Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Harga Buffet Iftar Ramadhan 2016 Grand Campbell Hotel KL
June 1, 2016June 1, 2016

Buffet Iftar Ramadhan 2016 Selera Kampung di Grand Campbell Hotel

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Mood Ramadhan hampir tiba. Buffet Ramadhan merupakan pilihan utama warga kota di Kuala Lumpur ni. Biasanya tatkala berbuka kita nak kan menu rutin harian yang biasa kita makan. Gerenti masakan ala selera kampung antara menu yang kita dok teringin. Ala-ala masakan mak gitu. Almaklumlah, dah dok kat Malaysia tentunya selera tekak dan citarasa kita bukan menu obersi sangat kann… Tak payah bohong laaa.. kann..?? Buffet Iftar Ramadhan 2016 Selera Kampung di Grand Campbell Hotel

Isi Kandungan hide
1 Menu Utama (Wajib ada setiap hari)
2 Menu Mee
3 Menu Ulam-ulaman dan sambal pencecah
4 Menu pencuci mulut aka dessert
5 Minuman
6 Surau
7 Parking
8 Ruang Makan
9 Harga
10 Promosi
11 Untuk tempahan hubungi :-
12 Alamat
13 Related posts:
14 IDEA Resipi Mudah Bekal Sekolah Nasi Goreng Pattaya Untuk Eilhan
15 GILER LAH! KEDAI EMAS MURAH PERLIS KEHH HARGA EMAS TANPA KOS UPAH DAN
16 Bila sel otak tak reti berhubung... Ayam Goreng Kunyit aje!
17 OXYMEL KHAL IN-SANIVIR ALTERNATIF UBAT BATUK UNTUK ANAK. LEGA HATI MAK!

Buffet Iftar Ramadhan 2016 Grand Campbell Hotel KL

Jumaat lepas, Nina di undang untuk merasai sendiri preview Buffet Ramadhan 2016 yang bertempat di Grand Campbell Hotel, Jalan Dang Wangi Kuala Lumpur. Tahu tak kat mana..?? Alahai… Dekat sangat ngan Pertama Kompleks, SOGO, Jalan TAR (syurga beli-belah time Ramadhan). Senang citer bersebelahan dengan Balai Polis Dang Wangi.

Hotel ni baru dua tahun beroperasi. Hotel baru…! Cantik! Dan tahun ni merupakan tahun ke-dua mereka turut sama memeriahkan acara Buffet Ramadhan.

Bertemakan Selera Kampung. Vavavaa . … Masakan kampung di tengah ibukota Kuala Lumpur. memang rare…!! Menyajikan pelbagai menu yang menyelerakan dan akan membuat korang terkenang-kenang kampung halaman. Sambil berbuka puasa syahdu teringatkan terkenangkan  suasana mandi sungai, panjat pokok curi buah rambutan, pegi sembahyang terawih usha awek #ehh …. Merapu sudah Nina ni… hahaha . . .

Ok laa… Meh tengok menu-menu yang bakal disajikan kat The Grand Campbell Hotel tahun ini..

Menu Utama (Wajib ada setiap hari)

Daging Salai Masak Lemak Grand Campbell Hotel KL Iftar Ramadhan 2016

Kambing Golek Buffet Iftar Ramadhan 2016 Grand Campbell Hotel KL

Lala Bercili Buffet Iftar ramadhan 2016 Grand Campbell Hotel KL

Antara menu masakan utama yang disajikan kat The Grand Campbell Hotel adalah Kambing Golek bersama sos Black pepper dan sos Rosemary. Nasi putih bersama lauk pauk yang menggugat selesa – Daging Salai Masak Lemak, (empuk lembutnya daging dia), Asam Pedas Ikan Pari dan paling kick adalah Ikan Siakap Tiga Rasa. Tak lupa….
Bubur Lambuk Special dari air tangan Chef Mohammad Noor yang telah berkecimpung selama 40tahun dalam bidang Kulinari. Otai tuu…. Memang unik rasa bubur lambuk mereka. Pertama kali Nina tengok bubur lambuk yang menggunakan pelbagai daun-daun ulaman dalamnya. Tak sangka lak sedap! Serius unik dan sedap!
Sup ekor pun ada…

Menu Mee

Mee Kari Iftar Buffet Ramadhan 2016 Grand Campbell Hotel KL

Menu Mee yang bakal disajikan adalah Mee Kari. Nina sukakan kuahnya yang tak berapa pedas, syiokkk hirup-hirup kuahnya. Selain tuu, Bihun sup juga akan silih berganti setiap minggu.

Menu Ulam-ulaman dan sambal pencecah

Ulam Ulaman Selera Kampung Buffet Iftar Ramadhan 2016 Grand Campbell Hotel

Tak sah kalau menu selera kampung tak ada Ulam. Iyer tak? Ulam-ulaman segar dan pelbagai jenis kerabu dihidangkan bersama ambal pencecah. Antaranya Sambal Tempoyak, Sambal Belacan, Budu dan macam-macam lagi…Pertama kali Nina makan kerabu sotong. Tak sangka ianya sedap! Tak liat, fresh, tak bau sotong dan ralit dok gatah kerabu siting dia. Sedap!

Menu pencuci mulut aka dessert

Kuih Muih Buffet Ramadhan 2016 Grand Campbell Hotel KL
tengok tengok …. macam-macam kuih muih tradisional ada..!!

 

Bubur Kacang Durian Buffet Ramadhan 2016 Grand Campbell Hotel KL
Bubur kacang Hijau Durian Grand Campbell Hotel memang WIN! sedap seyhh….

Ahaa… paling menarik Bubur Kacang Durian. Sedap! Juga disajikan puding roti bersama sos kastard vanila, rojak buah (sedap sos rojak buah dia), Aneka kuih muih tradisional dan tak lupa buah-buahan tempatan. Ada duku langsat, rambutan **yang korang teringat panjat pokok tadi**erkk… Dan siap ada dodol tau!

Minuman

Minuman hilangkan dahaga buffet Iftar Ramadhan 2016 Grand Campbell Hotel KL

Akan dihidangkan 2 jenis minuman sejuk dan juga air panas.

Ahaaa… betul tak Nina cakap macam-macam ada…!! Samada korang larat tak larat je makan nanti. Sebaiknya ambik laa sikit-sikit dan dapat merasa semua. Jangan membazir ehh…. (tu kan amalan syaitonnirrajimmmm) jangan ikut naa…

Surau

Kat The Grand Campbell Hotel ni disediakan surau. Samada korang nak solat kat tingkat satu boleh ataupun kat Ballroom yang sama juga disediakan ruang bertutup dihujung ruang makan untuk solat. Sambil makan nak solat dulu pun boleh dan kemudian sambung makan kembali… hehee .. Sangat memudahkan cara! Terbaik laaa….

Parking

Tak payah risau… Walaupun korang kat tengah ibukota yang sesak, di Grand Campbell Hotel menyediakan ruang parking yang luas dan banyak kat basement. Korang boleh dapatkan flat rate parking. Lepas makan berbuka, korang dapatkan chop pengesahan kat kaunter lobby dan dapat harga parking hanya RM5 per sessi. .. Murah dan mudah kann??

Ruang Makan

Hurmm… Besar tau Ballroom Dewan Bunga Raya ni. Boleh menempatkan sekitar 200-300 tetamu. Ruang yang luas, selesa dan santai. Sesuai laa kalau office buat jamuan berbuka kat sini.

Harga

RM65.00 (Dewasa)
RM35.00 (Kanak-kanak)
** promosi – beli 10 pax percuma 1 pax** wahh… jimat ni! Lagi ramai, harga boleh dirunding….

Harga Buffet Iftar Ramadhan 2016 Grand Campbell Hotel KL

Promosi

Ditawarkan kupon tempahan awal hanya berharga RM55 nett
Bermula 26th May – 31 May 2016 *** sekali stok masih ada***
Ianya kepada 200 pax terawal. Ahaa…!! Tawaran hebat ni.. cepat book…!!

Untuk tempahan hubungi :-

03-2694 1717
019-648 0454 (Shanie)
017-616 7895 (Zaid)
Website : www.grandcampbellhotel.com

Alamat

Campbell Complex
98, Jalan Dang Wangi
50100 Kuala Lumpur

** tak susah pun nak ke Grand Campbell Hotel ni, korang boleh naik public transport LRT turun kat Bandaraya. Atau bawak kereta korang waze jer pastu terus parking kat basement hotel. **

Lepas berbuka, korang boleh lah memulakan aktiviti bazar Ramadhan paling havoc kat Jalan TAR – tepi hotel jer… Meriah seyhh…!!

Usha baju Raya tuu belikan lah tuk Nina selai… hahaa . . . **tak malu**hehehe . . .

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Related posts:

IDEA Resipi Mudah Bekal Sekolah Nasi Goreng Pattaya Untuk Eilhan

GILER LAH! KEDAI EMAS MURAH PERLIS KEHH HARGA EMAS TANPA KOS UPAH DAN

Bila sel otak tak reti berhubung... Ayam Goreng Kunyit aje!

OXYMEL KHAL IN-SANIVIR ALTERNATIF UBAT BATUK UNTUK ANAK. LEGA HATI MAK!

Lifestyle Review buffet hotel ramadhan 2016Buffet Ramadhan 2016Buffet sedap KLGrand Campbell Hotelharga buffetIftar Ramadhan 2016

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. Anuar says:
    June 1, 2016 at 11:19 am

    lala oh Lala…. Fuh sedapnya lala tu… Dah lama tak makan Lala ni… 😉

    Reply
  2. yaya cendana says:
    June 1, 2016 at 4:54 pm

    selamat berpuasa kak ninaaa 🙂

    Reply
  3. yb shehan says:
    June 11, 2016 at 5:12 am

    Terbaiklah. Rs nk g mkn lg..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes