Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti TV3
March 18, 2019August 25, 2023

CINTA TANPA HENTI TV3 Full Sinopsis

Berakhir sudah Drama Setelah Cinta Itu Pergi . Slot Samarinda diteruskan Drama terbaru lakonan Aeril Zafrel. Sapa tak kenal Aeril Zafrel kannn? Antara pelakon kacak yang cukup berkesan lakonannya. In mood sentiasa. Last Nina tonton lakonannya dalam drama bersiri Jibril. Hebat! Kali ni dalam drama Cinta tanpa henti

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti TV3
1.1 Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti TV3
1.2 Related posts:

Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti TV3

Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti TV3

Kisah Sumayyah  (Elizad Sharifuddin) berkenalan dengan Hisham (Aeril Zafrel) seorang pelukis jalanan di tepi tasik. Dalam diam Hisyam menyintai Sumayyah.

Sumayyah adalah anak ke-2 Tuan Rahim (Arash Mohd) yang disebut-sebut sebagai pewaris yang mengambil alih Edruce Airlines.  Tuan Rahim yang berhasrat menyatukan Sumayyah dengan Zarif ( Isa Khan ),  anak kepada Tan Sri Zaid untuk mengembangkan empayar businessnya.

Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti TV3

Sedang tarikh pertunangan Mayah bersama Zariff semakin hampir, Sumayyah nekad berterus terang pada keluarga bahawa dia menyintai Hisyam namun ditentang oleh Tuan Rahim kerana berbeza darjat. Bagi Tuan Rahim, Hisyam hanyalah seorang pelukis jalanan yang tak punya apa-apa.

Kecewa dengan keputusan ayahnya, Mayah membuat pengakuan yang telah mengecewakan keluarga  mengatakan dia mengandung anak Hisyam. Lalu Mayah di halau keluar dari rumah.  Mayah ke rumah Hisyam dan ibu Hisyam amat kecewa, marah dan mahu Hisyam bertanggungjawab dan selesaikan permasalahan ini dengan segera.

” dia minta dicintai dengan tulus, tapi mungkin kah dengan keterpaksaan harus menerimanya ” – Hisyam

Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti TV3

Akhirnya Hisyam melamar Mayah dan mereka berkahwin atas bantuan Kakak Sulung Mayah , Salina (Farahdhiya) yang sebenarnya mempunyai niat jahat dan sememangnya membenci Mayah yang sentiasa mendapat perhatian dan pujian di dalam  keluarga, Lagi pula, Salina tidak mahu Tuan Rahim memberikan Mayah menguruskan Edruce Airlines.

Namun selepas majlis pernikahan, Mayah di halau sekali lagi dari rumah dan Tuan Rahim membuang Mayah dari keluarga. Maka bermula la kehidupan baru Mayah bersama Hisyam.  Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahayamata. Atas usaha dan kerajinan Hisyam sebagai pelukis yang berjaya mereka mampu hidup dalam serba sederhana dan mencukupi.

Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti TV3

Percintaan mereka  sekali lagi di uji saat Mayah  disahkan mengidap penyakit Sirosos. Cinta tanpa henti Hisyam kepada isterinya Sumayyah membuatkan beliau cuba sedaya upaya membahagiakan  Mayah terus berusaha dalam menampung kos rawatan Mayah.

Akan tetapi dalam keterpaksaan inginkan Mayah kembali sihat, Hisyam terpaksa menerima bantuan  Tuan Rahim bapa mertuanya dengan syarat dia menyerahkan kembali Mayah.

Mampukah Hisyam dan Mayah mengharungi dugaan ini?  Mampu kah Mayah melawan penyakitnya? Bagaimana Hisyam cuba memenangi hati keluarga mertuanya dan dalam masa yang sama inginkan Mayah kembali sihat? Bagaimana pula nasib kedua-dua anak mereka? Apa yang bakal terjadi?

Drama Cinta Tanpa Henti ini punya pelbagai konflik yang bakal buat korang tak sabar nak tahu kesudahan kisahnya. Tambahan lagi dengan lakonan mantap para pelakon korang tak keruan dengan emosi untuk setiap watak.

“dia hanya pelukis jalanan yang jatuh cinta kerana terperangkap dalam permainan ‘puteri lindungan bulan’ itu… “

Drama 20 episod  ini ditayangkan di Slot Samarinda TV3  bermula 26 Februari 2019, Isnin – Khamis 10pm.

Drama Cinta Tanpa Henti

Ini sahabat baik Mayah, dia juga antara punca pelbagai masalah dalam Drama ini. Apa yang terjadi?

Lakonan Aeril Zafrel, Elizad Sharifuddin, Nadia Brian, Farahdhiya, Isa Khan, Shahz Jaszle,  Nynaa Harizal, Arash Mohd, Sherie Merlis, Marisa Yasmin, Hafidz Roshdi dan ramai lagi …

Kot korang terlepas episod, korang masih boleh tonton di www.tonton.com.my

Atau di Youtube TV3 official Drama Cinta Tanpa Henti

Selamat menonton… Nanti ada masa Nina update lagi kesudahannya eh…

Sinopsis Drama Cinta Tanpa Henti TV3

Related posts:

Nina dah cuba! BEST PAKAI SAFI RANIA GOLD kesan lebih berganda
Pat Pat Suku Lipat, Pisang banyak buat Lepat Pisang...
Cuti sekolah enjoy sakan di FELDA Residence Hot Spring Sungkai Perak
Ohh ... Teratai bunga indah... Eh! bukan lirik... Ini Resipi Tauhu Bunga
Lifestyle Review Aeril ZafrelCinta Tanpa HentiDrama sangatElizad SharifuddinFull SinopsisInfo - SemasaSamarinda TV3Sinopsissinopsis Cinta Tanpa HentiTV3

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes