Ehsan Waterpark Primaland PD memang best murah happening cuti sekolah!
As’salamualaikum dan Salam Sejahtera. Cuti sekolah telah bermula, ke mana destinasi ibubapa bawa anak-anak bercuti? Tak kan dibiarkan anak-anak dok rumah saje kan….. jangan lah gitu, asyik keje.. keje.. keje.. ajer tak sudah! Sampai bila pun keje tuu tak akan habis. #Eehh ehh… betul kan? Ok, noted!
Atleast bawa lah mereka yang tersayang keluar jalan-jalan sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Tak perlu mahal exclusive … sekadar mengikut budget yang berpatutan dan dapat isi masa berharga bersama-sama di luar kawasan liputan pun dah memadai. Macam coverage line internet lak kannn..! Ker masa bersama anak-anak macam biskut ‘Chipsmore’! Eerkk….. Keseronokan anak-anak akan memberi impak positif buat perkembangan tumbesaran mereka.
Cuti Sekolah sakan enjoy di EHSAN WATERPARK Primaland PD
Meh sini Nina sharekan holiday Nina sekeluarga yang lalu.
Dekat aje…. Di Ehsan Waterpark atau dolu nama nya Primaland Water Theme Park terletak di Batu 13, Pasir Panjang, Teluk Kemang Port Dickson. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Port Dickson sekitar 1jam 30minit gitu. Buat yang mengikuti ceritera Nina, actually Nina ke sini beberapa minggu yang lalu namum terpaksa postpone sebab Baby Eilhan kena demam sawan tarik semasa check in. Sudi lah baca kat Pengalaman sedih panik pertama kali baby demam sawan tarik Serius ngeri weyhh! Takut bila teringat, trauma Nina.
Apa yang menarik Ehsan Waterpark Primaland PD ?
Opkos kat sini anak-anak enjoy bermain air kolam yang banyak, besar sesuka hati sepanjang hati.. lalaa laalaaa~
Lagi?
Bilik studio nya besar. Ya besar! Standard room tapi ada extra ruang santai lepak tonton TV. So kalau ada yang plan nak bawak adik beradik, ipar duai, atok nenek boleh ajer belasah tido ramai-ramai kat ruang tersebut. Sila lah bawa toto. Settel
Bukak ke pintu bilik korang akan nampak katil . Bagi Nina bilik agak gelap so Nina prefer buka langsir bagi cahaya masuk. Takde carpet , sesuai untuk bilik themepark. Lebih mudah di urus kann? Ada carpet nanti berpasir bagai, basah dan busyuk lak. Nina ok je takde carpet. Oh ya , 3 budak dalam gambar tu tak termasuk dalam pakej yaaa! HEhee
Atas kiri = Studio (2 katil single) memadai untuk family kecik. Nak letak extra katil pun masih luas
Atas kanan = Ini lah ruang santai yang Nina katakan. Tolak kerusi meja boleh letak toto – luas!
Bawah kiri = ruang solat. Atas meja tuu ada disediakan sejadah
Bawah kanan = pantry kecik. Dalam kabinet bawah sinki tuu ada peti ais. Jadi laaa….
EHSAN WATERPARK PD Cuti Sekolah Murah Bajet
Kawasan sini besar! Ada beberapa bahagian kolam. Ada untuk dewasa, kanak-kanak dan kat sini ada pasir buatan. So anak-anak boleh laa main pasir bina istana menanti. Ada macam gua pun ada. Acah-acah gua, lalu dalam terowong berbatu gitu. Dalam gua pun ada air mengalir. Fun lah!
Hah…!! Nampak tak tong hijau kat atas tuu…. Dah penuh air, tetiba hujan pun turun selebat-lebatnya… Debushhhh….!!! Seronok bebudak!
Mak pak budak pun joint sekali memasing tunggu air melimpah turun ke bawah. HAhaa
Kat area Waterpark pun ada cafe! So sambil mandi sure gerenti kelaparan. Macam-macam ada. Tepuk poket tanya selera. Kalau punya wang berjuta-juta, tanya lah selera dulu. Gitu! HAhaa
Nak sewa basikal, pelampung atau pun locker pun ada. Banyak kerusi dan payung disediakan
Harga masuk EHSAN WATERPARK PRIMALAND ?
Ini harga untuk masuk dalam Water Theme Park . Tengok betul-betul….. ada 2 sesi tau!
So korang plan betul-betul nak masuk sesi yang mana satu?
Selain dari waterpark, kat sini pun ada indoor game. Ada macam-macam permainan indoor kat sini…
Ini tak Free, bayar ikut token. RM1 per token.
Overall Ehsan Waterpark Primaland PD memang BEST! Seronok sakan cuti sekolah anak tahun ni. Berpatutan sangat! Staff mereka pun friendly semuanya. Nina akan datang lagi? Ya mungkin!
Wah menarik ni lagi-lagi kalau dapat bawa family pergi bercuti. Mesti kalau bercuti bawa adapter untuk charge hp dan pelbagai gadget yang lain. samping sebagai traveler perlukan juga adapter pelbagai guna dan tidak membebankan supaya memudahkan kita untuk charge semula gadget kita. Sekarang ini saya gunakan produk INNERGIE Life Hub Plus. Dengan produk ini saya tidak perlu membawa adapter lagi sebalik INNERGIE sudah cukup untuk saya charge 3 device/gadget dalam masa serentak
PROMOSI HEBAT !!!!!
Percutian menarik di Primaland Resort,Port Dickson.
Apartmen 2 bilik tidur 2 bilik air.
Syarat :
1. Hanya semurah RM 200 (2 hari 1 malam).
2. Booking tarikh beserta bukti pembayaran.
3. Harga tidak kira cuti umum, perayaan atau sebagainya.
4. Rumah hanya tingkat 1 blok A, bersebelahan lif dan berdekatan taman tema air yg luas.
5. Untuk tempahan boleh hubungi/w.app kak nora(0133336227) / En Zul (0136181223).
☆Harga tidak termasuk tiket taman tema air☆
JOM CUTI CUTI MALAYSIA BERSAMA KELUARGA TERSAYANG
SIAPA CEPAT DIA DAPAT !!!