Ketahui Rahsia Aritmetik Teknik Kira Cepat Matematik Sifir Laju !
“Yana Eilhan cepat ready dah nak dekat jam 4.30pm dah ni! Kejap lagi dah start kelas Matematik Aritmetik Cikgu Faridah.”
Yelah depa dok senyap sunyi je dah tentu tengah leka main game. Dah nama pun kanak-kanak zaman sekarang mana kan terlepas dari tabiat main game online. Kena serjah baru sentap, baru nak berhenti. Pecah kesunyian bila Nina dah start engine ngomel. Tak bebel tak sah! HAhaa
Alaaa… Biasalah peel MakMak anak 5. Korang pun mama mcm ni kannn?
Gini laaa rutin anak-anak. Mau dekat setahun dah depa cuti sekolah eh.. Tak pi sekolah tapi belajar online PDPR je. Mak mana tak risau kot anak-anak ketinggalan dalam pelajaran kannn? Risau sangat! So rutin anak-anak Nina memang padat + busy dengan Tuition Online terutamanya Yana dan Eilhan. Tahun depan Yana masuk tingkatan 1 dan Eilhan darjah 3.
Target Nina mahukan Yana dan Eilhan mahir dalam matematik teruatama bab kepantasan mengira. Ya speed! Paling penting mau depa pantas bab sifir. Matematik ni kena minat baru depa enjoy belajar tapi kena ada cikgu yang bijak juga pupuk minat sukakan Matematik. Betul tak? Anak melayu jarang yang suka matematik kann? Semua nya belajar sebab terpaksa. HUhuuu . . . (Nina ler tuuuu dolu-dolu)
ARITMETIK Teknik kira cepat Matematik
Sejujurnya Nina tak pernah tahu pasal Aritmetik Teknik kira cepat Matematik ni.. Saja dok citer ngan kawan Nina yang Nina tengah cari cikgu Matematik untuk Yana dan Eilhan. Masa kakak Eillya dulu dia dah pernah belajar Kumon tapi Kumon ni perlukan masa yang lama untuk mendalami Matematik. This time Nina tak mo peruntukan masa lama! Nina perlukan cikgu yang boleh ajar teknik kira cepat pantas Matematik dalam masa beberapa bulan ni dan nak anak expert kira pantas terutama sifir selewatnya sebelum masuk sekolah tahun depan.
Akhirnya kawan dalam group cadangkan Nina join kelas Aritmetik Cikgu Faridah. Kelasnya cukup santai, setiap Isnin dan Khamis hanya sejam per sesi. Cikgu mengajar dalam kumpulan yang kecik so senang nak pantau prestasi anak-anak. Kaedah yang mudah faham. Lain maciammm teknik cara kiraannya. Eilhan suka, FUN katanya!
Cara Mudah Kira Matematik Mahir Lancar Sifir
Dengar feedback Yana dan Eilhan masa sesi pertama buat Nina rasa lega sangat! Yelah, extra kelas online macam ni amat membantu supaya anak tak lupa diri depa tu PELAJAR! HAhaa.. kena selalu remind kat depa ni.
Bukan apa, hampir 2 tahun tak pi sekolah ni memang kelaut laaa mood belajar. Tak mo laa terus hanyut di bawa ombak. Anak korang dah hanyut ke masih memain kat tepi pantai? Sebagai iMakPak kita lah kena main peranan, tarik tali bab emosi mood belajar depa ni. Sesekali boleh relax, main game bercuti tapi ada masanya tetap kena tegas supaya tak putus talinya. Adakah daku mak yang garang? Eeerrkk . . . Better jangan tanya depa, risau entah apa depa jawab nanti. HAhaaa
6 sebab kenapa teknik kira cepat Matematik ARITMETIK Cikgu Faridah bagus
1. Kaedah Pengiraan Menggunakan Tangan
Ya teknik Aritmetik menggunakan jari. Tapi bukan macam style kita kecik-kecik dolu. Kira sepuloh jari. Nehi nehi!
Rupa-rupanya kita boleh membuat pengiraan menggunaan jari bagi jumlah nombor hingga 99 dan ke bawah. Yang mana tangan kanan dan kiri mempunyai fungsi berlainan. Fungsi tangan kanan adalah untuk nombor sa manakala tangan kiri untuk nombor puluh. Menarik kann?
2. Guru berpengalaman menarik minat pelajar
Ini paling best! Masa 1st kelas Nina risau kot Yana dan Eilhan boring dalam kelas. Maklumlah memula akan belajar teknik baru kira menggunakan jari 1 -9.
Sesi pertama Nina pun join sekali tau dan surprised bukan Yana dan Eilhan je seronok enjoy dengan cara Cikgu Faridah mengajar, semua MakMak dalam group tu pun seronok belajar teknik baru. Patut laaa, Cikgu Faridah ni dah berpengalaman selama 28 tahun dalam bidangnya.
