Sapa aje yang tak tahu betapa trending nya Drama RINDU KASIH musim 1 yang lepas, kini kesinambungan drama ini bakal merobek, merintih hati penonton lagi dengan Drama RINDU KASIH 2 . Yang pertama kita saksikan hidup Salina yang menagih kasih ibunya, Salina sanggup lakukan jenayah supaya dapat bersama ibunya di penjara. Amir yang terlalu menurut kata ibunya akhirnya terpaksa rela kehilangan isteri tercinta.
Tu laa Amir!
Amir Amir .. Jangan derhaka cakap mak Amir, Mak ni syurga Amir..
Teriang iang dialog Mak Amir , ayat ini lah yang merosak seluruh hidup Amir!
DRAMA RINDU KASIH 2
RINDU KASIH kembali lagi musim ke-2
Dah banyak episod dah Nina tonton, asyik sampai lupa nak share Sinopsis Drama Rindu Kasih 2
Mengisahkan kesinambungan kehidupan Salina (Ummi Nazeera) selepas dibebaskan dari penjara. Salina nekad meninggalkan Amir (Izzue Islam) dan ibu mertuanya Halijah (Fazlina Ahmad Daud). Kini, apa yang penting dalam hidup Salina adalah menjaga syurganya iatu anaknya, Fayyad (Dzul Hadziq).
Amir tidak dapat menerima kenyataan Salina sanggup meninggalkannya. Hidup Amir tidak terurus kerana bagi Amir, Salina adalah nyawanya lalu Amir tetap tidak berputus asa untuk menjejaki Salina dan Fayyad. Amir dan Hisyam bergaduh di rumah Mak Iti. Amir menuduh Hisyam menyorokkan Salina dan Fayyad. Pergaduhan mereka dileraikan oleh Mak Iti. Keadaan Amir tidak terurus dan seperti orang gila talak.
Amir gila talak!
Amir mahukan Salina kembali ke sisinya dan juga ingin memiliki hak penjagaan terhadap Fayyad. Salina merahsiakan keberadaannya kecuali Hisyam (Nafiz Muaz) saja yang tahu. Pak Hassan dan Halijah pula dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan membunuh bapa Salina. Pak Hassan meninggal dunia semasa menjalani hukuman penjara.
Sepanjang beberapa tahun, Salina dan Amir bahagia dengan kehidupan mereka, mereka memberi kasih sayang sepenuhnya pada anak mereka Fayyad. Bagi Salina, walaupun mereka tidak lagi suami isteri Fayyad tetap anak Amir dan Salina tidak akan pisahkan kasih sayang antara mereka.
Halijah dah bebas. Bermula lah episod gelap hidup Salina
Selepas beberapa tahun, Halijah telah dibebaskan. Salina kembali hidup dalam kegelapan selepas bertemu kembali dengan ibu mertuanya, Halijah. Halijah ni tak serik-serik, dah masuk penjara pun tak pernah insaf!
Malah, Salina juga difitnah menjalani hubungan dengan Hisyam apabila hubungan Hisyam dan Murni (Ezzaty Abdullah) mula bermasalah.
Hisyam semakin berubah, nersikap panas baran dan bertindak kasar pada Murni. Mereka tidak lagi tinggal bersama Mak Iti, alasan Hisyam untuk tinggal asing supaya mereka dapat berdikari dan rumah sewa mereka lebih dekat dengan tempat kerja Hisyam. Alasan semata! Kesian Murni teruk dia asyik dibelasah Hisyam aje.. Kesan dipukul, Murni menjadi pendiam dan kemurungan. Hal ini dapat dihidu Halijah bila terperasan ada kesan lebam di tangan Murni.
Fayyad hilang!
Fayyad yang kini sudah berusia 7 tahun membesar dengan penuh kasih sayang daripada Salina. Namun, Fayyad yang menghidapi masalah hati memaksa Salina untuk berusaha keras demi menyara kos perubatan Fayyad.
Satu kejadian terjadi bila Salina keluar ke pekan bersama Fayyad. Kebetulan terserempak dengan Hisyam dan mereka bersama membeli baju untuk Fayyad. Sebenarnya Hisyam sengaja ingin menemani Salina, bukannya terserempak! Hisyam semakin angaukan Salina. Tanpa sedar Fayyad hilang!
Sebenarnya Fayyad hilang angkara Halijah. Dia yang menculik Fayyad dan tinggalkan Fayyad ditepi lorong sunyi. Fayyad hampir dilanggar. Setelah Fayyad dijumpai, Amir terus mengambil Fayyad balik ke rumah dan menyalahkan Salina atas apa yang terjadi.
Ina sibuk bercinta sampai Fayyad hilang!
Salina terkejut apabila menerima surat dari peguam Amir mengenai tuntutan hak penjagaan Fayyad. Salina mempersoalkan tindakan Amir. Salina berusaha menuntut hak nya namun masalah kewangan membataskan tindakannya. Dengan bantuan kewangan dari Hisyam, Salina bersemangat menuntut hak penjagaan Fayyad. Sebenarnya Hisyam merampas rantai Murni lalu ke pajak gadai demi membantu Salina. Kesiannya Murni..
Fayyad jadi mangsa kebencian Halijah
Salina mengharapkan kemenangan untuk kes hak penjagaan Fayyad tetapi keputusan hakim memihak kepada Amir. Salina kecewa. Bermulalah kehidupan Salina yang sedih tanpa Fayyad di rumahnya.
Halijah bertindak kasar terhadap Fayyad. Salina mempertikai layanan Halijah terhadap Fayyad tetapi Amir tidak percaya. Hisham meluahkan rasa cinta pada Salina. Salina terkejut dengan pengakuan Hisyam. Aduyai.. Gila betul lah Hisyam ni! Murni disahkan mengandung tetapi Hisyam tidak rasa gembira dengan berita tersebut. Hisyam masih ingin mengejar cinta Salina.
Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Dapatkah Salina mengecapi kebahagiaan bersama anaknya selepas mengharungi pelbagai dugaan dalam hidupnya?
Siapa sebenarnya RITA?
Adakah kemunculan Rita dalam keluarga Halijah kerana dendam? Macam ada sesuatu je kannn Ritu tu kann?
Saksikan kesinambungan drama bersiri Rindu Kasih 2 terbitan P&D Pictures Sdn Bhd akan disiarkan menerusi slot Samarinda bermula 13 Februari 2024, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI satu jam selepas siaran TV.
Info Drama Rindu Kasih 2
Episod: 20
Tarikh Tayangan: 13 Februari 2024
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI
Idea Asal: K. Adlie
Penulis Skrip: K. Adlie & Shaza Talib
Pengarah: Pali Yahya
Produksi: P&D Pictures Sdn Bhd
Barisan Watak dan Pelakon RINDU KASIH 2
Izzue Islam sebagai Amir
Ummi Nazeera sebagai Salina
Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
Dzul Hadziq sebagai Fayyad
Nafiz Muaz sebagai Hisyam
Ezzaty Abdullah sebagai Murni
Meor Mohd sebagai Iqbal
Shazia Rozaini sebagai Huda
Mimi Ernida sebagai Rita
Amyza Aznan sebagai Shida
Azman Jantan sebagai Hassan
Laila Nasir sebagai Khaty
Atoi Tohet sebagai Zaiful
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Sia
Artis: Shazreen Shaharum
Komposer & Lirik: Hanis Rafi, Firdaus Rahmat, Iqie Hugh
Tonton Online RINDU KASIH 2
Terlepas tayangan? Dont worries! Macam biasa lah, korang boleh di iQIYI – 1 jam selepas siaran TV tau! Boleh tonton ulang-ulang sampai stress !! Sediakan tisu berkotak-kotak dan paracetamol + ubat sakit jantung. Huhuuu..
Baru tengok kejap tadi, emosi jugak dengan lakonan terbaik dorang. hehehe