Sebut je Udang pasti ramai yang suka makan udang kann? Udang yang segar mempunyai rasa yang manis, tekstur yang lembut, kenyal tapi rangup! Ada banyak Resepi Udang yang popular, simple dan sedap. Antaranya Udang Goreng Tepung, Udang Masam Manis, Udang Masak Lemak Cili Padi, Sambal Udang Petai, Udang Salted Egg dan banyak lagi menu berasaskan Udang. Korang suka Udang masak apa?
Udang merupakan makanan laut yang kaya dengan sumber protein dan nutrien Zink, Selenium, Vitamin B12, dan Asid Lemak Omega-3 yang baik untuk diet yang seimbang. Udang adalah makanan rendah kalori, yang menjadikannya pilihan yang baik untuk orang yang ingin menjaga berat badan. Mmmm… Part rendah kalori ni ramai yang suka kannn?
Okies, sebelum Nina kongsikan beberapa idea resepi udang, jom kita ketahui tips pilih udang segar baru lah masakan kita jadi lebih sihat dan menyelerakan.
TIPS BELI PILIH UDANG SEGAR
- Warna: Pilih udang yang berwarna cerah dan segar. Udang yang baik biasanya berwarna merah jambu atau oren.
- Kulit: Kulit udang sepatutnya berkilat dan lembap. Jangan pilih udang yang kulitnya kusam atau kering.
- Tekstur: Tekstur udang seharusnya kenyal dan padat. Jangan pilih udang yang lembik atau berlendir.
- Bau: Udang segar sepatutnya tidak berbau amis atau busuk. Bau yang kuat adalah tanda bahawa udang mungkin sudah rosak.
- Mata: Jika udang masih mempunyai kepala, lihatlah mata udang. Mata yang jernih dan cerah adalah tanda udang segar.
- Sisik: Jika kulit udang masih ada sisik, pastikan sisiknya masih melekat dengan rapat. Sisik yang terkelupas mungkin menandakan udang lama.
- Suhu Penyimpanan: Pastikan udang disimpan dalam keadaan sejuk dan beku jika tidak digunakan segera. Panaskan udang beku dengan berhati-hati untuk menjaga kesegarannya.
- Sumber: Belilah udang dari sumber yang dipercayai, seperti penjual ikan tempatan atau pasar segar yang diketahui menjual produk berkualiti. Lagi bagus kalau dapat beli udang dari tempat dimana nelayan yang baru balik dari laut. lain macam kesegaran seafood nya!
- Saiz: Pilih saiz udang yang sesuai dengan keperluan anda. Udang besar mungkin lebih sesuai untuk hidangan utama, manakala udang kecil boleh digunakan dalam sup atau rencah masakan.
- Penjagaan: Selepas membeli, simpan udang dalam peti sejuk jika tidak akan digunakan segera. Gunakan dalam tempoh masa yang sesuai untuk memastikan kesegaran.
- TIPS Simpan Udang Kekal Segar : Cuci udang bersih-bersih, toskan. Kemudian masukkan udang dalam bekas kedap udara. Asingkan udang kuantiti kecil untuk sekali masak. Taburkan gula. Kalau udang banyak buat lah layer by layer. Kemudian tutup rapat bekas, simpan dalam freezer. Selain gula, boleh digantikan dengan hirisan lemon.
Ingatlah bahawa memilih udang segar adalah penting untuk menjaga keselamatan makanan sebab udang yang tak segar bakal mengundang arlegik seafood so dapatkan udang yang segar untuk nikmati hidangan yang enak!
Berikut adalah senarai beberapa Resepi Udang popular yang mudah dimasak. Korang patut cuba!
8 RESEPI UDANG SIMPLE SEDAP WAJIB CUBA
- Udang Goreng Tepung
- Udang dicelup dalam adunan tepung dan digoreng hingga rangup dan keemasan. Ia boleh dihidangkan dengan sos cili, sos tartar, atau sos manis masin dan paling best Sos Thai bersama taburan hirisan daun ketumbar. Perghhh… Sedap! 2 kilo udang pun tak cukup weyhh..
- Udang Masak Lemak Cili Padi
- Udang dimasak dalam kuah lemak cili padi yang pedas dan pekat, dicampur dengan bawang, bawang putih, dan serai. Ini adalah hidangan klasik dalam masakan Melayu. Resepi Masak Lomak style Negeri Sembilan paling popular. Malas nak gado-gado , resepi mana pun sedap je, as long dimasak dari air tangan yang tersayang.
- Udang dengan Sos Masam Manis
- Udang digoreng dulu dan kemudian dimasukkan atau ada yang suka curah sos masam manis yang menyelerakan. Hidangan ini sangat popular dalam masakan Cina. Nina suka tambah cili benggala atau nama omputehnya capsicum. Sedap dia lain macam. Cuba lah!
- Udang Kari
- Udang dimasak dalam kuah kari yang kaya dan berperisa. Korang boleh tambahkan sayur-sayuran seperti kentang atau kacang buncis untuk hidangan yang lebih lazat.
- Udang Sambal Petai
- Paling popular! Udang dimasak dalam sambal pedas dengan tambahan belacan (jika nak laaa) bawang, dan tumisan cili. Tahap kepedasan bergantung pada citarasa masing-masing. Hidangan yang femes dalam masakan Malaysia. Sesuai sangat makan sama nasi lemak, nasi putih atau apa jua hidangan kegemaran. Ooopsss… Ada suka tambah petai untuk kesedapan berganda!!
- Udang Galah Masak Lemak Diraja :
- Udang dimasak dalam kuah masak lemak kuning yang lain dari masak lemak cili padi style Negeri Sembilan. Hidangan ini ditumis terlebih dahulu. Keunikkan rasanya akan buat korang nak ulang masakhidangan ini.
- Udang Telur Manis / Salted Egg
- Udang digoreng dulu kemudian diadun bersama sos salted egg yang memukau selera. Keunikkan rasa nya lemak masin dengan aroma daun kari membuat tak kira usia menggemari menu ini.
- Udang Buttermilk
- Udang dimasak dalam kuah berasaskan butter dan susu yang berkrim ini pasti menjadi kegemaran anak-anak. Sedikit cili padi memberikan rasa yang lebih padu!
Masakan yang sedap bermula dari bahan yang segar baru lah masakan kiya menjadi hidangan yang menyelerakan seisi keluarga. Selamat mencuba!
Resipi Udang Goreng Tepung Rangup Crispy
Bahan-Bahan:
- 500g udang besar, cuci dan kulit telah ditanggalkan (anda boleh meninggalkan ekor untuk hiasan jika suka)
- 1 cawan tepung gandum **
- 1/2 cawan tepung jagung **
- 1 sudu teh serbuk lada **
- 1 sudu teh serbuk bawang putih **
- 1 sudu teh serbuk paprika (paprika manis atau pedas, mengikut citarasa) **
- Garam secukup rasa **
- Air secukupnya (sekitar 3/4 cawan)
- Minyak untuk menggoreng
- Note : Adunan tepung ** boleh diganti dengan tepung serbaguna
Cara Memasak:
- Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada, serbuk bawang putih, serbuk paprika, dan garam. Gaulkan semua bahan kering dengan baik.
- Perlahankan tambahkan air ke dalam campuran tepung sambil mengacau. Terus tambahkan air dan kacau sehingga anda mendapat adunan tepung yang licin dan pekat. Pastikan konsistensi adunan adalah seperti adunan pankek atau kepekatan yang diinginkan.
- Panaskan minyak dalam kuali besar atau wajan dengan api sederhana-tinggi. Pastikan minyak mencukupi untuk menggoreng udang dengan cara deep frying.
- Sementara minyak panas, celupkan setiap udang ke dalam adunan tepung sehingga diselubungi dengan rata. Pastikan untuk mengguncang udang sedikit untuk menghilangkan kelebihan tepung.
- Goreng udang dalam minyak yang panas sehingga mereka berwarna keemasan dan rangup. Ini biasanya mengambil masa sekitar 2-3 minit untuk setiap sisi, bergantung kepada saiz udang dan suhu minyak.
- Apabila udang sudah siap, alihkan mereka ke atas kertas tisu atau kertas dapur untuk menyingkirkan kelebihan minyak.
- Hidangkan udang goreng tepung panas dengan sos cili, sos tartar, atau sos kegemaran sebagai pencicah. Paling suka Sos Thai diadun bersama hirisan daun ketumbar. Perghhhh… Sedap!
Udang goreng tepung ini boleh dihidangkan sebagai hidangan penutup, pencicah, atau hidangan utama bersama dengan nasi atau salad. Selamat menikmati!
Resipi Cara Masak
Udang Galah Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan Sedap Simple Mudah
Bahan bahan
10-15 ekor udang
1 batang serai – ketuk
1 kotak santan pekat
1 keping asam keping
Garam Serbuk perasa
Bahan Tumbuk
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
7 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup
Cara Masak Udang Masak Lemak Cili Api
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit sehingga lumat.
2. Masak bahan tumbuk dengan santan dan serai dengan api perlahan sehingga mendidih sambil terus menerus dikacau supaya santan tidak berketul.
3. Bila mendidih masukkan udang. Kemudian masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa.
4. Bila udang masak, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Amacam senang jer kann step by step masaknya? Tak susahpun. Kejap jer penyediaan Masak Lemak Cili Api ni. Kot korang buntu nak masak apa, follow jer cara masak Nina eh… Semua yang senang simple mudah jer Nina masak. Kita pun bukannya pandai masak pun.. Campak-campak jer! Hehee . . .
Selain Masak Lemak Cili Api, Udang sedap masak apa lagi ehh…?
Resipi Udang Masam Manis
Bahan-bahan
- 500g udang besar, cuci dan kulit telah ditanggalkan (anda boleh meninggalkan ekor untuk hiasan jika suka)
- 1/2 cawan sos tomato
- 1/4 cawan sos cili
- 1/4 cawan gula
- 1/4 cawan cuka putih
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar minyak sayuran
- 1 bawang besar, potong nipis
- 1/2 bawang besar, dipotong bulat
- 1 sudu besar lada merah cili kering (boleh disesuaikan dengan citarasa)
- Garam secukup rasa
- 1 sudu kecil tepung jagung (sebagai pengental, jika perlu)
- Air secukupnya
Cara Masak Udang Masam Manis
- Panaskan minyak dalam kuali besar atau wajan. Tumis bawang besar dan bawang bulat sehingga wangi dan berwarna keemasan.
- Tambahkan lada merah cili kering dan terus tumis sebentar sehingga berbau harum.
- Masukkan sos tomato, sos cili, gula, sos tiram, dan cuka putih ke dalam kuali. Gaulkan semua bahan dengan rata.
- Jika sos terlalu pekat, tambahkan sedikit air untuk mencapai kepekatan yang diinginkan. Biarkan sos mendidih dan masak selama beberapa minit hingga gula larut sepenuhnya.
- Sambil menunggu sos mendidih, masukkan udang ke dalam kuali dan masak selama 2-3 minit atau sehingga udang berubah warna dan masak sepenuhnya.
- Jika perlu, anda boleh menambahkan tepung jagung yang telah dilarutkan dalam sedikit air untuk mengentalkan sos. Gaulkan segera dan biarkan mendidih sebentar.
- Perasakan dengan garam secukup rasa. Anda boleh menyesuaikan kuantiti gula, sos cili, atau cuka untuk mencapai cita rasa masam manis yang sesuai dengan selera anda.
- Hidangkan udang masam manis dengan nasi atau mi. Anda juga boleh menambahkan hirisan cili hijau atau bawang besar untuk hiasan jika suka.
Selamat menikmati hidangan udang masam manis!
Resipi Udang Galah Masak Diraja
1 kg udang galah. Dah nama pun Galah, size dia agak besar laaa jugak.
Bahan-bahan dikisar:-
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
Cili padi ikut suka nak pedas mana
1 inci halia
2 batang serai diketuk
1 keping asam gelugor
1/2 sudu serbuk kunyit
1 sudu gula
1/2 sudu garam
1 kotak kecik santan
Tutorial Cara Masak Resipi Udang Galah Masak Lemak Diraja
1. Basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang
2. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau
3. Masukkan serai ketuk
4. Masukkan udang. Kacau sebati
5. Masukkan santan kotak pekat, serbuk kunyit, asam gelugor
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
7. Masak jangan lama sangat nanti hilang rasa fresh udang. Agak-agak udang dah tukar warna oren oren dah masak laaa tu. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Resipi Udang Galah Masak Diraja Mudah Senang gerenti sedap! Tak dapat kawin dengan anak Raja, Eh! ke situ pulak! HAhaaa
Ok, Masak Diraja pun dah rasa heaven. Wajib cuba!
Petai Oh Petai … Sapa suka petai? Nina pasti petai ni ada penggemarnya! Petai merupakan antara ulam popular kegemaran ramai. Selalunya petai ni orang akan masukkan dalam sambal. Kewujudan petai dalam sambal membangkitkan lagi aroma sambal. Perghhh… Kena pulak sambal udang petai, jawabnya nasi tambah 3 pinggan! HAhaa..
Meh Nina kongsikan resepi sambal udang petai cara Nina yang tak seberapa ni ..
Biasalah masakan makmak surirumah, campak-campak je.
Resepi Sambal Udang Petai
Bahan-bahan
500g Udang laut yang kecil-kecil tuu…. (manis)
2 biji bawang merah- hiris halus
cili blend secukupnya
3 papan petai – dibuang kulit, dibelah dua
air asam jawa
air
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara-caranya
- Udang dibersihkan, ditos lalu diketepikan
- Panaskan kuali, masukkan minyak untuk menumis
- Tumis bawang besar hingga kekuning-kuninggan
- Masukkan cili yang telah diblend secukupnya. (kalau nak sambal banyak letaklah banyak yea)
- Tumis sehingga cili pecah minyak (supaya tak sakit perut, makan cili tak cukup masak)
- Masukkan air asam jawa, kacau rata
- Masukkan udang dan petai, kacau rata hingga masak
- Rasakan secukup rasa dengan garam dan gula ikut citarasa masing-masing.
- Sedia dihidangkan.
Selamat mempetai-taiii ~~~~
p/s : Lepas makan jangan lupa gosok gigi yea … tang bau tuuu tak boleh nak tolonggg….
hehhehe . . .
Resepi Udang Telur Masin Mudah Sedap Menjilat Jari
Bahan bahan
1kg udang – bersih kan , celup udang dalam telur dan salut dengan tepung jagung dan garam sikit. Goreng, tos dan ketepikan.
7 sudu besar butter
Sedikit minyak masak
8-9 ulas bawang putih – di cincang
15 biji cili padi – hiris halus (kalau nak pedas berapi buh laaa segenggam) Hehee
4 tangkai daun kari
4 sudu besar salted egg powder instant
1 atau 2 cawan susu cair atau UHT (kuantiti susu ikut citarasa nak kuah lebih, lebihkan susu)
1 sudu kecil tepung jagung dan air – untuk pekatkan kuah. Tak perlu pun takpe
Cara Masak Resepi Udang Telur Masin Sedap Mudah
1. Udang dibersihkan , celop dalam telur dan salut dengan tepung jagung dan sedikit garam. Goreng, tos dan ketepikan
2. Cairkan butter, buh sikit minyak masak supaya butter tak hangit
3. Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga wangi
4. Masukkan serbuk instant salted egg dan susu. Gaul rata masak hingga mendidih
5. Pekatkan kuah dengan air tepung jagung
6. Masukkan udang yang dah digoreng tadi. Gaul rata
7. Sedia dihidangkan… Nyummy! 😋😋
Senang jer kannn?
Tonton video tutorial cara masak Resipi Udang Salted Egg
Nah… Nina sharekan Video Tutorial Cara Masak Resipi Masak Udang Salted Egg Paling Mudah Sedap Jangan lupa pas tonton click Subcribers eh…
Resepi Udang ButterMilk Paling Mudah Sedap
Resepi : Nina Mirza
Bahan bahan
1kg Udang sederhana besar (lagi besar lagi best)
1/4 butter
1-2 biji cili padi – ketuk jer.. Kalau suka pedas sila buh segenggam. Eerkk..
4 pelepah daun kari
4-5 ulas bawang putih
1 biji bawang holand – tak yah gi holand tau! hehe.. Kalau tak de bawang besar pun ok
5 keping cheese – Nina guna cheesedale petak tuu jer
500 ml susu UHT atau susu cair – kalau suka kuah banyak buh laa sekotak terus. hehe
1 sudu teh tepung jagung bancuh ngan air untuk memekatkan kuah.
Garam secukup rasa
Bahan perap
1 sk garam
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
Cara Masak Resepi Udang ButterMilk Paling Mudah Sedap
1- Perap udang ayam dengan bahan perap selama 20minit. Goreng udang separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2- Panaskan kuali masukkan butter. Cukup sekadar cairkan butter. Jangan lama sangat, nanti hangus tak sedap butter tuu.. Pastu masukkan cili padi, bawang putih, bawang holand dan daun kari tumis hingga kekuninggan dan wangi.
3- Masukkan susu masak hingga mendidih. Kemudian masukkan cheese. Kacau kuah guna whick supaya susu, cheese dan minyak sebati. Kalau guna senduk jer, minyak terasing ngan kuah. Tak best.
4- Perasakan dengan garam secukup rasa. Tak letak pun tak pe sebab kat butter tadi dah ada garam. Atau letak lah sikit. Ikut selera tekak masing-masing. Masukkan bancuhan tepung jagung ngan air tadi untuk memekatkan kuah. Terpulang kat korang kepekatan kuahnya.
5- Lepas tu masukkan udang yang dah digoreng separuh masak tadi. Gaul rata. Tutup api dan sedia dihidangkan…
Apapun, semoga perkongsian ini memberi idea buat korang!
Buat yang tak berapa makan seafood, korang boleh cuba 15 RESEPI DAGING YANG SEDAP MUDAH yang korang boleh cuba.
udang petai & udang goreng tepung my feveret! nyummmm!