3, Pembelajaran Secara Google Meet
Kelas dijalankan menggunakan medium Google Meet yang mana mudah untuk MakPak akses kerana tidak perlu muat naik. Lagipun kat sekolah PDPR pun guna medium yang sama. So anak-anak pandai masuk keluar kelas sendiri dari link yang diberi dalam group wasap. Kelas juga tidak terlalu ramai, jadi cikgu boleh tumpu pada semua pelajar semasa sesi pembelajaran. Homework untuk setiap hari pun ada! Tak banyak pun tapi dengan latihan setiap hari yang tak sampai pun 10 minit anak akan lebih pantas mengira. Kena rekod time dan jangan tak percaya anak mampu selesaikan 50 soalan dalam tempoh masa kurang 8 minit! Hebat kannn?
4. Mementingkan Penyertaan Waris Dalam Memberi Semangat
Bab ni Nina salute habis kat Cikgu Faridah ni sebab Cikgu memang pantau habis-habisan prestasi setiap pelajar. Cikgu akan call dalam seminggu sekali gitu dan membincangkan prestasi anak-anak. Ada minggu Eilhan bagus dan ada minggu lain Eilhan kurang fokus, Yana pulak yang menyerlah. So bila kita tahu tang mana kurang, kita boleh menasihati membebel kasi touch up mana yang patut. Ini amat penting agar anak tidak ketinggalan dalam setiap sesi pembelajaran. Jujur citer, kadang tu NIna pulak yang seram sejuk nak angkat call dari Cikgu! HAhaaa . . . Sebab setiap kali depa kelas, Nina jarang temankan, Nina just lepaskan depa belajar dengan cikgu tanpa Nina di sisi. Mak kann selalu sibuk. Nina percaya dengan cikgu malah Cikgu Faridah sentiasa beri sokongan pada ibubapa agar kita turut sama pupuk anak minat pada subjek Matematik.
ARITMETIK Teknik Kira Cepat Matematik
5. Ajar Sampai Pandai
Dengan sebab-sebab di atas, Nina yakin Pusat Aritmetik Cahaya Minda Cikgu Faridah ini mampu merealisasikan impian setiap pelajar yang join kelas Cikgu Faridah. So far dah 3 bulan Yana dan Eilhan join, dan Nina nampak banyak perubahan positif dalam matematik mereka. Sejujurnya Yana ni agak slow dalam pelajaran, Nina risau sangat! Subjek matematik lah yang paling depa malas nak ulangkaji, tapi sekarang depa enjoy buat sesama malah dok berlumba-lumba main kira-kira dengan Kakak Eillya, Abang Eilman sapa kira lagi cepat. Sadly kekadang Abang Eilman pun kalah! HAhaa . . . Mama bangga dengan pencapaian Yana dan Eilhan tau! Pasti bukak sekolah nanti Yana dan Eilhan lebih cepat belajar dalam kelas sekolah nanti. InsyaAllah Aamiinnn
Harga Kelas ARITMETIK Pusat Cahaya Minda Cikgu Faridah
Tak mahal pun korang… Hanya RM150 untuk satu bulan. Bagi Nina ianya amat lah berpatutan sebab Nina dah survey kelas kira cepat matematik lain lagi laaa mahal dan belum tentu effort tak seperti Cikgu Faridah yang dekat dengan anak dan ibubapa. Komitmen yang cikgu beri sangat padu dan 100% all out untuk pelajarnya. Sao far Nina memang puas hati dengan pencapaian Yana dan Eilhan setakat hari ini. Kita sendiri pun kena lah berikan komitmen juga, idok ler lepas tangan tau tau nak anak pandai aje. Faham kann faham?
Macammana nak join kelas ARITMETIK
Mudah sangat, korang bolehla terus whatsapp Cikgu Faridah http://www.wasap.my/60184662805/AritmetikCahayaMinda
Follow Facebook Aritmetik Cahaya Minda
As parenting blogger Nina rekemen korang hantar anak korang join ARITMETIK! Bukan sekadar pantas mengira, cepat sifir malah anak kelas ni akan buat anak korang minat dan suka belajar Matematik. Ini paling penting! Jangan biar anak kita terus gagal sekarang , kita lah yang gagal beri mereka peluang gagal dalam berusaha. Teringat kata-kata Cikgu Tuisyen Eilman dulu, kekadang kita ingat anak kita tak pandai tapi sebenarnya dia belum jumpa suiz / kunci ON dalam diri mereka. So tak rugi cuba kelas ARITMETIK ni , mungkin di sini kunci anak suka kan Subjek Matematik sebab depa dah pandai kira laju! Eksyen betholll Eilhan dan Yana tuh dengan abang kakaknya. HAhaaa
Bagus dapt belajar matematik ni..
Menarik !
Menarik ni. Anak anak I masih tak cekap sgt sifir. Bukan anak ja, I pun sama gak hahahaha