Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Jerung Char Kuey Teow JCKT Penang Perlis
October 14, 2022October 18, 2022

Kat Mana Char Kuey Teow Sedap Penang Perlis

Kat mana Char Kuey Teow Sedap Penang ?

Char Kuey Teow antara menu popular kalau pi jalan-jalan bercuti ke Penang. Setuju? Kiranya tak sah kalau tak pekena Char Koay Teow sedap superb kalau kaki dah jejak Penang. Lepas PKP ari tu, Nina sekeluarga + family in law bercuti kat Penang. Bayangkan dekat 4 hari dok sana asal tengahhari je kami makan Nasi Kandar, asal petang atau malam Nina pekena Char Kuey Teow.  Rosak diet! Macam laa kisah sangat pasal diet. HAhaa

Giler laaa food hunter Penang. Dua menu ni berhantu!
Saka tak wujud pun tetiba jadi macam wujud. Salah kan saka yang makan. Setuju? HAhaa

Jerung Char Kuey Teow

Baru ni ramai dok citer, Jerung Char Koay Teow ( JKT ) ni antara tempat makan sedap pilihan ramai wajib cuba kalau korang pi Penang atau Perlis.
Kenapa baru sekarang tahu?
Kenapa lepas kitaorang balik cuti Penang?
Kenapaaaa?? Aarrghhh..

Hati ni membuak-buak teruja Nina nak pi cuba!
Dengar kata dah lebih 5 tahun dah Jerung Char Koay Teow ni beroperasi. Pastu yang buat moody nya asyik  TERnampak JCKT ni  lalu kat timeline media social Nina je.
Awat laa jahat nau? Buat kita terliur je.. Benci ahh!

Jerung Char Kuey Teow JCKT Penang Perlis

Tengok tengok!
Perghhh ada ketam. Nina dok terbayang nikmat nya dapat makan Jerung Char Kuey Teow Ketam ni.
Kombinasi  Char Kuey Teow original + kemanisan ketam yang segar ni gerenti ketam lovers makan ni tak toleh kiri kanan punya lah! Kannn…? HAhaa

Pastu semalam, geng tonton YouTube Laparpo . Amboi amboi … Berseleranya dua ketul youtubers  tu menikmati Jerung Char Kuey Teow. Dia dok ulang-ulang kata

Kuah Jerung Char Kuey Teow ni  sedap lah , ko tengok kuah dia banyak weyhh, aku rasa ni lah rasa original Char Kuey Teow . Sedap weyh!

Pastu dok tunjuk dia  suap makan, makan, makan, dan lagi.  Haihh.. Pastu dengan selamba pulak dia angkat pinggan, hirup siap bunyi baki kuah Jerung Char Kuey Teow  hingga ke titisan terakhir. Apooo!?

Hoi..  jahat nya! Nina tengok pun rasa kejam nya dikau.
Saat tengok tu dok cakap kenapa laa Jerung Char Koay Teow nun jauh di Penang.
Awat tak dak kat KL nih. Oh no! Sakitnya hati ini

Char Kuey Teow Penang Sedap

Ramai sedia maklum, menu Char Kuey Teow telah direvolusikan. Ada pelbagai bahan sampingan utama diketengahkan mengikut  versi ikut trend terkini.  Ada ketam, lamb grill, chicken shop dan banyak lagi. Tapi hok  Original CKT wajib ada udang yang segar, wajib lagi ada taugeh segar  yang rangup. Bagi Nina dua ni je + sos original pun dah buat Nina memang makan  sorang sepinggan tak mo share at all. Haa gitu. Kannn saka yang nak makan. HAhaa

Lokasi Jerung Char Koay Teow Penang

Menu Jerung Char Koay Teow Penang

  • Pelbagai jenis char koay teow  tambahan pilihan : ketam, kambing, chicken chop di atas char koay teow
  • Nasi lemak ayam
  • Nasi lemak chicken chop
  • Nasi lemak kambing
  • Nasi lemak superman (ayam + udang)
  • Makanan western pula seperti kentang goreng, chicken chop dan lamb chop.
  • Menu paling hot meletop di JCKT Penang  :  Char Koay Teow dan Nasi Lemak Ayam. So wajib cuba!

Info mengatakan Jerung Char Koay Teow Penang (JCKT Penang) bermula hampir 5 tahun yang lepas, iaitu pada bulan Mac 2018. Dimiliki oleh Puan Salnita Taharain dan suami, Azahar Aziz.

Lokasi Restoran Jerung Char Koay Teow Penang
Jalan Lengkok Kelicap, Mutiara Perdana,
Bayan Lepas, 11900, Pulau Pinang, Bayan Lepas, Malaysia.

Rupanya dah ramai tahu Jerung Char Kuey Teow Sedap

Kini JCKT Penang menjadi antara tumpuan ramai pelanggan termasuk dari luar Pulau Pinang termasuklah Johor, Selangor, Kelantan dan macam-macam lagi. Yelah, sekarang ni semua dihujung jari, maka ramai lah customer  datang setelah buat carian di google. Sep! Nina pun gini, nak pi makan memana Nina google dulu.

So tak heran lah JCKT Penang ini pernah dikunjungi oleh selebriti terkenal tanah air iaitu Serina Chef Wan, pendakwah tersohor ustaz Abdullah Khairi dan pemain bola sepak Pulau Pinang, Zafuan Azeman.

Jerung Char Kuey Teow Penang JCKT Perlis

Lagi hebat cawangan JCKT Perlis mendapat perhatian dari istana. Perghhh… Dasyat seyhh!
Sampai ke Istana soksek soksek tentang JCKT. Tuanku Raja Perlis sudi mencemar duli apabila pengiringnya singgah order semasa Tuanku ronda kawasan.  Terbaik laaa

Buka Cawangan Jerung Char Kuey Teow Perlis

Ahaa.. Orang Perlis toksah teriak naa.. Beruntung nya kamu!
Jerung Char Kuey Teow pun ada kat Perlis. Dah buka dah kat sana bermula Januari 2021. Wahh.. Mantap JCKT!
So pasni sesapa pi jengjalan Perlis atau balik kampung halaman ke dah tau dah kat mana Char Kuey Teow Sedap Perlis kannnn? Pi je singgah pekena Jerung Char Koay Teow Perlis.

Lokasi Jerung Char Kuey Teow Perlis
Jalan Behor Temak, Kangar.
Betul-betul berhadapan bertentangan dengan pintu pagar utama Hospital KPJ Specialist Perlis.

Ni nak habaq, ni antara menu Jerung Char Koay Teow Perlis

  • Aneka char koay teow (sama seperti di Penang )
  • Nasi goreng udang
  • Nasi Goreng Chicken Chop
  • Nasi Goreng Ayam Goreng
  • Nasi Nasi Goreng Kambing.
  • Untuk makanan Western sama jugak dengan Penang. (kentang goreng, chicken chop dan lamb chop)
  • Paling top di sini ialah char koay teow dan nasi goreng udang.
    Oh ya, Kat Perlis tak de Nasi Lemak tapi ada Nasi Goreng.  So korang jangan confuse lak ehh

Waktu Operasi JCKT
Setiap hari kecuali hari Isnin tutup
Masa : 5.30pm – 12:00pm

Apa Keistimewaan Jerung Char Koay Teow

Keistimewaan adalah dari segi rasa char koay teow itu sendiri yang ramai suka dan kata sedap. Tengok kat page facebook ada customer respons anaknya memang tak makan char koay teow di tempat lain selain di situ. Budak mana reti tipu kann?

Selain itu, ramai pelanggan mengatakan sambal nasi lemak di situ mengimbau nostalgia. Persis sambal air tangan mak-mak zaman dulu. Lagi laa buat Nina teruja nak pi cuba!

Selain itu, ramai customer kata mereka suka datang ke situ kerana servis cepat. Bagus nih! Orang ramai suka sebab tu agaknya customer dok ulang-ulang makan sini kannn

FB: Jerung Char Koay Teow Enterprise (Penang)
Jerung Char Koay Teow Perlis (cawangan Perlis)
IG: Jerungckt

Untuk tempahan korang boleh wasap dulu sebelum datang. Tak silap boleh gak order online. Pepandai laa korang wasap derang ehh..

JCKT Penang : wassap.my/60182800557
Lengkok Kelicap, Mutiara Perdana, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

JCKT Perlis : wassap.my/600195698469
Jalan Behor Temak, Kangar, Perlis

Hah..  Baik hati Nina kannn share info dan no wasap nya tuk korang.
Sila belanja Nina please… HEhee

Kat Mana Char Kuey Teow Sedap ?

