Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resepi Kek Pisang Viral Moist Gebu Sedap Mudah. Blend aje
July 23, 2019May 7, 2020

Sebab Resipi Kek Pisang ku dibuang! Sedihnya…

Sekadar luahan rasa. Kot rasa tak penting dinasihatkan tak payah laaa baca! Bukan apa, cerita hari ni tak de resipi , tak de tips dari dapur, tak de ada apa yang penting pun… Risau buang masa korang jer… Tapi kalau korang nak baca gak, mmmm… Sila laaaResipi Kek Pisang Viral Blend Gebu Moist Sukatan Cawan

Isi Kandungan hide
1 Resipi Kek Pisang Viral Blend Gebu Moist Sukatan Cawan
2 Related posts:
3 RESIPI Kek Coklat Lembab Moist versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa 🙂
4 Roti Goreng Pisang - Rangup !!
5 Ohh CHIA SEED. Nak start amalkan semula sebab
6 NICKELLSKIN SERUM Triple Stemcell | Cantik berseri bak artis Korea...

Camner nak mula eh… Nina bukanlah insan yang reti bercerita kisah peribadi apatah lagi bercerita dari hati. Susah nak jumpa dalam blog ni. Ada kata Nina ni perahsia. Nina bukan insan yang suka mengadu bomba sana sinin sinun. Cuma, insan biasa yang sesekali punya rasa sensitif dan ada hati dan perasaan. Nina pun idok lerrr positif mana pun orangnya. Rasa down tu ade jer

Kita tau laaaa kita ni kecik orangnya, hati ni pun sebenarnya bukan lah besar mana, tak kuat gak. Hati ni kecik gak macam orangnya. Nipis bak tisu .. Terpercik air walau setitik lelama basah semua 😭

Bukan nak kata sejak tertahu diri ni di block oleh sebuah page yang fofular , opkos page masak² dah tu jer passion Nina.. Faham tak passion tu apa?

Terdetik dalam hati ni, opkos terdetik terfikir bohong laaa kata tak terfikir apa² pun kannn…

“apa salah nina ehh? “

Baby Nangis tak henti Apa itu colic

Saja post gambar baby nangis. Kalau gambar nina yanh nangis buruk nau! Takkose! Hahaa..

Sejujurnya Nina ni bukanlah sepisis yang suka hati, ringan jari jemari ni nak komen sana komen sini. Nehi Nehi… Apatah lagi kat rumah orang.

Buat yang mengenali Nina tentu tahu, secebis Nina ni untuk up status personal fb pun jarang sekali, apatah lagi nak meroyan. Status kat wall fb nina lebih pada status sharing info, share resipi pun dari blog Nina. Boring kannnn?

So tang mana punca nina disingkirkan?

Adakah sebab Nina blogger tak layak dok dalam tu?

Ramai jer blogger lain ada dalam tu?

Kenapa eh?

Setelah beberapa hari berlalu, ku pujuk sendiri hati ni. Aarghhhh…. Apalah sangat disingkirkan dari group gitu kannn? Setakat nak share resipi pada yang memerlukan banyak lagi cara nak salurkan ilmiah.

Dan Nina pun sepatutnya sedar diri nina bukan sesapa. Bukan chef, bukan owner kedai makan, bukan ada kedai kek, bukan orang hebat baking online. Bukan pandai masak pun. Nina pun ala ala BBNU. Budak baru nak up gitu. Tak reti masak/baking. So bila resipi yang Nina buat menjadi jadi baru Nina share. Tu jer….

Oh ya, Nina juga bukan ticer PJJ. Alaa… Cikgu kelas online. Tak terlintas Nina nak bukak kelas PJJ walau ramai pm tepi mintak ajar. Sedar diri nina bukan sesapa nak ajar. Sorry ehh buat yang pm pujuk nak bayar Nina suh ajar online. Bagi Nina paling senang mana yang pm tanya apa-apa, Nina jawab. Simple gitu jer… Takde bayaran. So nampak macam memang tak de manfaat Nina dok situ kot kannnn?

Yelah… Nina komen kat post orang lain jarang, apatah lagi nak reply komen. Huhuu… Maaf ya. Nak share gambar masak apa setiap hari pun jarang apatah lagi nak berbual mesra komen reply a kat sana. Tak reti 🙈🙈 atau lebih tepat kekangan masa Nina buat Nina tak punya masa terluang lama nak belek² fb.

Ada masa baru Nina share gambar dan resipi terus kat situ dan wall Nina. Selebihnya kat blog.

Allahuakbar… Sesungguhnya Allah tu Maha Besar. Dunia media sosial ni kecik jer.. Pi mai pi mai tang tu, pusing² kebenaran terserlah akhirnya..

Resepi Kek Pisang Moist Gebu Sedap Mudah. Blend aje

Punca ini kah?
Resipi Kek Pisang Viral Blend gebu ni bersalah ke?
Kenapa posting Nina di remove?
Sebab like share komen banyak ke?

Tapi
Kenapa?

Resipi https://ninamirza.com/2016/10/06/resepi-kek-pisang-moist-gebu-sedap-mudah-blend-sukatan-cawan/ ni kannn ramai yang cuba dan Alhamdulillah respon baik diterima. Sesungguhnya Nina bersyukur dengan perkongsian resipi ni, ramai yang kata senang, ramai yang dah reti buat kek, dulu nya tak tau langsung dan tak sangka dari resipi kek blend jer pun dah mampu baking untuk family.

Paling terharu dan bersyukur bilamana ramai yang menjana pendapatan tambah duit poket, tambah² duit belanja bulanan rumah, beli susu anak, pampers anak dengan jual Kek Pisang jer pun….

Allahu.. Air mata ni laju menderu turun. Nina nangis kesyahduan kegembiraan tumpang gembira. Seronok tau baca perkongsian depa order menderu masyukkk, ramai pelanggan depa suka hasil kegebuan kek pisang resipi Nina. Rasa nak pi pelok sorang² kasitau Nina suka tumpang seronok!

Lagi buat Nina terharu bila ramai yang post komen mendoakan agar empunya resipi dilimpahkan dimurahkan rezeki. 😭😭 Syukur Alhamdulillah..

Akan tapi dalam seronok tuu, luruh hati ni bak ditusuk sembilu. Pedih nya sakit sampai dalam dasar laut. Kedalamannya sampai boleh korek jumpanya punca keluarnya minyak tanah. Eh.. Macam korang pernah keje oil and gas. HAhaa… Eh! Surirumah oil n gas laaa kan? 😝😝

Ok sambung sedih, macam bilang awal tadi media social ni kecik jer dek nun. Kun faya kun. Allah nak tunjuk bagi Nina nampak dan sedar diri. Jangan seronok sangat. Rupanya dalam kegembiraan Nina ada yang tak suka. Ada yang membenci. Ada yang menghina. Ada jer yang menyampah! Tak semua orang suka kita. Sedar diri Nina! Wake up..

Resipi dan gambar ni rupanya resipi viral. Like share berpuloh ribu. Komen banyak. Ada yang tak suka. Dan… Rupanya resipi ni adalah resipi terulung buat ticer PJJ.

Oooo… Padan laaa di NYAH kan posting resipi kek pisang ni dan dengan Nina sekali dari situ. ..

Nina ni punca sekat rezeki ticer PJJ ehh? Allahu… Tak berniat sama sekali. Nina pun tak mintak pun ianya jadi viral. Tak terdetik langsung selama ni apa jua Nina share nak jadi femes. Andai ini sebab nya. Nina redha..

Tak mengapa..

Bila dah tau sebab, lebih mudah Nina move on. Alahai.. Media social jer pun. Don’t worry… Nina tau pujuk diri sendiri. Berat tapi tetap kena sedar diri

Moga lepas ni lebih ramai yang terus lebih berjaya, dapat lebih order, terima tempahan, bantu keluarga dengan Resipi Kek Pisang Viral Gebu pakai blend sukatan cawan Nina. Nina tak minta dibayar cukup sekadar doa… Berjayanya mereka, dengan berkat ini moga dipermudahkan segala urusan nina dunia akhirat, dilimpahkan rezeki buat nina, didatangkan rezeki yang tidak disangka² yang berkat buat Nina sekeluarga hendaknya. Aamiin…

Perkongsian Nina tetap diteruskan macam biasa kat blog nina dan fb personal nina. Mohon kemaafan di atas kekhilafan Nina pada korang semua.

Salam ikhlas,
Nina Mirza

Resipi Kek Pisang Viral Blend Gebu Moist Sukatan Cawan

Related posts:

RESIPI Kek Coklat Lembab Moist versi bakar.. yang ini sememangnya menepati citarasa 🙂

Roti Goreng Pisang - Rangup !!

Ohh CHIA SEED. Nak start amalkan semula sebab

NICKELLSKIN SERUM Triple Stemcell | Cantik berseri bak artis Korea...

Lifestyle Resepi Ceritera Ninacoretankata hatikek Pisang Paling SedapLuahan rasaNina MirzaResipi Kek Pisang Viralresipi viral

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (6)

  1. Sis Lin says:
    July 23, 2019 at 3:14 pm

    Hahahaha tergugat keee tu….hahahaha
    Terus tanda tanya pulak, sebab apakah pulak ye, Sis ko di remove gak dari group tu…hehehehhee

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      July 24, 2019 at 7:33 pm

      Entah laaa sia Lin. Sebab blogger kot. Memandai cipta alasan sendiri.

      Reply
  2. Sue Sopian says:
    July 23, 2019 at 4:04 pm

    Takpe lah nina.. nak buat macam mana.. hati orang ni susah kita nak teka.. Moga Allah buka kan rezeki yang luas buat mereka yang mencari rezeki melalui resepi nina ni.. moga nina pun dilimpahkan rezeki yang banyak.. aamiin…

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      July 24, 2019 at 7:32 pm

      Aamiin… Aah, hati orang. Tak semua suka apa kita share

      Reply
  3. AZni says:
    July 23, 2019 at 6:52 pm

    Maknanya resepi originality dr nina or tice pjj tu? Hahahah lost kejap .. cer citer

    Reply
    1. Nina Mirza says:
      July 24, 2019 at 7:31 pm

      Original resipi dari Nina, pastu group tu delete posting Nina denga Nina sekali di remove. Huhuuu

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes