SLAE Cosmetics Cara Makeup Harian Cepat Cantik Untuk Beginner
Sebut je perempuan memang tak lari dari kecantikan. Semua orang kalau boleh nak sentiasa cantik. Bila dah bersiap opkos akan kelihatan cantik, berseri dan secara automatik kita akan rasa lebih bersemangat, berkeyakinan kann?
Cantik ni subjektif tapi untuk kelihatan cantik, kita perlu bersiap. Jangan malas!
Sebenarnya tak perlu pun kena bersiap berejam-jam. Kalau kena gaya , produk yang bagus, dap dap dappp kejap je siap dah berseri! Ya tak sampai 10 minit punn
Ramai sedia maklum Nina surirumah yang sibuk menguruskan anak-anak seharian. Setiap hari Nina perlu keluar hantar jemput anak sekolah. Dah keluar opkos laaa touch up sikit, tak cantik banyak cantik sikit pun jadi lah kann? Idok ler rupa macam hantu kak limah. HAhaa
Oh no. Nehi nehiii…
See! Korang fikir saya ada masa untuk makeup lama-lama?
Memang TAK laaaa.. HAhaa (sama macam korang jugak!)
Busy! Tak cukup masa tapi nak jugak makeup
Korang hanya perlukan 4 produk ni je, cara makeup cepat cantik berseri.
Pernah dengar SLAE Cosmetics?
Full Coverage beb!
Orang pompuan ni selalu busy, nak cepat je kalau boleh. Entah apa busy pun entah ler.. HAhaa
Macam Nina memang bab makeup tak beria sangat. Suka yang simple, ringkas, minimalist tapi nak result cantik! Haa gitu. HEhee
Teruatama bila Nina ada event jemputan as blogger. Nina nak kan makeup yang tahan lama, full coverage. Ini penting untuk menutupi cela-cela jeragat nipis, tona tidak sekata, garisan halus yang ada kat muka Nina ni. Maklumlah bila umur dah cecah 40-an ++ perlukan foundation yang terbaik mampu buat kita tampak lebih confident!
Ppsstttt
Excited nak share ngan korang nih.. Serious tak sangka awak wujud nya makeup local yang giler BEST pakai
Ni bukan omong kosong tapi sebab Nina dah guna sebab tu Nina excited nak share ngan korang result nya. Paling penting mesra poket! Mampu beli senang citer. Sedar diri kita ni surirumah je so kena pasti produk yang bagus, sesuai, selamat, berbaloi
SLAE COSMETICS
Cara Makeup Harian Cepat Cantik Untuk Beginner
Kenapa SLAE Cosmetics ?
- SLAÉ menawarkan produk solekan untuk wajah, bibir dan mata yang menggabungkan kebaikan bahan semula jadi melalui Teknologi Ultra-Colour-Natural untuk memberikan warna berpigmen yang kaya dengan keamatan dan ketahanan yang tinggi.
- SLAÉ memberikan anda penyelesaian solekan yang bergaya dan bertenaga dengan formulasi Care4You yang BEBAS daripada Paraben, Alkohol, Minyak Mineral dan Pewangi.
- Foundation & Powder SLAE diformulasikan dengan manfaat ingredients daun pegaga sekaligus bertindak merawat kulit muka agar semakin cantik dan sihat. Bukan itu sahaja, siap ada SPF mampu melindungi wajah dari sinar matahari.
- SLAÉ direka untuk memenuhi keperluan anda untuk penyelesaian solekan cepat yang memberi inspirasi dan memelihara kulit dari bahan berbahaya.
So apa yang paling buat Nina tertarik sebab utama ianya produk yang selamat digunakan!
Nina cukup titikberatkan produk selamat sebab bahan yang ada chemical akan meresap masuk ke dalam tubuh. Untuk jangkamasa panjang ianya memudaratkan kesihatan kita. So sebaiknya mencegah lebih baik dari mengubati.
Bare & Boujee Cushion Foundation (Natural Beige)
Bare & Boujee Liquid Foundation (Light Beige)
Bare & Boujee Compact Powder (Natural Beige)
Bare & Boujee 2 Way Cake (Natural Beige)
Summerkiss Liquid Lipmatte (Tropical Pink)
Bloom This Way Powder Matte Lipstick (Pink Tulip)
Feline Triple Threat Mascara
Okies, bapakkkkkk banyak! HAhaa
Jangan risau, tak semua kena pakai serentak
Kannn Nina dah janji nak share 4 produk je cara tips makeup cepat cantik untuk beginner.
Cuma kat sini Nina nak share pengalaman peribadi Nina antara produk dari SLAE Cosmetics yang Nina dah cuba dan yang mana paling Nina suka! Memula Nina cerita base dulu. Antara foundation, powder, 2way cake yang ada.
Cara Makeup Harian Cepat Simple dengan SLAE Cosmetics
1. Bare & Boujee Cushion Foundation
Paling Nina suka! Padan laa ini produk hot selling SLAÉ Cosmetics kerana ia mengandungi SPF50 PA++ !
So selain berfungsi sebagai foundation ianya juga dapat melindungi kulit dari sinaran UV matahari yang bahaya. la sangat sesuai untuk menutup cela pada wajah dan dapat mencerahkan kulit wajah. Full Coverage tau!
Cushion foundation ini juga dapat tahan sehingga 12 jam dan ia sesuai untuk kulit normal kulit berminyak
Best nya Bare & Boujee Cushion Foundation ni sebab mudah sangat pakai. Dap dap dappp je!
Tekstur nya lembut, ringan rasa tak pakai apa-apa pun. Mudah blend masuk dengan kulit. Jimat masa dan senang dibawa. Nak touch up lepas solat pun mudah.
Terdapat 3 shades warna iaitu Light Beige, Natural Beige & Coco Beige. Nina pakai code Natural Beige. Tapi next time Nina nak pilih warna Light Beige pulak. Harga? Hanya RM68.90
memang berbaloi. All in one dalam satu bekas mampu cover cela, jeragat, garisan halus. Finish glowing!
2.- Bare & Boujee 2 Way Cake
Untuk yang suka kemasan flawless matte coverage sesuai cuba 2 Way Cake ni. Ada SPF30 sesuai untuk kulit normal ke kulit berminyak. Boleh digunakan samada span basah atau kering, kedua-duanya punya efek yang berbeza. Korang kena cuba dan alami sendiri perbezaannya.
Bare & Boujee 2 Way Cake ni pun mampu menutupi cela di wajah. So ini antara produk asas makeup cepat yang sesuai untuk beginner. Efek matte mampu mengatasi kulit berminyak. Kesannya tahan lama untuk mengekalkan kulit matte dan kurang berminyak selepas bekerja berjam-jam dan ianya juga mengandungi SPF30 untuk perlindungan kulit. Tekstur ringan, dan menutup cela dengan mudah dan cepat.
3. Bare & Boujee Compact Powder
Compact Powder ni Nina pakai selepas Cushion Foundation. Tekstur nya ringan dan mampu buat wajah tampak matte! Biasanya Nina makeup ikut situasi – kalau makeup siang ke event, tempat tu pulak takde aircond opkos muka akan berlemuih berpeloh kannn? Dengan penggunaan Compact Powder dia akan block muka dari berminyak berkilat berkilau macam nak baru lepas goreng ayam. HAhaa
Dengan penggunaan SLAE Compact Powder efeknya muka akan tampak matte flawless je! Suka sukaaa
4. Bare & Boujee Matte Liquid Foundation
Ini pun antara favorite Nina sebab teksturnya ringan, lembut mudah diblend. So far ini lah liquid foundation yang efek matte yang dah pernah Nina cuba. Lepas pakai terus matte so terus dah siap!
Setakat jemput hantar anak sekolah, selalunya Nina akan pakai ni jer – Matte Liquid Foundation.
Ia juga bertindak sebagai concealer kat area bawah mata. Menariknya lagi ianya memberi kelembapan pada wajah up to 24hrs moisture lock. Memang kulit muka rasa segar lembab je. So takde lah makeup nampak cakey atau crack. Garisan halus pun tak kelihatan teruatama area bawah mata dan garisan senyum.
Serius in love
Cara Makeup guna brand SLAE Cosmetics Best!
Foundation Full Coverage habis
Ini lah 4 jenis asas foundation yang Nina citer tadi. Korang suka yang mana?
ok sambung . . .
5. Feline Triple Threat Mascara – Black
The all time favourite dan one of hot selling too! Mascara ni senang nak apply dan akan buat bulu mata nampak lebih tebal dan panjang. Warna mascara yang hitam pigmented dan nampakkan bulu mata lebih lebat dan cantik. Mudah sangat nak guna.
Paling best Mascara ni mesra wuduk! Senang betol nak cuci. Tak perlu masa yang lama, senang tanggal, tak sememeh masa cuci macam sesetengah mascara masa cuci habis hitam keseluruhan muka! Tak suka yang macam tu..
Mascara ni tak smudge kalau kena air. Maintain je melentik dan sangat bagus for lower lash. Ada teknologi melebatkan dan memanjangkan bulu mata. Best kannn?
6. SummerKiss Liquid Matte
Nina suka Lipmatte ni. Nina punya warna Tropical Pink. Sesuai dengan tona wajah Nina. Tak pink sangat pun, sikit nude dan buat wajah tampak berseri.
Ada 6 warna iaitu Sandy Beach, Suntanned, Strawberry Colada, Tropical Pink, Sea Coral dan Hot Babe. Harga liquid matte ini hanya RM 33.90 je satu. Ok kann?
Sebab selain pakai untuk bibir, lipmatte ni pun boleh guna sebagai eyeshadow dan blusher. Jimat!
3in1 gitu.. Oh ya, lipmatte ni tak transfer ke mask. (Pelitup muka)
7. Bloom This Way Powder Matte
Haaa… yang ni lagi Nina suka! Lipstick ni ada direka dengan Teknologi Ultra colour Natural yang dirumus khas dengan minyak alpukat dan minyak biji delima untuk melembapkan bibir dengan warna yang menarik serta mencantikkan bibir. Tekstur berkrim dan licin mudah disapu pada bibir dan kemasan ultra matte serta selesa sepanjang hari.
Warna nya pigmen sungguh! Buat yang bibir gelap jangan risau sebab dia cover habis. Menyerlah warna lipstik kat bibir korang. Masa makan atau minum, warnanya masih kekal di bibir.
Terdapat 6 warna iaitu Classy Camelia, Dusty Peony, Coral Daisy, Sakura Blossom, Pink Tulip dan Rosy Red. RM29.90 setiap satu. Nina punya warnaPink Tulip. Love love in love warna dia!
Nina kannn seketul insan yang busy lagi comey (eerkkk perasan!)
So kita laa cari something yang easy to use, long lasting, pigmented warna nya, mesra wuduk, mesra poket
Yang terrrrr paling penting produk selamat ✔️
Cepat claim Diskaun Code , harga lebih jimat!
SLAE Cosmetics Produk Makeup yang korang kena cuba
Korang.. Good news! 🎉🎉
Nina nak share coupon code discount
📌 Korang beli kat Website : https://www.SLAE.com.my
[Coupon Code for 10% OFF : Nina]
[First Time Purchase, will get extra 15%!]
📌 Shopee : https://shopee.com.my/slae_hq
[Coupon Code for 10% OFF : SLAENina]
✅ Jangan lupa tau type coupon code discount sebelum check out
4 cara makeup harian cepat cantik berseri
Nina pakai SLAE Cosmetics je, inilah Cara Makeup Harian Cepat Cantik Untuk Beginner yang busy macam Nina
Nina share cara makeup cepat, simple Nina tapi sejujurnya Nina bukan lah pakar bab makeup. I’m not MUA.
Sekadar seorang surirumah yang sibuk so betul ke salah ke harap dimaafkan..
Memula sekali opkos basic skincare.
Pastu Nina just tepek-tepek sikit
1.- bare & Boujee Matte Liquid Foundation area bawah mata. Kiranya ni laa concealer Nina.
2.- Pastu Nina dap dap dapppp Bare & Boujee Cushion Foundation SPF50 PA ++
3.- Settel dah base. Simple kannn? Kemudian Nina pakai Feline Triple Threat Mascara supaya mata tampak fresh berseri. Mata Nina kecik je so memang kena pakai mascara atau eye liner.
4.- Last Nina akan pakai Bloom This Way Powder Matte Lipstick kat bibir. Warna nya yang pigmen cover bibir gelap. Sambil tuuu buh laa sikit nipis-nipis kat tulang pipi dan ratakan. Pipi pinkish sikit-sikit akan buat muka look young & sweety gitu. Dah siap! Mudah je kannn.. Ini lah asas makeup cepat siap, cantik style newbie macam Nina.
Oh ya, untuk bibir sesekali Nina tukar pakai Summerkiss Liquid Lipmatte.
Korang pulak macammana?
Apa pun Nina salute laa kat sapa yang gigih spend time berejam ber layer-layer makeup. Nina pernah join kelas Teknik Asas Makeup Class MUA. Memang banyak laa step nya walaupun itu teknik asas makeup. Jenuh laa jugak! HAhaa.. Sesekali praktiskan main-main makeup supaya skill tak kayu. HAhaa
Walau apa pun cara makeup, ikut cara memasing so tiada yang betul, tiada yang salah. As long as women kita perlu hargai diri sendiri dan sayang apa yang telah Allah kurniakan untuk kita. Bersederhana seadanya!
SLAE Cosmetics ketengahkan Cara Makeup yang cukup simple dengan harga mampu beli
SLAE COSMETICS,
Awat laaa kita baru kenal. Tapi apapun, bersyukur dah kenal sebab produk ni amat membantu mempercepatkan masa makeup. Part full coverage dia memang awesome!
Rekemen korang cuba. Harga berbaloi. Worth it! Terima kasih SLAE
Sikit lagi nak add
To learn more about SLAE Cosmetics, to get more tips and hacks, more OFFERS, can visit :
Instagram
📲 https://www.instagram.com/slae_hq/
Facebook
📲 https://www.facebook.com/slae.hq
TikTok
📲 https://www.tiktok.com/slae_hq
___________________________
To be the earliest to know about SLAE’s OFFERS, DISCOUNT, FREE GIFT, CONTEST, GIVEAWAY etc, join Telegram Channel #SLAEBabe : https://t.me/+_uj1IpbAl3k5YzQ1
Wish to speak to SLAE’s BEAUTY CONSULTANT to assist you to pick the suitable color for your skin tone and suitable formula for your skin condition, you can Whatsapp SLAE’s team at : http://wasap.my/60192225712/SLAECosmetics
nice…tak pernah nampak pun jenama ni.
mula2 ammi ingat nina typo..SALE instead of SLAE. Rupanya memang itu spellingnya ye
Semalam masa turun Kl ada nampak and sblm ni penah dgr jgak jenama ni. Blom penah cuba lagi
lenkaplah set make up nina semua yer …… suker lerrr tu
Yana pun pakai , best sebab full coverage plus senang nak guna . Sesuai sangat utk org yg baru nak berjinak² dengan make up ♥️
I want to use this products.