Walaupun dah list kan kat mana Char Kuey Teow Sedap yang akan Nina terjah nanti tapi harapnya pasni owner memasarkan produk Sos Char Kuey Teow sebab kita yang dok jauh ni kot teringin nak makan style JCKT jauh nak terbang ke Penang atau Perlis. Nina kannn Blogger Masakan so teruja laa nak share Resepi Char Kuey Teow Sedap Mudah macam Nina dah pernah share sebelum ni.

So pasni korang jengjalan Penang atau Perlis jangan lupa singgah pekena Jerung Char Kuey Teow naa
Tapi buat food hunter atau kaki makan Nina cadangkan korang cuba kat sini 10 TEMPAT MAKAN SEDAP MALAYSIA yang Nina sendiri dah pi makan dan puashati dengan rasa serta harganya!
Kita kannn rakyat marheann so faham banyak benda kita congakkan bila pi makan dengan family ramai. Kannn…? Pasni kot Nina ada rezeki dah rasa sendiri Jerung Char Kuey Teow opkos Nina akan masukkan dalam list terbaik food review Nina. Alrite adios!

Related posts:

Nikmati Rasa Sashimi Salmon Segar dengan Harga Terendah di Pulau Pinang
Resepi Char Kuey Teow Sedap Mudah cepat lagi ringkas
Drama HATIMU SEDINGIN SALJU FUll Sinopsis Episod Akhir Tonton Online
OH! FREE FOOD. Serius arrr.. Betul ke dapat FREE?
Review Travel 10 TEMPAT MAKAN SEDAP MENARIK WAJIB CUBA DI MALAYSIADelivery FoodFood reviewHalal FoodInfo - Food ReviewJCKT PenangJCKT PerlisJerung Char Koay TeowJerung Char Kuey TeowKat manakat mana Chae Kuey Teow SedapMana Makan Sedaptempat makan sedapTempat Makan Sedap PenangTempat Makan Sedap Perlis

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (12)

  1. wawa azwa says:
    October 14, 2022 at 9:53 pm

    Baca pun dah rasa teruja nak pi…Char kuey teow ketam tu memanggil sungguh..!

    Reply
  2. NOORAINI BINTI ALI says:
    October 14, 2022 at 10:31 pm

    penang? nak try ketam tu menarik / balik Perlis boleh la cuba kalau ramai rekemen sedap.

    Reply
  3. nettyahhiyer says:
    October 14, 2022 at 10:43 pm

    Menggoda-goda sos char koay teow dia.. nampaknya kenalah cari juga jerung char koay teow ni..

    Reply
  4. Nadia johari says:
    October 14, 2022 at 10:58 pm

    Kene jalan Penang atau perlis nak cuba kuew teow ni. Ketam tu

    Reply
  5. Marina says:
    October 14, 2022 at 11:02 pm

    Kena terjah ni. Tak pernah makan kat situ

    Reply
  6. anamizu says:
    October 15, 2022 at 2:10 am

    aduhaiiii menggodanya! lain maciammmm menu CKT dia!

    Reply
  7. khaanekii says:
    November 4, 2022 at 4:17 pm

    I agree with you. This post is truly inspiring. I like your post and everything you share with us is current and very informative, I want to bookmark the page so I can return here from you that you have done a fantastic job.

    Reply
  8. Louie Davis says:
    November 7, 2022 at 2:54 pm

    Nice post, all the ideas are very good thank you so much for sharing them. it is very good that I find it all in one place.

    Reply
  9. Evan Blake says:
    November 7, 2022 at 8:20 pm

    I have read a lot of articles in this site and they seemed to be very useful and informative. Thanks a lot for sharing this site!

    Reply
  10. Saving Hypes says:
    November 11, 2022 at 7:49 pm

    The fried rice noodles known as char kuey tew are one of the most popular Malaysian foods. It’s similar to kuay teow sup, but the noodles are cooked with a variety of ingredients, including cili, api panas, udang, kerang, and kucai. It’s also sometimes called kuay teow kambing, which is another name for char kuey teo.

    Reply
  11. Janhvi Kapoor says:
    November 15, 2022 at 12:12 am

    If you’re looking for the best Char Kuey Teow in Penang, then look no further. The JCKT Penang establishment is 100% bumiputera and halal. And its menu is sure to satisfy any foodie’s cravings.

    Reply
  12. Define Your Target Customer says:
    January 13, 2023 at 6:58 pm

    What a beautiful blog design! Since when have you started blogging? You make blogging appear simple. Even without mentioning the content, your website’s general appearance is fantastic.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes