Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis KERANA DIA MANUSIA BIASA TV3
July 23, 2019January 5, 2024

KERANA DIA MANUSIA BIASA TV3

Terkesan sungguh dengan lakonan Shukri Yahaya Bersama Nina Iskandar dalam drama Drama Setelah Cinta Itu Pergi TV3 . Kali ni Shukri Yahaya bergandingan dengan si cantik Emma Maembong dalam Drama KERANA DIA MANUSIA BIASA . 

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis KERANA DIA MANUSIA BIASA
1.1 Tengku Shamil dan Nurin disatukan
1.2 Tengku Shamil balas dendam
1.3 Info Drama KERANA DIA MANUSIA BIASA
1.4 WATAK PELAKON
1.5 Tonton Online
1.6 Related posts:
2 Resipi MUFFIN COKLAT Sedap jimat ni buat Juadah Berbuka Puasa RMO
3 MISTERI NONA penuh suspen! Siapa sebenarnya Mona? Full Sinopsis episod akhir
4 Roti Telur Cheezy..... menu ringkas buat minum petang anak-anak
5 Pantang Bersalin : Ini kata Doktor Imelda

Nantikan drama adaptasi novel Kerana Dia Manusia Biasa karya Wan Nur Najihah yang disiarkan di slot Samarinda TV3. Menampilkan gandingan Syukri Yahaya dan Emma Maembong. Turut dibintangi oleh Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime dan ramai lagi. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Idora Abdul Rahman.

Meh baca Sinopsis drama yang sarat dengan konflik, emosi dan pengorbanan yang terpaksa ditempuhi oleh seorang manusia biasa.

Sinopsis KERANA DIA MANUSIA BIASA TV3

Sinopsis KERANA DIA MANUSIA BIASA

Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira (Emma Maembong) terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit.

Tengku Shamil Zaquan lakonan Shukri Yahaya, kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan. Siapakah punya angkara?!

“Abang minta maaf. Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje. Hati abang sakit. Abang kena balas – dendam Tengku Shamil Zaquan

Tengku Shamil dan Nurin disatukan

Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya.

Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan. Benci sungguh Tengku Shamil pada Nurin Aira. Kenapa kenapa ???

Sinopsis KERANA DIA MANUSIA BIASA TV3

“Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau. Tapi, paling kesian akulah. Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni. Kau dengan anak kau sama aje.” – Tengku Shamil

“Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia, Alia itu anak halal. Saya tak pernah buat kerja terkutuk. Betapa sakit, peritnya perasaan Nurin di tuduh diperlakukan sebegitu. Hinanya Nurin di mata Tengku Shamil.  Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka. Cekalnya kamu Nurin Aira!

Tengku Shamil balas dendam

Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya. Aduhh … Apa yang telah dilakukan oleh Adik Kandung Tengku Shamil sampai Nurin yang dipersalahkan??

“Kau jangan risaulah, aku tak akan sentuh kau sebab nak pegang kau pun aku dah geli tau. Aku benci dengan keturunan pembunuh macam kau.” – Tengku Shamil.

Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya. Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

“Penipu. Kau tahu tak kau penipu? Aku dah jadi bodoh sebab percayakan kau. Ini yang kau balas kat aku. Aku punyalah sayang kau, tapi kau senang-senang curang depan aku. Kau ni perempuan jenis apa?!” – Tengku Shamil

“Habis abang nak Aira buat apa? Sujud kat kaki abang, macam tu?” – Nurin Aira

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir semula? Siapa kah sebenarnya ibubapa kandung Alia? Kenapa Nurin sanggup menjaga Alia dengan penuh kasih sayang?

Sinopsis KERANA DIA MANUSIA BIASA TV3

Info Drama KERANA DIA MANUSIA BIASA

JUDUL : KERANA DIA MANUSIA BIASA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 2019
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3 10pm
PENULIS NOVEL : Wan Nur Najihah
PENULIS SKRIP : Janjira, Riqmal Eng, Fajar Surya
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Syukri Yahaya, Emma Maembong, Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Mimi Ernida, Zera Hariz, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime, Afifah Nasir, Aleza Shadan, Arash Mohd, Dhia Ly, Ku Zara Eryna

WATAK PELAKON

Syukri Yahaya sebagai Tengku Shamil
Emma Maembong sebagai Nurin Aira
Husna Mustaffa sebagai Nur Aisyah Ishak
Sasqia Dahuri sebagai Nora Yasmin
Mimi Ernida sebagai Suraya
Zera Hariz sebagai Najwa

Tonton Online

Macam best kannnn citer drama ni? Lakonan Shukri Yahaya dengan Emma Maembong lak memang natural. Gandingan yang serasi gitu. Watak lain pun tak kurang hebatnya.  Kena tengok!
Kot korang terlepas nonton, nanti korang pi laaa usha kat http://www.tonton.com.my tau!

Related posts:

Resipi MUFFIN COKLAT Sedap jimat ni buat Juadah Berbuka Puasa RMO

MISTERI NONA penuh suspen! Siapa sebenarnya Mona? Full Sinopsis episod akhir

Roti Telur Cheezy..... menu ringkas buat minum petang anak-anak

Pantang Bersalin : Ini kata Doktor Imelda

Drama Movie Lifestyle Review Drama 10pmDrama bestDrama sangatDrama TrendingEmma MaembongKerana Dia Manusia BiasaSamarinda TV3Shukri YahayaSinopsisTV3

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. Azhan says:
    July 30, 2019 at 10:42 pm

    memang best cite ni..

    Reply
  2. Sarrina erning says:
    August 7, 2019 at 11:08 pm

    Mmg best lh citer Dy..mmg deep sngt..cra Dy smpai kn citer tu mmg buat org tergagam..so all the best

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      August 10, 2019 at 3:25 am

      Kannn… Best citer sweet dreams ni

      Reply
  3. Pingback: Sinopsis Drama PESAN PADA HATI TV3 Shukri Yahaya Nabila Razali

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes