Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama ADELLEA SOFEA
December 6, 2019December 9, 2019

Sinopsis Drama ADELLEA SOFEA TV3 – Aura dia MasyaAllah… Tengok sendiri

Ahaa… Amacam? Ramai dah tonton drama baru slot Akasia 7pm TV 3 yang baru ni? Drama ADELLEA SOFEA gandingan Mira Filzah bersama Ungku Ismail Aziz. Kedua-duanya punya aura yang tersendiri. MasyaAllah .. . OOppss..!! Sinopsis Drama ADELLEA SOFEA

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama ADELLEA SOFEA
2 Related posts:
3 Resepi dan Tips Buat Puding Kastard Jagung
4 Resipi Ikan Talapia Kukus. Sedap !
5 Kisah disebalik Eicha, roti canai dan kasih seorang ibu..
6 Allahu... Eilhan, Bangun sayang!

Buat yang dah tonton episod 1 tentu tak sabar nak tahu sambungannya kann? Drama yang cukup santai, menghiburkan, dan dalam masa yang sama ada pengajaran yang cuba disampaikan. 

Ni nak pesan, drama ni best layan. Tak membosankan, agak laju jalan ceritanya so korang stay tune tau! Banyak episod yang melucukan yang akan buat korang terhibur. Akan tapi, klimaks nya nanti pasti buat korang geram, sakit hati, sakit jiwa tu confirm ada! HAhaa… dah nama pun drama  yer tak? 

Jom baca Sinopsis ADELLEA SOFEA ni dulu, supaya korang tak tenggelam mencari apabenda nya yang dicampak-campak oleh Firdaus ke lubuk hati  Sofea. Manis yang penuh racun berbisa! Eerrkk  . . .

Sinopsis Drama ADELLEA SOFEA

Sinopsis Drama ADELLEA SOFEA

Mengisahkan Adellea Sofea seorang gadis solehah, pensyarah universiti, independent, sentiasa tahu apa yang dia nak, terlalu berhati-hati dalam memilih jodohnya. Secara tak sengaja Sofea jatuh cinta dengan sorang jejaka bernama Firdaus. Lelaki yang dianggap mampu memberi kebahagian dan memanisan dalam hidupnya.

“Bie, saya ada benda nak bagitau awak dalam perkahwinan jangan berahsia antara kita. Be transparent. Asalkan jangan berahsia. Janji!” – Sofea

Setelah berkahwin, segalanya mula berubah apabila Sofea mendapat tahu Firdaus merupakan seorang penagih dadah. Rumahtangga yang bahagia mula berantakan. 

Kemuncaknya Firdaus ditangkap dan didakwa atas tuduhan cubaan membunuh isterinya sendiri. Aduh duh duhhh….!! Bagaimanakah kesudahan drama ini nanti? Mampu kah cinta melawan ketagihan? Apakah nasib Adellea Sofea seterusnya, Seorang yang sentiasa inginkan kesempurnaan menerima ketidaksempurnaan? 

Drama rantaian ‘Adellea Sofea’ bakal menemukan gandingan pelakon Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz. Diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin. Akan menemui penonton pada bulan Disember nanti.

JUDUL : ADELLEA SOFEA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 6 Disember 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin
PRODUKSI : Radiusone Sdn Bhd
PELAKON : Mira Filzah, Ungku Ismail Aziz, Bella Dally, Jasmine Suraya, Fizo Omar, Josiah Hogan, Iman Zulkarnain, Roy Azman, Fazlina Ahmad Daud, Cassia Iman, Kazar Saisi, Sharisa Haris

WATAK PELAKON
Mira Filzah sebagai Sofea
Ungku Ismail Aziz sebagai Firdaus
Jasmine Suraya sebagai Suzie
Bella Dally sebagai Illya
Fazlina Ahmad Daud sebagai Dr Fauziah

Korang kena tonton Drama Adellea Sofea ni. Sempoi lawak menghiburkan! Lakonan para pelakon semua mantap.  Kot terlepas tonton pi laa Tonton Online TV3 Malaysia 

Nah… Nina belanja episod 1 Adellea Sofea episod 1 buat yang terlepas. Layannnnnzzzz!!

https://www.youtube.com/watch?v=NfBqoOML-74

Related posts:

Resepi dan Tips Buat Puding Kastard Jagung

Resipi Ikan Talapia Kukus. Sedap !

Kisah disebalik Eicha, roti canai dan kasih seorang ibu..

Allahu... Eilhan, Bangun sayang!

Lifestyle Review Adellea SofeaDrama sangatdrama TV3 7pmMira FilzahSinopsisUngku Ismail Aziz

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Pingback: Sinopsis Drama SEADANYA AKU TV3 lakonan Zara Zya Azlee Khairi
  2. Pingback: Sinopsis Drama SINGLE TERLALU LAMA TV3 - Nina Mirza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes