Suka tengok lakonan Intan Najwa sejak dia berlakon dengan Remy Ishak dalam drama ….. Eh! Lupa plak. Ooo… Ingat dah. Drama Kekasih Paksa Rela . Best kannn citer tu? Tak sangka Intan Najwa bukan jer comel tapi memang berbakat. Santai natural sekali lakonan dia. Kali ni Intan Najwa yang comel cantik ni bergandingan dengan Idris Khan yang not bad gak penampilan serta lakonan dia natural jugak. Tengok match gak depa ni jadi hero heroin dalam Drama TUAN DANIAL di TV3
Drama TUAN DANIAL ni cukup santai dan menghiburkan. Boleh laaa layan. Tak stress pun nonton. Banyak scene yang mencuit geletek hati, poyo sengal semua ada laaa.. Jommm baca Sinopsis Drama TUAN DANIAL ni…
Sinopsis Drama TUAN DANIAL TV3
Cinta yang cuba di atur oleh keluarga Tengku Ismahanim dengan jejaka yang tidak dikenali bernama Tuan Danial telah mendorongnya menyamar sebagai pembantu rumah. Ada aje akal Tengku Is ni… Bijak comel orangnya…
“Hmmm… papa tak rasa Is macam orang gila ke pergi menyiasat siapa yang akan Is kahwini?. Is tak mahu silap pilihlah papa. Is mahu kenal dia dalam – dalam sebelum buat keputusan”
Pintu dibuka dan wajah lelaki yang dilihatnya semalam menjongketkan kening. Is terdiam. Uishhhh…. kacak lagi di luar berbanding yang aku tengok semalam. Kalau macam ni, jadi orang gaji seumur hidup pun tak mengapa. Is tersengih – sengih.
“Maaf .. tak nak beli kerang!” kata Danial dan ingin menutup pintu rumahnya.
Ha… ni aku tak berkenan!. Sombong ya amat dia ni. Papa ni pun, suka sangat ke menantu sombong macam dia ni?.
Tengku Is menyamar jadi pembantu rumah
Kalaulah Hatta tahu baju dia macam baju penjual kerang, mesti mengamuk punyalah!. Pandai Is… dia memberi upah kepada pembantu rumah Tuan Hashim yang lama agar berhenti kerja dan bekerja di rumahnya. Malahan gaji pembantu rumah Tuan Hashim itu pun dinaikkan 20% berbanding sebelumnya
Dan alangkah ‘sengalnya’ menjadi pembantu rumah yang serba tidak tahu membuat kerja rumah. Bermula laaa episod penyamaran Tengku Is sebagai maid di rumah Tuan Danial yang OCD. Hura hara dibuatnya beb!
“Ini semua awak punya pasal Isketambola, kalau awak susun stoking saya dalam satu lipatan macam kak Hasnah buat pasti saya tak pakai stoking warna berlainan hari ni. Nasib baik setiausaha saya nampak.”
Danial mendapatkan Is yang sedang membancuh teh di dapur. Bertaut kening Is mendengarnya.
“mak aih, salahkan orang pula. Masa Tuan Danial sarungkan tadi tak perasan ke?”
“Nak perasan apanya kalau awak tu sibuk suruh saya beli kuaci bunga matahari awak tu. Benda kecik macam tu pun nak makan,” Danial menghulurkan plastik berisi dua bungkus kuaci ke tangan Is.
Dengan bibir yang tersenyum lebar Is menjawab …
“Eleh, marah-marah pun sayang juga Tuan Danial pada saya, ye?” eerrkkk…
Sepatah perkataan pun tak mampu dilontar keluar oleh Danial tatkala mendengar ayat berani mati Is itu. Dia terus menapak naik ke tingkat atas dengan senyuman manis.
SEPINGGAN kek minyak yang baru dipotong diletak dihadapan Tuan Danial dengan perasaan bangga. Tuan Danial meletak alat kawalan jauh televisyen di atas meja dan tersenyum memandang Is. Kepala Is dilurutnya. Is tergamam.
“Terima kasih” ucap Tuan Danial dan Is masih lagi tergamam. Tak mampu untuk membalas ucapan terima kasih Tuan Danial kerana sewaktu tangan lelaki itu singgah di kepala dan melurut lembut akan rambutnya, ada satu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata – kata. Waktu itu Is rasa dia adalah wanita paling istimewa di mata Tuan Danial.
“Is yang buat kek ni?” Tuan Danial menyuap kek itu ke dalam mulutnya. Is mengangguk. Menunggu reaksi selanjutnya daripada Tuan Danial.
Angkara Kek Minyak
“Sedap” mata Tuan Danial tertancap terus ke dalam anak mata Is dan segera Is menundukkan pandangannya. Tuan Danial senyum mengulum dan mendekatkan bibirnya ke telinga Is.
“Terasa macam air tangan seorang isteri buat suaminya”
“Mengada – ngada” balas Is
Tuan Danial senyum panjang. Dia berdiri dan meninggalkan Is di situ dalam keadaan tidak tahu nak buat apa. Nak melompat ketara benar gatal dan terujanya. Lebih baik Is duduk diam-diam. Hanya senyuman yang menghiasi bibirnya.
Nell memberhentikan keretanya di hadapan rumah Tuan Hashim. Kak Hasnah yang menyedarinya terus mencuit bahu Is yang sedang leka memotong bawang di atas meja. Kakinya mengekori langkah Kak Hasnah ke bingkai tingkap. Membesar bola matanya saat Nell menyerahkan satu bungkusan buat Tuan Danial yang turut berada di situ.
“Kak Hasnah, Is pergi intai kat balik jemuranlah ye?”
“Jangan sampai jatuh longkang sudah. Besar longkang tu, Is” peringatan buatnya dibalas dengan anggukan tanda faham.
Perlahan-lahan kakinya menghampiri tembok rumah. Tubuhnya yang tidak besar mana itu disandarkan ke dinding tembok dengan kaki yang menahan tubuhnya di tepi longkang.
“Susah-susah sahaja. Saya dah makan sarapan pun” Tuan Danial nampaknya menolak pemberian Nell. Lebar senyuman Is.
“Tapi ini sandwich sambal tumis ikan bilis yang awak suka dulu tu” terang Nell dan masih lagi menghulurkan bungkusan itu pada Tuan Danial. Entah mengapa mudah sekali tangan Tuan Danial menyambutnya.
Sudah lama dia tidak makan sandwich sambal tumis ikan bilis daripada air tangan Nell yang sememangnya lazat itu. Is menghentak kakinya tetapi sebaik sahaja dia ingin berlalu, kakinya tidak mampu melepasi longkang besar itu dan dia terjatuh ke dalamnya. Nell sudah pun pergi tetapi Tuan Danial masih di situ. Dia mengamati satu suara meminta tolong dari dalam kawasan rumahnya.
Alamak! Is jatuh longkang laa pulak
“Is!” Kak Hasnah menjerit dan berlari mendapatkan Is yang mengaduh kesakitan di dalam longkang. Tuan Danial berlari hingga sandwich di tangannya terjatuh tanpa dia sedari. Tuan Danial melutut. Tidak kisah seluarnya kotor asalkan dapat membantu Is keluar daripada situ.
“Ni kerja dengan indah water pulak ke?” soal Tuan Danial.
Is berang. Dengan bau busuk begini boleh pula dia buat main. Tangan Is dipegang dan ditarik dengan kuat hingga tubuh Is terjatuh ke atas tubuhnya. Is tergamam.
“Is…” panggil Tuan Danial.
“Hmm” jawab Is
“Berat, busuk dan sakit” sengih Tuan Danial. Cepat-cepat dia berdiri. Rambut yang sudah lencun dek air longkang itu disentuh. Dia sendiri naik geli-geleman.
“Awak tolong saya buat apa?” jeling Is. Kak Hasnah sudah ketawa terbahak-bahak.
“Sayang” jawapan ringkas itu tidak mendapat hadiah sekuntum senyuman sebaliknya hanya jelingan tajam.
“Sebab sayang?” nampak benar curiga Is pada Tuan Danial.
“Habis, sebab apa? Kalau tak sayang, memang saya biarkan saja awak dalam longkang tu. Peram jadi pekasam. Kejap, apa yang awak buat sampai terjatuh dalam longkang tu Is?”
“Erk…” nak jawab apa?. Takkan nak beritahu Tuan Danial yang dia mengintai Tuan Danial dan Nell di sebalik tembok itu dan seterusnya terjatuh ke dalam longkang tanpa rela? Habislah saham dia.
Bibit cinta antara Tuan Danial dan Is?
“Kenapa?” Tuan Danial masih lagi menyoal.
“Tak ada apa, memang hobi saya lepak dalam longkang. Ada masalah? Kalau tak ada masalah, diam saja” Is menapak pergi tetapi terhenti pula di hadapan pintu dapur.
“Kalau setakat sandwich sambal tumis tu, cicit saya pun tahu buat”
“ Cicit kita, sayang” Tuan Danial kenyit mata.
“ Lain kali teruskanlah hobi berfaedah ni ya, sayang?. Habis baju Abang Danial kena air longkang. Rasa macam nak potong gaji sayang tu saja” perli Tuan Danial terus menerus.
“Cicit ayam!” Is masuk ke dalam rumah untuk mandi dan menyental kulitnya sehingga wangi.
Tak berbaloi sungguh kerja intai-mengintai ni. Kak Hasnah dan Tuan Danial berbalas tawa. Memang kelakar rupa Is terjelepok dalam longkang itu tadi. Eewwww… Jahat nya!
Lawak kannn? Aduyai… Banyak adengan yang mencuit hati yang buat kita tersenyum simpul…. Kena tengok!
Terjalinkah cinta mereka? Bagaimanakah Danial menangani seorang maid yang serba tidak tahu? Bagaimana penerimaan Tuan Danial bila tahu Is sekadar menyamar sebagai maid untuk menyelidik mengenali lebih dekat bakal suami dia? Sesekali ada satu ketika Is nyaris-nyaris nak terbongkar rahsia penyamaran dia. Huhuuu .. Kalut kalut..!!
Info Drama
Nantikan drama adaptasi novel Tuan Danial karya Azizah Ami akan disiarkan menerusi Slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan Idris Khan dan Intan Najuwa. Drama terbitan Creative Skill Solution dibawah arahan Idora Abdul Rahman.
JUDUL : TUAN DANIAL
EPISOD : 13 episod
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar & Jue Zurhanisza
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
PRODUKSI : Creative Skill Solution
PELAKON : Idris Khan, Intan Najuwa, Luqman Hafidz, Scha Elinnea, Atikah Suhaime, Aman Graseka, Mathni Razak, Mohd Syafi , Afifah Nasir, Noniswara, Zuhairi Ibrahim
WATAK PELAKON Drama TUAN DANIAL
Idris Khan sebagai Danial
Intan Najuwa sebagai Tengku Ismahanim
Luqman Hafidz sebagai Rizal
Mathni Razak sebagai Azad
Tonton Online
Kot korang terlepas nonton, korang boleh laaa usaha tengok ulangan kat www.tonton.com.my atau youtube TV3
Geram jer kannnn ngan keletah Is dan Tuan Danial yang diam diam suka tapi tak mau mengaku. Kerek jer lebih . . .
Comments (5)