Sapa suka makan paru? Tidak dinafikan ramai yang suka dan ‘ramai’ jugak yang tak mahu makan paru. Senang citer memang ada yang tak makan organ dalaman haiwan. Tapi jangan tak tahu, tidak dinafikan paru mempunyai sumber khasiatnya yang tersendiri untuk kesihatan. Nina sekeluarga makan paru dan kebiasaannya Nina akan masak Paru Goreng. Potong nipis-nipis, goreng garing-garing, rangup crispy. Krup kraps krup krapsss. Mmmm… Asyik makan! Jom ketahui Resepi PARU GORENG GARING RANGUP CRISPY Style Nina.
Sebelum itu, Nina kongsikan khasiat nutrisi yang ada dalam paru.
Masa Nina mengandung dulu, Nina makan paru untuk meningkatkan bacaan HB semasa mengandung dan ternyata ianya berkesan. So mommy, boleh laa cuba!
Ketahui Bahaya Ibu Mengandung Bacaan HB Rendah

Khasiat Paru
- Protein: Paru dapat menyediakan protein, yang penting untuk pertumbuhan dan pemeliharaan jaringan tubuh.
- Zat Besi: Paru juga mengandung zat besi, yang merupakan komponen penting dari hemoglobin dalam darah dan diperlukan untuk transportasi oksigen.
- Vitamin B12: Sebagai organ haiwan, paru mengandung vitamin B12, yang penting untuk fungsi sistem saraf dan pembentukan sel darah merah.
Meskipun demikian, perlu diingat bahawa makan paru ada beberapa risiko, terutama jika tidak dimasak dengan betul atau berasal dari sumber yang tidak bersih. Selalu pastikan untuk memasak paru dengan baik dan pilih sumber daging yang bagus, segar dan berkualiti. Kesimpulannya, organ dalaman ada kebaikan tetapi dalam masa yang sama ianya tak elok dimakan kerap sebab organ dalaman mengandungi kolesterol yang tinggi.
Baca : KEBURUKAN MAKAN ORGAN DALAMAN
Kebanyakan organ dalaman mempunyai kolestrol yang tinggi, risiko bakteria dan parasit dan arlegik
Jadi, amalkan kesederhanaan dan pelbagaikan sumber protein yang lebih sihat.
PARU MASAK APA SEDAP ?

RESEPI PARU GORENG RANGUP CRISPY
Bahan-bahan
Paru
Bawang putih
Serbuk kunyit
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk cili
Tepung beras
Garam secukup rasa
Cara masak Resepi Paru Goreng Garing Crispy
- Cuci paru dengan bersih bersama cuka dan bilas. Rebus paru sehingga paru lembut. TIPS REBUS PARU : Rebus bersama serai, halia dan asam keping dan sedikit garam supanya paru tidak hanyir. Kemudian toskan.
- Sejukkan dalam chiller semalaman supaya senang nak hiris bila dah keras.
- Kalau hiris tanpa dimasukkan dalam chiller susah nak hiris nipis.
- Hiris senipis mungkin dengan pisau tajam.
- Blend semua bahan dengan sedikit air.
- Gaul dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
- Bila dah agak masak boleh kecilkan api.
- Pastikan paru dah agak keras seperti kerepek baru angkat. Kalau angkat cepat, nanti tak crispy.
- Selamat mencuba!

TIPS REBUS PARU TIDAK HANYIR
- Paru hendaklah dicuci bersih bersama sedikit cuka, Bilas bersih, toskan
- Masukkan air dalam periuk, masukkan serai, halia, asam keping dan sedikit garam
- Rebus paru sehingga paru empuk. Toskan dan kemudian boleh kah dihiris nipis .
- Siap untuk di goreng atau masakan kegemaran.
So korang suka paru masak apa?
Selain di goreng garing rangup crispy, dah siap goreng boleh lah dimasak sambal belada pun sedap!
Atau korang boleh cuba RESEPI PARU MASAK KARI style Nina. Serious sedap jugak masak kari!

So jom makan paru. Tak susah pun cara masak paru kannn? Asyik beli je, pasni cuba masak sendiri. Lagi jimat, dapat banyakkk.. Boleh lah makan puas-puas. Selamat mencuba!
Waaaa… sedapnya paru goreng. saya pun suka, tapi tak selalu laa makan. setahun beberapa kali je itu pun kalau makan dgn nasi kerabu.. hehehhe