Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Skin Valet Bangi Spa Facial
January 22, 2019November 14, 2022

Puashati seyhhh buat facial treatment di SKIN VALET BANGI

Aduyai… Hati ni meronta ronta nak pegi Spa lepas baca cerita Ummi Nani buat rawatan muka kat Skin Valet Bangi. Tengok feed back dia kata bagus. pastu Nina baca review dari pelanggan lain pun tak mengecewakan. Lagi lah buat hati ni membuak-buak nak pegi Skin Valet Bangi buat rawatan muka.  Payah nya bila hati rapuh bak biskut samperit. Asal baca best mula laaa cepat terpengaruh! Huhuu…

Isi Kandungan hide
1 Akhirnya… Sampai juga kat Skin Valet Bangi
2 Kulit muka di analisa dulu
2.1 “Kulit Puan masih cantik sihat untuk umur Puan yang dah 41 tahun” 😍
3 Bahagian lain?
3.1 Cantik tapi hakikatnya….
4 Rawatan apa yang sesuai untuk permasalahan kulit muka Dehydrated ?
4.1 Oxyderm Treatment Facial
4.2 Bilik rawatan mesra muslimah
4.3 Bahan organik yang selamat
4.4 Beautician yang berpengalaman
5 Skin Valet Bangi Facial Muka Treatment Best
5.1 Untuk temujanji
5.1.1 Alamat
5.1.2 Skin Valet Bangi 62, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang, Selangor 03-8922 9181 Map : https://goo.gl/maps/LdVcbQuYBZt Waze : Skin Valet Bangi
5.1.3 Waktu perniagaan : 10.30am – 7pm
6 Related posts:

Hati ni bila dah tergoda payah nak di kata. Merengek rengek sambil hentak hentak kaki dah macam dak kecik gamaknya. Buruk nau! Tolong jangan bayangkan eh… HEhee

Apa yang buat Nina tergoda nak sangat pi Skin Valet Bangi ni sebab di sana ada pakar yang akan analisa kulit muka kita dulu. Dan kemudian Beauty Consultant akan cadangkan rawatan mana yang perlu untuk kulit muka kita. Bukan apa yang kita nak. So rawatan muka yang diperlukan didahulukan bagi menyelesaikan masalah yang ada di muka kita. Hurmm… Ini yang buat Nina nak tahu lebih mendalam lagi.

Skin Valet Bangi Spa Facial Treatment

Akhirnya… Sampai juga kat Skin Valet Bangi

Perjalanan dari rumah Nina ke Skin Valet Bangi bukan lah dekat sangat. Memula ikut waze kata 50minit. Tup tup jammed giler babi dekat 2 jam baru sampai. Stress teroksss dalam kete! Tapi penuh ketabahan dan kegigihan ku tempuhi. Acececehhh. .. Pembetulan, bukan Nina yang tabah. Geng yang cool pasal dia yang drive. Huhuuu
Makaseh Geng.. Selalu memahami jiwa nurani isteri tercinta yang tecik comey ni… Muahhh!

Usai sampai kat Skin Valet Bangi, satu aura ketenangan berada dalam Spa ni. Cantik! Dekorasi mewah tapi minimalist cukup buat Nina rasa selesa.. Di sambut mesra oleh beautician yang mesra alam penuh budi bahasa . Soft spoken omputeh kata. Alahai… Mood kecamuk stress jammed tadi terus rasa penuh ketenangan.

Skin Valet Bangi Spa Facial

Kulit muka di analisa dulu

Kemudian beauty consultant menganalisa kulit muka Nina. Kata nya kulit muka Nina bagus, sihat, cantik, halus mulus, flawless. Aawww kembang vontot kita!

“Kulit Puan masih cantik sihat untuk umur Puan yang dah 41 tahun” 😍

Pergghhh…., Serius tak sangka. Rasa nak lompat bintang weyhh..!!
Halah halahh hallahh… Verangan! HAhaa..
Part kulit sihat, cantik, halus mulus flawless tu memang betul tapi kat bahagian dahi aje! HEhee..

Bahagian lain?

Kuang Kuang kuangggggg

Puan Nina, part lain kulit Puan Dehydrated .
Oh tidak..! Huwaaaaaa.. 

Cantik tapi hakikatnya….

Okey tipu! Sebenarnya kata kata dari pakar macam ni laaa yang Nina nak dengar. Beliau menunjukkan fakta dari result mesin analisa. Bukan omong kosong..

Kenapa dan Punca kulit muka ni boleh jadi Dehydrated nanti Nina sambung citer kat korang eh… Sedih gak bila tahu sebab nya. Huhuuu

Rawatan apa yang sesuai untuk permasalahan kulit muka Dehydrated ?

Oxyderm Treatment Facial

Akhirnya pakar mencadangkan rawatan OxyDerm Treatment untuk permasalahan kulit muka Nina. Pasal Oxyderm Facial treatment ni secara details nanti Nina share ngan korang besok eh.. Apa yang bagus dengan Oxyderm Facial Treatment ni. .

Bilik rawatan mesra muslimah

Skin Valet Bangi Spa Facial

Nina sukakan konsep mesra muslimah yang ada kat Skin Valet Bangi ni. Bilik nya tertutup, hanya kita aje dalam tu. Privacy sangat!

Proses treatment tak sama macam Spa Facial yang biasa kita pegi tu… Tak de episode nangis sakit depa korek jerawat walau muka kita tak de pun jerawat pun tau! Huhuuu… Ok, part Paling best kat sini depa menggunakan teknologi terkini.

Skin Valet Bangi Spa Facial

Ahaaa… Tengok tu, dah rupa macam citer star trek gitu kannn? HAhaa..
Ini laaa proses Oxyderm. Oksigen 99% di masukkan dalam kulit muka kita bersama serum.

Bahan organik yang selamat

Korang tak perlu risau bab produk yang di guna kan sebab ianya produk yang berasaskan organic yang selamat. Tak de chemicals.

Alhamdulillah… Setelah selesai rawatan, Nina dapat rasa kulit muka Nina lebih lembab, lembut dan segar!

Beautician yang berpengalaman

Sambil depa dok belai belai muka Nina, biasa lah kita borak borak kannn… Owner Skin Valet Bangi ni seorang doktor dan staff dia pun semua dari bidang cosmetology. Bagus bagus!

Skin Valet Bangi Facial Muka Treatment Best

Okey.. Kot korang pun terpengaruh ngan Nina, teringin gak nak merasa rawatan muka kat sini korang sila book appointment ngan depa dulu tau. Tak boleh main terjah jer. Nehi nehi …

Untuk temujanji

Korang call careline depa dulu dan check slot mana yang masih kosong. Kat sini busy awak… Pelanggan setia dan baru ramai.

Skin Valet Bangi Spa Facial

Alamat
Skin Valet Bangi
62, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang, Selangor
03-8922 9181
Map : https://goo.gl/maps/LdVcbQuYBZt
Waze : Skin Valet Bangi
Waktu perniagaan : 10.30am – 7pm

Untuk maklumat lebih lanjut korang pi laaa intai kat

Facebook : Skin Valet Bangi
Instagram : http://www.instagram.com/skinvalet_bangi

Last… Cantik tu subjektif, bagi Nina kulit sihat bersih tanpa sebarang masalah tu laaa cantik! Natural beauty gitu…
Moh lerr kita cantik sebelum tua mengejar kita.

Related posts:

ASTHMA Ohh Asthma SESAK NAFAS SIMPTOM RAWATAN PENCEGAHAN
Terharu! Ini laa antara sumbangan korang kat tabung McD tu - Program Kembali ke Sekolah 2019
SUDIRMAN CAFE EDC HOTEL KL KEMBALI beroperasi. puashati SEDAP makan sini!
OOO... GINI RUPANYA CARA MASAK NASI LEMAK PALING SENANG SEDAP
Lifestyle Review Tips anti wrinkleFacial Treatmenthilangkan jeragatinfo - kecantikanmerawat jeragatmuka breakoutOxyderm Facial TreatmentPudarkan PigmentasiPunca jeragatRawatan kedut mukaRawatan Kulit KeringRawatan MukaRawatan PigmentasiReviewSkin Valet BangiskincareSpa BangiSpa bestTempat Facial Treatment BEST BAGUSTips kecantikan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (21)

  1. Ezna says:
    January 22, 2019 at 8:15 pm

    Bagus betul la tempat macam ni. Treatment dibuat dalam bilik selain privacy, terjaga la aurat kita kan. Selalu je lalu Skin Valet kat Bangi ni haa masa nak hantar dan ambik Dania kat sekolah…..

    Reply
  2. lina says:
    January 22, 2019 at 8:18 pm

    dekat je ngan rumah kita..tp belum pernah pegi lagi ..tgk tempat cantik dan eksclusive..bolehla cuba nnt..

