada Alhamdulillah ke MasyaAllah ke Subhanallah! Yang mana? ok gurau..
Cara betul timbang berat badan
- Gunakan Alat Tepat: Gunakan alat penimbang yang tepat seperti penimbang berat badan digital atau penimbang klinikal untuk mendapatkan pembacaan yang tepat.
- Berat Badan Yang Sama: Timbang berat badan pada masa yang sama setiap hari, biasanya pada waktu pagi selepas bangun tidur dan sebelum makan atau minum. Jangan lah hari ni timbang pagi, besok timbang malam lepas dinner, lusa timbang lepas bersenam. HAhaa
- Pakaian Ringan: Timbang berat badan dengan memakai pakaian yang ringan atau baju material yang nipis untuk mendapatkan pembacaan yang lebih tepat setiap kali timbang. Pastikan bukan lepas balik bersenam, baju lembab dengan berpeloh-peloh lencun!
- Hampirkan kepada Nol: Pastikan penimbang digunakan di atas permukaan yang rata dan stabil. Pastikan skala berat badan di penimbang telah ditetapkan kepada “0” sebelum menimbang untuk penimbang manual.
- Tidak Berkasut: Apabila menimbang, elakkan memakai kasut kerana ia boleh memberi pengaruh kepada berat badan yang ditunjukkan. Kasut sport ringan tapi ada je kasut kerja yang berat dengan tumit tapak macam kasut askar. Bukan bukan yaa… berkaki ayam sudah
- Pusatkan Berat Badan: Letakkan berat badan secara rata dan sentiasa pada bahagian tengah penimbang untuk memastikan pembacaan yang tepat. Berdiri tengah-tengah
- Jangan Bergerak: Semasa menimbang, jangan bergerak atau bergeser kerana gerakan boleh mempengaruhi pembacaan. Relax laaa
- Catat Hasil: Catat berat badan yang ditunjukkan oleh penimbang untuk memantau perubahan sepanjang masa.
- Jangan Terlalu Obses: Ingatlah bahawa berat badan boleh berubah dari hari ke hari berdasarkan faktor seperti pengambilan makanan, pengeluaran cecair, dan faktor lain. Jangan terlalu obses dengan perubahan berat badan yang kecil. Setakat beberapa gram, sekilo dua relax sudah.. Perbezaan yang mendadak sebaiknya refer doktor tau!
- Pantau Kesihatan Secara Keseluruhan: Walaupun berat badan penting, ingatlah bahawa kesihatan bukan hanya tentang berat badan. Amalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang dan senaman. Berpada-pada dengan portion yang kita makan
- Berunding dengan Pakar: Jika anda mempunyai pertanyaan atau kebimbangan tentang berat badan, berundinglah dengan doktor atau pakar kesihatan untuk panduan yang lebih tepat.

Ingatlah bahawa berat badan hanya satu petunjuk kesihatan, dan tidak semestinya mencerminkan keseluruhan keadaan kesihatan seseorang. Ada je mereka yang berat badan nya berattttt tapi mereka ini sihat dan lebih aktif bertenaga dari mereka yang BMI normal yang sebenarnya tidak aktif.
Mengekalkan berat badan ideal membantu mencegah pelbagai masalah kesihatan yang boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan harian dan kualiti hidup secara keseluruhan. Oleh itu, penting untuk menjaga gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang dan senaman bagi mengekalkan berat badan yang ideal.
Bagaimanakah formula cara kira BMI
- Formula BMI
Indeks Jisim Tubuh (IJM) atau dalam Bahasa Inggeris disebut Body Mass Index (BMI) adalah formula untuk menilai berat badan berbanding dengan ketinggian anda. Umumnya, BMI merupakan suatu nilai badan seseorang individu berdasarkan kiraan nisbah berat badan dengan ketinggian. Ianya dikira menggunakan formula bmi seperti berikut:
BMI = Berat (kilogram)
________________________
Tinggi (meter) x Tinggi (meter)
Tu cara kira BMI manual macam susah sikit kena kira-kira tapi lebih mudah korang ikut je formula cara kira BMI online bawah ni.
https://products.aspose.app/cells/ms/bmi
Cuba kira berapa BMI korang?
- Kurang daripada 16.0: Berat badan terlalu rendah, mungkin menunjukkan masalah kurang nutrisi.
- 16.0 – 16.9: Berat badan kurang, perlu mendapatkan peningkatan berat badan.
- 17.0 – 18.4: Berat badan rendah, tetapi berada dalam julat yang lebih sihat.
- 18.5 – 24.9: Berat badan normal dan sihat.
- 25.0 – 29.9: Berat badan berlebihan, menunjukkan risiko berlebihan berat badan.
- 30.0 – 34.9: Obesiti tahap 1, risiko kesihatan mungkin meningkat.
- 35.0 – 39.9: Obesiti tahap 2, risiko kesihatan meningkat secara ketara.
- 40.0 dan lebih: Obesiti tahap 3 (obesiti terlampau), risiko kesihatan serius dan perlu tindakan segera.
Kalkulator BMI membantu individu untuk mengukur perbandingan antara berat badan dan ketinggian, memberikan panduan kasar tentang status berat badan mereka. Walau bagaimanapun, ia tidak mengambil kira faktor seperti komposisi badan, umur, dan faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi kesihatan secara keseluruhan.
Tahu tak korang terdapat perbezaan BMI untuk lelaki / wanita dan kanak-kanak?
Ya, cara kira BMI dan panduan BMI untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak semuanya tak sama!
Ok, jom semak dan ketahui cara kira BMI dan panduan yang korang boleh jadikan rujukan sebetulnya. Adakah cara kira BMI yang korang tengok selama ni betul? Eerrkkk…
Kesesuaian penggunaan BMI Kiraan BMI hanya sesuai digunakan bagi lelaki dan wanita dewasa yang berumur antara 18 hingga 64 tahun. Ia tidak sesuai untuk digunakan oleh golongan berikut:
- Ibu mengandung
- Kanak-kanak
- Individu yang sangat berotot (atlet, ahli bina badan)
- Warga tua yang sudah mengalami kehilangan jisim otot
Oleh itu, panduan cara kira BMI yang Nina share ni hanya lah sebagai panduan asas dan sebaiknya korang refer pada yang lebih pakar contohnya doktor, coach kesihatan yang bertauliah jika perlu yaa..
Mengapa kita perlu tahu cara kira BMI yang betul ?
Pengurusan Kesihatan
BMI membantu menilai sama ada berat badan seseorang berada dalam julat yang sihat atau tidak. Ini penting dalam menjaga kesihatan keseluruhan dan mencegah risiko penyakit berkaitan obesiti.
Pemahaman Berat Badan
Mengetahui BMI membantu individu memahami tahap berat badan mereka berbanding dengan ketinggian. Ini membantu dalam membuat keputusan kesihatan yang baik.
Risiko Penyakit
BMI yang terlalu tinggi atau terlalu rendah berkaitan dengan risiko tinggi penyakit seperti diabetes, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, dan masalah musculoskeletal. Mengetahui BMI yang betul membolehkan seseorang mengambil langkah-langkah pencegahan.
Program Pembinaan Badan
Bagi mereka yang ingin membina otot atau menurunkan berat badan, mengetahui BMI membantu menetapkan matlamat berat badan yang realistik dan berkaitan dengan kesihatan.
Pemilihan Makanan dan Senaman
BMI membantu mengesahkan sama ada individu memerlukan pengurangan kalori atau lebih banyak senaman dalam rutin harian mereka.
Pemantauan Kesejahteraan
Memeriksa BMI secara berkala membantu seseorang memantau perubahan dalam berat badan dan membuat penyesuaian dalam gaya hidup jika diperlukan.
Rujukan Perubatan
BMI adalah faktor penting dalam menentukan seseorang memerlukan nasihat perubatan atau penilaian lanjut dalam pengurusan berat badan.
Kesedaran Kesihatan Mental
Memahami BMI membantu menggalakkan kesedaran akan pentingnya kesihatan mental dan fizikal, dan bagaimana mereka saling berkaitan.
Pendidikan Kesihatan
Mengetahui BMI juga membantu dalam pendidikan kesihatan masyarakat secara am, memberikan pemahaman tentang pentingnya menguruskan berat badan dan kesihatan.
Ketepatan Kajian Sains
BMI adalah satu ukuran yang sering digunakan dalam penyelidikan sains kesihatan dan berkaitan dengan hasil kajian dan statistik dalam bidang perubatan dan kesihatan. Selalu nya bila kita buat check up tahunan memang keputusan BMI akan doktor semak dulu.

Korang tahu tak PLANK senaman paling mudah dan bagus di amalkan untuk mengekalkan BMI normal.
Oleh itu, panduan cara kira BMI yang Nina share ni hanya lah sebagai panduan asas dan sebaiknya korang refer pada yang lebih pakar contohnya doktor, coach kesihatan yang bertauliah jika perlu yaa..
13 TIPS Cara dapatkan BMI ideal
- Pengukuran Berat dan Ketinggian
Ukur berat badan dan ketinggian anda dengan teliti. Pastikan alat ukur yang digunakan tepat dan betul. Kot kot laa waktu korang timbang, kengkonon berat dah turun jangan lah happy sangat sebab entah-entah hakikatnya penimbang tu dah rosak! HAhaa… Jangan seronok sangat, dapatkan pengesahan kedua dulu ya baru excited, cuba penimbang lain dulu. HEhee
- Ketahui Cara Kira BMI yang betul
Gunakan formula BMI yang mudah (berat badan dalam kilogram dibahagi dengan kuasa dua ketinggian dalam meter). Korang juga boleh mencari kalkulator BMI online untuk memudahkan pengiraan. Contoh : www.calculator.net/bmi-calculator.html Senang giler cara kira BMI online yang ini. Cuba lah!
- Tahap BMI Ideal
Kesihatan ideal BMI adalah antara 18.5 hingga 24.9. Ini menunjukkan berat badan yang seimbang dengan ketinggian. Mana BMI dah sipi-sipi ke obesiti sebaiknya lebih berjaga-jaga!
- Jangan Fokus Hanya pada BMI
Walaupun BMI memberi panduan kasar, ia tidak mengira komposisi badan seperti otot dan lemak. Pertimbangkan juga tahap aktiviti fizikal dan komposisi badan korang. Sentiasa bersenam secara tetap, korang boleh tengok dari banyak video online cara bersenam yang betul, kuatkan otot dan tulang. Sentiasa lakukan aktiviti renggangan
- Gaya Hidup Aktif
Lakukan senaman secara berkala untuk membakar kalori dan menjaga tahap kesihatan yang baik. Mana yang mampu boleh lah sertai mana-mana kelab agar korang lebih bersemangat. Bila ada kawan yang sama minat, baru lah aktiviti lebih seronok
- Pemakanan Seimbang
Amalkan pemakanan yang seimbang dengan memilih makanan yang mengandungi nutrien penting. Elakkan makanan berlebihan berlemak dan berkalori tinggi. Sebaiknya amalkan menu diet suku suku separuh. Elakkan terus nasi lagi bagus. Lebih protein dan fiber dalam menu harian.
- Kontrol portion – jumlah kuantiti sajian
Kawal saiz hidangan yang korang makan. Elakkan daripada makan berlebihan. Saiz hidangan yang kecil membantu mengawal jumlah kalori yang masuk. Berpada-pada laa dengan portion yang korang makan. Berhenti sebelum kenyang, makan sebelum lapar. Pernah dengar tak?

- Minum Air Secukupnya
Pastikan korang minum air secukupnya sepanjang hari. Air membantu penghadaman dan memberikan perasaan kenyang. Korang tahu tak berapa litter air yang patut korang minum sehari?
Berat badan 25kg bersamaan 1 litter air. So berapa berat korang, berapa pula jumlah air yang korang patut minum sehari? Cer kira, cer kira . . . .
- Tidur yang Cukup
Pastikan anda tidur yang cukup setiap malam. Kurang tidur boleh mempengaruhi kesihatan dan berat badan. Ada TIPS kata, tidur sebelum pukul 12 malam setiap jam adalah berganda. Contohnya kalau korang tidur jam 11 malam, bermakna antara jam 11pm – 12pm korang dah tidur 2 jam.
So sebaiknya korang tidur lah jam 11pm dan bangun jam jam 6am = 8 jam dah korang tidur. Gitu laa
- Kurangkan Stres
Stres berpanjangan boleh memberi impak kepada berat badan. Amalkan teknik pengurangan stres seperti senaman, meditasi, atau aktiviti yang menyenangkan. Elakkan terjebak dengan masalah yang tidak sepatutnya. Kurang kan ambil tahu perkara yang mengakibatkan korang rasa tension. Letakkan diri korang dalam circle friends yang positive! Hindar kan diri korang dengan mereka yang toxic. Sudah-sudah laaa.. Tenang-tenang sudah, itu sebaiknya.
- Jangan Skip Sarapan
Sarapan membantu merangsang metabolisme dan memberikan tenaga untuk memulakan hari. Pengalaman Nina, minum air halia suam setiap pagi membantu melancarkan penghadaman.
- Kurangkan Pengambilan Gula dan Makanan Proses
Hurmm… Patutnya kena pangkah terus jika mampu! Pandai-pandai laa korang sukat pengambilan gula tambahan dan makanan olahan yang mengandungi lemak trans dan gula berlebihan. Semak setiap bahan kandungan sebelum beli. Buat penggemar minum kopi, sebaiknya korang cuba berhenti minum kopi.
- Rujuk Pakar Kesihatan
Jika korang ingin mengubah gaya hidup untuk mencapai BMI yang ideal, berbincanglah dengan pakar kesihatan atau pakar pemakanan untuk panduan yang tepat. Berada dalam circle friends yang betul juga membantu korang dapatkan gaya hidup yang lebih sihat. Bagus bila ada kawan yang suka membebel, suka beri teguran bila kita lupa! Walaupun kadang macam gggrrrr… Tapi mereka ini lah pendorong kita agar sentiasa beringat nak sihat. Betul kannn?
Mengapakah penting untuk kita perlu mengekalkan berat badan ideal
Mengekalkan berat badan ideal adalah penting kerana ia mempunyai impak yang besar terhadap kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan. Nina kongsikan kat sini 12 sebab mengapa penting untuk mengekalkan berat badan ideal
- Berkeyakinan tinggi
Memiliki berat badan ideal boleh memberikan keyakinan diri dan kesejahteraan mental yang lebih baik. Orang sekarang kata mencapai body gold yang diidamkan! Yalah, bila BMI normal tentu lah kita tampak cantik, langsing, menarik tertarik kau memang daboommm!
- Mengekalkan kesihatan Jantung dan Vaskular
Berat badan berlebihan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok. Jarang sekali kita dengar mereka BMI normal punya penyakit berkaitan jantung kann?
- Diabetes
Obesiti adalah faktor risiko utama untuk diabetes jenis 2. Mengekalkan berat badan ideal membantu mengawal tahap gula dalam darah.
- Tekanan Darah Tinggi
Kelebihan berat badan berkaitan dengan tekanan darah tinggi, yang boleh menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang.
- Fungsi Pernafasan
Kelebihan berat badan boleh membebankan sistem pernafasan dan menyebabkan masalah seperti sleep apnea. Adakah korang tidur berdengkur?
- Kesihatan Tulang dan Sendi
Kelebihan berat badan meningkatkan beban pada tulang dan sendi, menyebabkan risiko masalah seperti osteoartritis. Kaun wanita lebih berisiko tulang rapuh. Antara faktornya adalah pernah mengandung tapi kaum lelaki tidak terkecuali sebab kaum mereka ini ramai yang merokok. Huhuuu…

- Pencegahan Kanser
Obesiti berkaitan dengan peningkatan risiko pelbagai jenis kanser seperti kanser payudara, kolorektal, dan pundi hempedu. Mintak dihindarkan dari kita semua. Aamiinnn
- Kebolehan Melakukan Aktiviti Fizikal
Berat badan ideal membolehkan seseorang lebih aktif secara fizikal dan menikmati aktiviti harian tanpa kesusahan. Bila sihat, tiada lah halangan nak buat apa pun aktiviti kann ? Nak hiking ke, berenang ke, run ke semua onz!
- Keupayaan Fizikal
Kehilangan berat badan yang berlebihan dapat meningkatkan keupayaan fizikal dan membantu dalam pelbagai aktiviti. Badan ringan senang bergerak!
- Pencegahan Masalah Pundi Kencing
Obesiti meningkatkan risiko masalah pundi kencing seperti batu karang dan penyakit pundi kencing. Hati-hati korang. Rujuk doktor ehh
- Penjagaan dan kos kesihatan yang lebih rendah
Berat badan ideal membantu mengurangkan keperluan untuk penjagaan kesihatan yang intensif dan kos yang berkaitan dengan kesihatan seperti kos rawatan yang semakin mahal sekarang ni. Ubatan bukan murah, dan kos sara hidup kini juga mahal. Huhuuu
- Panjang Umur InsyaAllah..
Kajian menunjukkan bahawa mengekalkan berat badan ideal berkaitan dengan umur yang lebih lama dan kualiti hidup yang lebih baik. Moga kita dapat menikmati usia tua sama-sama dengan kesihatan yang baik. Aamiinnn
Mengekalkan berat badan ideal membantu mencegah pelbagai masalah kesihatan yang boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan harian dan kualiti hidup secara keseluruhan. Oleh itu, penting untuk menjaga gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang dan senaman bagi mengekalkan berat badan yang ideal. Oleh itu, ambil tahu cara kira BMI dengan betul , semak berat badan kita regular samada melalui online mahupun manual. Berapa BMI korang? Cer share . . .
Nina ni kejap kembang, kejap kuncup, kejap normal, kejap sikittttt lagi ke overweight. Oopsss.!!
Jom sihat sama-sama!
nak kena minum air masak banyak tu yg susah sikit huhuhu
Mmm.. memula je macam susah, try praktikkan bangun tido segelas, lepas solat subuh segelas
lepas solat segelas dah jadi 5 gelas.
Sebelum sarapan segelas, sebelum lunch segelas, sebelum dinner segelas.
Sebelum makan segelas dah jadi 3 gelas + 5 gelas lepas solat dah jadi 8 gelas.
Belum campur minum sesaja lepas makan, sebelum tido, lepas bersenam. Macam boleh kann?
Selamat berjaya!
seram bila sebut BMI ni hahahaha….