As’salamualaikum dan Salam Sejahtera…
Selamat datang January.. Anak-anak baru jer mula persekolahan dan tak lama lagi seronok lah depa sebab ada cuti lagi! Cuti apa..?? Haishh… Tak kan tak tahu? Kita kan 1Malaysia. . Gong Xi Gong Xi Kong King Kong.. Eh! Salah lirik daaa… Maaf yaa
Ok, Gong Xi Fa Cai atau nama omputeh nya Chinese New Year. Sana sini sinun, café mahupun restoran dah mula mempromosikan menu untuk Chinese New Year akan datang. Makan besar adalah acara penting untuk depa. Dan lagi penting haruslah yang sedap sedap!
Citer bab makan sedap dan Chinese New Year Promotion, sukahati Nina nak share ngan korang satu café yang akan mulakan promosi hidangan CNY pada esok 11/1/2017 – 11/2/2017 . Hambik…!! Sebulan korang boleh celebrate ngan kengkawan menu CNY Promotion
Pretz n Beanz Cafe Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur
Ini lah café yang Nina maksudkan tadi.. terletak di Mont Kiara. Lokasi yang cukup statergik. Dikelilingi pusat perniagaan, pejabat dan tempat yang cukup santai untuk berjumpa chit chat ngan kengkawan atau meeting ngan client. Nak datang pun senang, korang waze jer .. gerenti sampai
Sabtu minggu lepas, Nina bersama Abg Sado Ben Ashaari, Sifu BamHoq, tak lama lagi pun Sado Bro Daus dan sicantik manis Anne dari Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang menikmati hidangan Chinese New Year Promotion di Pretz n Beanz Café. Bak kata pepatah, orang ngantuk lagi disorongkan bantal. *memang ngantuk pun ni…* Eh! Bukan… Haha.. dah lama Nina tak keluar ngeteh ngan kengkawan sejak habis pantang ritu.. Thank you Geng sentiasa memahami. Muahh..!!
Ok, usai Nina melangkah masuk café, hati terpaut pada dekorasi yang relax dan simple. Ada ruang outdoor dan indoor. WiFi pun ada! Kami datang lunch time memang idok lerr dok kat luar. Kalau petang-petang asyik kot dok luar sambil cuci mata.. Hehee
Buat korang yang belum pernah tahu pasal Pretz n Beanz, Café ni menyediakan pretzel yang sedap, lembut bersama pelbagai jenis sos yang pasti buat korang rasa nak lagi nak lagi… Tak jemu weyy pretzel dia! Tak cukup satu..
Mini Tower Pretzel
Pretzel Platter Mini Basket
Selain tuu ada juga menu-menu lain macam pasta, cake, salad dan banyak lagi.. Menu tuk minuman leh rambang mata nak pilih. Ada macam-macam ice blended, healthy drink detox, milk shakes dan tak lupa penggemar coffee macam Nina.. Segala jenis coffee pun ada! Nina suka sebab not too strong kata omputeh.
Apa yang best Chinese New Year Promotion kat Pretz n Beanz Cafe?
Menyajikan set tuk 2 orang makan. Main course nya korang boleh pilih samada nak set Pretzel Pizza (udang atau abalone) atau set Spaghetti. Kot kalau korang sukakan menu sihat diet gitu boleh order Ong Ong Smoked Salmon Lou Sang Salad. Semuanya disertakan bersama 2 minuman (Americano Coffee / Gourmet Tea) dan 2 Double Golden Kwa Fish Jelly.
Hurmm… macam tak faham ehh? Meh Nina kasi gambar kat korang… gambar jer laa ehh… hehe
Oopss…!! Nak kasitau ni, air coffee dalam gambar ni tak sama dalam set tau! Nina bagi contoh jer.. Kalau korang nak tahu, Americano coffee lebih kurang Black Coffee. Tak de susu. Ini gambar contoh set..
HUAT AH! Abalone Pretzel Pizza 10” + Healthy Smoked Salmon Salad +2 Drink dan 2 Fish Jelly RM38
HAHAHA Happiness Prawn Hawaiian Pretzel Pizza 10” + Healthy Smoked Salmon Salad + 2 Drink dan 2 Fish Jelly RM38
Happy Long Life Prawn Spaghetti + Healthy Smoked Salmon Salad + 2 Drink dan 2 Fish Jelly RM28
ONG ONG Smoked Salmon Lou Sang Salad + 2 Drink dan 2 Fish Jelly RM26
Ada lagi menarik… Sapa yang lahir tahun Rooster, korang akan dapat percuma Double Golden Kwa Fa Fish dengan setiap pembelian. Sapa lahir tahhun 1957, 1969, 1981, 1993, 2005, 2017 … Tungler korang..
Korang kalau nakkan info lagi, korang terjah ke page depa naa….
Facebook : Pretz n Beanz Solaris Mont Kiara
Instagram : pretznbeanz
Gong Xi Fa Cai … Ang Pau lai laaa…. 🙂
Menu yang menyelerakan… Yurmmmm…
Nampak sedap jea Pretzel tu..harga pun quite affordable..RM12 dapat empat pretzel yang besar-besar
Wow ayat disorong bantal tak tahan tu… kikiki.. apapun mmg berbaloi promosi ni.
sedapnyaaa . rasa nak makan . tpi tengah eatclean .. hahahah lagipun jauh . kena tunggu ada area situ baru leh singgah
Pretz n Beanz kalau perayaan mesti keluar dengan special signature dishes diorang…best kan…
wowww menggodanyaaaa menu!
phew….
bampak mewah je makanan ngan tempat tu.
mmg best kalau lepak ngan mber kat sini.
ada style.
Uishhh, sedapnya pretzel
suka sangat pegi cafe hipster mcm ni.. interior lawa..