Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama KAMAR MAKARIAH TV3
April 18, 2019April 20, 2019

Drama KAMAR KAMARIAH TV3 | Full Sinopsis

“Biar lena ku bermimpikan bahagia” – Kamariah

Isi Kandungan hide
1 Nabila Huda
2 Sinopsis Kamar Kamariah TV3
3 Sinopsis Kamar Kamariah TV3
3.1 “Aku akan jadikan bilik ni neraka buat kau!” – Murad
3.2 JUMLAH EPISOD : 13 episodTARIKH TAYANGAN : 17 April 2018WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7 malamSIARAN TV : Slot Akasia TV3PENULIS SKRIP : Sharifah Abu SalemPENGARAH : Raja Ahmad AlauddinTERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
3.3 WATAK PELAKON KAMAR KAMARIAH
3.4 Fizz Fairuz sebagai MuradNabila Huda sebagai KamariahTasha Shilla sebagai SallySyafie Naswip sebagai QhalifRiena Diana sebagai RatnaAidil Aziz sebagai HisyamEngku Faridah sebagai HafsahShuhanty Hanafiah sebagai SarahZetty Shahibullah sebagai MaimunIsmail Yaacob sebagai Pak JalilRose Aida sebagai Ummu JannahMohamad Sobri Hussain sebagai Ustaz KahirilHalimah Naim sebagai Kak PeahSyaza Irwinie sebagai ShilaFaiz Katek seabgai RonnyShyrim sebagai RazmanNajwa Jaafar sebagai MariaNurzahra Aisyah sebagai Baby QhalifMaleq Fadhal sebagai QhalifShaiful Aqhil sebagai QayyumHalmy Hamizan sebagai QayyumSharifah Nabila sebagai Qistina
3.5 LAGU TEMA / OSTAku Bukan Malaikat – Dato Siti NurhalizaMisteri – Ernie ZakriHatiku Milikmu – Siti NordianaKisah Antara Kita – One Avenue Band
3.6 TV3 : Slot Akasia, Isnin–Jumaat, 7:02 petang
4 Related posts:

Nabila Huda

Sapa tak kenal dengan Nabila Huda, anak kepada Papa Rock – Amy Search. Akan tetapi nama Nabila Huda popular atas usaha nya sendiri. Seorang pelakon hebat yang tidak pernah mengecewakan penonton dalam membawa apa jua watak. Nina sendiri minat dengan lakonan Abil yang cukup natural. Korang jangan mengade-ngade tanya sapa  lak  dia Nabila Huda eh…? Bababbb kangg..

Dah lama rindu kan lakonan Nabila Huda di TV3, kali ni beliau bergandingan dengan Fizz Fairus menghiasi drama bersiri TV3 slot Akasia setiap Isnin – Jumaat 7 malam berjudul Kamar Kamariah arahan Raja Ahmad Alauddin.

Sinopsis Drama KAMAR MAKARIAH TV3

Sinopsis Kamar Kamariah TV3

Drama ini mengisahkan perjalanan hidup Kamariah (Nabila Huda) dari usia muda sehingga tua.  Kamariah wanita dianiaya sejak muda lagi. Kamariah diperkosa oleh lelaki mabuk yang tidak mengaku perbuatannya. Kamariah menganggap kejadian itu balasan tuhan atas pekara maksiat yang dilakukannya.  Setelah sekian lama terlena dengan dosa dan mengamalkan pergaulan bebas, Kamariah kini insaf dan ingin memulakan hidup baharu. 

Kamariah kemudiannya berkahwin dengan Murad  dengan harapan  bakal suaminya  bertanggungjawab dan membawanya ke jalan yang benar. Murad terpaksa menerima Kamariah menjadi isterinya atas pilihan ibunya.

Sinopsis Drama KAMAR MAKARIAH TV3

Murad (Fizz Fairus) merupakan seorang lelaki alim, tidak meninggalkan solat dan berhati mulia disisi pandangan orang kampung. Sehinggakan ada yang menggelarkannya Ustaz. Dia  selalu memberi bantuan pada orang kampung malah selalu membantu hal kewangan masjid di kampungnya. Namun sebaliknya Murad berselindung menjalankan perniagaan kelab malam di bandar.

Kehidupan mereka sebagai suami isteri kelihatan bahagia pada pandangan orang lain termaksud ibu Murad. Semua nampak indah, Murad begitu baik melayani isterinya  Kamariah.

Sinopsis Kamar Kamariah TV3

Peristiwa yang tak terduga terjadi, Kamariah melahirkan bayi dalam bilik mereka. Murad tidak dapat menerima kehadiran bayi tersebut kerana mereka baru saja berkahwin 6 bulan! Murad enggan menjadi ayah kepada bayi tersebut lalu Murad meninggalkannya di surau dan kemudian membawa balik ke rumah bayi tersebut dan berpura-pura dia menemui bayi  itu di surau.  

Kehidupan Kamariah semakin kacau bilau. Murad semakin membenci Kamariah. Konflik bertambah apabila Murad mengetahui kisah silam Kamariah dan Kamariah melahirkan anak yang dianggap bukan darah dagingnya. Keadaan itu menyebabkan Murad menjadi baran dan mendera Kamariah.

 Kekejaman dan kezaliman Murad  kepada  Kamariah  tidak pernah diketahui orang sekeliling. Saban hari Kamariah dipukul, disepak , diterajang, dilibas dengan tali pinggang namun dia masih terus bersabar dan bertahan dengan kezaliman Murad. Allahu … Kenapa kejam sangat? Huhuuu

“Aku akan jadikan bilik ni neraka buat kau!” – Murad
Sinopsis Drama KAMAR MAKARIAH TV3
Ini kah Qhaliff ?

Ibu Murad tanpa henti memujuk Murad agar mengambil bayi tersebut yang dinamakan Qhaliff sebagai anak angkatnya. Bagi ibunya anak itu rezeki. Kamariah juga tanpa henti merayu Murad menerima dia dan bayi tersebut.

Kamariah terpaksa merahsiakan yang dia menjadi mangsa deraan Murad dari ibu Murad  kerana Kamariah sentiasa bimbang Murad akan membunuh anaknya. Didepan keluarga, Murad melayan Kamariah dengan penuh kasih sayang. Liciknya lakonan Murad. Gerenti korang pun akan gerammmm , sakit hati, maki hamun tengok perangai si Murad ni.

Bagaimana kisah  seterusnya kehidupan Kamariah?
Terbongkar kah rahsia Kamariah  yang disimpan rapi selama ini?
Apakah sudahnya nasib Qhaliff, bayi Kamariah yang dibenci Murad?

Sinopsis Drama KAMAR MAKARIAH TV3

Eh eh… Murad sakit apa? Siapa yang menjaganya tu..? Qhaliff kah?

Jeng jeng jenggg… Korang kena lah tengok drama Kamar Kamariah yang bakal trending ni.

JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 17 April 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Sharifah Abu Salem
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd

Sinopsis Drama KAMAR MAKARIAH TV3

WATAK PELAKON KAMAR KAMARIAH
Fizz Fairuz sebagai Murad
Nabila Huda sebagai Kamariah
Tasha Shilla sebagai Sally
Syafie Naswip sebagai Qhalif
Riena Diana sebagai Ratna
Aidil Aziz sebagai Hisyam
Engku Faridah sebagai Hafsah
Shuhanty Hanafiah sebagai Sarah
Zetty Shahibullah sebagai Maimun
Ismail Yaacob sebagai Pak Jalil
Rose Aida sebagai Ummu Jannah
Mohamad Sobri Hussain sebagai Ustaz Kahiril
Halimah Naim sebagai Kak Peah
Syaza Irwinie sebagai Shila
Faiz Katek seabgai Ronny
Shyrim sebagai Razman
Najwa Jaafar sebagai Maria
Nurzahra Aisyah sebagai Baby Qhalif
Maleq Fadhal sebagai Qhalif
Shaiful Aqhil sebagai Qayyum
Halmy Hamizan sebagai Qayyum
Sharifah Nabila sebagai Qistina
LAGU TEMA / OST
Aku Bukan Malaikat – Dato Siti Nurhaliza
Misteri – Ernie Zakri
Hatiku Milikmu – Siti Nordiana
Kisah Antara Kita – One Avenue Band
TV3 : Slot Akasia, Isnin–Jumaat, 7:02 petang

Kalau korang terlepas episode drama Kamar Kamariah yang sarat dengan emosi ni boleh laaa korang tengok dari tonton.com.my . Tapi cam rugi lak tengok lambat kannn…??

Related posts:

Kuih Talam Gula Merah. Buruknya talam Nina... tapi sedap!
Bihun Sup ajer laaa yea
Makan mana BEST Sedap area Sentul KL Selangor? Restoran ZK AL-Azmi Garden menepati citarasa
Hotel Bajet Murah BEST! RIDEL BOUTIQUE HOTEL di Wakaf Che Yeh Kelantan 
Lifestyle Review AkasiaDrama sangatFizz FairuzFull SinopsisKamar KamariahNabila HudaSinopsisTV3

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. sueizza says:
    April 22, 2019 at 7:18 am

    nak tgk cerita ni tapi dah boleh agak jalan cite dia akan buatkan sue emo hahahhaa tu yg malas tu…

    Reply
  2. ina azlina says:
    April 22, 2019 at 3:40 pm

    selalu follow cita ni.Sorang lagi ostad jadian.Kahkahkah

    Reply
  3. Radhia says:
    April 23, 2019 at 11:49 am

    macam menarik drama ni

    Reply
  4. Kamariah says:
    April 25, 2019 at 7:29 pm

    Rasa macam.nak jer sepak si murad ni

    Reply
  5. cik matahariku says:
    April 25, 2019 at 8:54 pm

    salam sis, sy terlepas tgk drama ni dari mula, tu yang search sinopsis n jumpa blog ni..drama ni memang best!!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes