Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

December 12, 2012January 11, 2016

Best Moist Chocolate Cake… Happy Birthday to me! Hehehe . . .

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah syukur…… 
Semalam 11.12.2012 merupakan hari lahir Nina. Tak der apa pun yang special semua biasa ala- kadar.. lebih pada kesederhanaan.  Kebetulan pula My Gang keje so dok ajer kat rumah macam biasa. 
Eerrmm…. Ada yang tanya hadiah apa Nina dapat? __________ adalah~
Hehee . . ..

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Yesszaa! PGMall Proudly Local SALE kaw kaww sampai akhir tahun. Cepat grab!
3 4 JE CARA MAKEUP HARIAN CEPAT CANTIK GLOWING UNTUK BEGINNER
4 OCD bukan gila! Sinopsis Drama PELINDUNG SEORANG PUTERI
5 Puding Karamel Tanpa Telur yang Mudah. Mmmmm..... Nikmatnya sejuk-sejuk lalu kat tekak ni.....

Actually Nina tak der pun plan nak buat sebarang kek memandangkan My Gang keje… last minute My Gang ajak ke rumah Mama Nina untuk makan-makan malam bersama family Nina. Apalagi >>>>>> segeralah godek-godek kat dapur tengok apa bahan yang ada untuk dikerjakan. Kebetulan resepi best Moist Choc Cake nie dah lama ada dalam simpanan Nina so inilah peluang untuk Nina mencubanya. Ramai yang dah cuba dan semuanya memberi respon yang best se’best’ namanya!

Kek nie Nina potong kepada 3bahagian. Lapisan yang bawah Nina gunakan cream cheese frosting manakala yang tengah Nina layerkan dengan chocolate cream dan keseluruhan deco pula dengan fresh cream. Sedap makan sejuk~~~

Maaflah tak dapat nak celoteh panjang kali nie. Ada beberapa urusan yang perlu Nina selesaikan nanti.
Ok….. Jom tengok resepi nya~~

simple ajer kannn …… boleh lah, kesuntukan masa~


Best Moist Chocolate Cake Recipe
Resepi asal: http://www.bestmoistchocolatecakerecipe.com/

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
3/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur saiz A
1 sudu kecil garam
1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
1 cawan Minyak jagung
1 1/2 sudu kecil asen vanilla
1 cawan air Nescafe mendidih 


Cara Penyediaan :
1-  Panaskan oven pada suhu 170c untuk membakar secara perlahan. 
2-  Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak atau pun lenserkan loyang dengan minyak lalu ayakkan tepung gandum rata-rata menutupi minyak tadi. Nina pakai loyang bulat 8inc

3-  Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
4-  Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. 
5-  Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati. (kacau whisk pun ok)
6-  Tuangkan ke dalam loyang.
7-  Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. 
8-  Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu 
sehingga kek masak sepenuhnya.
9-  Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.



Selamat mencuba!

moh lerrr ….. cuci mata sat~~ Picture yang tak seberapa 😉




Jutaan terima kasih pada semua yang wish Birthday Nina kat fb, email mahupun hp. dan doa buat Nina dan family. Terima kasih juga kerna menyayangi Nina seadanya…  
Nina doakan moga anda semua diberi kesejahteraan dan berada dalam lindungan DIA
Aamin…









Related posts:

Yesszaa! PGMall Proudly Local SALE kaw kaww sampai akhir tahun. Cepat grab!

4 JE CARA MAKEUP HARIAN CEPAT CANTIK GLOWING UNTUK BEGINNER

OCD bukan gila! Sinopsis Drama PELINDUNG SEORANG PUTERI

Puding Karamel Tanpa Telur yang Mudah. Mmmmm..... Nikmatnya sejuk-sejuk lalu kat tekak ni.....

Lifestyle cakeCeritera Nina

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (0)

  1. diana says:
    December 12, 2012 at 5:27 pm

    terliur tengok kek tu..:p

    Reply
  2. ibh_sue says:
    December 13, 2012 at 7:35 am

    Asslmkum. Happy Belated Birthday Nina. Cantik kek tu. 🙂

    Reply
  3. Rohah says:
    December 13, 2012 at 10:38 am

    selamat hari lahir Nina…semoga dalam rahmat Ilahi…

    Reply
  4. Anonymous says:
    February 18, 2013 at 11:16 pm

    assalam..bestnya..tp mcm mn nk buat buttermilk tu? sori bertanya sbb baru nk belajar2 masak huhu
    TQ 🙂

    Reply
  5. Nina Mirza says:
    February 20, 2013 at 10:01 am

    Wa'alaikumussalam …

    Maaf yea … Baru Nina perasan lupa nak letak resepi buttermilk tu
    Buttermilk
    Masukkan 1sudu besar cuka + susu segar dalam 1cawan
    Biarkan dalam 5minit dan sedia digunakan

    Terima kasih yea ..

    Reply
  6. nita says:
    May 2, 2013 at 3:07 pm

    Assalamualaikum Nina

    Nak tanya tentang "Satu cawan nescafe mendidih" tu maksudnya berapa sudu nescafe ye. Kebiasaannya serbuk koko jenama apa yang nina pakai ye. terima kasih

    Reply
  7. Nina Mirza says:
    May 2, 2013 at 4:46 pm

    Wa'alaikumussalam Nita,
    Satu cawan nescafe mendidih tuu – Nina buat nescafe 3in1 (regular)
    Kalau Nita nak buat air nescafe sendiri pun boleh, sukatannya ikut sesedap rasa Nita. Setahu Nina, kombinasi nescafe nie untuk melemakkan rasa coklat ala-ala mocha gitu..
    Nina selalunya guna serbuk koko Van Houten, kalau tak der stok serbuk coklat yg jual kat bakery pun pakai juga 🙂

    Reply
  8. syaseby says:
    September 2, 2014 at 2:25 pm

    cantik decoration.so sweet..kreatif la nina ni..nk try la deco mcm nina wat ni.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes