Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Photoshoot KBBA9 Matic Hari Raya kelab Blogger Ben Ashaari
June 5, 2016March 24, 2023

Photoshoot KBBA9 2016 bertemakan Hari Raya meriah…!!

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Semalam meninggalkan kenangan yang terindah dalam memori Nina bersama sebahagian keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari. Kemeriahan yang tak terungkap dengan kata-kata pabila kami dapat berkumpul bersama semasa Photoshoot KBBA9 2016 bertemakan Hari Raya. Eh Ehh … Belum puasa dah Raya?? Hahaha . . . Photoshoot KBBA9 2016 bertemakan Hari Raya meriah…!!

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 KAMPUNG PEOPLE 2 - Lebih kecoh, lawak sakan weyhhh...!!
3 Yeayy... Dah pandai berenang! Kelas renang SWIMRUSH best!
4 Alhamdulillah Eicha dah baik demam. Roti telur cheese untuk dia
5 Ayam Goreng Mix Herb

Ada yang tak pernah bersua selama ni hanya berhubung, bergurau senda seolah dah lama kenal tapi  di alam maya jer… Sekali jumpa depan-depan, eh ehh …. lagi havoc rupanya dia ni..!! hahaha . . . .

Janji mula Photoshoot jam 9pagi. Sekitar jam 8:20pagi Nina dah sampai kat lokasi. Terima kasih banyak MyGang yang sudi benarkan sayang turut serta join Photoshoot KBBA9 ni.  Pepagi dah hantar Nina, pastu jagakan anak-anak 4 orang kita yang sentiasa non-stop riang ria lagi riuh rendah tuuu…
Tapi, bebudak ni ngan abahnya entah kenapa baik jer perangai. Ngan Nina usah cakap! Mamanya yang selalu… Selalu kena buli. selalu okey! Huhuuu . . . .

MyGang sentiasa memahami dan memberi sokongan kat Nina dalam apa jua Nina lakukan. Terharu sangat… nak citer lagi tapi kang….. **korang lak malu nak baca. Eerkk…..** ok, abaikan jer ehh.. Lagipun, bukannya MyGang baca pun blog Nina ni..  Part ni, tak per laaa, janji dia tak kata dah dah jangan tulis type tutup blog dah memadai. Kann….?? hehee…

Dalizgrafix Printing Banner Matic Photoshoot KBBA9 Hari Raya

Beberapa penaja sudi berkerjasama merealisasikan Photoshoot KBBA9 ini.  Antaranya banner ini dan beberapa prop ditaja oleh Dalizgrafix . Cantik! Merah membara yang menawan…  Yeahh…!! Seiring bersama semangat kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari. ‘Bukan Sekadar Blogger’

Matic Photoshoot KBBA9 Hari Raya

MATIC – penaja lokasi Photoshoot KBBA9 kami ini merupakan tempat tumpuan pelancong dari luar negara yang terletak di Jalan Ampang. Bersebelahan Saloma Bistro. Sebenarnya kan… Nina sendiri pertama kali menjejakkan kaki kat sini. Nina tertarik akan landskap yang menarik di Matic ini. Cuti sekolah ni, kot kot tak tau nak jalan mana, meh terjah sini… Pelbagai kebudayaan Malaysia yang ada kat sini boleh dijadikan pendedahan buat anak-anak kita. Matic – tempat yang cantik, selesa.
Ppssttt >>>> perasaan teruja yang amat sangat ngan Photoshoot KBBA9 sampai lupa nak snap kawasan sekitar Matic ni.. lupa diri ker apa ni??  Oopspss…!! hehehe . . .  .

Photoshoot Kelab Blogger Ben Ashaari KBBA make up Mimie Zoll
Ini lah sentuhan MUA yang make over Nina oleh Mimie Zoll. Nina sangat berpuashati dengan sentuhan beliau. Nina memang nak natural, tak mau over sangat…. Cantik tak?

Oh -ooo…!! Sebenarnya kannn, Nina malu  nak tunjuk gambar ni . Ouchhh….!! mengadanyaaaa ok poyo!
Untuk photoshoot memang tak lengkap, tak vogue laaa kalau tak make over kann?? Sentuhan MUA dari Mimie Zoll ni, Nina amat berpuashati. Memang menepati citarasa Nina. Pandai dia… Suka laaa..!! Tetiba rasa cantik ala pengantin berkarat gitu. hehee . . . .

Korang telefon Mimie Zoll +6013 3273766 untuk dapatkan sentuhan dia ehh… Beliau dari #ArtisticTeam dan #RitaRahman group. Sesapa yang berminat nak feeling cecantik nanti contact mereka ya.. Baik-baik depa ni semuanya. Friendly dan paling salute, depa ni punctual! Janjinya jam 9pagi, sekitar 8:20 pagi ada yang dah sampai.. Teruskan cara kerja korang ya.. Moga terus berjaya dan membuat ramai lagi feeling vougue 🙂

Bhaju Deea Butik Vonaish pin shawl
Baju dan shawl ni sponsor dari Bhaju Deea Butik yang terletak di Plaza Masalam Shah Alam.
Pin shawl lak dari Vonaish…

Photoshoot KBBA9 yang bertemakan Hari Raya, kena laaa pakai baju Raya kann..?? Nina menggayakan baju Raya dari Bhaju Deea Butik. Memula kann… Punya laaa risau kecamuk menggerutu Nina bila dengar ada butik yang nak bekerjasama taja baju Raya. Almaklum laa, Nina ni bukannya bersaiz standard ala model yang body cutting tip top 32/25/34, hambikk …!! Siap ukuran body Nina bagi! hehee . . .  Pastu kan, model semua kan tinggi lampai mencecah 170 ke atas, Nina?? erkkk…. baru 140cm. Pendeknya petite ok!

Ada lagi ….!! Adoi.. banyaknya masalah dak Nina ni! Ni haaa tang perut Mak Buyung ni.. Dah cecah 7bulan. Mana nak sorok?  Dalam benak fikiran Nina dah set. Hurmm… tak akan ada baju yang Nina muat nanti ni.. Huhuhuu…. Sob sob sobb.. sedeynya..

Akhirnya… Jeng jeng jenggg..!! Alhamdulillah syukur. Segalanya dipermudahkan. Nampak tak? Baju hijau yang Nina gayakan ni dari Butik Bhaju Deea. Nina pakai size S tuu… Semua sedang elok terletak. Kain tu lak, Nina lipat 2 kali jer kat dalam. Yelah, pendekkan..?? hehee… Yeay yeayy…!! Seronok!

Pelbagai lagi design yang menarik ada kat Butik Bhaju Deea. Korang jengah kat Instagram Bhaju Deea. 

Photoshoot KBBA9 Bhaju Deea Butik Shah Alam
Antara design baju yang ada kat Deea Butik. Cantik-cantik semuanya…
Bhaju Deea Plaza Masalam Shah Alam Butik Baju Hari Raya Promosi cantik
Ini lah Butik Bhaju Deea yang terletak di tingkat atas Plaza Masalam Shah Alam. Macam-macam pilihan ada…!!

Masa rehat tengahhari tuu… Kami sempat lagi singgah kat Jakel.  Dekat jer dari Jalan Ampang ke Jakel Mall. Tapi idok ler jalan kaki. Kematu mau tercabut kepala lutut kaki Mak Buyung nanti. hahaa… Tumpang-tumpang naik kete. Pegi tengok Ohh Meriahnya Raya. Fuuyooo… Memang meriah..!! Depa buat jualan lelong tuk setiap tingkat semalam. Macam-macam hado..!! Ayda Jebat memang cantik laaa bila tengok depan-depan. Comel dia!

Kami wakil dari kelab Blogger Ben Ashaari yang hadir semalam diberi peluang VIP tuk tanya apa saja soalan kat artis dan empunya Jakel Mall. Macam-macam soalan kami tanya…. hehee  . . . Sporting Datuk!

Korang boleh tengok sendiri kemeriahan dan design terkini dari Jakel kat facebook Jakel … ingat kain ingat Jakel.. Chewah…. Siap tagline Nina bagi. hehehe . . . .

Jakel Mall Oh Meriahnya Raya promosi Jakel terhebat
Lunch Break… sempat lari ke Jakel Mall sempena event Oh Meriahnya Raya.
Jakel textile 2016 Baju Raya Promosi Ohh Meriahnya Raya
Ehem.. ehem… Dapat goodies dari Jakel. Kain mahal laaaa… Bestnya..!! Terima Kasih Jakel

Dah penat jelajah Jakel Mall, balik semula kat Matic. Perut lak dah berkeroncong tuk Ana. Malu weiii kalau ada orang dengar. hehee . . . .

Eh ehh … Dah sedia ada Nasi Beriani laa.. Sedap seyh..!! Nina pilih lauk Ayam Masak Merah. Terima Kasih banyak buat Cafe Cerita Kambing. Memang sedap nasi beriani nya. Makan nasi jer pun dah sedap. Ayam masak merah lak memang kena ngan selera tekak Nina. Tetiba teringat anak-anak…. Ayam Masak Merah style gini derang suka! Tak pedas.. huhuhuu . . . .

Photoshoot KBBA9 Matic Hari Raya Cafe Cerita Kambing sedap
Ahaa…. kelaparan! Sedap seyhh Nasi Beriani dari Cafe Cerita Kambing. Ayam Masak Merah dia mabeles!

Nak war-warkan…. Ada promosi Buffet Ramadhan kat Cafe Cerita Kambing. Murah dan berbaloi-baloi. Hanya RM28 dewasa dan RM14 untuk kanak-kanak. Warga Shah Alam dekat laaa nak pekena Nasi Beriani dan lauk pauk air tangan Chef Zakaria Ramadhan nanti. Dengar cerita, pelbagai lagi menu yang akan disajikan ….

Cafe Cerita Kambing SEDAP sponsor Photoshoot KBBA9 Kelab Blogger Ben Ashaari

Akhirnya….

Photoshoot KBBA9 Matic Hari Raya kelab Blogger Ben Ashaari
okey…. ni gambar ramai-ramai
Semua pun enjoy! KBBA9 bukan sekadar blogger

Dah shoot sana, shoot sini wajib ada foto group. Ini antara yang terlibat. … Alhamdulillah sepanjang event berlansung segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Team work, kemesraan, persahabatan, sikap hormat-menghormati, bantu-membantu dan ambil berat sesama kita amat Nina hargai. Moga pertemuan ini membawa berjuta rahmat dan silatulrahim yang berpanjangan buat kita semua…

Terima Kasih banyak juga buat pihak penaja yang sudi bekerjasama.

Salam ikhlas dan Ramadhan Al-Mubaraq buat semua…

Related posts:

KAMPUNG PEOPLE 2 - Lebih kecoh, lawak sakan weyhhh...!!

Yeayy... Dah pandai berenang! Kelas renang SWIMRUSH best!

Alhamdulillah Eicha dah baik demam. Roti telur cheese untuk dia

Ayam Goreng Mix Herb

Lifestyle Review Artistic TeamBaju Raya 2016Bhaju Deea Butik Plaza Masalam Shah AlamBuffet Ramadhan Shah AlamCafe Cerita KambingMake up cantikMATICMimie ZollNasi Beriani sedapPhotoshoot KBBA9 2016Rita RahmanVonaish

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (16)

  1. yb shehan says:
    June 5, 2016 at 11:08 am

    Havoc giler.. bes

    Reply
  2. Shiqeen Sattar says:
    June 5, 2016 at 11:14 am

    Hahah memang meriah macam dah raya kelmarin

    Reply
  3. Miminadam says:
    June 5, 2016 at 11:36 am

    Harap ada lagi macam ni .. best sgt

    Reply
  4. Ina says:
    June 5, 2016 at 2:30 pm

    Syukur alhamdulillah Dah selesai…
    Bagi pihak Bhaju Deea butik … Kami berterima kasih krn sudi memakai Dan promote Baju Kami… Dan mohon Maaf jika Ada kekurangan..
    Moga Allah memberi Seribu Rahmat kpd anda semua … Amiin ya rabb… Slamat hari rayer.. Maaf zahir batin

    Reply
  5. ezza azlan says:
    June 5, 2016 at 3:40 pm

    Lawa2 blake semalam.. memang muka masing2 lain dari yg lain. Tetiba tak kenal dh diaorg ni sape..hahahhaa

    Reply
  6. AINUL says:
    June 5, 2016 at 5:28 pm

    cantik make up kak nina… bertambah comel

    Reply
  7. Allene says:
    June 5, 2016 at 8:06 pm

    Comel2 semuanya… Meriah kan…

    Reply
  8. wendypua says:
    June 5, 2016 at 9:26 pm

    Berseri2 dgn makeup! <3<3

    Reply
  9. mas saari says:
    June 5, 2016 at 9:54 pm

    seronok sgt semalam..

    Reply
  10. Syimayusuf says:
    June 5, 2016 at 11:25 pm

    Best dan meriah bila kumpul ramai-ramai rasa mcm adik beradik hehe

    Reply
  11. Anuar says:
    June 6, 2016 at 9:58 am

    Bestnya…. baru nak masuk 1 Ramadhan dah ambil gambar raya…. 😉

    Reply
  12. umminani says:
    June 6, 2016 at 2:29 pm

    amin, semoga ukhwah ini akan memantapkan kelab blogger ben ashaari di pesada dunia..ewahhh…gorgous la mommy to be ini.

    Reply
  13. Suriaamanda says:
    June 6, 2016 at 3:02 pm

    Tahniah…semua cantik2 ha…

    Reply
  14. shazillahsani says:
    June 7, 2016 at 10:47 am

    kak nina comel sangat…hihihi

    Reply
  15. ema says:
    June 8, 2016 at 1:43 pm

    comel-comel belaka team kbba ni.. semua bergaya dengan baju raya…apapun tahniah untuk semua.

    Reply
  16. Mama Kembar 3 says:
    June 26, 2016 at 1:52 am

    lawa make-up & baju nina

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes