Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

AEON MALL SELOKA RAYA BERSAMA TOM AND JERRY
March 14, 2025March 18, 2025

AEON MALL SELOKA RAYA BERSAMA TOM AND JERRY

AEON MALL SELOKA RAYA BERSAMA TOM AND JERRY | Bila sebut je nama cartoon Tom and Jerry pasti generasi kita 80-an, 90-an atau awal 2000 yang membesar dengan keletah lucu kucing dan tikus ikonik ini. Mereka berdua ni asyik gadoh jer! Lawak slaptick tanpa dialog, muzik klasik yang menghidupkan aksi, serta adengan kejar-mengejar yang tidak pernah gagal menghiburkan kita dulu-dulu kannn? Kartun Tom and Jerry merupakan kartun sepanjang zaman yang terus dikenang hingga kini.

Isi Kandungan hide
1 AEON MALL SELOKA RAYA BERSAMA TOM AND JERRY
1.1 Nikmati Kemeriahan AEON MALL Seloka Raya
1.2 Hadiah Eksklusif Special Edition AEON MALL Seloka Raya menanti!
1.2.1 AEON MALL x TRACEY Micro Bag
1.2.2 Mug Edisi Khas Tom and Jerry
1.2.3 Peket Duit Raya
1.3 Parade Seloka RAYA Pertama di Malaysia!
1.4 Lokasi dan Tarikh AEON MALL Seloka Raya Parade
1.5 Meet & Greet bersama Tom and Jerry!
1.6 Related posts:
2 Banoffee Pie Cake and pic step by step to do
3 BIAR BETUL? MODAL RM3K DAH BOLEH JADI FOUNDER JENAMA SENDIRI??!
4 Kueh Dangai.. kueh paling ringkas dan mudah. Sedap lak tuu... Jatuh cinta dibuatnya~
5 Sambal Sotong Miss You Like Crazy

Nak kongsi ngan korang, AEON MALL menghidupkan keajaiban Tom and Jerry di 28 lokasi AEON MALL!
Tom and Jerry kembali dekat pada kita semua. Bertemakan AEON MALL SELOKA RAYA BERSAMA TOM AND JERRY bersama kita perayaan menikmati Hari Raya kita tahun ini dengan lebih nostalgia dan imersif!

AEON MALL SELOKA RAYA BERSAMA TOM AND JERRY

Seloka RAYA eksklusif ini akan membawa korang kembali ke memori indah zaman kanak-kanak dengan dekorasi interaktif bertemakan Tom and Jerry versi tempatan. Pengunjung boleh menikmati suasana yang dihias indah sambil mencipta detik-detik istimewa bersama duo kartun kegemaran korang! Anak-anak pasti teruja! Entah-entah kita yang dewasa ni over excited kot. HAhaa… Maklumlah cartoon zaman kanak-kanak kita kannn?

Dekorasi bertemakan Tom and Jerry sempena Seloka Raya di tengah-tengah lobi AEON MALL boleh digambarkan sebagai satu suasana yang ceria, penuh warna-warni, dan menggabungkan elemen tradisional Hari Raya dengan karakter kartun ikonik ini.

Nikmati Kemeriahan AEON MALL Seloka Raya

Lukisan besar Tom dan Jerry dalam suasana Hari Raya, Tom dan Jerry memakai baju Melayu siap bersampin bagai . Amboi … Comey nya dua ketul nih!
Berlatarbelakang suasana kampung tradisional, lengkap dengan rumah kayu, pelita, dan hiasan ketupat yang penuh kemeriahan!

AEON MALL SELOKA RAYA BERSAMA TOM AND JERRY

Seloka Raya di AEON MALL – Gerbang dihiasi dengan lampu LED hijau dan kuning, dengan elemen menggambarkan suasana raya yang meriah. Dominasi warna kuning, hijau, biru, dan merah untuk mengekalkan unsur ceria dan mesra keluarga. Hiasan lampu fairy light berkelip-kelip untuk memberi suasana malam raya yang penuh keceriaan. Terasa Syawal bakal tiba!

Dekorasi ini pasti menjadi tarikan utama pengunjung di AEON Mall kerana ia bukan sahaja menghidupkan suasana Raya, tetapi juga membawa nostalgia bagi peminat Tom & Jerry dari pelbagai generasi sempena Seloka Raya Bersama Tom And Jerry di AEON MALL

Hadiah Eksklusif Special Edition AEON MALL Seloka Raya menanti!

Sambil-sambil shopping tuu korang berpeluang rebut hadiah menarik! Pasti kemeriahan berbelanja Raya lebih bermakna sebab AEON MALL menawarkan penebusan eksklusif edisi terhad sempena Seloka Raya ni!

AEON MALL x TRACEY Micro Bag

Diperbuat daripada bahan lestari, beg mikro eksklusif ini boleh ditebus dengan perbelanjaan :
RM1000 (Bukan Ahli)
RM800 (Ahli AEON)
dalam tiga resit gabungan pada hari yang sama.
Menarik kann? Lagi banyak shopping boleh lah redeem banyak lagi hadiah!

Mug Edisi Khas Tom and Jerry

Tebus koleksi Mug Edisi Khas Tom and Jerry eksklusif ini dengan perbelanjaan :
RM680 (Bukan Ahli)
RM580 (Ahli AEON)
dalam tiga resit gabungan pada hari yang sama.

Peket Duit Raya

Tebus koleksi Peket Raya eksklusif ini dengan perbelanjaan :
RM280 (Bukan Ahli)
RM180 (Ahli AEON)
dalam dua resit gabungan pada hari yang sama.

Parade Seloka RAYA Pertama di Malaysia!

Buat pertama kalinya di Malaysia, AEON MALL membawakan Perarakan Seloka RAYA, menampilkan maskot kesayangan kita, Mochi & Orange, dalam busana tradisional perayaan!
Saksikan kemeriahan perarakan ini di 28 lokasi AEON MALL, pastinya akan menceriakan suasana menyambut Aidilfitri tak lama lagi. So check it out kat mana lokasi AEON MALL yang berhampiran dengan tempat korang!

Lokasi dan Tarikh AEON MALL Seloka Raya Parade

8 MARCH 2025
Taiping (12pm)
Bukit Mertajam (4pm)
Ipoh Klebang (8pm)

9 MARCH 2025
Seri Manjung (2pm)
Ipoh Station 18 (5pm)
Kinta City (8:30pm)

15 MARCH 2025
Bandar Dato Onn Kulaijaya, Taman University (2pm)
Permas Jaya Bukit Indah (5pm)
Tebrau City (8pm)

16 MARCH 2025
Bandaraya Melaka, Melaka Ayer Keroh (2pm)
Seremban 2 Nilai (5pm)
Bukit Raja (8pm)

22 MARCH 2025
Shah Alam (2pm)
Alpha Angle, Bukit Tinggi (5pm)
Metro Prima (8pm)

23 MARCH 2025
AU2 Setiawangsa, Taman Maluri (2pm)
Rawang , Taman Equine (5pm)
Cheras Selatan (8pm)

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari :
• Facebook : @AEONMallMY
• Instagram : aeonmallmalaysia
• Tik Tok : aeonmall.malaysia
• Website : www.aeonmallmy.com

Meet & Greet bersama Tom and Jerry!

Vavavaa… Kemeriahan Seloka Raya AEON MALL lebih terasa bila dapat jumpa dan bergambar bersama Tom and Jerry secara langsung kann? Peluang datang sekali je, jangan lepaskan peluang bermakna ini bertemu dan bergambar dengan duo legenda ini di lokasi AEON MALL terpilih!
Jommm kita meriahkan Raya bersama hastag #AEONMALLSelokaRaya #TomAndJerryRaya #aeonmallmalaysia

Bersedia untuk pengalaman perayaan yang menyeronokkan dan mengasyikkan apabila AEON MALL menghidupkan keajaiban Seloka Raya Bersama Tom and Jerry di 28 lokasi AEON MALL!

Related posts:

Banoffee Pie Cake and pic step by step to do

BIAR BETUL? MODAL RM3K DAH BOLEH JADI FOUNDER JENAMA SENDIRI??!

Kueh Dangai.. kueh paling ringkas dan mudah. Sedap lak tuu... Jatuh cinta dibuatnya~

Sambal Sotong Miss You Like Crazy

Lifestyle Parenting AEONAEON MallAEON MALL SELOKA RAYAAEON MALL x TRACEY Micro BagHadiahLimited EditionMeet And GreetMug Tom and JerryPeket Duit RayaSeloka RayaSeloka Raya Parade AEON MALLTom and Jerry

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes