llao llao Aiskrim yogurt kayangan yang menjadi kegilaan anak muda sekarang. Entah kenapa penangan aiskrim yogurt dari negara Spain, melayu kata Sepanyol ini cukup popular. Dekat negara Eropah dah lama terkenal sebelum melarat ke serata dunia. Hebat! Sebab tengah femes dikalangan bebudak sekarang maka nya sedikit sebanyak Nina pun terjebak ambil tahu dan rasa sendiri llao llao nih! Jomm baca tentang Llaollao dari penceritaan Nina.
Masa memula dok fikir acaner nak sebut jenama ni? EL-lau EL-lau ke LaO LaO? Eh! entah ler.. HAhaa
Lepas tu anak-anak remaja Nina yang ajar, depa kata cara sebutan yang betul llaollao
llaollao – cara sebutan yang betul ‘yau-yau’ !
Alahai . . . gitu rupanya! Kalau anak tak kasitau, mau malu besar dibuatnya!
Apa tu llao llao ?
llao llao adalah yogurt beku semulajadi yang diperbuat daripada susu krim. Ditambah dengan topping pilihan seperti buah-buahan, bijirin serta sos yang sedap. Kesemua topping boleh dipadankan mengikut citarasa masing-masing.
llao llao dah ada lebih 40 booth cawangan di serata Mall dalam Malaysia. Dengan logo warna hijau terang benderang memang menyerlah dari jauh. Ditambah lagi dengan kesesakkan barisan yang beratur nak beli llaollao punyalah panjang. Selalu dok terfikir awat nau beratur panjang? Murah ke? Teringin jugak nak cuba tapi takut harga mahal namateyyy.. Huhuu..
Tapi bila dah selalu nampak, teruja nak tahu sedap ke, apa rasa dia, apa yang best ngan aiskrim llao llao ni? So sebab segan campur tak reti nak beli, ajak laa anak-anak Nina beratur beli sama. So far bebudak ni lagi cepat faham.
Nak sebut menu pun tak reti apatah lagi nak membeli. Sambil beratur dok jeling harga. Amboi .. Kayangan! Takut lak nengok, maklum lah kami ni total ahli keluarga 7 orang, mau beratus total loss duit poket abahnya. Mmm.. masa tu rasa macam nak keluar barisan je sebab rasa tak berbaloi sampai beratus setakat makan aiskrim je. Baik makan Nasi Kandar ke, Nasi Bamboo ke. Lagi kenyang! Eerkkk.. Ya typical makmak, memang berkira! HAhaa daku bukan anak Raja mahupun jutawan Abahnya nak belanja as reward so onz jer laa.. Bukan selalu beli aiskrim mahal iyer tak. Why not cuba?
Berapa harga aiskrim yogurt llao llao ni? Mahal ke
Harga frozen yogurt llao llao ni mengikut size cawan. Cawan kecik lagi murah dan cawan lagi besar agak mahal tapi boleh letak lagi banyak topping!
Cara Order llao llao
Sebelum order opkos kena tau apa yang mereka jual, idok ler nanti tercongok-congok
Memula sekali korang kena tau ada pilihan size cawan llaollao
Ada 5 saiz kesemuanya iaitu :
Petitllau – RM9.90 tapi sekrang macam dah discontinue
Small – 1 topping RM13.90
Medium – 3 toppings RM17.90
Large – 3 toppings RM20.90
Sanum 3 fruits, 2 crunches, 1 sauce – RM20.90
Yang dah biasa order llaollao selalunya mereka ini akan beli saiz Large atau Sanum terus, lagi jimat dan boleh letak macam-macam topping! Share dengan kawan-kawan family lagi syiokkkk
Topping ada beberapa jenis pilihan
Pilihan Topping
Setiap saiz pula tawarkan jumlah topping berbeza yang boleh kita ambil. Antara topping yang tersedia di llaollao adalah :
Sauce – Chococrock, Pistachio, Ovamaltine, White Chocolate, Hazelnut. (Buat yang first time beli, rekemen korang cuba sauce Ovamaltine, Hazelnut, Chocorock)
Crunch – m&m’s dan pilihan biskut lain seperti Oreo, Chips Ahoy, Almond Crocanti, Biscoff. Kalau belikan untuk anak fruit ke, anak up up ke rekemen m&m’s dan biscoff sebab Budak sekarang suka Biscoff tapi rasanya umur macam Nina kurang gemar yang manis letting sangat. Huhuu..
Fruit – Ada macam-macam pilihan macam strawberi, buah naga, tembikai dan sebagainya. Kalau tak suka masam, boleh pilih buah rock melon, anggur atau nangka . Kalau buah Nina suka buah yang manis sebab yogurt tu sendiri dah ada rasa rasa masam. Apapun ikut la citarasa memasing, kena try try cuba test baru tahu kombinasi mana yang berkenan kat anak tekak korang.
llao llao HALAL check sendiri!
Pernah viral satu ketika dulu isu tidak halal llaollao, namun sebenarnya jenama yogurt asli Sepanyol ini telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selepas 7 tahun memasuki pasaran Malaysia. Bagus llao llao!
So buat yang baru nak cuba-cuba usah ragu usah was-was, korang boleh semak sendiri status cawangan llao llao yang berdekatan dengan tempat korang di bawah sistem MyEHalal. Kat hujung nanti Nina kongsikan link untuk lebih mudah korang click dan semak sendiri.
Cawangan llao llao berstatus sijil Halal
JOHOR
Aeon Bukit Indah
Aeon Tebrau City
Mid Valley Southkey Johor Bharu
Paradigm Mall Skudai
Segamat
Old Commecial Street Batu Pahat
Kluang Mall
Jalan Bakri Muar
KEDAH
Aman Central, Alor Setar
KELANTAN
Aeon Kota Bharu
Kota Bharu Mall
KUALA LUMPUR
Aeon Taman Maluri Cheras
Berjaya Times Square, Jalan Imbi
KL East Mall
Melawati Mall, Taman Melawati
Mid Valley
Suria KLCC
Mytown Jalan Cochrane
Mitsui Lalaport
Nu Sentral, Jalan Tun Sambathan
Publika Shopping Gallery
Setapak Central
Sunway Putra Mall, Jalan Putra
Sunway Velocity
The Gardens Mid Valley Lingkaran Syed Putra
The Waterfront Desa Park City
MELAKA
Aeon Bandaraya Melaka
Mahkota Parade
Negeri Sembilan
Aeon Nilai
PAHANG
East Coast Mall
Sky Avenue Genting Highlands
Cameron Centrum
Indera Mahkota
PERAK
Aeon Ipoh Station 18
Aeon Seri Manjung
Ipoh Parade
Aeon Mall Taiping
PULAU PINANG
Gurney Plaza, Persiaran Gurney
Queensbay Mall, Bayan Lepas
Sunway Carnival Seberang Jaya
Design Village Outlet Mall
PUTRAJAYA
IOI City Mall
Alamanda
SELANGOR
1 Utama
Aeon Cheras Selatan Balakong
Aeon Rawang
Aeon Shah Alam
Central I-City, Shah Alam
Eco Ardence, Seksyen U13, Shah Alam
Banting, Jalan Cemerlang
Central i-City
Citta Mall
D’Pulze Shopping Centre
Empire Shopping Gallery
IOI Mall Puchong
Quayside Mall Telok Panglima Garang
Setia City Mall, Shah Alam
Setia Ecohill Mall
Sunway Giza Petaling Jaya
Sunway Medical Centre
Sunway Pyramid
The Starling Mall
Tropicana Gardens Mall
TERENGGANU
KTCC Mall, Kuala Terengganu
Secara keseluruhan, sebanyak lebih 40 cawangan llaollao telah berjaya didaftarkan di bawah sistem MyEHalal. Korang jangan risau, teknologi begitu mudah , semua dihujung jari, korang boleh semak sendiri status halal Llao Llao di website Jakim https://www.halal.gov.my/v4/ update list di atas bertarikh 17/6/2023
Harga promo llao llao | Beli hari RABU lagi murah!
Ya awak, kalau nak jimat kena beli llao llao hari Rabu. Lagi best diskaun minggu ke-3 . Untung banyak!
So make sure lepas ni korang save dalam kalender hari Rabu is llao llao day!
Llao llao Wellnesday 1pm – 9pm
Week 1 , 4 – 11% off
Week 2 , 5 – 22% off
Week 3 – 33% off
Website: llaolao
FB: llaollao Malaysia
IG: myllaollao
Berita baik untuk penggemar llaollao!
Upload apps llaollao, setiap kali beli boleh dapat point dan nanti boleh lah redeem aiskrim!
Birthday gift dapat free aiskrim yogurt llao llao! Vavavaa.. sakan makan aiskrim
Aiskrim yogurt berkhasiat pelengkap gaya hidup moden
Amacam dah rasa llaollao?
Cuba laa.. llaollao sebenarnya kaya dengan nutrisi. Antara pilihan makanan berkhasiat sebagai pelengkap gaya hidup moden yang sibuk entah apa yang sibuk entah ler.. HEhee .
Jangan tak tahu, llao llao kaya dengan probiotik – Lactobacillus dan streptococcus adalah bakteria yang membantu sistem pencernaan kita, mudah dihadam.
Vavava.. Enjoy sakan abah belanja aiskrim kayangan!
Masa ni kitaorang kat Kuantan singgah lepak sini kejap on the way hantar kakak balik kampus. Usah tanya mana Nina, tak masuk dalam gambar sebab over excited makan aiskrim! HAhaa
llaollao ialah yogurt sejuk beku yang mengandungi kandungan protein dan kalsium yang tinggi, manakala kandungan gula dan kalori adalah rendah. Diperbuat daripada susu skim hanya sebelum ia dihidangkan, satu tab yogurt llaollao mengandungi 46% daripada jumlah kalsium harian yang disyorkan. Walaupun llao llao adalah rendah lemak, rendah kalori dan tanpa gluten, kemewahan rasa yogurt yang berkrim masih tidak terjejas.
llaollao dilengkapkan dengan serat dan vitamin, buah-buahan juga merupakan ejen pemulihan dan anti-oksidan. Pilihan topping Crunches daripada bijirin, brittle, bijian berkaramel, muesli, biskut, kacang dan juga pilihan klasik seperti KitKat®, dan OREO®. Pelbagai jenis sos – mangga, coklat, strawberi, dulce de leche – untuk menyuntik rasa eksotik kepada yogurt llaollao. Sememangnya aiskrim llao llao sedap dipadankan dengan pelbagai topping yang mampu membangkitkan selera! Wallaa..
ppssttt >>> atleast dah rasa apa itu llaollao! Sesekali ok laa as reward or special day, selalu kalau memang tidak. HEhee.. Kita orang biasher-biasher je maka better buat sendiri ikut je resipi ice ceam magnum homemade. Ini pun dah heaven untuk kitaorang. ytjt
Sekian, ini lah kisah antara aku dan llaollao
kalau anak bongsu ke mall, mesti singgah gerai llao llao
alamak kita tak pernah rasa lagi..terkecur pulak tengok..
Pernah makan sekali.. memang sedap aiskrim ni. Cuma sampai sudah tak reti nak sebut camane ntah.. hahaha
Ini memang kayangan sangat ni. Tak pernah merasa lagi sebab dari presentation belum terliur. Haha.