    Reply
  3. ummi nani says:
    January 22, 2019 at 8:27 pm

    wah…tahniah berjaya sampai. Un pun dah sampai sana..mmg awesome dari melangkah masuk sampai keluar, hospitality 5*

    Reply
  4. Bonda Chanteq says:
    January 22, 2019 at 8:46 pm

    Boleh juga nanti BC ke spa ni nk bwt treatment..yer laa umor pn dh makin meningkat kan…kena juga amik tau penjagaannya…

    Reply
  5. Huda says:
    January 22, 2019 at 9:53 pm

    siannyer kak nina sampai 2 jam dari KL ke bangi.. nasib berbaloi2 kan dapat buat facial spa yang best. Lama juga tak manjakan diri pergi spa. sama lah, huda pun ada masalah dehydrated skin. next time nak buat juga lah facial treatment kat sini

    Reply
  6. Mahamahu says:
    January 22, 2019 at 10:42 pm

    Yang pakai serkup muka macam star trek tu hehehe seram tengok wakakaka…. Tapi sekarang orang perempuan mudah untuk cantik dan menawan kan…. Banyak spa untuk orang perempuan sekarang ni laki susah nak cari…

    Reply
  7. mek onie says:
    January 22, 2019 at 10:55 pm

    uishhhh, lama dah kita wak tak berfacial bagai ni. Bestkan treatment oxy derm ni kan. Lepas setel semua bila rasa kulit muka, selembut bayi. Saya nak mandi basahkan muka pastu,bahhahahaha

    Reply
  8. slumberlady says:
    January 22, 2019 at 11:08 pm

    dah lama dengar pasal skinvalet ni tapi first time jumpa review. mcm best je. nanti nak try pergilah sekali.

    Reply
  9. Zaidalifah says:
    January 23, 2019 at 1:02 am

    Usia macam kita nie memang harus jaga penampilan dan kesihatan wajah sangat penting… Patut Kak Nina nampak awet muda dari usia.. selalu buat treatment rupanya… Sy kalau free pon suka buat treatment muka… “me time gitu”

    Reply
  10. Rawlins GLAM says:
    January 23, 2019 at 7:01 am

    Dekat ngan rumah Rawlins nie. Dah sampai masa nak pergi facial nie. Jarang sangat facial nie sebenarnya – tapi Rawlins takde la nak hentak-hentak kaki

    Reply
  11. Min says:
    January 23, 2019 at 7:17 am

    Lama tak gi facial. Boleh la gi sini pulak nanti. Maklum la bila usia meningkat mmg mcm2 masalah kulit kte hadapi. So kena sentiasa jaga la nampaknya..

    Reply
  12. Syafiera Yamin says:
    January 23, 2019 at 7:44 am

    bila pakai mask tu senang tak nak bernafas apa pun nampak macam ekslusif treatment yang ada dekat situ i think i pun perlukan treatment ni sebab lately tak sempat nak buat facial macam banyak benda perlu disetelkan tau eeee thanks for sharing !

    Reply
  13. Wawa Ashihara says:
    January 23, 2019 at 7:57 am

    Teringin nak buat spa tau tapi xkesempatan . Dan teragak2 nk buat sembarangan tkut kulit rosak.. Tp tgk kt spa ni nmpk best la layanan dorg dan owner sndri seorg doc….

    Reply
  14. Tekkaus says:
    January 23, 2019 at 9:02 am

    Terpegun saya ketika lihat proses oxyderm tu…betul lar nampak macam star trek. Haha memang first time nampak treatment macam ni.

    Reply
  15. Zharif Azis says:
    January 23, 2019 at 9:20 am

    Bestnya kak Nina ! Dah lama sy x manjakan diri mcm nie. Sesekali nk jugak pamper diri dgn buat facial mcm nie. Kat Bangi je SkinValet nie, okay dekat. Nanti nk cuba jugak rawatan oxygen tu

    Reply
  16. JMR says:
    January 23, 2019 at 9:29 am

    ye la, nampak muka puas hati kak nina dapat buat rawatan di sana. berbaloi la perjalanan sejam jadi dua jam kan..hehe

    Reply
  17. Chrissella says:
    January 23, 2019 at 11:06 am

    Bestnya. Lama dah tak pergi SPA. saya tertarik sangat proses Oxyderm yang macam pergi angkasa tu. hihihihihi.

    Reply
  18. Haida says:
    January 23, 2019 at 2:58 pm

    Bestnya.. nknjugak manjakan muka macam ni. Ipoh ada tak?

    Reply
  19. Munirah Izzan says:
    January 23, 2019 at 3:22 pm

    Bestnya facial.. Lama x buat dah

    Reply
  20. farah wahida says:
    January 23, 2019 at 3:50 pm

    sekali sekala kena buat juga kan rawatan muka

    Reply
  21. TATI MANSUR says:
    January 23, 2019 at 4:21 pm

    Bestnya kalau dapat buat consultations pasalnkulit muka kita kan.. Bila dah tau apa masalah, bolehlah take action dgn cara yg betul..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes