Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

March 28, 2017March 28, 2017

Alhamdulillah.. Eilhan demam panas biasa jer tak perlu . . . . .

Lepas Eilhan kena sawan tarik semalam dan lepas dia dah sedar, kami tetap bawa Eilhan ke Hospital. Rawatan susulan selepas anak kena demam sawan tarik sangat penting. Sebab kena tau samada kondisi dia benar-benar dah stabil atau sebaliknya.  Kita kan bukan nya doktor! Walaupun sawan tarik dia semalam kejap jer … kurang 2 minit dah sedar.

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Tips teknik lapisan Agar-Agar Santan Cantik RESEPI AGAR PANDAN SANTAN
3 Syoknya! Terapi sambil mandi dengan SYAIRAH'S Homemade Soap Lavender
4 Ending Drama Risik Pada Hati sinonim Mizz Nina dan Noh Bercerai?
5 Roti Gulung Sosej - Menu Segera lagi Mudah buat Juadah Berbuka Puasa

Masa sampai kat Hospital, Geng kasitau Eilhan ada demam dan kena feet tarik kat rumah dan terus Eilhan dibawa ke kecemasan. Kat sana Eilhan kena masuk air dan diberi pemantauan terus dari doktor. Depa akan check BP dan oksigen. Pastu doktor ambik darah.

Alahai…. Bila Geng kasitau Eilhan kena ambik darah, Nina yang dok kat rumah pun terasa lemah longlai. Kesiannya anak mama. Gerenti meraung ni..! Dah terbayang-bayang akan kesakitan, terdengar tangisan dia, raut muka dia menangis. Tak sanggup rasanya nak berada kat sana… “Ya Allah, kuatkan Eilhan.. Permudahkan lah urusannya, jangan lah dia rasa sakit”

“Eilhan dah ambik darah, lagi 3 jam tunggu result”
“Camner dia… mesti sakit, nangis kan… Sian dia..”
“Entah … tak dengar pun dia nangis! Dia tak nangis pun”
“Huh..?! Mesti bagus MO yang cucuk Eilhan tu.. Pandai dia cucuk ambik darah. Alhamdulillah… “
Dah lega part cucuk, pasni debaran tunggu result lak.

Nina kat rumah, berdoa tak henti. Risau! Kata Geng, lepas masuk air suhu panas Eilhan semakin turun. Oh yelah… Tetiba teringat, semalam Eilhan kurang minum air. Cuaca lak panas. Mungkin ini antara faktor dia demam. Moga tak de yang serius..

Dapat result dan keputusan darah Eilhan ok! Demam panas biasa aje kata doktor. Eilhan di beri ubat dan antibiotik tuk 5 hari. Boleh balik tak perlu dok ward. Fuuhh …. Alhamdulillah.. Lega debaran di hati. Giler tak berdebar! Dup dapp dup dappp ni laju aje bak marathon sepanjang hari gamaknya. Kurus nya idok juga..

Isnin , 4am – Suhu panas Eilhan semakin tinggi! Aduyai sayang… Geng bawak Eilhan ke klinik lagi. Selepas rawatan, doktor bagi surat kebenaran tuk Geng emergency. Atleast dengan adanya surat tersebut Geng dapat cuti emergency esoknya. Maklumlah esoknya Monday blues dan Geng ni kalau sapa yang kenal dia orangnya tak pernah MC! Hah.. Korang tak payah nak nganga terkejut sangat lak.. Dia memang gitu orangnya, memberi sepenuhnya komitmen pada kerjanya. Dah hampir 6 tahun kot dia tak pernah MC! Itu laa Geng saya…

Doktor dah beri surat kebenaran, dengan redha dan rela Geng pun boleh laaa dia beri tumpuan rapi jaga kan Eilhan dan Nina tengokkan anak-anak yang lain. Bukan mudah… Tiap 6 jam dia kena makan ubat dan 1 jam sebelum dan selepas masa ke 6 jam tu perlu tengok kan Eilhan. Risau anytime suhu dia boleh naik semula. Risau tarik terjadi sambil dia makan ke, takut tercekik. Sambil berdiri ke, risau jatuh dan cedera. Kena dok teman dan mengadap dia saja. Lap lap dan pastikan suhu dia ok.

Kalau Geng tak dapat emergency, memang tak done Nina nak beri tumpuan 100% kat Eilhan. Dengan baby Lysa nak kena jaga (dia pun merengek aje macam nak demam tumbuh gigi), breastfeed, anak-anak lain nak kena hantar jemput sekolah, siapkan makan minum depa, masak lagi… Haihhh… Eilhan sihat pun Nina dah kelam kelibut inikan nak tengok dia saja.

Syukur Alhamdulillah.. Segala nya di permudahkan. ..

Related posts:

Tips teknik lapisan Agar-Agar Santan Cantik RESEPI AGAR PANDAN SANTAN

Syoknya! Terapi sambil mandi dengan SYAIRAH'S Homemade Soap Lavender

Ending Drama Risik Pada Hati sinonim Mizz Nina dan Noh Bercerai?

Roti Gulung Sosej - Menu Segera lagi Mudah buat Juadah Berbuka Puasa

Lifestyle Parenting Tips anak demam panasanak demam sawananak sawan tarikHospital kerajaanrawatan anak demam sawan tarikRawatan susulan selepas anak kena demam sawan tarikTips parenting

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes