Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis DIA YANG KU CINTA
December 2, 2019December 3, 2019

Sinopsis DIA YANG KU CINTA TV3

Tamat sudah drama bersiri Sara Sajeeda. Nina tak sempat layan drama ni masa awal-awal. Masa nak ending baru sempat tonton. Not bad! Semua watak all in.  Sinopsis DIA YANG KU CINTA 

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis DIA YANG KU CINTA
2 Drama DIA YANG KU CINTA TV3
3 Related posts:

Lakonan Tizz Zaqyah memang superb. Gandingan yang lain pun mantap. Kisah yang rare cinta antara 2 benua. Syok gak layan hero hensem. Hehee … Nanti nak layan kat www.tonton.com.my kemudian..

Sekarang gantinya drama yang tak kurang hebat gak. Heroin ni pelakon baru yang sweet jerr.. Manis! Lakonan Catriana Ross tak pernah mengecewakan! Hero nya Sharnaaz  Abang Jebat. Nina pun baru nak layan… Jom tengok sinopsisnya, dah baca dan tahu serba sikit senang laa nak fahamkan plot jalan cerita drama ni nanti.

Sinopsis DIA YANG KU CINTA
Sinopsis DIA YANG KU CINTA

Sinopsis DIA YANG KU CINTA

Cempaka Amna (Syerinie Myra) dan adiknya Iman Idham (Afieq Shazwan) merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid (Arash Mohamad). Mereka dibawa tinggal bersama Tuan Khalid bila ibu kandung mereka telah meninggal dunia.

Namun begitu, kedua-dua anak yatim ini amat dibenci oleh Puan Marhanna (Catriona Ross), ibu tiri mereka. Kedua-dua beradik itu kerap diseksa oleh Puan Marhanna dan dimaki hamun walau mereka hanya melakukan kesalahan kecil sahaja. Malah, Puan Marhanna juga berpura-pura baik terhadap Chempaka Amna dan Iman Idham di hadapan Tuan Khalid.

Anak kepada Puan Marhanna iaitu Lara Andrew (Siti Khadijah Halim) juga mempunyai sikap kejam yang sama seperti ibunya namun abang kepada Lara Andrew, iaitu Hafiz Andrew (Luqman Hafidz) begitu baik dan amat mengambil berat tentang kebajikan kedua anak yatim ini sejak kecil lagi.

Ini membuatkan Puan Marhanna dan Lara Andrew bertambah sakit hati kerana merasakan kedua-dua anak yatim tersebut ada pembela mereka selain dari Tuan Khalid.

Hafiz Andrew dan Lara Andrew juga adalah merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid. Mereka adalah anak kepada Puan Marhanna bersama bekas suaminya iaitu seorang lelaki inggeris. Hafiz dan Lara dibawa pulang ke Malaysia bila Puan Marhanna dan suaminya bercerai.

Chempaka Amna yang tidak tahan didera oleh Puan Marhanna telah mengambil keputusan untuk lari dari rumah mereka. Walau beliau berasa berat hati hendak meninggalkan adiknya yang OKU namun beliau berazam akan kembali mengambil adiknya semula pada suatu hari nanti.

Namun, kepulangan Amna membawa perit untuknya. Iman pergi meninggalkannya – kena ragut  dan papa Amna meninggal akibat perselisihan faham mempertahankan Amna di depan isterinya dan Hafiz saat Hafiz meluahkan perasaannya.

Engkau tak akan keseorangan Amna, saya ada! – En. Luq

Dah sapa pulak En. Luq ? Jeng jeng jenggg. . . . Abang Jebat in frame!

Sinopsis DIA YANG KU CINTA

Pertemuan dengan Luqman (Sharnaaz Ahmad), seorang jurutera muda, memberi tapak untuk Chempaka Amna lari daripada penjara seksaan Puan Marhanna namun cinta Hafiz Andrew memaksa dia kembali berdepan dengan Puan Marhanna dan Lara Andrew.

Apakah kesudahannya? Kerana sayangkan anaknya , kerana cinta Hafiz pada Chempaka adakah Puan Marhanna menerima Chempaka Amna sebagai menantunya? Bagaimanakah pula dengan Luqman yang ikhlas mencintai Chempaka Amna?

Drama DIA YANG KU CINTA TV3

Drama adaptasi novel Dia Yang Ku Cinta karya Indah Hairani yang bakal muncul dalam slot Samarinda di TV3.

Dibintangi oleh pelakon baru Syerinie Myra, Sharnaaz Ahmad dan Luqman Hafidz. Drama arahan Along Kamaludin terbitan A.Aida Production.

Menemui penonton bermula 26 November ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : DIA YANG KU CINTA
TARIKH TAYANGAN : 26 November 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Fatin Nabila & Indah Hairani
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : A.Aida Production
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Syerinie Myra, Luqman Hafidz, Siti Khadijah Halim, Arash Mohd, Catriona Ross, Afieq Shazwan, Jovi Heng, Watie Sadali, Silfeny, Sabrina Ali, Ruminah Sidek, Riena Diana, Shah Rezza, Zila Bakarin, Khalida Balqis, Effa Narisha, Dai Izzhar Nazri, Izzy Reef, Fateha, Qistina Raisah, Nadzrul, Izzya Reen

WATAK PELAKON
Sharnaaz Ahmad sebagai Luqman
Syerinie Myra sebagai Cempaka Amna
Luqman Hafidz sebagai Hafiz Andrew
Siti Khadijah Halim sebagai Lara Andrew
Catriona Ross sebagai Mahanna
Arash Mohd sebagai Tuan Khalid
Afieq Shazwan sebagai Iman Idham
Watie Sadali sebagai Makcik Peah
Jovi Heng sebagai Patrick /Muhamad Patrick Abdullah

LAGU TEMA / OST
Ku Bersuara – Ernie Zakri
Teguh Setia – Muna Shairah
Lembah Kesepian – Haqiem Rusli
Kenangan Zack Zakwan

Kot korang terlepas episod, nanti pi terjah kat http://www.tonton.com.my eh… Cuma buat masa ni, Nina masih suka lagi lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia dalam drama Drama Lelakimu Yang Dulu

Related posts:

Sayur Tolak Campur Capsicum~~
Sup Ketam! Slurpp slurpppp~~
Vanilla Muffin with Corn & Almond~
Mmmm... Sedap nya PUDING ROTI SOS KASTARD ni
Lifestyle DIA YANG KU CINTADrama bestDrama sangatSamarinda TV3Sharnaaz AhmadSinopsisSinopsis DIA YANG KU CINTATV3

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Pingback: Sinopsis Drama CINDAI TV3 Lakonan Ayda Jebat Mantap Terbaik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes