Allahu…. Tak terungkap dengan kata-kata. Perkara yang paling Nina takut kembali menyerang Eilhan. Usah di tanya apa Nina rasa saat tu, degupan jantung Nina seakan terhenti. Anak Sawan Febrile Fit lagi!
Ya Nina panik! Tetiba terus rasa saluran pernafasan Nina ni sempit. Asthma attack!
Peloh membasahi seluruh muka, Baju Nina lencun! Allah Ya Allah… Selamatkan Eilhan.
19hb Ogos 2019
Sekitar 11.50pm Nina jemput Eilhan balik tadika. Eilhan dok belakang. Adek Eicha pun ada kat belakang. Hurmmm… Agak sepi. Pelik! Tak seperti selalu riuh aje bila nampak Eicha. Ada aje celoteh dia sakan bercerita apa yang jadi kat sekolah.
Anak Sawan Febrile Fit lagi!
“Kenapa senyap ni…?? Eilhan.. Kenapa senyap?”
“Mama.. Eilhan nangis ” – Eicha
“Eh… Kenapa Eilhan? Sapa buat Aan? “
“Mama, Aan demam… ” sayup Eilhan mengadu
“Allah… Meh duduk depan sebelah Mama ni “… Tak fikir apa, sekadar demam kot. Lagi pun kelmarin Eilhan selsema.
Sejurus sampai rumah, kelam kelibut cepat cari sub paracetamol. Ingat nak masuk kat vontot jerr. Kasi cepat reda panas dia. Haishh…. Mana ni??? Time nak pakai laaa tak de, tak jumpa, ker dah habis?? Oh no…!!
Aarghhhh…. Lambat nya, dari terhegeh-hegeh cari entah jumpa ke tak, terus bagi syrup paracetamol jer.. Pastu ajak Eilhan mandi. Berdesup gak terus inform Geng.
Macam biasa, pesanan penaja Geng kalah mak mak membebel. Jangan lupa terus mandikan, jangan lupa bukak air-con, jangan lupa check suhu, lap lap selalu, pantau dia, bla bla bla blaaaaa… Tak senang dudok Geng kat opis tu. ..
Sekitar jam 2pm Eilhan makan macam biasa. Cara dia makan macam biasa – penuh semangat, berselera. Tengok gaya dia makan, kita yang dah kenyang pun rasa nak makan lagi. Tu laaa Eilhan..
Pastu bising dok main lari lari ngan adek Eicha. Tak macam demam pun dia… Mama jadi hulk suruh dia berehat. Risau laa kann
Geng keep on call suh update suhu Eilhan. Sambil dia baring-baring, check suhu dia tetiba badan Eilhan kembali panas. 38.2 Oh no…!! Suhu gini cukup tinggi buat Nina. Sejarah dia kena tarik 38.5
Terus ajak Eilhan mandi lagi. Pas mandi dia punya kesejukkan terketar-ketar luar biasa dari selalu. Lama tuk reda. Suhu meningkat 39.8 !! Tak keruan Nina…
Berdesup call Geng mintak dia balik segera! Masa ni rasa nak call ambulan jer… Jantung Nina macam dah terkeluar tercicir entah mana tak tau mana nak kutip. Perut berkeroncong mintak makan. Aarrghhh… Lapar saat ni memang tak tertelan nasik !
Terusan lap lap Eilhan, zikir selawat dan ajak Eilhan mengucap tanpa henti. .. 😭😭😭
Aku takut!
Mana laaa Geng tak sampai lagi ni….?? Hati dan jiwa ni takut! Takut sangat. i need my other half beside me…
Alhamdulillah Geng sampai rumah. Geng temankan Eilhan, pantau Eilhan. Alhamdulillah suhu semakin reda. Saja tau Eilhan ni… Nak abah dia gak…
Nina longlai ke dapur.. Lapar! Tapi tak lalu nak makan. Walau apapun, aku kena kuat, aku kena makan, aku kena prepare diri untuk apa jua situasi nanti. Aku tak boleh sakit! Saka makan dok bisik
Perit, tak sedap, tak rasa apa… Tawar! Makan jugak.. Isi kan jugak perut ni untuk tenaga nanti. Tak mo sakit lain lak mengundang… Tak mo ada bebanan lain..
Selesai makan… Sekitar 4.30pm
“ALLAH… Eilhan. Eilhan bangun sayang!” Teriak Geng dari ruang tamu.. Kuat sungguh!
Allah..!! Eilhan Anak ku Demam Sawan Febrile Fit lagi
Allahu… Jangan panik! Relax, jangan panik ! Itu yang ku share dalam entri blog satu ketika dulu. Konon pesan jangan panik.
Baca : Pengalaman ngeri pertama kali Eilhan kena demam sawan! Rasa terhenti nafas ku ini Tips apa nak buat bila anak kena sawan tarik.
Hakikat nya.. Sejujur nya aku panik! Nafas ku terhenti. Tetiba rasa semua berdengung dalam satu ruang lain.
Sepantas nya Geng dukung Eilhan bawak ke bilik air. Eilhan di pangku mengiring ke kiri. Air paip di lalu keseluruh tubuh Eilhan. Terusan panggil Eilhan.
Mata Eilhan ke atas, tangan kaki kejang. Allah… Eilhan cepat sedar sayang.. Laung ku dalam hati sekuatnya. Tak terkeluar rupanya. Bangun sayang!
Tak lama kemudian badan Eilhan kembali lembut, seolah sedar tapi masih mamai. Geng masih terus lalukan air paip keseluruh tubuh Eilhan.
Allah… Keras balik tangan dia! Mata Eilhan ke atas semula! Keadaan ini berterusan on off beberapa kali sampai tak ingat pun berapa kali dah jadi. Air kolam ku jirus sampai licin….
Abang, sayang call ambulan laaa ya?
Call call…!! Call …..!!
Call Ambulan
911 – panggilan di sambungkan dan info diberi, kemudian disambungkan terus ke Hospital Selayang. Landmark rumah diberi . Keadaan Eilhan di kasitau dan beberapa tunjuk ajar nasihat dari pihak hospital dituruti. Jangan masukkan apa-apa benda dalam mulut Eilhan, mengiringkan ke kiri, kalau dah sedar jangan bagi anak tido.
Allahu… Syukur ada nya Geng ketika ini. Kalau laaa Nina sengsorang masa Eilhan sawan tarik, mana kan larat Nina nak dukung Eilhan bawak ke bilik air, pangku sambil mengiring tuk jirus air.
Sebelum ambulan sampai, Alhamdulillah Eilhan dah sedar walau masih sedikit mamai. Episod kali ni paling mengerikan… Tak pernah Eilhan fit banyak kali dalam satu masa dan lambat sedar. Takutnya..!!
Biasanya Eilhan akan sawan bila demam dan jangkamasa fit kurang 2 minit dan kemudian dia akan sedar sepenuhnya. Tapi kali ni . . . . 😭😭
Naik Ambulan. Jalan jammed laaa pulak
Sepanjang perjalanan jammed! Yelah… Waktu orang balik keje… Walau siren ambulan bunyi, awat laaa depa pemandu kereta ni tak ketepi? Haisshh… Tolong laaa tepi laaa sikit bagi laluan. Ngomel Nina dalam hati..
Ya Allah… Kau permudahkan lah perjalanan kami sampai ke destinasi. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar… Allahuakbar.. Jalan tuk ambulan lancar.
Sekitar jam 5.30pm sampai hospital Selayang. Sejurus sampai hospital terus ditolak ke zone kuning. Sambil Nina beri keterangan pada Doktor, Allah…!!
Eilhan fit lagi..!! Mata pandang depan blink blink laju, mulut nganga dok ketap bukak ketap bukak laju! Muka ketaq. Tangan genggam keras, ketaq! Pertama kali sawan tarik dia gini. Biasa muka tak sampai blink², mulut bukak ketap laju.
Terus doktor tolak katil ke ruang rawatan dan beri rawatan. Nina di suruh ketepi.
Allah Ya Allah… Selamatkan Eilhan. Rasa badan ni melayang -layang tak jejak lantai.. Terbayang diri ini dok pelok Eilhan kuat², jerit kuat² agar Eilhan cepat sedar.
“Mama panggil Eilhan ni.. Pandang laaa mama..!! Respon laaa. Respon please! Jawab laaa ‘saya mama’ … Bangun eilhan, bangun. Bangun sayang, mama ada sini..” – meraung dalam hati..
Nina nampak kesungguhan dan pantasnya doktor menjalankan tugas mereka. Sipi-sipi di balik tirai, Eilhan dipakaikan mask neb, sub ubat kat vontot dia. Lepas di tanya, sub ubat hentikan sawan, dan sub paracetamol.
Anak Sawan Febrile Fit. Masuk Zon Merah
Terus dibawa ke redzone. Take times baru dia sedar. Lama dia mamai… Nangis sedih tak terbendung dah ni..!!
Rawatan examination diteruskan, ambik darah , Xray dada – result ada kuman dan tonsil bengkak . Syukur Alhamdulillah, Nina dah berada di tempat sewajarnya. Ya Hospital..!!
Around 10pm++ Alhamdulillah masuk ward. On drip water. Doktor pesan masih kena pantau suhu demam dan kemudian Eilhan dah on antibiotik setiap 4 jam sebab tonsil merah.
Doktor pesan kena observed keadaan dan respond dia selepas dia sedar. Ubat yang diberi tadi memang buat dia mengantuk dan mamai buat masa ni. Lagi pun sawan tarik buat dia penat.
Sejujurnya tika ini, emosi takut menyelubungi Nina. Doa doa doa jer mampu… Sejujurnya takut untuk terima sebarang kemungkinan. Aku tak kuat! 😭
Bangun sayang!
Eilhan, please sedar. Mama nak tengok Eilhan yang seperti biasa. Mama nak tengok Eilhan yang banyak cakap, banyak cerita, banyak tanya…. Eilhan yang makan dengan penuh berselera!
Mohon Doa kan moga Eilhan cepat recover dari Demam sawan Febrile Fit dan kembali seperti sedia kala. Aamiin…
Terima kasih banyak yang tak terhingga di atas DOA semua. Dan teruskan doa untuk Eilhan. Hanya Allah yang mampu balasnya..
Buat yang pm Nina di whatsapp, FB, IG tanya tentang perkembangan Eilhan, maaf sangat andai Nina belum reply text korang..
Salam sayang,
Nina Mirza
allahu..cpt sembuh sayangg.. perkara paling takut utk kita kan??
stay strong nina
Kak Nina kuat tau demi Eilhan dan anak² lain. Moga Eilhan cepat sembuh seperti sediakala, amin!
subnallah! Semoga Eilhan cepat sembuh. Kak ninna kena banyak bersabar
Semoga eilhan cepat sembuh
I feel nina…
Moga eilhan diberi kesihatan yg baik… Aamiin
Auni ritu tarik dlm tido. Siang tu dia ok ja. Sblm tdo tu dia dedar2. Tup2 5 pg dia tarik. Kebetulan mmg dh bgn ms tu. Panik gila.
2nd time dia jd kat wad hr yg sm.
Now bl dia demam msti takut smpai x boleh tido. Last month dia demam 3 mlm x tido dok pantau demam dia. Siang pon x dpt nk tdo tkut tarik ms tdo
Cepat sihat eilhan. Speedy recovery utk mama dan abah!
Moga cepat sembuh Eilhan..
Allahu kak. Semoga Eilhan kembali sihat. Semoga dipermudahkan. Semoga akak sekeluarga diberi kekuatan.
get well soon Elhan
Moga cepat sembuh ya Eilhan..
cepat sembuh ya… muga Allah cabut segala penyakitnya.. aamiin…