Sekejapan masa berlalu, cuti sekolah dah bermula maka bermula lah sesi baru tahun persekolah 2025 Februari nanti. Tahun ni 3 anak yang masih bersekolah. Kebiasaannya persiapan sekolah anak Nina mulakan dengan kasut sekolah terbaik. Dan tahun ni masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya, sejak anak 1 hingga anak ke-5 Nina tetap memilih kasut sekolah Pallas untuk anak-anak. Bukan apa, jenama diyakini, berkualiti dan sejak Nina sekolah dah pakai kasut sekolah Pallas. Kasut sekolah legend!
Nina yakin kasut sekolah PALLAS sering menjadi pilihan ibu bapa dan anak-anak kerana beberapa faktor utama yang menjadikannya praktikal, berkualiti, dan sesuai untuk kegunaan harian di sekolah. Gerenti korang pun bersetuju dengan pendapat Nina. Betul tak?

Kasut sekolah terbaik. Kenapa PALLAS menjadi pilihan?
1. Keselesaan untuk Pemakaian Sepanjang Hari
Rekaan ergonomik dengan tapak empuk dan sokongan gerbang membantu memberikan keselesaan kepada kanak-kanak, terutama bagi yang perlu berdiri, berjalan, atau berlari sepanjang hari di sekolah. Material yang lembut tetapi tahan lasak mengelakkan kaki melecet atau tidak selesa.
2. Sokongan Kesihatan Kaki
Sesetengah model PALLAS menawarkan arch support (sokongan gerbang), penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan aktif. Ini membantu mencegah masalah kaki seperti flat feet atau plantar fasciitis. Sokongan kesihatan kaki dengan mengurangkan tekanan pada tapak kaki semasa berjalan atau berdiri lama.
3. Kualiti yang Tahan Lama
PALLAS dikenali kerana ketahanan kasutnya, sesuai untuk kegunaan harian yang intensif. Ia mampu menahan cuaca, lasak bermain, dan pergerakan aktif kanak-kanak.
Ini menjadikannya berbaloi dengan harga kerana kasut tahan lebih lama berbanding jenama lain.
4. Harga yang Berpatutan
PALLAS menawarkan kasut sekolah dengan harga mampu milik, memberikan ibu bapa pilihan berkualiti tanpa perlu membayar harga premium.

5. Mudah Dijaga dan Dibersihkan
Kasut PALLAS biasanya diperbuat daripada bahan PVC atau kanvas yang mudah dicuci dan dikeringkan. Ini penting untuk menjaga kebersihan kasut terutama selepas hujan atau aktiviti luar.
6. Pelbagai Pilihan Rekaan
Terdapat pelbagai jenis kasut untuk memenuhi keperluan dan citarasa anak-anak, sama ada kasut bertali, berpelekat Velcro, atau slip-on, sesuai untuk pelajar dari semua peringkat umur.
Rekaan kasut PALLAS moden dan minimalis, sesuai dengan peraturan sekolah tetapi tetap bergaya.
7. Tapak Anti-Gelincir
PALLAS biasanya dilengkapi dengan tapak getah anti-gelincir, menjadikannya selamat digunakan di permukaan licin seperti lantai sekolah atau kawasan basah.
8. Sesuai untuk Pelajar Aktif
Direka untuk menahan aktiviti lasak seperti berlari, bermain, dan bersukan, kasut PALLAS tetap ringan dan fleksibel, membolehkan anak-anak bergerak bebas.
9. Disyorkan oleh Sekolah
Kasut PALLAS sering memenuhi standard sekolah dari segi rekaan, warna (biasanya hitam atau putih), dan ciri-ciri praktikal yang diperlukan.
10. Keyakinan Jenama Lokal
Sebagai jenama tempatan, PALLAS telah lama menjadi nama dipercayai dalam kalangan ibu bapa Malaysia. Ini memberikan keyakinan tambahan kepada ibu bapa untuk memilihnya. Kasut sekolah legend!
Kombinasi antara keselesaan, ketahanan, dan harga yang berpatutan menjadikan kasut PALLAS pilihan utama ibu bapa, sementara anak-anak menyukainya kerana mudah dipakai, ringan, dan selesa untuk aktiviti harian mereka. Gerenti korang pun bersetuju dengan pendapat Nina kannn?
Okies, jom Nina share design pilihan 3 Mirza – kasut sekolah terbaik pilihan mereka untuk tahun 2025 ini.
Kita mulakan dengan kasut sekolah Eicha.
BlackPallas Jazz School Shoes Single Velcro Strap 205-0210 Black
Style
– Single Velcro strap
– Durable canvas upper for long lasting wear
– Foam lining for extra comfort protection
– Padded collar for extra comfort and protection
– Special insole cushion with “Arch Support” relieves strain on foot muscles
– Special insole cushion with “Better Rebound” reduce the pressure on the foot with natural shock
– Proven extra superlight weight “X-Light”

Super X-Light
Kasut sekolah Eicha ni paling sesuai untuk anak bersekolah rendah kerana kasut design ini adalah kasut sekolah paling ringan! Yang lain-lain pun ringan, tapi yang ini lagi ringan. Eicha ni kecik comel jer orangnya, memang perlukan kasut yang selesa dan ringan untuk dia bergerak seharian.
Adanya foam lining, insole cushion, arch support sangat membantu untuk memberi lebih keselesaan dan lebih sokongan perlindungan buat kaki Eicha sepanjang hari. Single Velcro strap memudahkan Eicha buka pakai semula dengan cepat semasa aktiviti sukan mahupun ke surau sekolah nanti. Anak happy, mama pun happy!
WhitePallas Jazz School Shoes Lo Cut Shoe Lace 307-0170 White
Style
– Lace up front with metallic eyelets
– Durable canvas upper for long lasting wear
– Foam lining for extra comfort and protection
– Dual tone colours outsole design “X-tone”

Anak remaja ni unik sikit citarasa pilihan mereka, tahun ni Yana pilih kasut sekolah putih. Katanya sekolah dia benarkan dengan syarat nanti stoking pun warna putih. Mama onz je as long ianya tidak menyalahi undang-undang sekolah.
Kasut sekolah putih Yana ni smart! Design sneakers yang menarik, trendy. Foam lining memberikan keselesaan dan lebih perlindungan ketika dipakai sepanjang hari. Memang sesuai laa untuk Yana yang aktif bersukan. Dia kata nak pakai kasut sekolah putih ni untuk jalan-jalan jugak! Onz je kann?
Pallas Jazz School Shoes Lo Cut Shoe Lace 7328 Black
Style
– Signature and unique Jazz lace up design
– Padded collar and footbed for supreme fit and shock absorption
– Durable canvas upper for long lasting wear
– Canvas lining for excellent breathability and extra comfort
– Rubber insole with Arch Support for superb comfort fitting
– Rubber outsole for excellent grip

Buat pertama kalinya Eilhan kata tahun ni dia nak kasut bertali. Sesi 2025 Eilhan masuk darjah 6.
Alahai.. tetiba rasa dah besar dah handsome boy mama sorang ni.
Benefit kasut untuk Eilhan adanya canvas lining untuk pengudaraan dan keselesaan yang lebih baik. Tumit kasut getah memberi lantunan yang lebih baik dan gerbang sokongan melegakan ketegangan otot kaki.
Adanya arch support yang amat penting untuk support kaki dan ianya bertindak melegakan ketegangan otot kaki. Tidak laa Eilhan cepat penat, lenguh bila melakukan sebarang aktiviti di sekolah nanti.
Dan lagi, kasut sekolah ini ada nya rubber insole daripada getah adalah yang terbaik berbanding yang lain. Ianya bukan sahaja memberi lebih keselesaan malah memberi lantunan yang lebih baik dan lebih selesa. Better rebound & more comfort! Korang tengok pada tapak getah nya yang bergaris-garis (rubber outsole) ini memberi cengkaman yang lebih baik, tidak licin, tidak mudah jatuh ataupun tergelincir dan tentunya memberi lebih pelindungan keselamatan – better grip!
Mama happy puashati sebab pastinya Eilhan akan selesa sepanjang hari dari pagi hingga ke petang pakai kasut hitam sekolah Pallas Jazz design nih!
Design ni katanya lebih stylo. Design yang lebih ringkas, kemas tapi bergaya. Simple but nice kann?
Dengan kelebihan ini, kasut sekolah terbaik PALLAS dengan arch support adalah pilihan yang baik untuk kanak-kanak yang memerlukan keselesaan dan penjagaan kaki sepanjang hari di sekolah.

Kat mana beli kasut sekolah Pallas
Macam tahun-tahun sebelum ni, Nina beli online je!
Lebih mudah, jimat masa dan senang. Takyah berdondang dondeng dengan anak berderet kat Mall. Bukan apa, kalau terjebak termasuk dalam Mall bersama kanak-kanak riang gembira ni, risau tak terbeli kasut sekolah. Lain pulak yang dibelinya. Lari bajet! Jenuih aih! HAhaa…
Kasut Sekolah PALLAS Beli Online je Mudah!
Ya awak, senang sangat beli online!
Sama je apa yang korang nampak kat pasaraya tuh! Kadang kat pasaraya takde, tapi online lagi banyak pilihan dan size. Percaya lah! Beli online pun ada banyak offer! Recommended
Sekarang ni semuanya order bayar, terus sampai depan rumah. Settel!
Beli Online Kasut Sekolah Pallas : www.wow2wee.com
Tengok Design kasut sekolah Pallas dan features : https://www.pallas.com.my/pallas-product-features
Back To School Contest PALLAS
Ahaa..!! Berita menarik untuk korang. Nina nampak hari tu kempen Back To School Pallas ada contest yang best giler. Hadiah lumayan, grand prize bernilai RM3000! Dasyat kannn?
Cara nya mudah!
- Korang beli kasut Pallas dan simpan Kod Bar Asal kasut berkenaan.
- Dapatkan borang penyertaan dari Pallas Malaysia Facebook atau www.pallas.com.my
- Tampalkan Kod Bar Asal di ruangan komen dan lengkapkan borang berkenaan. Hantar borang tu sebelum 28 Februari 2025 .
Mudah sangat! Cuba laa… Mana lah tahu rezeki korang menang ke kannn?
Thank to me later . . .

Selain beli kasut sekolah Pallas online, korang masih boleh pegi beli kat pasaraya, Nina rekemen korang pi beli kat AEON, Tesco, Mydin Supermarket. Sempena Kempen Back To School , ada banyak pilihan dan design menarik ada kat sana. Ikut lah kesesuaian masa dan kelapangan korang. Ramai je yang suka shopping dalam Mall sambal jalan-jalan cari makan dan bonding time with family.
Apapun… Keutamaan keperluan sekolah anak-anak harus diutamakan. Duit BAP dah dapat kann?
Berbelanja lah dengan hemah dan bijak. Pepandai laa spend dengan telus dan amanah terutama perihal pengurusan perbelanjaan anak-anak. Selamat bershopping!
best. pilih Pallas sebab tahan lasak. Siap guna untuk bersukan.