Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Setelah Cinta Itu Pergi
January 21, 2019January 5, 2024

SETELAH CINTA ITU PERGI – Full Sinopsis

Nina Iskandar.. Nama yang cukup sinonim drama Andainya Takdir. Best giler citer tu sampai ada kesinambungan Andainya Takdir 2. Bikin stress tengok citer tu bila lakonan padu mantap watak pesakit Othellk Syndrome oleh Shukri Yahaya. Kali ni Nina Iskandar di gandingkan dengan Fahrin Ahmad untuk Slot Samarinda terbaru.  Jomm baca sinopsis Drama Setelah Cinta Itu Pergi ini..

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama Setelah Cinta Itu Pergi
1.1 Setelah Cinta Itu Pergi
1.2 Related posts:
2 Lip balm NUUR SUCHI ByGaleriMuslim kosmetik HALAL Umrah Haji Lip Balm Terbaik Merawat Bibir Kering
3 Sinopsis Drama SAAT KAU TAKLUK CINTA INI
4 Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA TV3. Obsesi memusnahkan segalanya!
5 Wahh … !! Dah join ke PG Mall NESTLE TOP SPENDER CONTEST? Lumayan weyhh

Sejak drama Andainya Takdir, Nina tetiba minat lak dengan lakonan Nina Iskandar. Dok tengok selingan promo Setelah Cinta Itu Pergi macam best jer jadi tak sabar nak ikuti lakonan Nina. Hurmm…. Mungkin kah sebab nama Nina sama? Ahaks! HAhaa..

Sinopsis Drama Setelah Cinta Itu Pergi

Sinopsis Setelah Cinta Itu Pergi

Setelah Cinta Itu Pergi

Perkahwinan yang telah dijalinkan oleh Ikram ( Fahrin Ahmad ) dan Marina ( Nina Iskandar ) membawa kebahagian dengan disulami cinta yang sentiasa mekar walaupun tanpa dikurniakan zuriat.

Siapalah mereka untuk menidakkan takdir Tuhan yang telah ditentukan. janji yang kukuh terpateri akhirnya rapuh. Kehadiran Insyirah ( Julia Farhana Marin ) adik ipar Ikram bersama  anak kecilnya Nasuha menggoyahkan rumah tangga yang kukuh terbina.

Jeng Jeng jengggggg…

Sinopsis Setelah Cinta Itu

Insyirah memang bijak sehingga Ikram termakan dengan kata dusta yang diberikan. Hati Marina remuk kala dia dipersalahkan oleh suami tercinta. Kerana cemburu buta ikram, kesetiaan Marina diragui dan kepercayaan terhadapnya dipersoalkan. Hati itu makin parah saat lafaz terzahir di mulut sang suami.

“Rina, sebaik kau melangkah keluar dari rumah ni, aku ceraikan kau!” – Ikram

Oh tidakkkkk..!! Huwaaaa😭😭

Demi melupakan kenangan itu, Marina sanggup mencuba untuk membuka hatinya kepada Muiz Lukman. Tambahan pula hatinya telah terpaut dengan keletahan anak Muiz Lukman, Muiz Danish.

Marina pergi membawa diri dengan hati yang luka. Disangka kasih berpanjangan bersama Muiz, rupanya hanya satu persinggahan. Huhuu… Sedih masa ni nanti.

Muiz Lukman pergi dahulu dijemput Ilahi. Tinggallah Marina merawat hatinya yang kembali luka, kini bertemankan si kecil Muiz Danish. Demi Danish, Marina tekad melupakan kenangan silam.

Tetapi bagaimana ingin dipadam semua itu ketika Ikram kembali menagih cinta. Ikram yang akhirnya sedar dirinya mangsa perdaya oleh Insyirah, mahu kembali bersama Marina. Tetapi perjalanannya lebih sukar kerana dihalang oleh keluarga Marina.

Setelah Cinta itu pergi, barulah Ikram menyesali. Tapi hasrat hati nak memiliki Marina semula dihalangi keluarga. Mereka cukup rasa terhina dengan tindakan yang dilakukan Ikram terhadap Marina.

“Jangan kerana kisah lalu, Rina menyimpan perasaan benci kepada abang. Tak sanggup rasanya apabila Rina bencikan abang.” – Ikram

Sinopsis Setelah Cinta Itu

Kerana tidak mahu Marina hidup dengan kisah lalu, keluarganya telah menentukan jodoh terhadapnya. Namun cinta yang bertaktha di hati memang sukar untuk disingkirkan.

Hadirnya Adam ( Azrel ismail ) cuba untuk mengubati hati Marina yang penuh dengan seribu kisah duka. Ingin menjadi penyelamat kerakusan hatinya yang sengsara. Sebagai tunang kepada Marina, mampukah Adam memecah tembok hati Marina?

Apakah cinta di hati Marina akan terus pergi hilang selamanya? Sampai bilakah pintu hati itu akan terkunci kerana duka? Perlukah dia melupakan kebahagian yang pernah hadir di depan mata begitu saja? Adakah Adam mampu membuka pintu hati yang terkunci selama ini? Atau adakah kasih Marina masih kuat terhadap Ikram? Siapakah yang akan menjadi pilihan hati Marina setelah cinta itu pergi?

Sinopsis Setelah Cinta Itu

Amacam.. Macam menarik tak? Penuh konflik, penuh teka teki, penuh sandiwara …

Jangan lupa saksikan drama Setelah Cinta Itu Pergi naskah oleh Heykal Hanifah yang akan mula bersiaran pada 17 Januari 2019 menerusi siaran slot Samarinda TV3 jam 10 malam.

Nanti dah tengok komen best ke best citer ni eh… Dah start tengok rasa hempukkk jer Fahrin Ahmad tu kann…? Insyirah tu, hadoi .. Nak ganyang ganyang jer dia tu! HAhaa

Insyirah ni tamak haloba. Kononnya Dia ingin menuntut hak dia sebagai bekas isteri Ikram. Satu ketika dia sanggup nak jual Nasuha anaknya semata-mata nak kan duit!

Stress nengok perangai Insyirah tu … Kesian kat Marina dok bertimpa-timpa duka nya bila orang yang tersayang pergi meninggal kan dia. Selepas Muiz, abahnya, kemudian Danish anak angkat yang di jaga di rebut oleh ibu kandung Danish yang tiba-tiba muncul rampas semua kebahagian Marina.

Mampu kah Marina hadapi semuanya?

Related posts:

Lip balm NUUR SUCHI ByGaleriMuslim kosmetik HALAL Umrah Haji Lip Balm Terbaik Merawat Bibir Kering

Sinopsis Drama SAAT KAU TAKLUK CINTA INI

Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA TV3. Obsesi memusnahkan segalanya!

Wahh … !! Dah join ke PG Mall NESTLE TOP SPENDER CONTEST? Lumayan weyhh

Review Drama sangatFahrin AhmadJulia FarhanaNina IskandarSamarinda TV3Setelah Cinta Itu PergiSinopsis

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (14)

  1. gun mayhem 2 says:
    January 22, 2019 at 12:11 pm

    This is extremely helpful info!! Very good work. Everything is very interesting to learn and easy to understood. Thank you for giving information.

    Reply
  2. hazwani says:
    January 23, 2019 at 11:28 pm

    Betul rasa nk bagi kaki je dkt fahrin dan syirah tu.sakit ht je tgk.geram .ishhhh bodh jntn mcm tu.erm watak muiz tk ada ke.tgk byk rina dgn muiz (shah jazle).

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      January 24, 2019 at 12:18 am

      Hazwani
      Suka kannn watak Muiz tu tapi kejap ² jer…
      Nanti Muiz tu accident.

      Reply
    2. Nina Mirza says:
      January 24, 2019 at 12:19 am

      Hazwani
      Suka kannn watak Muiz tu tapi kejap ² jer…
      Nanti Muiz tu accident. Huwaaaaaa…

      Reply
  3. Ukhti nuur says:
    January 24, 2019 at 12:40 pm

    Pastu ape cite fahrin dgn insyirah? Jd x diorg kwin?

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    January 24, 2019 at 11:04 pm

    Ukthi Nuur,
    entah laaa, dengan harapan tak jadi laaa depa kawin. Sebab nanti kannn Ikram menyesal tinggal kan Rina

    Reply
  5. dyamohamad says:
    January 25, 2019 at 11:50 am

    Fuhh kaknina ni mmg penyokong tegar drama melayu

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      January 25, 2019 at 3:00 pm

      Dya,
      Sekali sekala layan kan… Tak tahu nanti kata tak. Up to date lak
      Tapi memang suka lakonan Nina Iskandar dan Fahrin Ahmad dalam drama Setelah Cinta Itu Pergi ni…. Syiokkk lak

      Reply
  6. umi nazrah says:
    January 25, 2019 at 3:53 pm

    memula tak minat tengok sebenarnya. tapi ada sehari tu tertengok sebab mak mertua buka, terus jatuh cinta. dah melekat depan tv tengok drama ni. haha

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      January 26, 2019 at 12:36 am

      Umi,
      Dah TER tengok rasa kena tengok jerrr kannn..?? Teruja nak tahu apa jadi esok esok kannnn?
      Memang parah bila dah TER jebak tengok drama melayu ni. Huhuuuu

      Reply
  7. happy wheels says:
    January 28, 2019 at 10:56 am

    Liez pun suka pakai perencah adabi..sbb senang keja klau dtg mood malas masak

    Reply
  8. Bonda chanteq says:
    January 30, 2019 at 7:12 am

    Dh tengok walaupun xikut sequence episode….mmg rasa nk lumat2 kan je c fahrin n insyirah tu….sakit plak hati kite wakk…hahahahaa…lakonan yg berkesan n mantap..

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      February 6, 2019 at 9:50 pm

      Bonda,
      Dah nak habis citer ni… Tak sabar nak tau kesudahannya

      Reply
  9. xem truc tiep bong da hom nay says:
    June 2, 2020 at 11:08 pm

    You are looking for highly recommended Logo designer service hurry up Order noow Open link…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes